Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2025, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di Central i-City, Shah Alam, pada 28 September 2025 yang lalu.
Pertandingan ini diadakan dengan kerjasama di antara Pa&Ma dan Simpan SSPN untuk menggalakkan ibu bapa membuat simpanan pendidikan buat anak-anak mereka.
Baby Merangkak Race adalah inisiatif Pa&Ma bersama Simpan SSPN untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang kepentingan membuat simpanan demi masa depan pendidikan anak-anak
Dengan taglineJadilah Superhero Anak Anda!, penganjuran pertandingan ini juga dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang manfaat membuka akaun Simpan SSPN untuk masa depan pendidikan anak-anak.
Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 secara percuma bagi satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, patuh syariah dan simpanan dijamin kerajaan.
Turut hadir untuk memeriahkan acara pada hari tersebut ialah Pn. Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, En. Shahir Rahim Penolong Editor Pengurusan Grup Family & Parenting NU Ideaktiv Sdn. Bhd. serta sekali lagi tahun ini menampilkan Bintang Paling Popular ABPBH35, Bell Ngasri dan Emy Haznida, Editor Pa&Ma sebagai emcee Baby Merangkak Race 2025.
Bell Ngasri sekali lagi menjadi emcee untuk Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN tahun ini bersama Emy Haznida
Bayi Comel-Comel, Acara Meriah!
Ads
Suasana riuh-rendah apabila pertandingan Baby Merangkak Race bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak mengikut pusingan namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa pula berusaha sehabis baik untuk ‘memancing’ anak-anak merangkak ke arah mereka.
Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 100 orang bayi yang berusia enam (6) hingga tiga belas (13) bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.
Antara peserta yang mendaftar untuk Baby Merangkak Race tahun ini
Gelagat Lucu Peserta Raih Perhatian Ramai
Dengan tema Jungle Adventure, kesemua peserta tampil comel dengan pakaian ala renjer hutan dan haiwan. Lebih meriah apabila pertandingan bayi merangkak bermula, bayi-bayi comel ini merangkak mengikut kumpulan masing-masing tetapi tak kurang juga ada yang hanya menangis atau tidak bergerak di garisan pelepasan dan ada juga yang tertidur. Sungguh lucu dan menghiburkan aksi mereka.
Ads
Ibu ayah berusaha ‘memancing’ anak-anak merangkak ke arah merekaAntara gelagat para peserta sepanjang berlangsungnya Baby Merangkak Race
Baby Merangkak Race terbahagi kepada 10 pusingan ‘kalah mati’ dan seramai 10 orang bayi akan merangkak pada satu masa. Bayi pertama yang menyentuh reben ketika pusingan mereka terpilih sebagai peserta akhir.
Foto candid bayi yang menyertai pertandingan tahun ini
Seramai 10 bayi dibawa ke pusingan akhir dan pada ketika inilah catatan masa diambil bagi menentukan Juara, Naib Juara, Pemenang Tempat Ketiga serta dua pemenang Saguhati. Selain itu juga, terdapat satu anugerah khas iaitu Baby Merangkak WOW!
Debaran para peserta sebelum pertandingan bermula
Tahniah Kepada Para Pemenang
Ads
Sebelum pengumuman pemenang dibuat, Pa&Ma turut mengadakan slot Cabutan Istimewa dan seramai lima ibu bapa telah membawa pulang hamper.
Pemenang Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma 2025 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Zayn Zaquan, Bayi Naib Juara, Tengku Muhammad Seth Ibrahim dan Bayi Tempat Ketiga, Muhammad Aisy Hamzah, manakala dua Bayi Saguhati adalah Muhammad Aisy Uqayl dan Arralyn Laya Marissa. Bagi anugerah khas Baby Merangkak WOW! pula menjadi milik Ayleen Aleera.
Bayi Juara – Zayn Zaquan
Bayi Juara membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM300, piala, hamper istimewa serta sebuah stroller manakala Bayi Naib Juara pula menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM200, piala, hamper istimewa serta sebuah stroller. Bayi Tempat Ketiga pula telah memenangi akaun Simpan SSPN bernilai RM100, piala, hamper istimewa serta sebuah stroller.
Bayi Naib Juara – Tengku Muhammad Seth IbrahimBayi Tempat Ketiga – Muhammad Aisy Hamzah
Untuk dua Bayi Saguhati membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM50, piala, hamper istimewa dan barangan bayi setiap seorang. Penerima anugerah Baby Merangkak WOW! Juga membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM100, piala, hamper istimewa beserta high chair untuk bayi.
Terima kasih kepada pihak yang menjayakan pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN 2025. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan daripada ibu ayah yang menjadi follower Pa&Ma!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini tular video yang dimuat naik di TikTok Takara mengenai pakaian yang bertemakan Busana Pahlawan dikenakan pada seorang bayi.
Video yang meraih hampir 1 juta jumlah tontonan ini telah mendapat pujian netizen yang teruja melihat seorang bayi dipakaikan keris dan tengkolok mini mengikut tema Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, sebuah filem baharu arahan Syamsul Yusof.
Menurut Mohammad Zainin Zamanhuri, 35, atau lebih dikenali sebagai Takara Sakana, photoshoot sudah dilakukan pada bulan Mac yang lalu. Dia yang bertugas sebagai jurufoto bayi atau newborn photoshoot menjelaskan bahawa client memang mengimpikan konsep pahlawan melayu untuk photoshoot bayinya.
“Mengenai busana pahlawan itu, ia sudah digunakan pada Mac lalu semasa photoshoot di Kedah. Sekarang trending cerita Mat Kilau, kebetulan ada client saya yang berkenan prop tersebut. Lagu saya cari muzik awal serunai silat dan saya cantumkan dengan lagu Datuk M. Nasir dengan lagu Mentera Semerah Padi. Tak sangka boleh viral,”
“Pakaian bayi ini istimewa sikit sebab saiz kecil. Jadi saya terpaksa buat tempahan khas. Begitu juga dengan props. Kebanyakannya saya akan tempah dari luar seperti set baju dan prop-prop kecil, ada juga dari Malaysia seperti busana pahlawan yang direka khas.
Menjadikan aktiviti mengambil gambar sebagai kerjaya, Takara Sakana berkongsi mengenai tugasnya sebagai seorang jurufoto bayi.
Takara mengambil beberapa langkah bagi memastikan kerjanya menjadi mudah dan proses mengambil gambar bayi berjalan lancar. Apatah lagi bapa kepada tiga cahaya mata ini melakukannya secara bersendirian tanpa bantuan orang lain dalam menjayakan penghasilan gambar.
“Baby menangis itu biasa dalam erti kata lain kena sidai. Jadi saya akan pastikan sebelum photoshoot baby sihat dan tak meragam. Kalau semasa photoshoot baby menangis saya akan cuba pujuk sendiri dahulu, jika tidak boleh baru minta tolong ibu bayi.
“Lagipun hanya saya seorang sahaja yang pergi ke rumah client. Saya yang handle bayi dan saya jugalah photographer. Di negara kita pun jarang jumpa photographer lelaki ambil gambar bayi,” katanya.
Apalah perasaan ibu ini hingga sanggup bertindak luar kawalan hanya kerana anaknya tidak sengaja buang air besar dalam seluar, sehingga meninggal dunia.
Kes yang berlaku di Surabaya itu melibatkan kanak-kanak berusia empat tahun, didera oleh ibu kandungnya yang dikenali sebagai AS berusia 24 tahun tanpa rasa kasihan.
Beritahu anak meninggal akibat terjatuh
Menurut polis, selepas memukul anaknya hingga meninggal dunia, suspek panik dan pergi ke rumah adik iparnya untuk memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia akibat terjatuh.
Gambar Hiasan
Nenek buat laporan polis
Adik iparnya memberitahu, terdapat kesan luka pada badan mangsa dan mempercayai kanak-kanak itu meninggal dunia akibat terjatuh.
“Namun, keadaan berubah apabila nenek mangsa tidak dapat menerima keadaan jenazah cucunya yang disifatkan ‘sangat teruk dan penuh kesan luka’.
“Hal ini kerana, mangsa dijaga neneknya sejak berusia tiga bulan sehinggalah dia diserahkan kembali kepada ibu kandungnya, baru-baru ini,” kata polis.
Nenek mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan hasil bedah siasat mengesahkan kanak-kanak malang itu mati akibat didera.
Jenazah mangsa di hospital selepas menjalani bedah siasat. – AGENSI
Kesan pendarahan otak
Polis juga memberitahu, mangsa meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas ibunya menghantukkan kepalanya ke dinding.
Ketika disoal siasat, suspek mengakui kesalahannya dan memaklumkan dia hilang sabar dengan anaknya kerana kanak-kanak itu degil dan sukar memahami arahan.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkara paling payah sudah semestinya mencari nama terbaik buat anak yang bakal lahir. Mahu nama ringkas dan penuh makna juga nama yang dapat membawa anak kecil itu menjadi lebih baik. Itulah impian semua ibu bapa.
Perkongsian pelakon dan pengacara, Mira Filzah yang mencari nama anak sulungnya menerusi apps menarik perhatian ramai malah boleh juga dijadikan panduan untuk ibu hamil lain mencari nama anak.
Kongsi Mira menerusi perkongsian Instagram suaminya, Wan Emir Astar, dia dan suami sepakat mencari nama Wan Khair Amir melalui apps tersebut.
Paling menarik, dengan hanya menyebut nama kesukaan, beberapa surah ditunjukkan beserta makna dan tafsirannya sekali. Bagus untuk kita semua.
“Mencari nama putera kami @wankhairamir di dalam Al-Quran, melalui fitur Tarteel e-Quran app dengan kaedah ‘pencarian perkataan/ayat’.
“Alhamdulillah, nama Khair terkandung dalam banyak surah,” kongsi Wan Emir melalui kapsyennya di Instagram.
Melalui hantaran yang sama, ayah kepada Wan Khair Amir ini juga turut memberi panduan untuk mencari nama terbaik buat anak itu secara tutorial agar lebih difahami oleh pengikutnya dan Mira di IG.
Dengan hanya menyebut perkataan atau ayat yang menjadi pilihan, terus sahaja dibukakan pilihan nama mengikut ayat-ayat Al-Quran. Memang terbaik!
Kongsi Wan Emir lagi adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa untuk mencari nama yang baik buat anak-anak. Malah nama yang baik inilah yang disarankan oleh Rasullullah SAW.
Dapatkan Karangkraf Al Quran Multazam A4 dengan kod diskaun RM5, menggunakan kod PNMGSP5 ini di SINI.
Suami penyayang ini juga turut mendoakan nama pilihannya dan Mira menjadi nama yang dapat membawa anak kesayangan mereka ke jalan Allah dan sentiasa menjadi insan yang lebih baik dalam segala hal.
“Malah, junjungan mulia Rasulullah SAW juga menitik beratkan pemberian nama yang elok/baik buat semua orang:
“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)
“May you live up to your name, my son. Make your mama @mfmirafilzah proud, especially!,” tulisnya berkongsi.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.