Zalif Sidek timang anak kedua, isteri selamat bersalin bayi lelaki, dah dapat sepasang. Pelakon Zalif Sidek berita gembira, isterinya selamat melahirkan bayi lelaki. Genap sepasang sudah anak pelakon Daddyku Gangster ini.
Zalif Sidek Timang Anak Kedua, Isteri Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Dah Dapat Sepasang
Terdahulu, Zalif sudah memiliki seorang anak perempuan yang kini berusia 1 tahun 6 bulan. Sebelum ini Zalif ada berkongsi berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua yang dijangka lahir pada bulan Ogos.
Berikut berita gembira yang dikongsikan oleh Zalif di laman Instagramnya.
Bayi 13 bulan cedera disyaki didera pengasuh, banyak kesan lebam pada tubuh. Seorang bayi lelaki berusia 13 bulan dilaporkan mengalami kecederaan fizikal yang dipercayai akibat didera oleh pengasuhnya dalam satu kejadian di Seri Iskandar, Perak, pada Isnin.
Insiden terbabit terbongkar apabila ibu dan bapa mangsa membawa anak mereka yang berada dalam keadaan lemah ke Hospital Seri Iskandar bagi mendapatkan rawatan segera.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah, memaklumkan bahawa pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang doktor di Jabatan Kecemasan hospital terbabit pada jam 5.21 petang.
Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam pada beberapa bahagian tubuh mangsa, termasuk pipi, telinga, dahi, perut dan kaki.
“Pihak perubatan turut mengesan keadaan tidak normal pada bahagian mata hitam mangsa, yang menimbulkan syak berlaku penderaan terhadap bayi tersebut,” jelas beliau ketika dihubungi pada hari Selasa.
Berikutan laporan yang diterima, pihak polis telah menahan seorang wanita yang juga pengasuh bayi itu pada malam yang sama, kira-kira jam 9.20 malam, bagi membantu siasatan lanjut.
Difahamkan, wanita terbabit baru mula mengasuh mangsa sejak dua minggu lalu.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang berkaitan dengan pengabaian dan penderaan kanak-kanak.
Trauma C-section adalah realiti yang ramai ibu tidak akan lupa seumur hidup. “Bius tak jalan, rasa toreh, overdose…” semua ini bukan kisah yang dibuat-buat. Siapa kata C-section tu tak sakit bila ada bius? Hakikatnya, tak semua ibu melalui pengalaman yang sama.
Beberapa ibu yang berkongsi pengalaman mereka di ruangan komen posting Pa&Ma baru-baru ini buat ramai tersentak rupanya trauma C-section ni sangat besar, sampai ada yang kata rasa macam “nyawa tercabut”.
Posting itu dihujani ratusan komen setiap satu bawa cerita yang buat kita sedar betapa besar pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan anak. Untuk ibu-ibu lain, kisah ini boleh jadi panduan, kekuatan, dan persediaan mental kalau situasi sama berlaku.
“Trauma masa doktor belah perut, bius tak jalan. Last-last kena full bius. Sedar pun lambat dari orang lain. Lepas tu nak baik tu… Ya Allah, dekat sebulan nak bangun tegak pun tak larat. Nangis nak ke tandas.”
Seorang lagi kongsi, “Masa doktor toreh tu boleh rasa hujung pisau. Perut kena tekan, kena golek, muntah… trauma betul. Mujur anak kedua tak rasa dah—tahu-tahu je dengar suara baby kuat.”
Dan ada yang rasa bius habis sebaik saja baby keluar: “Azab rasa dia… sampai terfikir kalau Allah nak tarik nyawa pun redha sebab sakit tak tertanggung.”
“Ada masa doktor jahit layer ke berapa entah, tiba-tiba rasa sakit balik. Minta gas semula. Lepas bersalin kena pula darah tinggi sampai ward semula. Ubat makan 2 bulan.”
Ada juga yang melalui saat paling mencemaskan: “Bius tak jalan. Torehan pertama boleh tahan lagi. Masuk kali kedua, kaki naik sendiri. Kecoh OT. Pakar bius suruh syahadah… Alhamdulillah akhirnya baby sihat. Pengalaman luar biasa.”
“Doktor tengah jahit… bius habis. Sakit amat sangat. Doc tambah bius tapi tak jalan. Nak tak nak mereka teruskan juga.”
“Suntik heparin 14 hari, sehari dua kali… luka pula terbuka sedikit. PJJ dengan suami, semua buat sendiri dengan anak. Memang struggle.”
“Tak sedar, terus ICU. Doktor kata kalau 24 jam tak bangun, ventilator akan dicabut. Suami tunggu dengan redha.”
“Parut lama melekat, masa tarik tu boleh rasa. Lima kali sedut gas. Tuhan je tahu sakitnya.”
“Anak pertama, doktor buka balik jahitan tanpa bius. Kulit rasa macam dibelah macam durian.”
“Lepas tu OT untuk cuci perut. Seminggu perut terbuka. Dressing hari-hari pedih. Lepas tu masuk OT balik untuk jahit semula. Keluar OT nurse rupanya lupa pasang tiub kencing… 2 jam kemudian azab rasa macam nak bersalin balik.”
“Anak kedua, sedar-sedar dah dalam ICU sebab tekanan darah tinggi, jantung laju, badan shaking. Anak pun masuk HDU. Badan kena bungkus dengan selimut zink panas. Dengar orang menangis… ingatkan aku dah tak ada, rupanya pesakit sebelah meninggal accident.”
Inilah realiti yang ramai tak nampak. Setiap kelahiran ada ceritanya ada yang indah, ada yang perit. Tapi semuanya berkongsi satu benda: kasih seorang ibu memang tak ada tandingannya.
Semoga pengalaman ibu-ibu ini jadi kekuatan untuk yang bakal melalui C-section, dan jadi peringatan bahawa setiap kelahiran itu penuh pengorbanan. Dan untuk ibu yang pernah melalui trauma C-section, semoga luka fizikal dan emosi itu akan pulih dengan masa dan sokongan sekeliling.
Memang perkara yang mengujakan buat si suami bila mendapat tahu isteri kini berbadan dua. Namun begitu, tugas suami tidak terhenti di situ. Masih banyak persiapan yang memerlukan bantuan suami untuk menyambut bayi yang bakal lahir kelak.
PERSEDIAAN SAMBUT ANAK SULUNG
Diam tak diam Affan Dzikri dah nak masuk 2 tahun. Sekejap je rasa masa berlalu. Pejam celik pejam celik satu bulan lagi dah nak genap 2 tahun usia manja boy ayah.
Makin lama makin banyak kerenah dan perkataan yang keluar dari mulut anak ayah. Dari hanya pandai menangis dah pandai merajuk. Masa video call pon dah pandai main emosi.
Teringat masa first dapat tahu ex bini ngandung ( masa tu masih bini la ). Dulu tak percaya ada orang cakap bunting pelamin la, bini ngandung bapak boleh dapat alahan. Masa nikah bulan 11, bulan 12 bini dah ngandung. Kira masa 3rd reception kami, Affan Dzikri dah ada dalam perut umi.
Maklumlah terasa diri artis sampai ada 3 majlis resepsi. First umah bini, second rumah saya, dan third rumah family angkat saya di segamat. Memang meriah lah cerita dia.
Bila dikenang balik lawak pon ada, baru kahwin 2 minggu p beli pregnancy test. Apa punya excited la saya time tu. Reason sebab saya tak lalu makan dan tekak mual. Bukan bini tau, saya yang over duk makan asam.
” Yang I rasa awak pregnant la, sebab tekak I mual rasa nak muntah tapi x muntah “
Masa tu memang bini gelak guling guling la citer dia, nak sedap kan hati laki, cik bini tetap la buat pregnancy test, apa ke gila, dua dua x reti guna, main bantai je. Nak tanya family, malu la pulak. Dah kenapa nak lebih excited.
Beli pregnancy test yang murah je, skali result negative, punya la down macam dah kawen 10 tahun, padahal baru 2 minggu. Saya tetap tak putus asa naluri kebapaan tu makin menebal. Selang seminggu tu, beli lagi sekali dan buat test lagi. Tetap negative, fikiran dah mula fikir ” ehh awal lagi, apa ke gila nak test pregnant ke tak baru kahwin 3 minggu”.
Walaupon tekak tetap mual, tapi ketepikan lah perasaan nak tahu. Masa tu kami pjj lagi, kira saya ni weekend baru jumpa bini lepas 2 minggu kawen. Nak jadi cerita, masa bini duduk umah kakak dia dan saya tengah sibuk prepare untuk majlis kali ketiga tu, bini pening tak larat nak bangun.
Perasaan tu kembali berkobar-kobar, minta tolong anak sedara bini pi beli pregnancy test, bini pon mula mula malas nak layan otak gila en laki. Selepas beberapa jam tiba tiba bini wasap gambar double line pregnancy test. Masa tu rasa macam ” dunia ana yang punya “.
Dia punya perasaan excited tu lain macam brother, macam achievement unlock bila main game. Happy tak terkata, nak jadi ayah la kata nya. Bermula lah episod baru dalam hidup. Nak dapat anak first memang perasaan yang sangat teruja. Otak mula dah berfungsi nak buat persiapan sambut orang baru.
Jom saya kongsikan apa yang perlu kita lakukan untuk menyambut kedatangan orang baru dalam kehidupan kita.
1. Buka Buku Merah Jambu
Jangan terlampau excited sampai nak p buka buku pink tapi bini baru pregnant tak sampai 1 bulan. Bercakap pasal pengalaman sendiri. Buku pink ni boleh buka kt Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak atau hospital swasta.
Selalunya kena buka buku pink ni sebelum kandungan masuk 12 minggu. Kes saya lawak sikit lah, sampai Doktor pon cakap excited sangat awak ni, nak buka buku pink bini baru ngandung 2 minggu.
Mula mula bila pregnancy test positive, bawak bini check dulu kat klinik untuk mengetahui usia kandungan. Doktor akan advise bila kena buka buku pink. Saya dulu buka buku pink masa temujanji kedua, masa kandungan bini masuk empat minggu.
2. Makanan Dan Baca Al Quran
Seelok eloknya pastikan bini makan makanan yang berkhasiat semasa mengandung. Amalkan makanan sunnah semasa tempoh kehamilan.
Boleh juga ambil makanan atau vitamin tambahan, ikut pada cadangan Doktor. Jangan memandai pulak, kang nak baby sihat lain yang jadi.
Guna pakai juga petua orang lama berkenaan makanan yang baik dimakan untuk memudahkan proses kelahiran. Yang mana baik kita ikut, jangan pulak petua yang melalut tu kita buat.
Amalkan bacaan surah surah yang bagus untuk ibu mengandung, antaranya Surah Yusof & Maryam. Jangan buka mp3 je, baca sekali dengan bini.
3. Persediaan Kewangan
Perkara paling penting bila nak sambut anak, tahap kewangan kita brother. Kita kena buat perancangan, nak bini beranak kat hospital kerajaan atau swasta.
Jika kita pilih swasta, kena stand by paling kurang 8-12 ribu, sebab jika bersalin normal ok lagi ikut kadar rata hospital swasta 3K-6K. Tapi jika memerlukan pembedahan ( ceaser ) selalu nya kos itu akan meningkat pada 7-12K ikut hospital dan Doktor yang anda pilih.
Selain tu, kena fikir gak nak beli barang keperluan bayi. Barang asas seperti, katil bayi, botol susu, lampin, mandian bayi, baju newborn dan macam macam lagi keperluan asas baby.
Kena sediakan juga duit tukang urut atau jika anda ingin ambil khidmat servis jagaan pantang. Kita kena fikir gak persiapan untuk akikah anak. Jika baby girl seekor kambing ( satu bahagian ), untuk baby boy 2 ekor kambing ( 2 bahagian ).
4. Persediaan Mental Dan fizikal
Siapa kata nak dapat anak mental tak kena kuat, kena belajar bro cara nak kawal emosi. Kita ni nanti nak kena bagi semangat kat bini masa nak beranak. Kena bagi semangat kat bini, jangan pengsan tengok darah sudah lah.
Ilmu persiapan sebagai mak bapak pon kena tahu, tu kena bersiap sedia mental dan fizikal. Jangan harap kat bini 100%, dia dah la bawak anak kita dalam perut tu sembilan bulan.
Kalau bukan kita bagi sokongan moral siapa lagi, bini ni bila ngandung emosi mereka senipis kulit bawang. Kita salah sikit depa boleh menangis brother. Kawalan emosi tu sangat lah penting.
Saya sendiri pon jatuh ego lelaki bila tengok bini dalam labour room. Siap menitik airmata jantan bila first time sambut anak atas tangan untuk di azankan.
5. Daftar Kelahiran
Kena ambil tahu cara cara nak daftar kelahiran anak, yang ni memang kita yang kena buat, bini dah dalam pantang tak kan nak suruh dia pulak yang pergi JPN.
Siapkan segala borang dan dokumen yang diperlukan. Jangan buat kerja 2-3 kali bila dah sampai kaunter. Kena daftar kelahiran dalam tempoh 14 hari dari tarikh anak dilahirkan. Kelewatan pendaftaran akan mengakibat kan kita kena penalti.
Bab tulis borang tu biarlah tulisan tu kemas, kejap lagi nak letak nama anak Rosmah di sebabkan tulisan buruk jadi rocemah pulak dah, tak ke haru. Dah viral nama anak kita nanti.
Ini antara persiapan yang perlu kita lakukan, ada banyak lagi untuk saya kongsi. Kalau nak tulis boleh penuh wall fb anda dengan karangan saya. Nanti saya share lagi tips tips berguna kepada anda.
Kepada bakal ibu dan bapa semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuat persiapan menyambut kelahiran putera/puteri sulong anda.
Penyakit Buah Pinggang Kronik Tahap 4 tidak menghalang seorang ibu meneruskan kehamilan berisiko tinggi. Kisah Shaa Shidie ini menyentuh hati apabila sanggup mempertaruhkan nyawa demi melahirkan anak yang dinantikan selama empat tahun.