Penantian penyampai radio, Issey Fazlisham selama sembilan bulan untuk bergelar ayah akhirnya membawa kegembiraan bila mana isteri tercintanya, Noor Aimi Jamel selamat melahirkan bayi lelaki mereka semalam.
Lebih manis lagi bila mana anak pertama itu dilahirkan pada hari kebangsaan kita, 31 Ogos.
Berkongsi perkhabaran itu menerusi Instagram, sekeping gambar yang dikongsikan Issey jelas mempamerkan rasa terharunya kala memangku bayi sulungnya itu.
Kata Issey, dia bersyukur apabila diberikan peluang untuk menemani isterinya menyambut kelahiran cahaya mata mereka yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.
“Alhamdulillah isteri selamat bersalin dah, perasaan saya sangat seronok dan bersyukur.
“Sekarang SOP agak ketat, saya tak boleh masuk awal, masa baby nak keluar baru dapat masuk. Syukur saya dapat menyambut kelahiran anak saya.
“Alhamdulillah isteri melahirkan anak secara normal. Dia masuk wad bersalin pukul 7.30 pagi dan 1.48 petang tadi selamat bersalin,” katanya berkongsi.
Sudah ada nama untuk bayi
Ads
Menariknya kata Issey lagi, dia sebenarnya tidak menyangka isterinya melahirkan bayi sulung mereka pada hari begitu bermakna.
“Sebenarnya tak sangka dapat tarikh cantik 31 Ogos ni, sebab doktor kata kemungkinan isteri saya akan melahirkan pada hujung Ogos atau awal September,”kongsinya lagi.
Berkongsi rasa terujanya, kata Issey dia dan isteri sudah pun menyediakan nama untuk bayi sulung mereka dan bakal berkongsi dalam masa terdekat.
“Nama anak kami sudah ada, Insyallah akan diumumkan dalam masa terdekat ini,”katanya lagi.
Semalam menerusi Instagramnya, Issey turut berkongsi perkhabaran gembira itu menerusi Instagramnya beserta dua keping gambarnya bersama bayi.
Ads
“31 Ogos 2021. Jam 1.48 PM. Kamu telah merdeka dari perut ibu. Lahirlah zuriat Issey yang pertama.
” Puteraku, Semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga, agama dan negara. Selamat Hari Kebangsaan sayang. Anak Merdeka,” tulisnya dikapsyen.
Tidak hanya sekeping gambarnya bersama bayi bahkan sekeping gambar bayi tersayang turut sama dikongsikan Issey sebagai tanda simbolik kelahiran bayi merdeka.
Terdahulu Issey mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada 22 Disember 2019. Issey dan isteri turut mempunyai tiga orang cahaya mata melalui perkahwinan terdahulu isterinya, Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: Mstar & @isseyfazlisham
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini gajet sudah menjadi keperluan kepada setiap lapisan umur. walaupun ramai yang tahu gajet tidak baik untuk diberikan kepada si kecil, namun masalah ini seakan tiada jalan penyelesaiannya.
Memang tidak digalakkan sama sekali memberikan anak-anak yang berusia dua tahun ke bawah menggunakan gajet. Malah untuk anak yang lebih besar pula ibu bapa seharusnya mengehadkan penggunaan supaya tidak memberi kesan kepada mata dan juga sikap si kecil.
Apa yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari tentang kisah seorang kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh yang teruk kerana pendedahan kepada gajet mungkin boleh dijadikan iktibar kepada semua ibu bapa.
Menurutnya juga ada satu formula yang telah disarankan oleh American Optometric Association yang mudah untuk dilakukan bagi mengelakkan kerosakkan pada mata anak malah juga mata orang dewasa yang sering menghadap gajet.
Ikuti perkongsiannya:
Sejak baca kisah tragis yang berlaku pada adik Xiao Man, saya tak berani dah nak biarkan anak saya duk menghadap smartphone lama-lama.
Dah lah umur adik tu lebih kurang sebaya je dengan umur anak saya.
Mak ayah adik Xiao Man ni sebenarnya jenis yang tak berapa strict pasal penggunaan gajet. Masa umur setahun lagi dia dah dibiarkan bermain dengan handphone.
Pada awalnya parent adik Xiao Man ni senang hati sangat sangat. Ye lah, anak tu senyap je dan tak banyak ragam bila dapat gajet.
Tu yang kadang dibiarkan je walau sampai berjam-jam lamanya.
Cuma bila adik Xiao Man mencecah umur 2 tahun, perangai dia dah mula berubah jadi pelik.
Dia asyik duk kecil-kecilkan mata bila pandang sesuatu. Dahi pun selalu berkerut-kerut.
Akhirnya pada suatu hari, mak ayah dia bawaklah jumpa doktor mata sebab dah tak tahan risau sangat tengok keadaan macam tu.
Bila diperiksa, rupanya kedua-dua belah mata Xiao Man dah rosak dan dia disahkan mengalami rabun jauh yang amat teruk!
Tambah menyedihkan, doktor jugak beritahu yang damage tu irreversible.
Sebab tu kita ni kena berjaga-jaga betul kalau si kecil kita tu jenis yang susah nak berenggang dengan gajet.
Perhatikan kalau-kalau mata anak kita tu selalu jadi merah-merah, duk terkelip-kelip je dan kemudian gosok sana sini tak berhenti boleh jadi mata dia dah terlampau kering (dry eyes).
Kalau kita tak hiraukan, sikit masa lagi dia akan mula mengamuk dan mengadu sakit kepala kesan daripada Eye Strain.
American Optometric Association sebenarnya ada recommend satu formula mudah ni untuk elakkan damage pada mata anak kita.
Namanya formula 20/20/20.
Setiap 20 minit, kena ingatkan anak kita tu untuk stop main smartphone atau gajet.
Mintak si kecil tu rehat dan pandang ke arah objek yang jauhnya 20 kaki (lebih kurang 6 meter).
Benda ni sekurang-kurangnya kena buat selama 20 saat.
Formula ni simple je tapi efeknya sangat besar pada kesihatan mata si comel kita tu.
Tolong #share ilmu ni dengan pasangan masing-masing ye. Mata anak kita tu kalau dah rosak, dia akan tanggung akibatnya seumur hidup dia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uri adalah selaput dan saluran yang berkembang mengikut perkembangan bayi. Ia adalah merupakan sokongan kepada bayi. Bagi sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, uri dianggap sebagai sisa klinikal dan akan dilupuskan oleh pihak hospital. Di negara kita, uri akan diserahkan kepada ibu bapa selepas proses bersalin selesai sebelum pesakit discaj dari wad bersalin untuk diuruskan.
Ambil tahu langkah pengurusan uri perlu diketahui dan persediaan dilakukan sebelum kelahiran terutama sekali bagi ibu dan bapa kali pertama. Ikuti langkah demi langkah berikut;
Uri akan dicuci dengan air bagi menghilangkan darah sebelum diserahkan kepada ayah bayi.
Uri perlu diuruskan secepat mungkin setelah dibawa pulang ke rumah supaya ia tidak berbau.
Cuci uri dengan dimulakan dengan Bismillah.
Cuci bersih dengan menggunakan air bagi menghilangkan darah yang masih tertinggal. Elakkan daripada menggunakan sabun atau syampu.
Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa supaya uri tersebut bersih.
Lumurkan garam dan cuci bersih.
Kemudian lumurkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir darah.
Bau hanyir darah perlu dihilangkan kerana ia boleh menyebabkan binatang seperti kucing, tikus atau anjing menggali dan memakan uri tersebut.
Perahkan limau ke atas uri untuk mengharumkan uri.
Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
Baluti uri menggunakan pembalut yang mudah reput seperti beg plastik mudah reput, kotak bagi mengelakkan air basuhan yang mungkin masih mempunyai kesan darah menitik.
Kemudian balutinya menggunakan kain.
Kain tersebut tidak semestinya kain berwarna putih.
Balutkan bungkusan uri membentuk seperti bunjut bagi memudahkan ia dibawa ke tempat yang hendak ditanam.
Sediakan lubang untuk menanam uri dengan menggali tanah sedalam mungkin supaya uri tidak dapat dikesan atau dikorek binatang.
Baca Bismillah dan selawat. Berdoalah agar dilindungi uri anak anda semasa meletakkan uri dalam lubang dan menimbusnya.
Semoga dengan tip yang Pa&Ma kongsikan ini dapat membantu para bapa untuk membersihkan uri anak. Membersihkan uri merupakan salah satu tertib yang perlu anda laksanakan ketika menyambut kedatangan ahli baru dalam keuarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan pelbagai gaya dan ragam anak ke sekolah dengan beg masing-masing. Kita nampak anak selesa rupanya anak menanggung bebanan yang banyak disebalik beg sekolahnya.
Sudahlah buku teks berlambak dengan jadual yang padat setiap hari, ditambah pula dengan jenis beg berbagai ragam yang membuatkan beg sekolah anak makin berat.
Ini fakta yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif mengenai bebanan beg sekolah ini. Paling mudah, pilih sahaja beg yang ringan, elakkan beg tarik.
Bahaya beg sekolah berat pada anak.
1. Beg sekolah wajib tak boleh lebih 10% daripada berat anak. Kalau berat anak 20kg, beg sekolah kena lebih kurang 2kg-3kg sahaja.
2. Beg yang berat melampau pada anak boleh cederakan otot di bahagian belakang anak terutamanya pada bahagian otot erector spinae.
3. 58.3% sakit belakang pada murid sekolah dikaitkan dengan membawa beg sekolah yang berat.
4. Kesan lain yang boleh terjadi pada murid yang membawa beg berat adalah masalah sakit kepala, sakit leher, bahu dan risiko skoliosis ( tulang belakang bengkok ke tepi ).
5. Paling dirisaukan sebenarnya adalah efek jangka panjang bila anak dah besar nanti.
6. Tolong sangat bila anak balik nanti periksa dan timbang beg sekolah anak masing masing.
7. Elakkan beli beg beroda untuk anak anak terutamanya jika anak anak kita kena menaiki tangga untuk ke kelasnya
” Berat mata kita memandang, berat lagi BAHU ANAK yang memikulnya “
Tolong sampaikan ilmu ini pada pasangan dan keluarga kita yang ada anak yang masih bersekolah ya.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.