Setiap tahun, netizen memang tertunggu-tunggu dengan gambar dan koleksi baju raya Che Ta sekeluarga sebab memang ‘vogue’ habis. Bagi koleksi baju rayanya kali ini dari raya pertama hinggalah raya kelima tak pernah mengecewakan.
Sudah menjadi kebiasaan, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan akan memilih lebih dari satu tema warna baju ketika menyambut hari raya aildifitri, bukan satu ya! Jom kita lihat koleksi raya tahun ini.
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipatuk ular kapak yang bersembunyi di dalam kasut baru-baru ini.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Sungai Besar, Selangor ini berlaku ketika kanak-kanak tersebut sedang bermain di kawasan sekitar rumahnya.
Menerusi video perkongsian yang dimuat naik bapa kanak-kanak tersebut di akaun TikTok miliknya, Shimi_Desa, berkata, dia segera membawa anaknya ke hospital setelah menyedari kejadian itu.
“Tragedi yang tak akan aku lupakan. Anak bongsu dipatuk ular berbisa di tangan kiri ketika bermain petang semalam,”
“Dapat tahu saja kena patuk terus gerak ke hospital. Waktu ini aku panik gila. Aku bawa selaju mungkin sambil pangku anak dekat riba.
“Sementara nak sampai tu dia menangis, menjerit tahan sakit,” katanya.
Jelasnya, setelah diperiksa doktor mengesahkan anaknya dipatuk reptilia berbisa, ular kapak.
“Sampai hospital doktor sahkan ular itu ular kapak, spesies berbisa. Perlu ambil darah dan antivenom (serum antitoksin meneutralkan bisa),” ujarnya.
Tambahnya, keadaan anaknya bertambah teruk selepas tangan yang dipatuk membengkak sehingga paras bahu dan membiru.
Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut sudah beransur pulih selepas diberikan rawatan.
Tiada apa yang mendukacitakan bagi seorang bapa setelah melihat keadaan anak tidak seperti dulu. Merindukan telatah & lincahnya si anak, bapa reda akhirnya anak tersayang tidak lagi mampu berdiri dan bertutur.
Keadaan Muhammad Fawwaz Adli, 5 tahun,itu dikongsi bapanya, Mohd Bukhari Zainal Annuar, yang memaklumkan anaknya dibenarkan keluar wad, semalam selepas tiga minggu dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).
Fawwaz sebelum ini parah dihempap peti ais di rumah keluarganya di Taman Cempaka, Nilai, pada 12 Julai lalu, tidak lagi mampu berdiri dan bertutur. Sebelum ini Pa&Ma pernah berkongsi tentang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah selepas ditimpa peti ais.
Dalam kejadian 11 malam itu, Muhammad Fawwaz mengalami kecederaan di kepala akibat dihempap bucu peti ais yang tumbang.
Menurutnya, biarpun Muhammad Fawwaz dibenarkan keluar wad, keadaannya tidak seperti dulu apabila tidak boleh berdiri dan bertutur.
“Doktor memaklumkan ia kesan kecederaan dialami di bahagian kepala. Doktor beritahu keadaannya mungkin berlarutan untuk tempoh lama.
PERLU MAKAN MENGGUNAKAN PENYEDUT MINUMAN
“Selain itu, anak saya memerlukan penjagaan rapi dan perlu makan menggunakan straw,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Mohd Bukhari berkata, Muhammad Fawwaz sudah menjalani pembedahan sebelum ini dan perlu mendapatkan rawatan susulan di HTJS selepas ini.
IKHTIAR CUBA RAWATAN ISLAM
Bapa ini tidak hanya menyerahkan kepada takdir & berputus. Beliau terus berikhtiar untuk memulihkan anak sulungnya dengan mencuba rawatan Islam.
“Selain rawatan susulan, saya akan cuba mendapatkan rawatan perubatan Islam sebagai ikhtiar memulihkan anak saya itu,” katanya yang reda dan tabah menghadapi ujian berkenaan.
Tular sejak semalam, video pasangan suami isteri mempromosikan gerai roti canai mereka di TikTok kini bertukar menjadi berita duka. Pasangan itu bukan sahaja mencuri perhatian rakyat Malaysia kerana keikhlasan berniaga, tetapi juga kerana mereka kini dikenali sebagai mangsa tragedi lemas di Sungai Korok, Jitra, Kedah.
Dalam video yang tular, pasangan suami isteri, Mohammad Azim Izat, 32, dan isterinya, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, kelihatan sedang berniaga di sebuah medan selera di Kedah. Di sebalik senyuman dan suara lembut mereka mempromosikan kedai roti canai , terselit satu pegangan hidup yang sangat menyentuh jiwa.
“Ada dua jenis orang yang berniaga. Satu mereka fokus untuk kaya. Satu lagi, mereka cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Yang penting kami dapat teruskan kehidupan.”
Kata-kata arwah Nurul Hidayah itu bukan sekadar ucapan biasa. Ia mencerminkan kecekalan seorang isteri dan ibu, yang bersama suami sanggup mengorbankan keselesaan demi meneruskan kelangsungan hidup anak-anak.
Cerita baru dari Orang Bisnes, pasangan manis, suami isteri, peniaga roti canai di Medan Selera Hospital Lama Alor Setar, Kedah.
Pasangan ini bukan berniaga demi kemewahan. Harga roti canai itu bukan strategi promosi, tetapi cerminan ikhlas dan redha dalam menjalani hidup. Mereka tahu ramai pelanggan yang susah, dan mereka ingin berkongsi sedikit rezeki.
Kejujuran dan kasih sayang mereka dapat dirasakan hanya melalui video ringkas yang kini menjadi kenangan terakhir. Siapa sangka, video yang mengundang rasa kagum itu bertukar menjadi sedih dalam sekelip mata.
Menurut adik mangsa, Nur Adliah Shuhada Ishak, abang dan kakak iparnya bersama empat lagi ahli keluarga menginap di rumahnya di Taman Aman sebelum menghilang tanpa khabar pada keesokan harinya.
Penantian penuh harapan itu berakhir tragis apabila kesemua enam sekeluarga ditemui maut dalam sebuah Proton Saga Iswara yang tenggelam di dasar Sungai Korok, Isnin lalu. Tragedi itu menamatkan satu kisah keluarga kecil yang begitu kuat dan bersatu.
Ruangan komen di TikTok kini dibanjiri ucapan takziah dan luahan hati warganet yang berasa sayu mengenangkan keperibadian pasangan tersebut. Ramai yang tersentuh apabila menyedari bahawa mereka hanyalah insan biasa yang tidak meminta banyak, hanya mahu terus hidup demi keluarga.
Kata netizen, “Jarang kita jumpa peniaga yang berniaga untuk beri manfaat kepada orang lain, bukan untuk keuntungan semata-mata. Mereka insan terpilih…”
Majalah Pa&Ma turut merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga mangsa. Buat anak-anak yang kehilangan ibu dan ayah dalam sekelip mata, semoga mereka membesar dengan kekuatan luar biasa, dikelilingi kasih sayang masyarakat yang prihatin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!