Meraikan anak-anak dihujung minggu tak perlukan makanan yang berat dan mahal. Dengan hanya menyajikan menu ringkas tetapi sedap pun sudah cukup buat anak-anak dan suami teruja. Apa lagi dapat menikmatinya bersama-sama sambil menonton televisyen.

Menu ringkas tetapi sedap ini mama perlu cuba untuk menyediakan pada keluarga. Rasanya cukup ringkas tetapi sedap. Lagi nikmat jika dimakan ketika sejuk. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Ariana Sofea Ahmad ini!

Puding Laici Buah Koktail, Senang Sangat Nak Buat, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!


Pencuci mulut @ desert yang sedap dan senang sangat nak buat. Ni cara saya buat puding laici buah cocktail.

Puding Laici Buah Cocktail

Bahan-bahan:
1 tin buah laici
1/2 tin @ 350g buah cocktail (buah sahaja)
1 tin @ 2 cawan @ 400ml susu cair
1 3/4 cawan @ 350g gula
5 1/2 cawan @ 1100ml air biasa
8g serbuk agar- agar

Puding Laici Buah Koktail, Senang Sangat Nak Buat, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

Mula-mula letak dulu buah cocktail 150g dalam bekas. Lepas tu letak 5-6 biji buah laici yang di potong kecil.

IKLAN

Puding Laici Buah Koktail, Senang Sangat Nak Buat, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

Dalam kuali masukkan air biasa dan serbuk agar-agar. Kacau hingga sebati. Lepas tu masukkan gula dan kacau hingga sebati dan mendidih.

Puding Laici Buah Koktail, Senang Sangat Nak Buat, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

Bila air dah mendidih masukkan susu cair dan kacau laju hingga sebati. Jangan sampai susu cair jadi berketul. Kacau laju-laju. Lepas 10 minit barulah tutup api.

IKLAN

Lepas tu tapis adunan ke dalam bekas tadi.

Puding Laici Buah Koktail, Senang Sangat Nak Buat, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

Rehatkan puding hingga sejuk dan pejal dalam 2-3 jam.

Puding Laici Buah Koktail, Senang Sangat Nak Buat, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

IKLAN

Keluarkan puding, lepas tu letak buah cocktail 200g atas puding. Dan letak pula semua baki laici tadi. Nak letak sebiji-biji pun boleh. Nak potong kecil sikit pun boleh.

Puding Laici Buah Koktail, Senang Sangat Nak Buat, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

Puding tanpa air laici tak lengkap. Tuang semua air laici atas puding.

Artikel berkaitan: Puding Oreo Berkrim, Guna 4 Bahan Je, Berebut Anak Dapat Makan Sejuk-Sejuk!

Mudahnya Nak Buat Puding Roti Pelangi Ni, Blender Bahan Dan Sejukkan Saja!

Nak relaks dan cuci mata, jom ke SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI