Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat terpaksa ditahan di sebuah pusat perubatan selepas disahkan mengalami masalah mild slipped disc.
Menurut perkongsian Ayda menerusi Instagramnya, dia sebelum ini mengalami kesakitan di bahagian belakang sebelum menjalani pemeriksaan dan disahkan mempunyai masalah pada tulang belakang.
“Assalamualaikum! Baru tau ada mild slipped disc. Okay saya rest daripada lasak jap.
“Terima kasih semua yang mendoakan, yang dm, whatsapp tanya khabar. Tak sangka ramai sayang! Saya akan ingat sampai bila-bila. Sayang korang. Teruskan doa biar cepat sihat,” kongsinya menerusi Instagram.
Masih menerima rawatan, hantaran terbaru yang dimuatnaik semalam mengundang rasa sebak wargamaya.
Ads
Rindu dukung anak
Ibu kepada dua cahaya mata ini meluahkan rasa rindu untuk mengendong dan memeluk anak-anak tercinta, Nayla dan Aali.
Ads
“Rindu nak dukung Nayla and Dedek. Mama promise jaga diri then I can carry you guys lagi okay?
“If not, Nayla and Dedek jela dukung mama bila mama tua,” katanya menerusi kapsyen.
Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikut setiap Ayda turut mendoakan agar cepat sembuh dan dapat kembali bersama anak-anaknya.
Anak yang masih kecil tidak pandai untuk menunjukkan penghargaan kepada ibu. Dalam fasa untuk membesar, mereka cenderung untuk mencuba banyak perkara baharu yang kadang-kadang membuatkan Mama stres dan marah pada mereka. Manalah tidak bising, kalau dah si anak tu memanjat dan melompat ke sana-sini. Bukankah bahaya?
Untuk membuatkan anak-anak menghargai dan menghormati ibu, didikan awal sangat penting. Sebelum ula mengajar anak-anak membaca dan mengira, eloklah diajarkan kepada mereka tentang adab. Latih merek untuk sentiasa memeluk dan mengucapkan terima kasih.
Bagaimana? Anda yang harus mulakan dulu. Sebaik anak-anak bangun tidur, peluklah mereka. Ucapkan terima kasih kerana bangun dengan baik tanpa menangis (jika tidak menangis). Tetapi jika mereka menangis, ucapkan juga terima kasih kerana bangun dan sanggup korbankan waktu tidur bila Mama kejut.
Banyak lagi cara lain untuk anda lahirkan ucapan berterima kasih kepada anak-anak. Jadikan ia sesuatu yang diucapkan dalam apa jua situasi. Untuk mengetahui tanda-tanda anak menghargai anda, perhatikan jika mereka ada:
1. Tidak pilih yang lain
Jika anda banyak menghabiskan masa dengan anak- mereka akan cenderung untuk melihat anda sebagai pelindung dan teman. Ketika ini sudah wujud perasaan sayang dan menghargai anda dalam diri mereka, sebab itulah anak-anak tidak akan memilih orang lain jika anda ad di situ.
2. Tenung muka anda
Ketika masih bayi, anak merenung muka ibu untuk mengenali anda. Tetapi semakin meningkat besar, mereka memandang anda kerana menghargai kehadiran anda di sisi mereka. Jika anda perasan anak-anak suka perhatikan anda dalam diam, bermaknan ada sesuatu yang sedang mereka fikirkan ketika itu. Mungkin di dalam hati mereka berkata, “Sayangnya dengan Mama!”.
3. Lebih selesa memegang tangan anda
Apabila anda dan anak-anak berjaln di luar, mereka memilih untuk memegang tangan anda berbanding orang lain. Bahkan berebut-rebut dengan orang lain untuk memegang tangan anda walaupun bapa mereka ada di situ. Itu tanda mereka mahukan sepenuh perhatian dari ibu dan tidak mahu terlepas untuk explore hari tersebut dengan ibunya.
4. Bercakap dengan anda
Anak yang selesa dan percayakan ibunya akan sentiasa mencari ruang untuk bersembang bersama. Dia akan mulakan pelbagai topik untuk bercakap dengan ibu. Layanlah mereka kerana dengan menunjukkan minat terhadap topik yang mereka utarakan akan membuat anak-anak lebih menghargai keprihatinan anda. Anak yang sering dilayan bersembang oleh ibu akan menjadi sahabat mereka dan anak-anak lebih terbuka untuk berkongsi cerita dengan anda.
5. Berpaling kepada suara anda
Tak perlu menjerit kuat, anak yang menghargai ibunya akan segeri berpaling atau menyahut apabila mendengar panggilan anda. Jika mereka tidak respon kepada panggilan pertama, panggil mereka dengan nama manja untuk penggilan seterusnya. Sebagai contoh: Sayang, Anak Mommy Yang Pandai, Budak Bertuah dan banyak lagi, terpulang kepada anda.
6. Sedih bila anda tiada
Ini paling ketara boleh dilihat jika sudah menghabiskan masa dua hari di rumah dengan anda. Pada hari isnin, anda hantarkan dia ke rumah pengasuh atau taska. Dia akan buat muka sedih dan tidak mahu anda pergi. Mulalah buat cerita sedih dan mimik muka 10 sen. Kita pula jadi tak sampai hati nak tinggalkan mereka. Sebenarnya mereka bukan manja ya, jika itu berlaku sebenarnya mereka sedang bersedih kerana terpaksa berpisah dari ibu mereka.
7. Suka apa yang ada minat
Anak-anak yang kagum dan hormatkan ibu mereka akan cuba untuk memahami anda. Mereka akan mencari jalan untuk menunjukkan minat terhadap perkara yang anda suka.
Anak-anak melahirkan emosi mereka secara terang-terangan, cuma kita ada masanya tersalah tafsir. Sebab itulah, kadang-kadang kita termarah pada mereka. Cuma dalami perasaan mereka. Ketika itu anda akan dapat melihat erti sebenar tindakan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai masyarakat yang kini berhadapan dengan masalah ekonomi akibat pandemik Covid-19. Rata-rata rakyat terpaksa bergadai demi kelangsungan hidup. Malah ada yang tak mampu lagi untuk meneruskan kehidupan dengan baik. Segala daya dan usaha telah dilakukan namun nasib masih tidak menyebelahi.
Hanya yang melalui detik sukar disaat ini sahaja yang tahu betapa besarnya dugaan ini. Keperitan yang perlu dilalui demi kelangsungan hidup. Tak semua yang bertuah mampu menghantar anak ke tempat asuhan disaat ini. Itulah yang dialami oleh seorang peniaga burger yang terpaksa membawa anak-anak kecil semasa berniaga. Videonya tular setelah ada pembeli merakam bayinya yang berada di dalam kereta dengan tujuan untuk mempromosikan kedai peniaga tersebut.
Video tular ini turut dikongsi oleh pengacara popular, Fedtri Yahya dengan caption “Berjuang…Semua berjuang demi hidup”
Menurut pelanggan terbabit Hazly Razaly, dia tiada niat untuk mengaibkan sebaliknya bersimpati dengan nasib peniaga itu yang berusaha keras bagi menanggung ahli keluarga.
“Semalam aku beli burger kat brader ni. Sambil buat burger, dia terjenguk-jenguk tengok kereta yang ada depan gerai ni.
“Aku pergi dekat kereta, aduh ada baby rupanya. Ada si abang yang mungkin tengah nak tidurkan adiknya,” kata Hazly.
Selepas meraih ratusan ribu tontonan, Hazly berkongsi mengenai lokasi gerai itu yang terletak di Setia Taipan, Setia Alam selain menyeru orang ramai untuk memberi sokongan kepada peniaga tersebut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan bulan lalu adalah satu langkah yang bijak bagi memutuskan rantaian Covid-19. Ia bukanlah keputusan yang mudah untuk dibuat oleh kerajaan.
Ramai pengusaha diarah untuk menutup operasi, tadika, sekolah dan universiti diarahkan tutup sebagai langkah pencegahan daripada merebaknya Covid-19. Ramai yang meminta agar yang berada dikampung boleh pulang ke rumah di Kuala lumpur kerana tempoh PKP dilanjutkan. Namun isunya, jika masih ada pergerakan keluar masuk adakah kita mampu memutuskan rantaian Covid-19. Mahukah kita tetap berada dalam tempoh PKP sehingga akhir tahun ini? Jika tidak mahu, renungkan perkongsian daripada Mohd Fadli Salleh ini.
Ibu-ibu mula merindukan anak yang keseorangan terperangkap di asrama di IPTA/IPTS. Isteri mula gelisah, sudah hampir sebulan terpisah dengan suami dan anak-anak. Suami balik ke kampung dengan anak sebelum PKP bermula dan sebaik nak pulang semula PKP dikuat kuasa.
Bahkan ramai ibubapa terpisah dengan anak-anak yang dihantar ke kampung masa awal cuti sekolah mula tidak senang duduk.
Keluhan kesedihan, keluhan kerinduan, keluhan tidak selesa tinggal di rumah mertua yang sempit dengan perlu menjaga aurat dengan adik-adik ipar mula kedengaran.
Ramai mereka meminta kerajaan memberi kelonggaran untuk bergerak pulang. Isteri mahu disatukan dengan suami. Anak mahu bertemu ibu dan ayah. Yang berkeluarga mohon pulang ke rumah sendiri setelah lama terperangkap di rumah mertua.
Dan pengumuman dari PM hari ini menambah gusar mereka. Tempoh PKP dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020.
Tempoh itu sudah masuk bulan Ramadan. Bagaimana suami nak makan sahur? Bagaimana dengan anak-anak? Bagaimana nak hadapi kesesakan dalam rumah mertua yang kecil?
Ramai sangat memohon agar diberi kelonggaran kembali pulang bersatu dengan keluarga di rumah sendiri. Mereka sanggup berkurung di rumah. Mereka sanggup patuhi semua perintah PKP.
Cuma mereka mohon diberi SEKALI sahaja kebenaran bergerak pulang ke rumah sendiri dan berkumpul bersama keluarga mereka. Setelah itu mereka akan diam-diam di rumah.
Tapi itu lah. Ia akan melibatkan pergerakan yang sangat besar hingga akan merosakkan semua rancangan dari kerajaan.
Negara kita semakin hari semakin memulih. Sebab itu kerajaan strict sangat tetap tidak membenarkan pergerakan sebegini.
Semua usaha dan pengorbanan barisan frontliners akan menjadi sia-sia jika kebenaran diberi.
Berpuluh ribu pelajar yang terperangkap, beribu lagi keluarga yang terpisah bergerak pulang dan berkumpul bersama akan membuat risiko serangan COVID-19 bermula kembali.
Bukan mereka tidak faham tentang suara hati semua orang. Tapi tiada satu jalan penyelesaian yang membolehkan semua yang terpisah kembali bertemu saat sukar seperti ini melainkan pergerakan besar-besaran.
Kepada yang terpisah, bersabarlah. Bertahanlah. Keadaan bertambah baik, dan kita akan menang perang melawan musuh halimunan ini jika kita terus berdisiplin dan patuh pada arahan kerajaan.
Sudah jauh perjuangan kita menentang musuh ini. Hanya sedikit sahaja lagi kesabaran diperlukan untuk kita mencapai kejayaan.
Boleh lihat statistik serangan COVID-19 peringkat Antarabangsa. Setiap hari kita menuruni tangga. Setiap hari banyak berita gembira.
Kadar kematian makin rendah, kadar jangkitan baru makin sedikit dan kadar sembuh 100% makin banyak.
Itu petanda kita sedang menghampiri kejayaan. Maka kawan-kawan, tolong bertahan. 🙏
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.