Benarlah kata peribahasa ‘Nak melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Nak mendidik anak-anak membesar menjadi insan dan anak yang soleh dan solehah harus bermula dari mereka kecil lagi. Dan semestinya jika inginkan anak-anak membesar dengan baik, asas agama perlu kuat dan dititik beratkan sejak dari kecil lagi.

Baby Moleiq Semolek Nama, Selalu Suruh Abang & Kakak Solat. Pandai Ozlynn Dan Johan Didik Anak!

Dengan didikan agama yang baik, insyaAllah si kecil akan membesar menjadi insan yang soleh dan solehah kelak. Pasangan selebriti Ozlynn Waty dan Johan Raja Lawak antara pasangan yang boleh dijadikan contoh dalam mendidik anak-anak mereka.

Baby Moleiq Semolek Nama, Selalu Suruh Abang & Kakak Solat. Pandai Ozlynn Dan Johan Didik Anak!

Sering kali memuat naik aktiviti bersama keluarga, keletah anak-anak pasangan ini memang sering mencuit hati. Kalau dahulu Chantiq sering menjadi perhatian, kini tiba pula giliran Moleiq Hanania dengan keletah yang cukup comel.

Baby Moleiq Semolek Nama, Selalu Suruh Abang & Kakak Solat. Pandai Ozlynn Dan Johan Didik Anak!

Mempunyai lima orang anak hasil perkongsian hidup bersama, walaupun hidup dalam dunia serba moden dan glamor, keluarga ini tidak hanya mementingkan dunia semata-mata. Akhirat turut dijaga.

IKLAN

Baby Moleiq Semolek Nama, Selalu Suruh Abang & Kakak Solat. Pandai Ozlynn Dan Johan Didik Anak!

Sesekali Ozlynn rajin memuat naik aktiviti mereka sekeluarga seperti solat berjemaah bersama, anak-anak ke Masjid untuk Subuh berjemaah dan sebagainya. Pastinya ia bukanlah untuk menunjuk-nunjuk namun hanya sekadar perkongsian dan simpanan buat memori mereka sekeluarga.

Dalam posting terbaru di Instagram Jozlynnhanania, Ozlynn bercerita tentang si kecilnya Moleiq yang dan semakin bijak. Menurut Ozlynn Moleiq selalu panggil abang-abang dan kakaknya solat. Comel sangat.

Baby Moleiq Semolek Nama, Selalu Suruh Abang & Kakak Solat. Pandai Ozlynn Dan Johan Didik Anak!

IKLAN

Dalam posting itu juga, Ozlynn teringatkan insiden anak buahnya yang baru berusia 5 tahun terbuang air besar ketika solat berjemaah. Ozlynn sebenarnya dah rindu dengan semua anak-anak buahnya dan berharap keadaan akan pulih seperti biasa kembali.

Baby Moleiq

Bila dah besar.. makin bijak.. dia garang sebijik ikut mama.. plus dia punya tanggungjwp tu masyaAllah.. kadang dia yg panggil abg2 n kakak dia solat.. walaupon dia hanya smp rakaat ke 2 jek pastu dia baring n senyum2 kat dpn muka kita.. 🙄 bertabah byk kdg.. sb comel sgt!! Dgn bambam buat muka cute n pastu buat2 tanya kita.. mama olat?? (Solat) idung ko pon kdg kembang kuncop🤣🤣 aduhaiii ada x mak2, bapak2, akak2, atau abg yg terkono mcm nih.. aku aritu kena dgn anak buah aku siak… tetibe bau naik pastu dia siap toleh jeling kite.. hmmm tau2 taik dh jejeh kat sblh.. rupanya masa papa jo ajak solat.. dia dh rasa nak berak.. tp takot nak bgtau bila papa jo sound sume.. “cpt ambik wuduk.. “ dlm tonasi yg agak tegas.. 🤣🤣🤣 member baru 5 tahun bhai.. trus masok saf.. rakaat kedua dh semua dia jamu bau🤣🤣🤣🤣.. aduhai comel n rindu kat sume anak2 buah aku.. harap semua keadaan ni pulih seperti biasa.. ❤️ salam maghrib dari #familyhanania

IKLAN

View this post on Instagram

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

 Bukan je Ozlynn yang rindukan ahli keluarga yang lain. rasanya semu orang rindu nak berkumpul dengan sanak saudara macam dulu lagi. Jadi sama-samalah kita bantu kerajaan untuk bendung penularan Covid-19 ni dengan duduk di rumah. Selain itu doa jangan lupa agar Allah sentiasa melindungi kita semua dari Virus yang merbahaya dan doakan semua ini akan berakhir tak lama lagi. Aaminnn.

Sumber: Jozlynnhanania

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI