Lain orang lain caranya. Namun bagi pelakon, Saharul Ridzwan dia rela mengorbankan masanya demi untuk meluangkan masa bersama anak.
Tak hairanlah bapa penyayang ini sanggup meluangkan masa bermain dengan anaknya biarpun sudah jam satu pagi. Semuanya bagi memenuhi permintaan anak ketiganya, Khadijah Alkubraa untuk bermain kedai jualan.
Menerusi Instagramnya, Saharul memuat naik sekeping gambar Khadijah dengan kedai jualannya yang comel. Namun paling menarik perhatian ramai pastinya bait bicara bapa penyayang ini yang mengakui betapa bernilainya masa bersama anak-anak.
“Jam 1:17 pagi. Semua orang dah tidur. Tapi aku still duduk depan ‘kedai’. Seorang pelanggan tetap untuk anak aku, Khadijah Alkubraa. MasyaAllah Tabarakallah!
Dia hulur satu senduk mainan. Katanya, “Baba..try, nyummy.”
Aku senyum. Tak mampu nak tolak. Tangan dia kecik je, tapi penuh semangat. Mata dia bercahaya, seolah-olah dunia ini cuma ada dua orang. dia… dan aku.
Ads
Dan waktu tu, aku terdiam. Dalam diam, aku terfikir. Beginikah cara Allah ajar aku erti cinta?
Bukan dengan kata-kata, tapi dengan ‘mainan’ yang nampak remeh. Bukan dengan khutbah, tapi dengan renungan seorang anak yang cuma mahu ditemani,” kongsinya.
Bukan itu sahaja bahkan perkongsian Saharul mengenai dunia kebapaan yang patut dimanfaatkan oleh semua bapa benar-benar ‘deep’. Tak hairanlah dipuji wargamaya.
Ads
“Ada benda yang kita takkan faham dengan logik, hanya boleh faham bila duduk sebagai seorang ayah. Duduk lama-lama depan rumah kecik plastik ni dan sedar:
Ini bukan main-main. Ini adalah kehidupan yang sedang terbina dalam jiwanya. Dan akulah saksi pertama.
Malam ini, aku tak kejar tidur. Aku kejar sesuatu yang lebih dalam, pahala menjadi ayah yang hadir.
Ads
Bersama anak sulung, Muhammad Luth Ali.
“Ya Allah, jangan biar kami menjadi ayah yang banyak membeli… tapi tak sempat menemani. Banyak bekerja… tapi tak sempat duduk depan ‘kedai’ plastik anak sendiri.”
Terdahulu, Saharul mendirikan rumah tangga bersama Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada 2016. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Luth Ali, Fateema Azzahra dan Khadijah Alkubraa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semakin membesar anak akan menunjukkan personaliti masing-masing. Anak perempuan selalunya akan dipengaruhi kuat oleh ibu atau orang yang paling rapat. Seperti Aishah, sudah mula minat barang kemas yang diperbuat daripada emas. Like mother, like daughter.
Aaisyah Dhia Rana, anak bongsu selebriti Rozita Che Wan & Zain Saidin yang akan menginjak ke usia 5 tahun 1 November dikatakan tidak hairan untuk membeli mainan apabila di bawa ke kedai permainan. Tapi bila dibawa ke kedai barang kemas, barang kemas yang dimintanya.
“Btw Kesukaan budak2 bkn kita yg mengajaq.. dia suka , dia minat, dia mau apa yg dia nmpak depan mata .. kalau dh celik mata nmpak mak dia pakai gelang sampai ke siku , subang sampai ke bau , mmg tu yg dia mau !
“So pls tk payah nk dok komen mcm2.. org lain cara pun lain.. jgn ingat org lain pun mcm kita.. cara masing2 berbeza ? .
Para follower aktres ini memberikan komen yang menyokong minat Aisyah. Rata-rata mengatakan emas adalah baik untuk pelaburan masa depan. Ramai juga yang mengakui minat kepada barang kemas oleh kanak-kanak dipengaruhi oleh ibu dan orang di sekeliling.
Alex Upton menghadapi dilema yang biasa dihadapi oleh mana-mana ibu bapa apabila dia tidak dapat memikirkan mengapa bayinya tidak berhenti menangis pada pagi minggu lepas.
Ibu Britain ini akhirnya menemui puncanya yang dikatakan hampir menyebabkan anaknya, Ezra dibuang jari kaki akibat sehelai rambut.
Rambut yang membelit jari kaki kiri bayi 10 minggu itu telah menyekat peredaran darah selama kira-kira 12 hingga 14 jam dan meninggalkan kesan merah serta bengkak.
“Mulai sekarang, Saya akan periksa segala-galanya dari hujung rambut hingga ke kaki,” kata Upton kepada wartawan dan Britain’s Kennedy News. “Saya rasa sangat teruk. Saya tak percaya bidan atau doktor tidak memberi amaran kepada kita tentang risiko apabila anda mempunyai bayi. ”
Upton, 26, ketika itu ingin membersihkan Ezra dan ternampak sehelai rambut cokelatnya terlilit dengan sangat kuat di sekeliling jari kaki anaknya, keadaan ini boleh menyebabkan terpotong kedalam kulit dan berpotensi memotong peredaran cecair penting.
“Saya risau Ezra mungkin kehilangan beberapa jari kaki (untuk mengeluarkannya) jika saya lambat ternampak rambut di jari kakinya yang terbelit,” katanya.
Rambut Tourniquets /keadaan rambut yang terikat kemas di sekeliling jari, lengan sering berlaku apabila ibu bapa mempunyai rambut panjang dan bayi mula menarik rambut tersebut, atau keguguran rambut yang melekat pada bayi seperti dalam lampin pakai buang, stoking dan tanpa disedari oleh ibu bapa. Keadaan ini sangat merbahaya.
Upton mengeluarkan rambut dari tiga jari kaki Ezra dengan mudah tetapi dia memerlukan 15 minit sebelum dia dapat mengeluarkan rambut pada satu kaki yang dibalut dengan ketat. Dia dan suaminya, Ben, 29, terus membawa bayi mereka ke hospital. Doktor memberi mereka beberapa krim anti-bakteria dan sejak itu Ezra telah pulih sepenuhnya.
Upton berharap dengan kisah anaknya, ibu bapa lain tahu tentang bahayanya sisa helaian rambut gugur.
“Nasihat saya kepada mana-mana ibu bapa lain, PERIKSA dahulu keadaan anak anda apabila anda menukar lampin bayi, membersihkan bayi, memakaikan stokin atau sejurus selepas memandikan bayi takut ada sisa helaian rambut gugur yang boleh membahayakan nyawa si kecil.”
Sejak dapat tahu Johan dan Ozlynn menimang cahaya mata keenamnya pada 3 September lalu, ramai yang tak sangka dan menganggap pasangan ini pandai merahsiakan kandungan.
Namun menerusi perkongsian Gempak-InTrend, Ozylnn menyatakan bukan niat nak rahsiakan tentang kehamilan kali ini sebaliknya lebih pada nak jaga hati orang. Selalunya kalau saya mengandung dan kongsikan di IG, pasti ada orang DM meluah perasaan, mereka belum dikurniakan anak, ada yang sedih, ada yang tumpang suka tengok keluarga Hanania.
“Jadi untuk kali ini saya dan Johan sepakat untuk tidak mewar-warkannya sehingga bayi selamat dilahirkan. Baik untuk kita, belum tentu baik untuk orang lain, kan? Jadi ada perkara yang perlu simpan, saya simpan dulu,” kongsi Ozlynn.
Tahu pregnant ketika kandungan 23 minggu
Menurut Ozylnn, kehadiran anak keenam ini tidak dirancang sama sekali. Bukan tolak rezeki tetapi pada awalnya sudah selesa dengan ahli keluarga yang ada sekarang ini. Moleiq pun dah besar. Dalam keadaan pandemik pun, rasanya belum sesuai untuk menimang bayi baru.
“Tapi inilah rezeki. Johan pun cakap orang lain punya susah nak dapat anak, sedangkan kami senang-senang Allah beri. Alhamdulillah syukur dengan anugerah ini. Saya pun sebenarnya tak tahu yang saya pregnant sampailah kandungan dah masuk 23 minggu.
“Itu pun sebab pergi check di klinik sebab period tak datang. Lagi pun masa tu tengah sibuk shooting. Berat badan pun naik sebab memang saya kena naikkan untuk karekter itu. Sekali check, mengandung. Memang rasa macam tak percaya mulanya,” ujarnya lagi.
Jadi dengan kelahiran bayi perempuan dengan berat 3.3 kilogram, pasangan ini telah sepakat memberi nama Nur Latifah Cherdiq Hanania. Nama ini telah di simpan 7 tahun dahulu. Akhirnya dapat juga kepada pemilik sebenar.
Walaupun sudah enam kali melalui pengalaman mengandung dan melahirkan, lain anak, lain pengalamannya. Mungkin kali ini mengandung pada usia sudah lewat 30an, situasinya agak lain sedikit. Berat badan pun naik banyak berbanding anak sebelum ini.
“Dulu, anak pertama berat naik dari 47 ke 53kg (baby 3.8kg). Anak kedua dari 48 ke 54kg (baby 4.5kg). Dan anak-anak yang lain pun berat saya tak akan lebih 60kg waktu nak bersalin. Tapi kali ini, berat saya mencecah 66kg dengan berat baby 3.3kg, baby kami yang ni paling kecil antara anak yang lain,” katanya.
Mengandung kali ini ada kencing manis
Tambah Ozylnn lagi, kandungan kali ini memang perut tak nampak sangat. Hanya selepas kandungan masuk 7 bulan barulah nampak bentuk perut. Saya taklah menyorok pun, ada juga main badminton depan rumah sampai jiran-jiran pun jerit takut tengok saya lasak waktu itu,” katanya.
Bukan itu saja, mengandung anak yang keenam ini juga Ozylnn kena kencing manis, sebelum ini tak pernah. Namun bacaan gula tidaklah terlalu tinggi, cuma perlu dipantau.
Kata Ozylnn, memang menjadi kebiasaannya kalau mengandung anak perempuan, tekaknya lebih suka pada benda-benda manis. Mungkin ini juga salah satu sebab selain faktor sejarah keluarga.
Sementara itu, dalam perkongsian di instagram Jozlynnhanania, pasangan ini menyatakan rasa syukur kepada Allah kerana memberi peluang merasa nikmat sekali lagi mempunyai anak kecil, bermata panda di malam hari.
Semua berebut sape nak bergendong baby.. 3 putera dan 3 puteri, akhirnya suami kata ok cukup takat ini. Kepada kesayangan kami yang masih belum punya rezeki jangan putus asa.
Sentiasa bersangka baik pada Allah. Kadang tanpa kita sedar ada nikmat lain yang Allah bagi tapi tetap kami mendoakan untuk kalian supaya Allah memberi peluang untuk kalian merasa nikmat hamil, melahirkan dan membesarkan anak sendiri.
Semoga ada rezeki kalian. Ketahuilah tiada apa yang senang dalam dunia ini membesarkan setiap anak juga ada ujiannya. Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat dan ujian Allah.. ujian kami.. kehilangan bonda tercinta.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Café-au-lait spot pada kulit anak biasanya tidak berbahaya, namun dalam keadaan tertentu ia boleh menjadi petunjuk kepada Neurofibromatosis Type 1 (NF1). Ketahui bila ibu ayah perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.