Disaat kenaikan harga semua barang yang tidak terjangkau dek akal, lebih-lebih lagi pada harga minyak dan ayam, ada baiknya kita memilih cara masakan yang lebih sihat menggunakan air fryer untuk anak-anak dan keluarga.
Bukan hanya lagi jimat bahkan lebih sihat serba serbi. Bosan dengan ayam, apa kata jadikan Kentang Bakar Berempah ini sebagai kudapan untuk anak-anak di petang hari.
Ayam mahal, minyak mahal, maka kita makan kentang bakar sahajalah. Kita guna air-fryer atau oven untuk buat hidangan ni. Mudah, tapi anak-anak pasti suka. Sesuai buat kudapan.
Kentang Bakar Berempah by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (3-4 orang makan)
½ kg kentang kecil
1 sudu besar empingan cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil daun parsli kering
1 sudu kecil daun basil kering
3 sudu besar minyak masak
2 sudu serbuk keju parmesan
Garam secukup rasa
Kita sedia bahan-bahan. Kalau tak ada daun parsli atau basil kering, guna sahaja daun oregano.
Agar cepat empuk, potong kentang kepada 2 atau 4 bahagian, basuh dan rebus. Terpulang pada kalian nak kupas kulitnya atau tidak, tapi pada saya kulit tu yang akan buat sedap nanti.
Ads
Setelah kentang empuk, tos kentang, dan masukkan dalam mangkuk. Taburkan rempah ratus kita tadi serta minyak masak ke atas kentang. Saya gunakan minyak rendaman tomato yang kita buat tempoh hari.
Minyak rendaman tomato bakar tu akan menyedapkan lagi kentang kita ni.
Susun kentang, kulit di bahagian bawah. Jangan letak banyak sangat tau, nanti tak garing luaran kentang tu.
Ads
Set suhu sekitar 120-150°C dan masa 15-20 minit. Sejujurnya, hasil gorengan air fry tak sesedap deep fry, tapi apa boleh buat, keadaan memaksa. Haha! Kena jimat minyak masak.
OK ni hasil selepas 20 minit. Belum cukup garing. Kita terbalikkan kentang. Nak kulit dia pula garing. Biar luarnya rangup dan berempah, dan dalamnya empuk-empuk manis.
Kali ni kita set 200°C untuk 10 minit. Jika tak ada air-fryer atau oven, boleh goreng tohor (pan fry) guna kuali leper. Cuma kena rajin balik-balik kentang agar tak geseng.
Fuh itu dia hasilnya! Dah nampak menyelerakan. Kalau nak hidang dah boleh dah ni, tapi saya terbalikkan semula, dan tambah lagi 5-10 minit untuk dapatkan kerangupan yang saya mahukan.
Ads
Letak atas pinggan, tabur keju parmesan sikit, hias dengan tomato ceri, dan hidang dengan mayonis atau sos kegemaran kalian. Gurih! Pedas, masin, manis dan berlemak.
Makanan yang ringkas pun sebenarnya mengenyangkan. Nak dibuat pun mudah, rasa pun sedap. Murtabak mi segera juga sesuai dibuat untuk seisi keluarga. Anak-anak juga pasti akan sukakan rasanya.
Eniza M.Salim telah berkongsi resipi mudah untuk membuat murtabak mi segera dan boleh dimasak di dalam air fryer sahaja.
Murtabak Maggi.. bakar guna AF. Mudah dan cepat
RESEPI MURTABAK MAGGI (Airfryer)
👇 Bahan-bahan: 1 paket maggi perisa kari 4 biji telur 1 biji bawang besar (potong dadu) 1 batang sosej (rebus skejap) 1 keping daging burger(rebus) Sedikit hirisan kobis Sedikit hirisan cili Sedikit potongan daun bawang Garam jika perlu/maggi secukup rasa 2 keping keju
Cara penyediaan: 1. Pecahkan 4 biji telur kedalam besen. Masukkan perencah maggi kari dan sedikit air, kacau sebati. Masukkan hirisan sosej, daging burger (yang telah direbus terlebih dahulu dan dicincang kecil), kobis, bawang, daun bawang dan cili. Perasakan dengan secubit garam. 2. Rebus mee maggi sampai lembut (toskan airnya). 3. Masukkan mee maggi ke dalam bahan-bahan tadi, kacau sampai sebati. 4. Sediakan cup acuan dan masukkan bancuhan maggi tadi ke dalam cup acuan. Ambil 2 keping keju dan dipotong kecil dan letak di atasnya. Kemudian masukkan ke dalam airfryer. 5.Bakar suhu 180 darjah selsius, selama 10 minit atau sehingga masak sekata. **(Bergantung pada airfryer masing-masing).
**Bila dah masak,keluarkan dari acuan,sedia utk dihidang.makan bersama sos cili atau bersama bawang jeruk. Resepi ni boleh buat 8-9 bekas. Kalau nak buat banyak, gandakan.
Selamat mencuba 👌
Selain menggunakan sosej, boleh digantikan dengan isi ayam yang telah dicincang. Untuk bayi pula, boleh gantikan mi segera dengan makaroni dan perasakan dengan serbuk cendawan. Resipi ini biarpun ringkas, ia tetap mengenyangkan. Bukan saja sedap dimakan dengan jeruk bawang, boleh juga dinikmati dengan sos cili.
Pening memikirkan resipi dan hidangan untuk berbuka dipetang hari? Apa kata kita cuba resipi perkongsian Pn Nurul Ateekah ini pula.
Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas yang ditumis dan dimasak kering-kering ini memang sedap rasanya. Unik dan berbeza. Wajib cuba!
RESEPI AYAM GORENG TOMYAM PEDAS
Ayam 1 ekor (dipotong dan dibersih)
5 sudu besar cili kisar
1@2 paket perencah tomyam
8 batang cili padi merah
8 batang cili padi hijau
1 batang serai (dihiris serong)
4 helai daun limau purut
1 biji tomato (dibelah 6)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih(dihiris)
2 cm lengkuas (dipotong)
Lobak merah(tambahan)
½ cawan air
2 sudu besar SOS tiram
2 sudu besar SOS ikan
Serbuk perasa(jika perlu)
Garam Dan gula(jika perlu)
Masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam. Lumurkan sedikit kunyit dan garam pada ayam dan goreng sehingga masak.
Minyak yang sama (keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan tomyam), tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas. Masak sehingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.
Kemudian masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan dan tambahkan garam dan serbuk perasa (jika perlu) serta gaul rata.
Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam yang telah digoreng dan air ½ cawan. Biarkan ianya merenih sebentar dan sedikit kering.
Angkat dan siap dihidang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila berpuasa ni ada masanya tak berselera nak makan menu yang ‘berat’. Mahukan menu yang mudah tetapi sedap dan menyelerakan. Sajian yang sering menjadi pilihan adalah sup. Sup ada banyak versi dan resipinya juga macam-macam jenis.
Ada yang tak memerlukan banyak bahan, tetapi ada juga yang ada tambahan rasa rempah untuk membangkit selera. Seperti yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi ini, resipinya menggunakan rempah sup tetapi tidak keterlaluan.
Ada rasa rempah yang tidak terlalu kuat tetapi sudah cukup untuk buat kita makan bertambah. Ini resipinya;
Kalau mood ‘swing’ cikgu suka layan sup. Hirup sup yang masih panas perlahan-lahan. Pejam mata. Nikmati rasa rempahnya yang berherba dan wangi. Terus segar serta-merta.
Haa kadang sup cikgu buat ada banyak tahap. Yang rasa ringan, sederhana, berempah semua cikgu pernah cuba buat. Cikgu masak ikut kesesuaian. Hari ini cikgu rasa nak makan yang berempah sederhana.
Jom tengok cara mudah cikgu buat. RESEPI SUP AYAM BABA’S
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis ;
– 3 sekawan
– 2 ulas bawang putih
– 1 biji bawang merah
– 1/4 biji bawang holland
– 1 sudu besar (tak penuh) rempah sup Baba’s
– Secubit serbuk lada hitam
– Secubit serbuk lada sulah
2. Kemudian tambahkan satu jug kecil air. Masukkan ayam. Ketuk seinci halia.
3. Reneh dalam api perlahan sehingga ayam betul-betul masak. Masukkan juga satu kiub pati ayam Knorr.
4. Selepas itu perasakan dengan garam. Tutup api selepas semua rasa sebati. *Gaya cikgu tak suka hirup sup yang penuh dengan alat-alat kat dalam periuk. Cikgu nak ambil rasa dan baunya sahaja. Jadi cikgu tapis dulu sup tersebut sebelum dihidangkan. Jadilah kuah sup yang kosong tetapi penuh beraroma*
5. Cara hidangan:
– Sendukkan sup ke dalam mangkuk.
– Perah asam limau nipis
– Taburkan daun bawang, daun sup dan hirisan cili padi dan bawang goreng. *Untuk menaikkan lagi aroma sup, bawang goreng dibuat sendiri*
Sumber foto: Facebook Afy Al-Habibi
Sedia untuk dimakan. Mudah bukan? Selalu layan dengan telur, apa kata sekali-sekala layan dengan ikan kering goreng garing pula. Fuhh tak jadi tak ada mood. Terus muka berubah-ubah merah kerana gembira perut kenyang dengan sedapnya. Hii Cubalah.
Lauk ini juga sesuai untuk ibu dalam pantang. Dengan adanya lada hitam dapat membantu untuk menghangatkan tubuh ibu. Selain itu, makan sup juga dapat membantu proses penghadaman dan buat ibu lebih mudah ke tandas. Bolehlah cuba resipi ni, sedap dan beraroma!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.