Baby Blues dan PPD adalah dua keadaan emosi yang sering dialami oleh ibu selepas bersalin, namun masih ramai yang tidak benar-benar memahami perbezaannya. Kelahiran bayi sememangnya satu momen yang membahagiakan. Namun, tidak semua ibu melalui fasa ini dengan emosi yang stabil.
Menurut laporan kesihatan yang sering dilaporkan ramai ibu baru sebenarnya mengalami perubahan emosi selepas bersalin, sama ada dalam bentuk baby blues atau kemurungan selepas bersalin (Postpartum Depression, PPD).
Kedua-dua keadaan ini sering disalah faham sebagai perkara yang sama, sedangkan tahap dan kesannya berbeza dan memerlukan pendekatan yang berlainan.
Apa Itu Baby Blues?
Baby blues ialah keadaan emosi yang dialami oleh kira-kira 80% ibu selepas bersalin, biasanya dalam tempoh 1 hingga 2 minggu pertama. Ia berpunca daripada perubahan hormon yang mendadak, keletihan, serta kurang tidur selepas melahirkan.
Keadaan ini sebenarnya normal dan sementara, dan kebiasaannya akan hilang sendiri tanpa rawatan khusus jika ibu mendapat sokongan yang mencukupi.
Ads
Tanda-Tanda Baby Blues
Antara tanda yang sering dilaporkan termasuk:
1. Emosi Tidak Stabil
Ibu mudah menangis tanpa sebab, rasa sebak, dan mood berubah-ubah dalam masa singkat.
2. Rasa Cemas & Gelisah
Perasaan risau yang berlebihan, mudah marah, dan kadang-kadang keliru dengan rutin baru sebagai ibu.
3. Keletihan Melampau
Kurang tidur dan keletihan fizikal menyebabkan ibu sukar berehat walaupun ada peluang.
Ads
4. Hilang Keyakinan Diri
Rasa tidak cukup baik atau tidak yakin untuk menjaga bayi dengan sempurna.
Cara Mengatasi Baby Blues
Walaupun ia bersifat sementara, sokongan sangat penting untuk membantu ibu melalui fasa ini:
Minta bantuan daripada suami atau ahli keluarga
Tidur dan rehat secukupnya, terutama ketika bayi tidur
Luahkan perasaan kepada orang yang dipercayai
Ambil sedikit masa untuk diri sendiri
Elakkan tekanan berlebihan termasuk berita negatif
Bila Ia Bukan Sekadar Baby Blues?
Dalam konteks Baby Blues dan PPD, penting untuk mengenal pasti bila keadaan menjadi lebih serius. Menurut laporan kesihatan yang sering diketengahkan, jika simptom berlarutan lebih daripada dua minggu, ia mungkin petanda kepada Kemurungan Selepas Bersalin (PPD).
Ads
Tanda-Tanda Kemurungan Selepas Bersalin (PPD)
PPD adalah lebih serius dan memerlukan perhatian profesional. Antara tanda yang perlu diberi perhatian:
Rasa sedih yang mendalam dan berpanjangan
Hilang minat terhadap aktiviti harian
Rasa putus asa atau tidak berharga
Sukar berhubung dengan bayi
Gangguan tidur yang teruk
Dalam kes serius, terlintas fikiran untuk mencederakan diri atau bayi
Perbezaan Baby Blues & PPD
Baby Blues
Berlaku dalam 2 minggu pertama
Simptom ringan
Hilang sendiri
PPD
Berlarutan lebih 2 minggu
Simptom lebih teruk dan mendalam
Memerlukan rawatan dan sokongan profesional
Bila Perlu Dapatkan Bantuan?
Memahami Baby Blues dan PPD membantu ibu bertindak lebih awal. Jika ibu merasakan emosi semakin teruk, mengganggu kehidupan harian, atau berlarutan lebih dua minggu, jangan tunggu lama untuk mendapatkan bantuan.
Berbincanglah dengan doktor, kaunselor, atau pakar kesihatan mental untuk mendapatkan sokongan yang sesuai.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Baby Blues dan PPD adalah dua keadaan yang berbeza tetapi berkait rapat dalam tempoh selepas bersalin. Perubahan emosi selepas bersalin adalah sesuatu yang biasa, tetapi tidak boleh dipandang ringan.
Sokongan daripada suami dan keluarga memainkan peranan besar dalam memastikan ibu tidak berasa keseorangan dalam perjalanan baru ini. Kerana ibu yang sihat emosi adalah kunci kepada bayi yang membesar dengan penuh kasih sayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati seorang isteri sangat halus, jika seseorang isteri itu bahagia pasti dia akan cuba lakukan terbaik dalam rumahtangga. Mengemas rumah tanpa rungutan, memasak dengan ikhlas, menjaga anak dengan rela hati malah tak kisah dalam membantu ekonomi keluarga.
“Happy wife, happy life”
Bila isteri stress,
Suami stress,
Anak stress,
Anak yang disusukan stress,
Anak dalam kandungan juga stress.
Tapi, bila suami stress keadaan rumahtangga kurang stress berbanding bila isteri stress.
Ia adalah kajian yang dilakukan oleh penyelidik daripada Rutgers University terhadap 394 pasangan mendapati kepuasan isteri dalam keperluannya memainkan peranan penting dalam kebahagian rumahtangga dan mempengaruhi secara keseluruhan kepuasan hidup. Kebahagiaan isteri menyumbang kepada kebahagiaan suami juga.
Emosi isteri menjadi lebih penting lagi apabila sedang mengandung. Hal ini kerana emosi isteri bukan sahaja mempengaruhi kebahagiaan rumah tangga, malah mempengaruhi perkembangan anak dalam kandungan. Ramai yang tidak tahu, jika ibu berdepan dengan stress jangka masa panjang, hormon stress (cortisol) akan disalurkan juga kepada bayi dalam kandungan melalui tali pusat, dan boleh menyebabkan pelbagai masalah.
Antara kajian dan fakta berkenaan ibu semasa mengandung:
1. Ibu yang stress semasa mengandung akan menghasilkan bayi yang suka menangis dan merasakan dunia tidak selamat.
2. Ibu mengandung yang masih belajar atau selalu membaca buku menghasilkan anak yang suka membaca buku.
3. Aktiviti janin meningkat secara mendadak apabila ibunya mengalami tekanan emosi.
4. Stress semasa mengandung memberi kesan kepada tingkahlaku bayi dan kefungsian anak di masa akan datang.
5. Risiko masalah perkembangan anak seperti “Anxiety” dan ADHD, kerana hormon stress memaksa otak janin berkembang dengan lain kerana terpaksa membiasakan diri dengan ancaman.
Dulu saya ingatkan kita perlu berhati-hati dengan emosi sendiri hanya semasa mengandung sebab hormon stress terus disalurkan ke bayi dalam kandungan iaitu melalui tali pusat. Tapi sebenarnya bukan semasa mengandung sahaja seorang isteri dan ibu perlu jaga emosi, tetapi juga semasa menyusu badan.
1. Kajian telah dilakukan oleh evolutionary biologist di Harvard University terhadap monyet makmal menunjukkan hormon stress yang dikeluarkan semasa ibu stress fizikal atau emosi boleh disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
2. Keputusan yang paling mengejutkan adalah hormon stress ini memberi kesan yang berbeza terhadap bayi perempuan dan lelaki. Susu yang mempunyai tinggi kepekatan hormon stress memberi kesan terhadap emosi dan perilaku seperti rasa takut, marah, sensitif ataupun tak selesa kepada bayi perempuan berbanding bayi lelaki.
3. Hormon cortisol pada susu ibu boleh memberi kesan kepada tingkahlaku sosial anak di masa akan datang walaupun selepas bercerai susu.
Kalau perasan anak yang disusukan menangis tanpa sebab dan tiba-tiba emosi tak stabil tanpa mak ayah tahu penyebabnya. Cuba ingat kembali emosi kita semasa hari itu ataupun semasa mengepam susu.
Tali pusat ➡️ Susu Ibu
Bila fikir balik, ada logiknya emosi ibu yang menyusu mempengaruhi kualiti susu. Tetapi apa yang saya paling terkejut, ibu yang stress juga boleh mempengaruhi emosi anak-anak walaupun kita tak nampak salurannya.
Ada satu kajian terbaru yang diterbitkan pada bulan Ogos 2019 yang lepas daripada Nanyang Technological University, Singapore.
Sangat menarik untuk dikongsikan, ia berkaitan aktiviti otak terhadap 31 pasangan ibu dan anak semasa menonton filem animasi bersama-sama. Kajian ini menunjukkan ibu yang mempunyai kadar stress yang tinggi mempunyai kurang persamaan aktiviti otak antara ibu dan anak (3 tahun).
Bahagian aktiviti otak yang dikaji adalah di bahagian “prefrontal cortex” iaitu bahagian otak yang mengawal kebolehan seseorang untuk memahami orang lain. Ibu dan anak akan lebih memahami emosi antara satu sama lain jika terdapat persamaan aktiviti otak semasa melakukan aktiviti yang sama.
Stress menyebabkan seorang ibu tidak dapat memahami perasaan anak ➡️ menghukum anak atas sebab yang tidak sepatutnya ➡️ mengurangkan komunikasi antara ibu dan anak ➡️ kurang menghormati pendapat anak ➡️ hubungan jangka masa panjang ibu dan anak terjejas. 😔
Malah bukan itu sahaja, banyak sangat kajian berkenaan ini. Antaranya:
1. Stress semasa tahun-tahun awal anak mempengaruhi gen anak yang berkait dengan pengeluaran insulin dan perkembangan otak sehingga anak dewasa.
2. Ibu yang stress mempengaruhi tingkahlaku anak dan kebolehan anak menangani stress.
Lihatlah, betapa pentingnya untuk menjaga emosi seorang wanita/isteri/ibu. Bukan senang untuk menjadi isteri dan ibu yang baik kepada suami dan anak-anak, kerana perlu “berperang” dengan emosi sendiri.
Kadang-kala perkara kecil pun boleh terasa, lagi-lagi waktu mengandung. Suami lupa belikan makanan yang diidam pun boleh menitik air mata. Apatah lagi isu besar.
Itulah dinamakan kecelaruan hormon. Kadang-kala kita orang perempuan sendiri pun tak faham dengan diri sendiri. Sebab itulah ada yang lebih suka berdiam daripada meluahkan kerana risau terlebih-lebih dalam meluahkan.
Sokongan seorang suami sangat penting demi memastikan emosi isteri stabil. Agak-agak isteri mula berkerut, terus ambil peranan. Jangan tunggu-tunggu lagi sebelum isteri semakin jauh daripada dunia sebenar.
Bila dah jauh, habis segala memori menyedihkan dia akan ingat. 😂😂😂
Tapi sebagai orang dewasa, kita tak boleh elak daripada stress. Semua orang mempunyai stress masing-masing cuma yang membezakan adalah bagaimana kita mengawal stress.
-Dengan pukul/maki anak?
-Dengan marah suami/isteri?
-Dengan cerita di media sosial?
-Dengan menghempas barang?
-Dengan merokok?
-Dengan makanan?
Tak kisahlah apa yang kita nak buat untuk tangani stress tetapi apabila sudah mempunyai anak kena selalu ingat yang anak sentiasa melihat dan mengikut setiap perilaku kita termasuklah “cara” kita menangani stress. Tak kiralah “cara” yang baik atau salah.
Tingkahlaku anak dipengaruhi oleh tingkahlaku mak ayah.
Maka, saya nasihatkan para suami mohon berjaga-jaga dengan emosi isteri terutamanya semasa mengandung atau masih menyusu badan sebab ia sangat mempengaruhi emosi anak-anak juga.
Kesimpulannya,
Ibu nangis, anak pun nangis.
Ibu happy, anak pun happy. ❤
Bidan kongsi cara atasi masalah perut buncit selepas bersalin. Masalah perut buncit dan menggelebeh antara masalah yang merunsingkan ibu-ibu selepas bersalin. Belum lagi dengan kesan stretch mark dan selulit pada kawasan tersebut yang boleh menjejaskan keyakinan diri.
Sebenarnya, mak-mak boleh rujuk panduan daripada Ketua Jururawat di sebuah klinik kerajaan dan Bidan Berdaftar, Tengku Azmanira Raja Husin ini mengenai cara atasi perut buncit selepas bersalin.
10 CARA ATASI PERUT BUNCIT SELEPAS BERSALIN
Membentuk tubuh langsing dan mendapatkan semula berat badan ideal selepas bersalin adalah idaman setiap ibu. Namun, pastinya ia tidak semudah disangka dan lebih sukar terutama buat ibu yang memberikan susu badan kepada bayi mereka.
Bahagian perut yang buncit serta kehadiran selulit dan tanda regangan membuatkan ramai ibu yang gelisah. Lemak yang terkumpul di perut mendedahkan Ibu kepada masalah yang serius seperti diabetes dan penyakit jantung.
Masalah perut buncit, ‘Spare Tyre’ atau perut menggeleber selepas bersalin adalah perkara normal bagi setiap ibu selepas bersalin. Namun, jika dibiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan susulan ianya akan berkekalan dan boleh menjejaskan penampilan ibu. Atas faktor kesihatan, saiz ukuran pinggang ibu disarankan tidak melebihi 35 inci. Saiz lingkaran pinggang berlebihan mendedahkan ibu kepada pelbagai risiko penyakit.
Individu dengan kadar lemak yang tinggi di perut cenderung mempunyai nafsu makan yang besar. Lemak berlebihan dalam tubuh menghalang pelepasan hormon yang mengendalikan nafsu makan. Justeru membuatkan individu sukar mengawal nafsu makan mereka dan makan dalam jumlah yang banyak. Akibatnya, masalah perut buncit sukar diatasi.
Tubuh yang langsing sememangnya menjadi idaman setiap ibu. Ada segelintir ibu yang ingin langsing cepat dengan mengambil ubat-ubatan tanpa memikirkan kesannya terhadap kesihatan diri dan bayi. Apakah rahsia untuk kekal langsing secara sihat? Kak Engku ingin berkongsi tip yang lebih selamat untuk menghilangkan masalah perut buncit selepas bersalin dengan kaedah yang mudah dan murah.
Ikuti 10 tip berikut:
1. Penyusuan
Penyusuan bukan hanya memberi manfaat kepada bayi sahaja, malah ianya juga sangat membantu Ibu untuk langsing semula. Ibu digalakkan menyusukan anaknya hanya dengan susu ibu sebaik sahaja bayi dilahirkan. Sebaik-baiknya lakukan penyusuan secara ekslusif sehingga bayi berumur 6 bulan tanpa memberi makanan dan minuman tambahan selain dari susu ibu. Juga disarankan agar penyusuan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.
Ibu yang menyusukan bayi akan cepat berasa lapar dan dahaga. Ini disebabkan air dan banyak kalori diperlukan untuk menghasilkan susu ibu. Oleh sebab itulah, ibu menyusu dinasihatkan mengamalkan pemakanan seimbang terutama makanan yang rendah lemak dan tinggi serat. Diet ideal ialah makanan yang tinggi kandungan protein dan vitaminnya. Kalori juga harus dikira supaya ada penyusutan berat badan. Perlu diingat, kalori yang sesuai bagi ibu menyusu adalah sekitar 2500 kcal. Kalau terlalu kurang, dikhuatiri kualiti susu yang dihasilkan tidak memuaskan.
Penyusuan dan pemakanan seimbang mampu membantu menurunkan berat badan. Setiap kali sesi penyusuan 85kcal akan di bakar bagi 100ml susu badan yang dihasilkan. Untuk 6 bulan pertama, purata susu badan dihasilkan sehari adalah sebanyak 750ml. Ini bermakna sebanyak 650kcal akan dibakar hanya dengan menyusukan susu badan. 650kcal kalori yang dibakar adalah bersamaan dengan naik tangga berterusan selama 90 minit. Penyusuan juga membantu mengecutkan rahim ibu dan bantu mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat. Jadi teruskanlah menyusukan anak dengan susu ibu.
2. Pemakaian Bengkung
Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini, terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung atau berbarut. Tidak dinafikan amalan tersebut agak leceh dan remeh tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan.
Amalan berbengkung yang dilakukan secara berdisiplin boleh membantu seseorang ibu mengembalikan bentuk badan asal secara semulajadi. Pemilihan dan penggunaan bengkung yang sesuai serta cara pemakaian yang betul mampu merampingkan pinggang ibu.
Di samping itu, berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh. Ibu perlu berbengkung untuk mendapatkan kembali tubuh yang langsing kerana fizikal badan berubah semasa mengandung. Otot menjadi kendur dan perlu ditegangkan semula agar tubuh menjadi kemas dan langsing semula.
Waktu sesuai berbengkung adalah selepas mandi pagi dan setelah di urut. Ulangi semula pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokannya. Ibu pasti tersenyum melihat hasilnya.
3. Amalan Bertungku
Bertungku adalah amalan tradisional ibu-ibu untuk memecahkan darah beku selepas bersalin. Amalan ini semakin kurang mendapat sambutan kerana khasiat dan kebaikan bertungku sudah tidak dititikberatkan. Tujuan bertungku adalah untuk membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku, memecahkan lemak dan mengecutkan rahim bagi ibu selepas bersalin.
4. Kawal Diet Pemakanan
Untuk 6 bulan pertama, ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif dinasihatkan mengamalkan pemakanan sihat yang rendah lemak dan tinggi serat. Manakala bagi Ibu yang sudah tidak menyusukan bayi, Ibu boleh mengawal diet pemakanan secara teratur. Kurangkan pengambilan karbohidrat, lemak dan minyak. Lebihkan pengambilan protein bagi membina otot tubuh dan menganjalkan semula perut yang menggeleber. Tingkatkan juga pengambilan makanan yang dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak seperti oat, kekacang, bayam dan madu.
Ingin sentiasa kenyang pada masa yang sama mampu mengecilkan saiz pinggang? Cuba amalkan oat, cendawan, asparagus, bawang dan pisang. Ini kerana makanan tersebut menghasilkan lebih hormon yang mengawal selera yang membuatkan Ibu sentiasa berasa kenyang.
5. Kepentingan Sarapan Pagi
Bagi ibu yang ingin kembali langsing, jangan pandang remeh akan perkara ini. Bersarapan dapat meningkatkan metabolisma dalam badan dan menyebabkan kadar pembakaran tenaga berlaku dengan lebih cepat. Namun, cuba ambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi makan dengan lebih kerap. Amalkan makanan tinggi serat, kurangkan gula ringkas dan makan lemak yang sihat.
6. Teh Hijau Dan Jus Limau Nipis
Untuk mengempiskan perut, selain menjaga pemakanan dan bersenam secara teratur, Ibu boleh mempercepatkan proses tersebut dengan mengamalkan minum teh hijau. Sejak dahulu lagi, teh hijau disebut sebagai minuman pelangsing kerana memiliki kandungan Catechin yang berupaya meningkatkan pembakaran lemak, sekali pun sewaktu ibu tidak bergerak.
Catechin adalah sejenis polifenol yang terdapat di dalam daun teh yang memiliki sifat sebagai antioksidan. Ibu disarankan meminum teh hijau selepas makan makanan yang berlemak. Kaedah ini sesuai untuk ibu yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu.
Selain mengamalkan minum teh hijau, minum minuman yang masam akan menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh. Amalkanlah minum air limau nipis atau jus oren segar sebaik-baiknya tanpa gula.
7. Minum Air Sebelum Makan
Pelik tapi benar. Menurut satu kajian, ibu yang minum 2 gelas air sebelum sarapan, makan tengahari dan malam mampu mengurangkan berat badan sebanyak 12kg setahun. Ibu yang minum 2 gelas air mendapat 75 kalori berbanding yang tidak minum air. Ia juga meningkatkan metabolisma tubuh.
Elakkan makan bersulam air. Ramai yang gemar menikmati makanan dengan ditemani segelas air. Mungkin sudah terbiasa makan diselangi minum air agar tidak tercekik dan tersedak. Sebenarnya minum bersulam air boleh memberi kesan buruk kepada sistem penghadaman dan meningkatkan insulin dengan cepat. Bukan sahaja masalah kesihatan, tetapi turut membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut dengan cepat.
8. Selepas Makan, Gerak 25 Langkah
Kurangkan segera kalori selepas makan! Setiap 25 langkah anda berjalan, satu kalori akan digunakan. Lebih-lebih lagi jka anda menaiki tangga. Lakukan dengan santai kerana perut baru diisi. Selain memberi peluang makanan untuk hadam, amalan berjalan-jalan sesudah makan membantu menghabiskan sebahagian kalori daripada makanan yang diambil.
9. Senaman Secara Teratur
Sebaik sahaja bersalin, senaman kurang sesuai dilakukan kerana ibu perlu berehat bagi menyembuhkan luka pada vagina (kelahiran normal) atau perut (kelahiran caesarean). Selepas 3 bulan bersalin, pemulihan ibu sudah sempurna. Usaha untuk merampingkan pinggang perlu dititikberatkan. Pelajari cara dan panduan untuk menurunkan berat badan yang betul dan jangan lakukan diet secara membuta tuli, ini boleh menjejaskan kesihatan anda.
Senaman hendaklah dilakukan dengan betul dan teratur agar ia dapat memberi manfaat. Senaman mestilah sesuai dengan individu yang melakukannya. Sebagai contoh, individu yang mempunyai perut geleber haruslah melakukan senaman yang boleh membakar lemak.
Senaman juga mestilah seiring dengan diet yang betul. Tisu lemak akan hanya digunakan oleh badan apabila kita membakar kalori melalui senaman lebih tinggi daripada jumlah kalori yang diambil pada hari sebelumnya. Sebagai contoh; sekiranya kita mengambil 2,500 kalori pada hari sebelumnya, kita mesti bersenam untuk membakar 3,000 kalori pada hari berikutnya.
Ibu yang ingin kembali ramping, mesti melakukan senaman setiap hari untuk membakar kalori yang cukup agar lemak yang tersimpan dapat digunakan. Diet makanan yang sihat mestilah diteruskan supaya tiada lebihan lemak yang boleh disimpan kembali oleh badan.
Senaman kardio vaskular dan abdomen tertentu boleh membantu mengempiskan perut. Senaman yang dilakukan secara konsisten boleh mendapatkan kesan terbaik. Untuk mengempiskan perut juga, gerakan punggung secara perlahan boleh dilakukan contohnya dengan melakukan tarian gelek, dangdut atau hula-hula.
10. Petua Tradisional
Selain daripada berbengkung, masalah perut buncit selepas bersalin boleh juga diatasi dengan mengamalkan petua tradisional. Caranya, dua hari selepas bersalin, ambil kapur sirih, perahkan sebiji asam limau kepada kapur sirih tadi, lumurkan campuran tersebut di permukaan perut Ibu sehingga rata, biarkan seketika sehingga kering. Sapuan ini akan menyebabkan perut terasa hangat kerana kesan kapur. Oleh itu jangan sapu terlalu banyak.
Tujuannya adalah untuk mengempiskan perut yang membuncit dan membakar lemak. Namun rawatan ini mengambil masa yang lama untuk perut kembali kempis. Amalkan petua ini selama tempoh berpantang (44 hari) berturut-turut.
Kebiasaannya jika dilakukan secara berdisplin selepas tempoh berpantang, perut ibu beransur kempis, kelihatan licin, anjal dan tidak berkedut-kedut. Keadaan perut kembali menarik seperti sebelum ibu bersalin.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi rujukan buat mak-mak yang lepas bersalin untuk kembali ramping, dan elak perut menjadi buncit.
Wanita mana yang tidak sukakan kecantikan. Walaupun sudah bergelar seorang isteri dan ibu, masih mahu tampil cantik untuk suami. Sebenarnya bila dah jadi ibu ni, kadang-kadang kita lupa nak beri perhatian kepada diri sendiri.
Ada juga suami tegur, penampilan kita tidak sama seperti zaman anak dara. Waktu inilah, kita mula tak senang duduk. Sebelum suami tegur lagi, baik buat sesuatu!
Ada cara mudah untuk jadi cantik tanpa perlu mengeluarkan belanja pun. Jika boleh (memang susah sikit bila dah jadi ibu ni, tapi bolehlah cuba), tidurlah sebelum jam 11 malam. Sebenarnya bila kita tidur lewat dari waktu itu, kita akan terasa untuk mengunyah.
Sudahlah makan benda manis dan snek. Itu yang tak bagus. Bila kita tidur lewat, ia mengganggu proses pelangsingan dan kita pun mudah menjadi gemuk.
Tabiat tidur lewat ini akan memberi kesan yang tidak baik pada metabolisme tubuh.Selain badan susah untuk kurus, jika kita selalu berjaga lewat malam akan membuatkan kulit menjadi kusam, mudah berjerawat dan kering. Boleh dikatakan semua masalah kulitlah, mungkin boleh terjadi pada kita!
Menurut pakar kulit, Geoff Wright, badan manusia ada ‘jam biologi’. Kulit akan melembap secara natural bermula jam 8 malam sehingga 11 malam setiap hari. Pada jam 11 malam hingga 3 pagi pula adalah waktu penjanaan semula sel kulit dan penutrisian.
Ketika jam 11 malam sehingga 3 pagi, akan berlaku proses gantian sel dan ia hanya boleh berlaku ketika tubuh dalam keadaan rehat sepenuhnya (tidur). Jika tidak, proses ini akan terganggu dan tidak optimum. Paling teruk, mungkin tidak akan terjadi pun. Sebab itulah kulit nampak tua dan kusam.
Biasanya kalau dah siap semua kerja rumah, jaranglah para ibu ni nak tidur lambat. Mengantuknya, hanya Allah SWT yang tahu. Patutlah semua ibu cantik-cantik belaka!
Kos bersalin hospital kerajaan terkini bagi Kelas 1, 2 dan 3 termasuk bersalin normal, caesarean dan kes khas. Panduan lengkap untuk bakal ibu bapa di Malaysia.