“Baby Girl Dah Keluar, Kami Bukan Lagi Bertiga.” Syatilla & Sam Sambut Anak Kedua

Share

Syatilla & Sam Shaheizy selamat menyambut kelahiran kelahiran anak kedua mereka. Nampaknya sudah tidak lagi bertiga, tapi berempat!

Perkhabaran gembira ini dikongsi Syatilla & Sam menerusi Instagram. Anak kedua pasangan ini dilahirkan pada 17 April 2019, jam 9.15 pagi menerusi pembedahan.

SIHAT & GEBU

Syatilla  turut berterima kasih kepada suami yang berada di sisi sepanjang proses pembedahan dijalankan. Kata Syatilla, anak perempuannya itu sihat & gebu!

samtilla Alhamdulillah baby girl kami dah keluaq????sihat gebu anak pompuan aku♥️tadi sempat laaa buat tutorial makeup dlm oT room?

Thank u sygku sezzy seng sentiasa di sisi♥️ #kekaSih@kpjampangputeri the best♥️

WE ARE NO LONGER THREE

shaheizy_sam WE ARE NO LONGER 3 ?. ALHAMDULILLAH!!! Thank u so much everyone ?? ?‍?‍?‍? 17/04/19, 9:15am 

BERKONGSI TARIKH LAHIR SAMA DENGAN IBU SAM

Apa  yang lebih menarik, kelahiran anak kedua mereka ini adalah pada tarikh ulang tahun kelahiran ibu Sam, dramatis Khaty Fauziah. Kata Sam, hadiah untuk ibunya kali ini tidak dijual di kedai.

shaheizy_sam Happy Birthday Mommy @khatyfauziah . Mommy dapat birthday present yang takda jual la hari ni!!! Mommy and #BabyGirl share the same birthday ?❤️ Lepas ni kena beli 2 present. MASAK AKU 

Para peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Teruja dengan kehadiran bayi perempuan ini, masing-masing mendoakan kesejahteraan buat si kecil & Syatilla. Ada juga yang memuji Syatilla yang masih cantik dalam dewan pembedahan.

Dah dapat sepasang!

 Still cantik semasa pembedahan

Syeriv dah abang long

Semoga baby & ibu sihat

Mesti comel macam Syeriv

Sumber: samtilla & shaheizy_sam

IKLAN