Ayam Paprik Ala Thai Terlajak Sedap. Menu Paling Anak Suka. Ada Telur Dadar Ngam!

Share

Menu ayam antara favourite anak-anak. Tak kisahlah masak apa pun, jika lauk ayam, laju je anak makan. Kali ini mama boleh cuba buat paprik ayam macam kedai Thai.

Sebenarnya air tangan mama tu lagi sedap tau. Ni resepi Ayam Paprik Ala Thai terlajak sedap dari Liza Idris. Menu paling anak-anak suka. Masak apa yang ada ja.

Bahan-bahan diperlukan:-
500 gram isi ayam
2 sudu besar cili kisar.
3 ulas bawang putih diketuk hancur.
1 inci halia hiris nipis.
1/2 biji bawang holand.
3 biji cili padi diketuk.
1 biji cili merah dan hijau.
1 batang serai dititik.
5 helai daun limau purut.
Sedikit bunga kubis.
1 batang lobak merah.

Bahan sos:-
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
(Satukan sos dalam bekas)

Cara masak ada pada setiap gambar ya.

Panaskan sedikit minyak. Masuk bawang putih, halia dan serai.

Masuk 2 sudu besar cili kisar. Kacau sampai cili masak sedikit.

Masuk isi ayam. Kacau-kacau hingga ayam separuh masak.

Letak pula adik beradik sos yang disatukan. Barula padu.

Masuk daun limau purut yang dibuang tengahnya. Kacau bagi mesra. Biar pecah minyak

Dah boleh masuk bunga kubis dan lobak merah. Kalau ada kacang panjang dan putik jagung lagi sedap.

Masuk sedikit air dalam bekas sos tadi, kocak dan tuang dalam kuali.

Masuk cili merah dan hijau bagi meriah

Boleh letak gula, garam ikut citarasa

Akhir sekali masukkan bawang holland

Siaplah, mudahkan!

Selamat mencuba.
#KakLizaMasukDapur

Kredit: Liza Idris

Jom join Pa&Ma Gala Moms Reunion bersama selebriti yang juga penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms dan pakar pilihan dengan topik menarik untuk anda. Penyertaan adalah percuma dan terhad 50 orang. Boleh klik sini untuk pendaftaran https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/ 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN