Di musim cuti ini ada baiknya kita sediakan makanan yang mencukupi untuk anak-anak berada lama di rumah. Menu ringkas, berbentuk kudapan serta puding perlu dibekalkan sebaiknya di dalam peti sejuk. Barulah anak tidak gelisah mencari makanan.

Apa kata sediakan puding laici susu yang ringkas ini untuk anak-anak makan di petang hari. Resipi perkongsian Aida Sarida ini memang mudah dan sedap.


Siap puding laici untuk makan-makan di pejabat Mama. Diorang semua suka makan beramai-ramai ni hehe. Saya tak buat jual pun. Saja saja seronok jamu orang makan. Ini puding laici cara Mama saya.

Resipi Puding Laici Susu, Sedap Makan Sejuk-Sejuk, Sekejap Dah Habis Licin!

Puding Laici Mama

Bahan A:
1 tin susu cair
1 cawan air laici
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur
* campur semua bahan A, sebatikan dan letak tepi dahulu

IKLAN

Bahan B:
25g agar-agar tali
10 cawan air
250g gula pasir
1 sudu kecil garam
1 ketul kecil gula batu
3 helai daun pandan – carik dan ikat simpul

Resipi Puding Laici Susu, Sedap Makan Sejuk-Sejuk, Sekejap Dah Habis Licin!

Didih semua bahan B atas api sehingga semua larut.

Bila bahan B sudah larut, kecil kan api, masukkan bahan A ke dalam bahan B, kacau sebati dalam 4-5 minit sahaja. Jangan biar sampai mendidih, nanti berketul, kemudian tutup api.

Kemudian, boleh tapis dan masukkan dalam bekas pilihan. Sama ada nak buat dalam loyang besar terus atau bekas kecil kecil macam ni.

IKLAN

Resipi Puding Laici Susu, Sedap Makan Sejuk-Sejuk, Sekejap Dah Habis Licin!

Lepas tu boleh carik carikkan laici dan masukkan dalam puding. Kalau nak buat surprise laici tenggelam, boleh terus bubuh laici masa puding masih cair.

Kalau nak biar nampak laici kat atas permukaan sikit, boleh bubuh laici masa dah sedikit mengeras. Bila tak panas sangat, boleh masukkan dalam peti ais. Makan sejuk sejuk baru sedap.

Resipi Puding Laici Susu, Sedap Makan Sejuk-Sejuk, Sekejap Dah Habis Licin!

IKLAN

Selamat mencuba!

Resipi Puding Laici Susu, Sedap Makan Sejuk-Sejuk, Sekejap Dah Habis Licin!

P/s:
* Satu adunan ni saya masuk bekas tak penuh dapat 46 bekas. Kalau letak penuh sampai garisan dapat dalam 40 bekas.
* Puding ni boleh adjust nak kurang/lebih sikit air jika suka puding yang lebih pejal/lembut, ikut preference masing-masing.
* Kalau suka manis, boleh lebih kan gula. Ikut sukatan di atas 👆 ni, tak manis sangat, tak tawar sangat.

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Kredit: Dr. Adelin Zin via Public Health Malaysia.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI