Setiap tahun, netizen memang tertunggu-tunggu dengan gambar dan koleksi baju raya Che Ta sekeluarga sebab memang ‘vogue’ habis. Bagi koleksi baju rayanya kali ini dari raya pertama hinggalah raya kelima tak pernah mengecewakan.
Sudah menjadi kebiasaan, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan akan memilih lebih dari satu tema warna baju ketika menyambut hari raya aildifitri, bukan satu ya! Jom kita lihat koleksi raya tahun ini.
Rezeki, jodoh dan maut semuanya ditangan Allah, kita sebagai manusia hanya mampu untuk merancang. Siapa kita untuk menafikannya. Begitulah juga dengan apa yang kita miliki di dunia ini, semuanya milik yang Maha Esa.
Takdir Allah tiada siapa dapat menyangkal, baru-baru ini tular kisah seorang wanita yang kehilangan suami tercinta selepas berkahwin September tahun lalu dan hanya beberapa bulan sempat merasai kehidupan bahagia.
Menerusi satu perkongsian video di IG wanita yang mahu dikenali sebagai Erin, 24 tahun, telah berkongsi momen dirinya berbadan dua, namun apa yang memilukan dia melalui detik-detik kehamilan tanpa kehadiran seorang suami.
Difahamkan, suaminya yang dikenali sebagai Muhammad Amirul Ashraf,25 tahun, meninggal dunia genap dua bulan perkahwinan mereka, selepas arwah terkena serangan jantung ketika bermain futsal.
Tuhan itu Maha Adil, setelah tiga hari suami meninggal dunia, Erin disahkan hamil. Walaupun berita gembira itu tidak dapat dikongsikan bersama suami tercinta, namun kehadiran zuriat itu sedikit sebanyak menjadi pengubat rindu.
Anak yang ditinggalkan ini penghubung tanda cinta buat suami yang pergi buat selama-lamanya.
“Anak arwah mengigau memanggil ibunya beberapa kali semasa tidur kerana terlalu rindu sebelum dia tidur semula.
“Saya sedih mendengar rintihan cucu yang kehilangan ibu bapa kerana dia masih kecil dan perlukan kasih sayang mereka,” kata Fauziah Dollah, 63.
Fauziah adalah ibu kepada Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, yang maut bersama suaminya, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30.
Mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur 8.30 pagi semalam selepas motosikal ditunggangi merempuh belakang lori.
Mengulas lanjut Fauziah berkata, dia dan suami, Kamaruddin Harun, 60, akan menjaga cucunya, Muhammad Arfan Ziqri berusia 22 bulan kerana cucunya itu sangat rapat dengannya sekeluarga terutama anak bongsu, Diana, 25.
“Arfan tidak boleh bercakap, tetapi selepas kedua ibu bapanya selamat dikebumikan dia panggil ibunya beberapa kali, dia sangat rindukan ibunya kerana mereka rapat.
“Selepas kejadian itu, Arfan seperti tercari-cari ibu dan abinya serta tidak ceria.
“Dia juga kurang minum susu dan hari ini baru nampak wajahnya sedikit ceria kemungkinan gembira dengan kehadiran orang ramai di rumah kami.
“Walaupun sedih dengan nasib cucu tetapi saya reda dengan pemergian anak dan menantu dalam kemalangan itu,” katanya ditemui di Jalan Taman Sri Talang, Kadok, Kota Bharu.
Menurutnya, arwah anak dan menantu kerap pulang ke kampung apabila mereka cuti dan tiada perubahan ditunjukkan ketika mereka pulang bulan lalu.
Begitu juga ketika mereka berbual di telefon, tiada pesanan ditinggalkan anak keempat daripada lima beradik itu.
“Arwah menantu kerap menghantar isteri ke tempat kerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur dari rumah mereka di Shah Alam.
“Jika menantu kerja, arwah anak pergi dan balik kerja dengan komuter,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, keluarga anggota polis yang maut bersama isterinya di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur beberapa hari lalu terkejut apabila mengetahui isteri mangsa hamil anak kembar.
Mangsa, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, dan isteri, Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, meninggal dunia selepas terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira jam 8 pagi.
Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemui mati selepas dipercayai terjerut kain tuala di dalam kejadian di Kuala Nal, Kuala Krai.
Menurut Harian Metro, mayat Muhammad Adam Danish Zaidi ditemui dalam keadaan tergantung dengan sehelai tuala di besi penghadang katil dua tingkat oleh ahli keluarganya pada pukul 9.30 malam.
Lebih memilukan lagi kanak-kanak itu dikatakan meninggal dunia pada malam ulang tahun kelahirannya.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, sebelum kejadian, ibu mangsa memanggil anaknya yang berada di dalam bilik beberapa kali namun tidak ada sahutan.
“Ibu mangsa mula berasa pelik kerana tidak ada sahutan walaupun beberapa kali dipanggil dan pada masa sama pintu bilik diketuk. Ibu mangsa akhirnya menendang pintu sebanyak dua kali sehingga terbuka.
“Apabila pintu bilik dibuka, didapati anaknya berada dalam keadaan tergantung dengan sehelai tuala di besi penghadang katil dua tingkat dan dia terus memanggil anak sulungnya supaya menghubungi bahagian kecemasan Hospital Sultan Ismail Petra,” katanya
Beliau berkata, sebaik pegawai perubatan hospital tiba, pemeriksaan mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia.
Salam takziah buat ahi keluarga mangsa. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan solehah. amin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!