Ads

Azza Elite Sebak Kongsi Detik Anak Panggil ‘Mummy’, “Bertahun Saya Tunggu”

Jarang berkongsi kisah kehidupannya, namun penyanyi Azza Elite rupanya berjuang untuk membesarkan anak kesayangannya, Muhammad Adam, yang disahkan berada dalam spektrum Autisme tahap dua.

Berkongsi kisahnya menerusi satu sesi siaran langsung Sinar Plus, kata Azza segalanya bermula dengan perubahan kecil yang pada awalnya sukar untuk diterima.

Ketika Adam berusia sekitar dua tahun, dia mula menunjukkan tingkah laku berbeza seperti mengibas tangan serta kurang memberi tindak balas apabila dipanggil.

“Awal-awal saya tak nampak. Waktu dia dua tahun dia suka flap hand. Lepas tu bila saya cakap dengan dia tak ada eye contact langsung.

Saya panggil nama dia tapi tak ada respon. Sebagai ibu saya rasa anak saya normal sahaja.

Bila bawa pergi check up doctor tak boleh confirmkan sebab anak saya masih kecil,” ujarnya bercerita.

Ads

Azza Elite Sebak Kongsi Detik Anak Panggil ‘Mummy’, “Bertahun Saya Tunggu”

Tanda Awal Yang Sukar Diterima

Bagi mana-mana ibu bapa, menerima hakikat bahawa anak berada dalam spektrum autisme bukanlah sesuatu yang mudah. Begitu juga dengan Azza yang pada awalnya tidak menyedari perubahan kecil tersebut sebagai sesuatu yang signifikan.

Kurangnya eye contact, tidak memberi respon apabila dipanggil, serta pergerakan berulang seperti mengibas tangan sering kali dianggap sebagai fasa perkembangan biasa. Namun, tanda-tanda ini sebenarnya antara petunjuk awal autisme yang memerlukan perhatian lebih awal.

Walaupun doktor ketika itu belum dapat mengesahkan diagnosis kerana faktor usia, naluri seorang ibu tetap merasai ada sesuatu yang berbeza pada anaknya.

Ads

Tunggu Anak Panggil ‘Mummy’

Di sebalik segala cabaran itu membesarkan anak autismenya kata Azza, tersimpan satu momen yang cukup bermakna buat dirinya sebagai seorang ibu, saat yang dinanti-nantikan selama bertahun-tahun.

Selepas menunggu begitu lama, akhirnya Adam berjaya memanggilnya dengan perkataan “mummy” ketika berusia sekitar lima hingga enam tahun. Momen itu menjadi detik yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Umur dia dalam lima ke enam tahun macam tu baru dia boleh sebut proper word mummy. Kalau tanya siapa sayang mummy, dia jawab Adam.”

Azza Elite Sebak Kongsi Detik Anak Panggil ‘Mummy’, “Bertahun Saya Tunggu”

Ads

Kasih Ibu Yang Tidak Pernah Berhenti

Bagi Azza Elite anak autisme ini, setiap perkataan yang keluar daripada mulut anaknya membawa makna yang sangat besar. Perkembangan yang mungkin dianggap kecil oleh orang lain sebenarnya adalah pencapaian besar dalam perjalanan seorang anak istimewa.

“Anak saya dapat bercakap pun saya dah rasa satu rahmat yang besar,” ujar Azza yang mengakui tidak semua impian hadir seperti yang dirancang, namun setiap ujian membawa hikmah yang tersendiri.

Dan bagi Azza, satu panggilan mummy sudah cukup untuk mengubat segala penat lelah yang pernah dilalui, satu bukti bahawa kasih seorang ibu tidak pernah meminta balasan, kecuali sekeping rasa yang dipanggil syukur.

Kredit: Sinar Plus

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Kesihatan Mental Kanak-Kanak Semakin Kritikal

Kesihatan mental kanak-kanak semakin kritikal di Malaysia. Ketahui punca, tanda awal dan peranan ibu bapa dalam menjaga emosi anak-anak.