Menu ayam goreng antara yang menjadi kegemaran anak-anak. Walaupun hanya satu lauk sahaja, makan dengan nasi panas-panas, letak kicap pun boleh habis sepinggan.
Biasanya kita akan goreng ayam dengan menggaulkan kunyit dan garam tapi kali ini boleh cuba guna resepi ini pula. Rahsianya adalah menggunakan bawang putih, merah, halia dan telur.
Berikut resepi yang dikongsikan oleh Novelis Affieyza Isahak. Wajib cuba sebab ranggup diluar, juicy kat bahagian dalam.
Ayam Goreng Viral
Baru nak cuba sebab ada tengok satu video ni. Mudah dan ringkas. Siap ada yang kata sedap gila.
Lagipun ada penggunaan bawang putih ketika menggoreng. Mesti wangi. Bila dah rasa, memang sedap, rangup di luar, lembut di dalam dan sangat harum baunya.
Beberapa ulas bawang putih yang dimasukkan ketika ayam digoreng, sedap dimakan. Adiklah yang kata sebab Cik Fieyza tak makan sebarang bawang-bawang selain yang ditumbuk halus. Pernah sekali tertelan bawang putih yang terlindung dek sambal tempe, dan dan rasa nak demam. Serik betul!
Ads
Cik Fieyza kongsi resipi yang digunakan jika ada yang nak cuba buat
Bahan kisar :
Telur – sebutir
Bawang merah besar – sebiji*
Bawang putih – 3 ulas*
Halia – 1 inci*
Curah atas ayam dan campurkan dengan :
Sos tiram – 2 sudu
Kiub pati ayam (cairkan : ikut anggaran ayam banyak mana)
Serbuk perasa dan gula
Tepung ubi – 2-3 sudu
Ads
Gaul dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik.
Ads
Goreng macam biasa. Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
Ikutkan video asal, ayam digoreng dua kali untuk dapatkan lebih kerangupan. Tapi Cik Fieyza goreng sekali saja sampai betul-betul garing. Siapppp
Resipi kuih lompang berlauk paling mudah untuk disediakan. Kalau tiada daging segar, tiada masalah. Boleh sahaja guna daging burger untuk masak rendang. Rendang kita buat lebih sedikit. Nanti bolehlah makan dengan roti dan juga nasi impit.
Anak-anak mesti suka sebab rasa lemak-lemak kuih lompang yang dimakan bersama rendang. Untuk anak yang masih kecil mama kurangkan sedikit tahap kepedasannya. Jom kita cuba resipi kuih lompang berlauk seperti yang dikongsikan oleh Zainoor Aliza Ali ini.
Resipi Kuih Lompang Berlauk
Bahan untuk rendang:
10 keping daging burger (dipotong enam bahagian)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 sudu kecil serbuk kunyit
20 tangkai cili padi
1 senduk rata cili kering kisar
2 sudu besar ketumbar (disangai dan dikisar halus)
1 sudu kecil jintan manis (disangai dan dikisar halus)
1 sudu kecil jintan putih (disangai dan dikisar halus)
4 batang serai (dititik)
1 cawan santan kara
3 cawan air
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit (dimayang)
Garam
Cara membuat:
1. Bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serbuk kunyit, cili padi dan cili kering kisar, dikisar halus dan ditumis hingga agak garing.
2. Masukkan ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Kacau sekata.
3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan seketika hingga terbit airnya.
4. Masukkan santan dan air. Masaklah hingga likat. Masukkan serai.
5. Perlahankan api. Masukkan kerisik dan garam.
6. Apabila sudah agak kering, masukkan daun kunyit. Kacau seketika. Ketepikan.
Bahan lompang:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
4 cawan air
1 sudu besar air kapur
Garam
Pewarna kuning
Cara membuat:
1. Kacau sebati kesemua bahan dan ketepikan.
2. Sapu minyak pada acuan.
3. Didihkan air kukusan. Apabila air telah mendidih panaskan acuan sekejap kemudian keluarkan.
4. Kacau bancuhan sebelum dimasukkan ke dalam acuan untuk elak mendapan. Sudukan ke dalam acuan. Kukus selama 10-12 minit.
5. Biarkan sejuk. Apabila sudah sejuk bolehlah dikeluarkan. Sudukan rendang daging burger yang telah siap dimasak tadi. Bolehlah dihidangkan.
INFO:
*untuk bancuhan ini boleh dapat 47 hingga 50 biji kuih lompang. *untuk bancuhan ini kalau guna tepung beras cap teratai, kurangkan air kepada 3 3/4 cawan)
Berbanding ayam, ikan sememangnya cukup disarankan dalam pemakanan anak-anak kita. Ikan merah misalnya, selain isinya yang tebal ia kaya dengan Omega 3 dan DHA yang tinggi yang ternyata cukup baik untuk perkembangan minda anak-anak kita.
Jadi jika anak sudah menunjukkan tanda kebosanan dengan menu setiap hari, sesekali buatkanlah resipi Bubur Sup Ikan Merah ini. Senang dan tinggi khasiatnya. Jom cuba resipi ringkas yang dikongsikan oleh Mas Ayu Ibrahim!
Antara menu lunch baby Adwa. Masak untuk satu family terus, tapi asingkan untuk baby Adwa sebelum tambah garam gula. Sebab menu Adwa masih #nosaltnosugar.
SUP IKAN MERAH
Bahan-bahan:
Ikan merah
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Sup bunjut @ 4 sekawan
Lobak merah
Tomato
Daun sup
Serbuk ayam
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
Pernah dengar singgang ikan cekur ubi? Bagi yang mungkin tak tahu tentang hidangan ini, mari kita kenali sajian yang sangat sedap ini. Singgang ikan cekur ubi sangat bagus untuk kesihatan terutamanya untuk ibu yang baru lepas bersalin.
Cekur yang digunakan dalam masakan sangatlah bagus dalam merawat penyakit seperti batuk, selesema, demam, sakit kepala, penyakit kulit, sakit sendi, vertigo, luka, sakit gastrik, penawar bagi bisa ular, keradangan, muntah darah, kudis dimulut dan lepuh lidah dalam kalangan kanak-kanak.
Cekur dapat membantu dalam mengecutkan rahim ibu yang baru bersalin dan turut digunakan untuk menggalakkan pembuangan angin. Badan akan berasa segar dan ringan jika si ibu mengambil cekur sebagai bahan tambahan dalam masakan mereka.
Cekur juga boleh membantu melegakan keradangan kerana mempunyai ciri- ciri antiradang dan antinosiseptif iaitu menghalang rasa sakit. Khasiat cekur dibuktikan dalam satu kajian terhadap haiwan yang mendapati ekstrak daun cekur menunjukkan ciri- ciri antinosiseptif dan antikeradangan terhadap haiwan yang diuji. Ciri- ciri ini menyokong penggunaan cekur dalam bidang perubatan tradisional dalam merawat ulser mulut dan sakit tekak.
Sebatian fenolik dalam cekur juga turut didapati mempunyai ciri- ciri antibakteria dan antikulat terhadap bakteria yang lazimnya menyebabkan keracunan makanan terhadap manusia. Jom kita lihat resipi singgang ikan cekur ubi yang dikongsikan di pautan Facebook.
Resepi ini dikongsikan oleh Nurasykin Alidi Facebook.
RESIPI SINGGANG IKAN CEKUR UBI
Lauk fevered anak- anak dan suami. Kalua masak SINGGANG IKAN CEKUR UBI ni confirm licin tau! Hirup pulak kuah panas- panas pehh Nak sediakan pun mudah. So kalau mak- mak tengah BERPANTANG, menu sihat macam ni sesuai dan bagus juga untuk orang yang tengah berdiet sebab rendah kalori.
#KHASIAT_UBICEKUR Selain bantu buang angin, cekur juga membantu menyembuhkan kembung perut, memulihkan rahim, bantu banyakkan susu badan, melegakan perut memulas, mengurangkan bengkak, melancarkan darah haid, melegakan batuk dan sakit tekak, meghilangkan lenguh sakit sendi, mewangikan badan, serta melancarkan perjalanan darah.
Bahan- bahan: – 3- 5 ekor ikan selar/ kembung/ any ikan yang sesuai. – 9 biji cili api – 3 ulas bawang putih – hiris – 3 biji bawang besar – 1- 2 keping asam keping (kalua suka masam boleh tambah lagi) – 2 batang serai dititik – 3 inci halia – dihiris nipis – Ubi cekur 3 inci – hiris atau tumbuk – Bendi kuantiti terpulang – Daun limau 1 tangkai – Daun ketumbar dan akar – Air masak (kuantiti terpulang) – Garam secukupnya
Bahan tambahan: 2 inci kunyit hidup dihiris/serbuk kunyit 1 inci lengkuas – hiris Bungan kantan 1
Cara penyediaan: 1. Didihkan air dalam periuk. 2. Masukkan semua bahan yang dihiris.
3. Lepas tu masuk asam keping 4. Bila kuah dah betul mendidih masukkan pula ikan. Ikan tu kalau naks edap korang boleh bakar dulu atau goreng sekejap. Pakai minyak sikit je. Terpulang. 5. Tutup periuk biar ikan masak. 6. Lepastu taruk bendi dan perasakan garam.
7. Siap untuk dihidang.
Makan ikan singgang macam ni kalau lawan dia budu ngan ulaman, fuh bole menambah nasi sampai tersandar oii.
Mudahkan resepi singgang ikan ubi cekur ni. Sedap jika dihidangkan bersama nasi panas dan makan bersama keluarga tersayang. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI