Masuk hari ke 16 kita berpuasa, pastinya dah ramai yang mula tercari-cari resipi kuih raya untuk raya nanti. Kuih samprit atau dahlia antara kuih kegemaran semua dan wajib ada.

Macam mana nak buat kuih dahlia yang elok dan kembang cantik bunganya walaupun selepas di bakar? Perkongsian tip dan resipi oleh Rozita Daud ini mama kena cuba. Memang elok!


Semalam last buat kuih slot masjid, hari ini kita buat kuih raya. Dahlia susu red velvet dan original, warna tu cantik tak boleh cakap. Bau satu rumah, esok nak buat Tat Cadbury Dairy pulak.

Resipi Dahlia Susu Red Velvet & Original, Biar Perap Satu Jam, Bunga Cantik Elok!

Resepi dahlia susu red velvet & original

IKLAN

Bahan-bahan:
1 buku buttercup 250g(*)
1 sudu esen vanilla (*)
3/4 tin susu pekat (*)
Tepung kastard 2 sudu besar (kalau nak cair dalam mulut tak payah letak)
1 bungkus tepung jagung dan sikit je lagi
2 sb esen red velvet
Sedikit perwarna red cili
3 sudu besar serbuk koko

Kacau manja-manja je bahan yang tanda (*). Saya guna senduk nasi je.

Dah rata masukkan tepung kastard kalau nak cair dalam mulut payah letak, tepung jagung masuk sikit-sikit uli dah lembut bahagi dua.

Satu letak esen red velvet 2 sudu besar, sedikit perwarna red cili 3 sudu besar serbuk koko. Uli dan kalau masih lekat kat tangan tambah lagi tepung jagung uli dah biarkan.

IKLAN

Resipi Dahlia Susu Red Velvet & Original, Biar Perap Satu Jam, Bunga Cantik Elok!

Basuh tangan bersih-bersih dan uli yang lagi satu doh. Tambah sedikit tepung jagung uli sampai tak lekat kat tangan. Boleh terap.

Saya ada acuan 2 jadi saya tak perlu basuh terap nozel pecah 10.

IKLAN

Siap terap biar dalam 1 jam bagi kena kipas, dah keras baru bakar suhu 150 c api atas bawah 20 minit bergantung oven masing-masing.

Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI