Hetty Sarlene selamat bersalin anak kedua- “dengan rasminya kami sudah berempat” Penyanyi yang cukup sinonim dengan drama bersiri Sembilu suatu ketika dulu, Hetty Sarlene dan suaminya selamat menimang cahaya mata kedua.
Hetty Sarlene Selamat Bersalin Anak Kedua- “Dengan Rasminya Kami Sudah Berempat”
Bayi yang dilahirkan pada Selasa 25 Jun itu diberi nama Hayden Ashton Oakes. Bayi keduanya itu dilahirkan 10 hari lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin. Berita bahagia itu dikongsi sendiri oleh Hetty menerusi laman Instagramnya.
25.6.24 our second bundle of joy decided to make his first appearance 10 days earlier.
We would like to introduce you to our second gorgeous prince Hayden Ashton Oakes. We are Officially family of 4 – tulis Hetty di ruangan kapsyen.
Terdahulu Hetty dikurniakan anak pertama, Landon Alexander Oakes yang kini berusia 3 tahun selepas empat tahun berkahwin dengan Dani Aaqil atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.
Ads
Hantaran Hetty dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Bila fikir nak keluar beli barang dapur, pening dibuatnya kalau terpaksa bawa anak-anak sekali. Dengan senarai barang yang panjang, nak kena berdepan pula dnegan permintaan bukan-bukan dari anak. Eh, tak mudah ya!
Kalau boleh nak keluar sendiri, lagi cepat dan senang. Kalau keluar dengan anak-anak ni nanti, ada saja kerenah mereka yang kita nak kena layan. Makin lambat jadinya kerja. Nak bawa anak keluar, kena banyak sabar. tak boleh cepat ‘rengsek’, memang tak jadi kerja dibuatnya.
Orang keliling nak tengok atau bercakap kita tak boleh halang, nikmati saja masa bersama anak-anak. Waktu mereka kecil ni tak lama, tahu-tahu dah besar dan tak mahu ikut kita lagi. Sementara mereka masih kecil ni, enjoy dan raikan saja gelagat comel anak-anak.
Penulis keibubapaan, Mohd Fhais Salim ada berkongsi tentang hal ini;
“Akak tak pernah keluar bawa anak-anak..”
Eh, berani ye awak keluar bawa anak-anak. Akak tak pernah keluar bawa anak-anak, tak jadi kerja nanti nak melayan diorang je. Allahu.. Saya senyum je bila wife saya cerita. Ada seorang akak ni tegur wife saya ketika beli barang di Mydin.
“Sorang wife saya pegang, dua orang lagi tengah buat kerja diorang meneroka..”
Masa tu saya tengah beratur nak membayar. Macam biasa bawa ketiga-tiga budak ni. Sorang wife saya pegang, dua orang lagi tengah buat kerja diorang meneroka. Sorang dekat palang tengah bergayut, seorang lagi tengah membebel pada adiknya suruh turun dari bergayut. Biasa la..
“Setuju dengan akak tu kalau nak tenang & senang beli barang ataupun makan di kedai baik sorang-sorang..”
Saya perasan seorang kakak ni tengah geleng kepala bercakap dengan wife di tempat duduk. Rupanya ini yang dibualkan tadi. Sejujurnya, saya setuju dengan akak tu kalau nak tenang & senang beli barang ataupun makan di kedai baik sorang-sorang. Mudah kerja. Kita bawa diri je. Zap zap, settle beli barang. Balik pun cepat.
“Tengok gelagat diorang dapat keluar rumah pun dah boleh buat kita rasa riang hati tau..”
Tapi jika nak rasa best, enjoy atau riang ketika keluar bawa la anak-anak. Tengok gelagat diorang dapat keluar rumah pun dah boleh buat kita rasa riang hati tau. Waktu anak kecil memang tak Senang tapi diorang dah besar esok-esok kita yang Terkenang kenang gelagat kecil diorang. Pasti punya!
Sebelum bawa anak-anak berjalan, beritahu mereka tujuan kita keluar. Sama ada mereka ingat pesanan kita untuk behave atau tidak, itu bukan perkara utama. Paling penting kita dah beritahu mereka dahulu. Kalau tak ingat semua pun, sekurang-kurangnya adalah beberapa pesanan kita yang mereka ingat.
Anak-anak dalam fasa membesar, berlari atau melompat adalah normal. Makin dilarang, makin galak. Sebenarnya, itulah momen bahagia yang seronok untuk kita kenangkan bila anak-anak semua dah besar nanti.
Intan Salleh selamat bersalin anak ke empat, “Alhamdulillah…cepat sangat kali ni.” Personaliti media sosial, Intan Liana Salleh berkongsi berita gembira kelahiran anak ke empatnya.
Intan Salleh Selamat Bersalin Anak Ke Empat, “Alhamdulillah…Cepat Sangat Kali Ni”
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Intan dan juga suaminya, Mohd Aizam berkongsi berita gembira itu.
Berikut antara gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram story Intan dan Mohd Aizam.
Bagaimanapun sama ada Intan mahupun suaminya tidak berkongsi jantina bayi yang baru dilahirkan itu.
Intan sebelum ini merupakan bekas isteri kepada pemain muzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 11, dan Ariq Muqri, 9. Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya pada 20 Disember 2021.
Perkahwinan kedua ini, Intan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 4 September 2022, yang kini berusia 2 tahun. Terbaharu, Intan dan suaminya sedang menantikan kelahiran anak kedua mereka.
Jika sebelum ini Simpan Challenge Hunt Pa&Ma X Simpan SSPN diadakan di The Farm, Bentong Pahang, kali ini Simpan Challenge Hunt menjelajah ke selatan tanah air.
Simpan Challenge Hunt Pa&Ma X Simpan SSPN yang diadakan Sabtu lalu di Legoland Malaysia berlangsung dengan cukup meriah.
Jika dahulu peserta didedahkan dengan haiwan-haiwan ternakan yang comel dan pelbagai, kali ini kesemua peserta diberikan tugasan yang berbeza di samping dapat bermain di taman-taman istimewa di Legoland ini.
Majlis penuh meriah itu di rasmikan oleh Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, En Azhar Ahmad serta tidak ketinggalan Pn Mazni Ruslan, Pengarah Negeri PTPTN Negeri Johor.
Apa yang menariknya, acara pada hari itu bukan sekadar tugasan bermain di sekitar Legoland sahaja bahkan peserta turut diberikan tugasan untuk menghias tabung Simpan SSPN mengikut daya kreativiti masing-masing.
Berkumpul Dari Awal Pagi
Peserta bersemangat untuk menyahut cabaran Simpan Challenge Hunt kerana mereka telah berkumpul seawal jam 8.00 pagi untuk pendaftaran. Tambah meriah kerana setiap peserta diberikan t-shirt khas berwarna biru dan semuanya tampil sedondon!
Peserta juga berkreatif dengan penampilan grup masing-masing yang tampil dengan pelbagai gaya mengikut tema keluarga. Memang meriah.
Usai pendaftaran, para peserta tambah semangat dengan sesi Zumba untuk memanaskan badan. Pemilihan lagu rancak serta rentak tari yang menarik membuatkan ibu ayah serta anak-anak begitu teruja berzumba.
Peserta dimulakan dengan perlepasan oleh Encik Azhar yang menanti di garisan permulaan. Peserta sebelum itu diberikan tugasan untuk mencari logo Simpan Challenge yang diletakkan di kawasan sekitar.
Hias Tabung & Check Point
Peserta diberikan tugasan untuk mencuba pelbagai permainan di check point yang diberikan. Mereka kemudiannya diberikan wang saku sebaik selesai tugas. Kesemua mereka ini perlu melakukan tugasan dan permainan di setiap check point yang diberikan dan selebihnya bergambar di destinasi terpilih.
Peserta kemudiannya diberikan peluang untuk berjual beli di kedai jualan bagi menghasilkan tabung kreatif Simpan SSPN. Semuanya menerusi jumlah kutipan wang daripada tugasan dan permainan yang mereka lakukan. Memang meriah.
Kesemua peserta menunjukkan daya kreatif masing-masing bila mana mempamerkan pelbagai jenis tabung dengan pelbagai warna. Semuanya dihias begitu cantik dan berseni.
Majlis pada hari itu ditamatkan dengan tiga peserta yang dipilih sebagai pemenang. Tempat pertama di menangi oleh Kumpulan No.13, Encik Mohamad Farkhan Mohd Nordin dan tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan No.42, Pn Nur Syahida. Manakala tempat ketika pula dimenangi oleh peserta bernombor 22, Pn. Nurul Najihah Nik Hayazi.
Kesemua peserta tidak pulang dengan tangan kosong bila mana turut diberikan cenderahati untuk kenang-kenangan disamping hadiah cabutan bertuah yang menarik.
Ternyata Simpan Challenge Hunt yang diadakan kali ini telah mengukir senyuman di wajah para peserta serta banyak memberi pendedahan kepada mereka tentang Simpan SSPN.
Para peserta terutamanya anak-anak kecil juga dapat belajar mengenai kepentingan menyimpan namun yang paling penting pastinya ‘bonding time’ bersama ibu dan ayah disepanjang acara ini.
Tahniah kepada semua peserta dan teruskan memberi sokongan kepada Pa&Ma dan Simpan SSPN!
Jangan lupa untuk sertai Simpan Challenge Hunt yang bakal diadakan pada bulan Jun 2024 ini di Melaka. Penyertaan akan dibuka dalam masa terdekat. Dapatkan info lanjut di sosial media Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...