Biasanya menu ayam, kebanyakan ibu suka goreng, buat ayam masak merah, masak kicap atau kari. Kiranya ni hidangan kesukaan seisi keluarga. Bagaimanapun, jika selalu buat hidangan macam tu, pasti akan rasa bosan juga.

Jadi apa kata, cuba buat ayam halia bersama daun bawan. Resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini boleh dicuba. Resipinya ringkas tapi memang sedap! Sekali tengok, ala-ala macam ayam stim di Chicken Rice Shop.

Ramai minta saya kongsi resepi yang lebih ringkas sihat. Kita masak hidangan orang Cina, boleh? OK, kita masak Ginger Scalion Chicken!

Ayam Halia dan Daun Bawang

Ayam Halia Daun Bawang Chinese Style. Resepi Ringkas Tapi Sedap Sangat!

Bahan-bahan: 3 orang makan

½ ekor ayam
3 tangkai daun bawang
3 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu kecil kicap cair

Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat #DapurKAN kali ni!

Ayam Halia Daun Bawang Chinese Style. Resepi Ringkas Tapi Sedap Sangat!

Ni sahaja bumbu yang kita perlukan. Kalau resepi asli, tak gunakan bawang putih. Saya letak bawang putih goreng, tapi sebagai hiasan “garnish” je.

Ayam Halia Daun Bawang Chinese Style. Resepi Ringkas Tapi Sedap Sangat!

IKLAN

Halia ni, kita sagat. Nak kisar pun boleh. Daun bawang kita potong halus. Bawang putih, kita cincang halus. Pastikan jari tak tersagat, terpotong atau tercincang.

Ayam Halia Daun Bawang Chinese Style. Resepi Ringkas Tapi Sedap Sangat!

Ini halia yang dah sagat dan daun bawang yang dah di potong halus. Nampak ringkas ramuannya. tapi jangan risau, pasti sedap!

Ayam Halia Daun Bawang Chinese Style. Resepi Ringkas Tapi Sedap Sangat!

Mula, goreng bawang putih sampai dia hatum dan keperangan. Lepas tu cepat-cepat angkat. Jangan lama sangat, sebab lepas angkat, dia masih bertukar warna. Risau hangit je.

Ayam Halia Daun Bawang Chinese Style. Resepi Ringkas Tapi Sedap Sangat!

IKLAN

Tadi masa angkat, dia perang pucat. Lepas dah tos dan sejukkan dia jadi warna keemasan. Kita simpan dahulu bawang putih keemasan ni.

Ayam Halia Daun Bawang Chinese Style. Resepi Ringkas Tapi Sedap Sangat!

Kurangkan minyak dalam kuali. Sekarang, tumis halia dan daun bawang. Tak payah tumis lama sangat. Sampai aroma dia terserlah, dah lah.

Masukkan ayam. Orang cina biasa stim ayam ni. Mereka tak masukkan terus dalam kuali. Saya malas nak stim dahulu, jadi kita reneh sahaja ayam dalam kuali.

Ayam Halia Daun Bawang Chinese Style. Resepi Ringkas Tapi Sedap Sangat!

OK ni bahan tak wajib, iaitu kicap cair. Saya letak sedikit. Kalau tak nak letak, cuma gantikan dengan garam. Reneh sampai ayam masak dan air tersejat. Siap!

Ayam Halia Daun Bawang Chinese Style. Resepi Ringkas Tapi Sedap Sangat!

Hidang dalam pinggan, tabur bawang goreng dan daun bawang. Titis sikit minyak bijan. Rasa dia menyegarkan, sedap dimakan dengan nasi ayam. Memang sihat.

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Ayam Halia Daun Bawang Chinese Style. Resepi Ringkas Tapi Sedap Sangat!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI