Perkara paling payah sudah semestinya mencari nama terbaik buat anak yang bakal lahir. Mahu nama ringkas dan penuh makna juga nama yang dapat membawa anak kecil itu menjadi lebih baik. Itulah impian semua ibu bapa.
Perkongsian pelakon dan pengacara, Mira Filzah yang mencari nama anak sulungnya menerusi apps menarik perhatian ramai malah boleh juga dijadikan panduan untuk ibu hamil lain mencari nama anak.
Kongsi Mira menerusi perkongsian Instagram suaminya, Wan Emir Astar, dia dan suami sepakat mencari nama Wan Khair Amir melalui apps tersebut.
Paling menarik, dengan hanya menyebut nama kesukaan, beberapa surah ditunjukkan beserta makna dan tafsirannya sekali. Bagus untuk kita semua.
“Mencari nama putera kami @wankhairamir di dalam Al-Quran, melalui fitur Tarteel e-Quran app dengan kaedah ‘pencarian perkataan/ayat’.
“Alhamdulillah, nama Khair terkandung dalam banyak surah,” kongsi Wan Emir melalui kapsyennya di Instagram.
Ads
Melalui hantaran yang sama, ayah kepada Wan Khair Amir ini juga turut memberi panduan untuk mencari nama terbaik buat anak itu secara tutorial agar lebih difahami oleh pengikutnya dan Mira di IG.
Dengan hanya menyebut perkataan atau ayat yang menjadi pilihan, terus sahaja dibukakan pilihan nama mengikut ayat-ayat Al-Quran. Memang terbaik!
Kongsi Wan Emir lagi adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa untuk mencari nama yang baik buat anak-anak. Malah nama yang baik inilah yang disarankan oleh Rasullullah SAW.
Dapatkan Karangkraf Al Quran Multazam A4 dengan kod diskaun RM5, menggunakan kod PNMGSP5 ini di SINI.
Ads
Suami penyayang ini juga turut mendoakan nama pilihannya dan Mira menjadi nama yang dapat membawa anak kesayangan mereka ke jalan Allah dan sentiasa menjadi insan yang lebih baik dalam segala hal.
“Malah, junjungan mulia Rasulullah SAW juga menitik beratkan pemberian nama yang elok/baik buat semua orang:
“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)
“May you live up to your name, my son. Make your mama @mfmirafilzah proud, especially!,” tulisnya berkongsi.
Bukan biasa-biasa. Baru berusia 2 tahun lebih, anak kesayangan pelakon cantik Nora Danish dan suaminya Nedim membuatkan peminat dan pengikut tegar pasangan ini kagum dengan kebijaksanaan Neyney.
Sudah pandai mengira walaupun usia belum memasuki tiga tahun lagi. Bukan pengiraan biasa tetapi video yang dikongsikan oleh Nora dan Nedim di instagram itu menunjukkan kepintaran Mohamed Neqayl Nedim atau Neyney mengira dalam gandaan dan sudah semestinya sedikit masa lagi Neyney dapat menguasai sifir dengan baik. Kita sendiri pun agak lambat inikan pula kanak-kanak sekecil itu. Hebat!
Nora dan Nedim masing-masing berkongsi video hebat itu di instagram masing-masing. Pastinya terselit rasa penuh bangga melihat anak kecil ini cukup bijak. Ibu bapa mana yang tidak bangga kan?
“Kenapa pandai sangat anak mommy & daddy ni,” tulis Nora Danish ringkas di Instagram miliknya.
Ibu mana yang tidak rasa tersentuh melihat kebijaksanaan anak sendiri. Rasa terharu yang mendalam. Tahniah Neyney! Cukup membanggakan ibu dan bapanya.
Rata-rata teman selebriti dan peminat memuji kebijaksanaan Neqayl malah menjangkakan si kecil hebat ini bakal menjadi pakar matematik apabila besar nanti. Kita doakan.
“OMG So Brilliant”
“Budak darjah pun belum tentu pandai camni..anugerah Allah!
Begitu yang dikongsikan oleh peminat di instagram Nora dan Nedim. Semoga Neqayl terus membesar dengan sihat dan menjadi anak cemerlang dalam matematik.
Nora dan Nedim melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
EPISOD 3 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : HOME SCHOOLING
Adakah impak pada anak-anak yang belajar dari rumah? Pasti ada diantara ibu dan bapa di luar sana yang mungkin sedang merancang untuk anak-anak belajar dari rumah.
Saksikan Episod ke 3 dengan topik Home Schooling di Journey Bersama Jovianina pada 9 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Tahun 2020 nampaknya terus memberi kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga Ainul Mardhiah apabila bayi kesayangan rakyat Malaysia ini telah menunjukkan perubahan yang baik sepanjang masa selepas berjaya dalam pembedahan tahun lalu.
Menurut Ahmad Safiuddin, dalam seminggu ini, gusi atas Ainul mulai bengkak. Mungkin nak tumbuh gigi lagi. Sebelum ini, katanya, dua giginya sudah tumbuh di bahagian bawah.
Ahmad Safiuddin, 25, berkata perubahan itu dikesan kerana air liur di mulut anak perempuan kesayangannya itu kerap mengalir sehingga ada ketika menyebabkan Ainul Mardiah berasa tidak selesa.
Bagaimanapun, katanya, Ainul Mardhiah yang kini memiliki berat badan enam kilogram pada usianya 16 bulan tetap aktif dan lasak, serta memberi reaksi positif setiap kali namanya dipanggil.
“Setiap bulan, rutin kami sekeluarga adalah seperti biasa iaitu membuat pemeriksaan kesihatan berkala di Hospital Melaka untuk memantau perkembangan hasil pembedahan yang dilakukan di United Kingdom (UK), tahun lalu.
“Pemeriksaan ini termasuk menjalani Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI). Alhamdulillah selepas enam bulan pembedahan berlangsung, perkembangannya cukup baik.
“Kami bersyukur kerana doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan turun ke Hospital Melaka setiap bulan, sekali gus memberi kesempatan untuk turut memantau perkembangan Ainul yang masih tetap memakai oksigen,” katanya ketika dihubungi BH.
Ditanya bagaimana sambutan dan perhatian diterima Ainul Mardhiah terutama ketika berada di hospital, Ahmad Safiuddin berkata, sebagai ‘bayi kesayangan rakyat Malaysia’ Ainul Mardhiah memang mengundang perhatian umum yang ingin melihat perkembangannya serta untuk merakamkan gambar.
Katanya, dalam keadaan sekarang perkembangan kesihatan Ainul Mardhiah cukup baik dan perlu dipantau secara menyeluruh dalam tempoh enam bulan lagi.
“Setiap Khamis, kami juga menjemput juru fisioterapi untuk datang ke rumah bagi membolehkan Ainul menjalani rawatan secara intensif untuk proses tumbesarannya.
“Dalam keadaan sekarang pun, dia memang cukup aktif dan akan menggapai apa sahaja termasuk wayar yang ada di badannya,” katanya tergelak.
Ainul Mardhiah sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di hospital kanak-kanak di London, UK pada 10 Jun tahun lalu.
Bayi itu pernah menjalani MRI di hospital terbabit sebelum pembedahan berkenaan.
Pembedahan membabitkan perbelanjaan mencecah RM1 juta itu berjaya direalisasi sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri.
Sumber: Berita Harian; ig Ahmad Safiuddin & Nurul Erwani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ikhlasnya cinta suami isteri bukan hanya semata-mata pada kesenangan semata-mata. Sanggup susah, berpanas berhujan, berjimat cermat itu juga satu pengorbanan dan akhirnya akan ada manis di penghujung nanti.
Seperti yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan, kemanisan dalam berumah tangga antara suami isteri ini boleh dicipta pada bila-bila masa. Bukan terhad kepada kejutan memberi hadiah atau bawa pergi bercuti.
Berikut antara perkongsian beliau:
Selalu kita tengok di Lembah Klang ni ada beberapa pattern:
1. Suami isteri naik kereta sekali, sebab sama tempat kerja 2. Suami isteri naik kereta sekali, suami hantar isteri dulu sebab berlainan tempat kerja 3. Suami isteri naik kereta berasingan 4. Suami isteri naik motor sebab nak elak jem 5. Suami isteri naik motor sebab tak mampu beli kereta lagi 6. Suami isteri naik motor sebab hobi suka riding
Agak-agak anda yang mana satu?
Sebenarnya suami isteri yang selalu naik motor sama-sama lebih kuat perasaan cinta sebab:
1. Lebih rapat hubungan, bukan sekadar berpelukan di rumah, bahkan di jalanraya juga berpelukan. Hormon cinta semakin bercambah.
2. Isteri yang sanggup naik motor dengan suami kebiasaannya bukan jenis memilih. Dia terima seadanya keadaan suami. Ni jenis isteri yang setia.
3. Terasa seperti pasangan remaja. Sentiasa terasa muda. Ini boleh menjadikan hubungan suami isteri last longer
Jadi, kalau kita lihat pasangan suami isteri yang naik motor, panas hujan bersama, sebenarnya banyak kebaikan buat mereka. Cukup kita doakan mereka selamat dalam perjalanan.
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya, dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik pada isterinya.” (Riwayat Al-Tirmidzi)
Tarikh 14 April 2025 akan terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dikenali sebagai...