Kebahagiaan sesebuah rumah tangga itu bukanlah terletak pada rupa dan harta semata-mata. Ia memerlukan komitmen serta kepercayaan yang sangat tinggi antara pasangan. Paling penting, saling menyayangi dan kesetiaan sepanjang mengharungi bahtera perkahwinan.
Diuji dengan perselisihan faham adalah perkara normal dalam perkahwinan. Tanpa disedari perkara beginilah yang membuatkan kasih sayang semakin utuh dan kita kenal pasangan dengan lebih dalam lagi.
Sudah menjadi tabiat si isteri untuk selalu bertanya pada suami sama ada dirinya masih disayangi atau tidak. Jika suami jawab sayang, ditanya pula seberapa banyak. Sudah dijawab, isteri tanya pula kenapa sayang sedangkan dirinya sudah tak sama seperti dahulu.
Begitulah yang dikongsi oleh Datin Almy Nadia baru-baru ini. Melalui perkongsian di laman Instagramnya, dapat dilihat Datuk Fizz Fairuz sedang duduk-duduk apabila Almy bertanya soalan cepumas itu.
Ads
“Baby, I nak tanya you something. You sayang I tak?.”
Nampak seperti Fizz malu-malu untuk menjawab soalan itu tetapi apabila ditanyakan seberapa banyak dia sayangkan Almy, terus didepangkan tangannya. Banyak komen positif yang mengatakan mereka terhibur dengan video yang dikongsikan. Selain itu, mereka juga mendoakan kebahagiaan buat Datuk Fizz dan Datin Almy;
Biarpun perbualan ini nampak seperti gurauan dan bersahaja, tetapi sebenarnya sudah jelas menunjukkan kebahagiaan pasangan ini. Semoga perkahwinan mereka sentiasa dirahmati Allah SWT dan kekal bahagia selama-lamanya.
Shila Amzah tampil menepis dakwaan liar yang mengatakan dia menyara keluarga dan juga suaminya, Ubai MZ. Bagi penyanyi yang terkenal dengan ketegasan dan pendirian tersendiri itu, tuduhan sedemikian tidak berasas dan langsung tidak menggambarkan situasi sebenar dalam rumah tangganya bersama Ubai.
“Biarlah Gambar Yang Menjawab..”
Enggan melayan kata-kata negatif daripada netizen yang tidak mengetahui apa-apa tentang kehidupan mereka, Shila berkata dia lebih senang membiarkan gambar dan momen bahagia yang dikongsi di media sosial menjadi jawapan terbaik.
“Biarlah gambar yang menjawab segalanya. Bandingkan gambar saya dulu dengan sekarang, banyak perbezaannya. Saya bahagia sekarang.”
Perkahwinan Yang Sederhana Tapi Bermakna
Untuk makluman, Shila dan Ubai selamat mendirikan rumah tangga pada Ogos 2023, selepas bertunang pada 27 Mei tahun sama. Majlis pernikahan berlangsung secara sederhana dan tertutup.
Ia bukan sekadar perkahwinan dua orang selebriti yang dikenali tetapi permulaan kehidupan baru yang penuh ketenangan buat mereka berdua.
Tuduhan Netizen Terhadap Ubai
Sebelum ini, suami Shila, Ubai, menerima kecaman daripada segelintir pengguna TikTok yang menuduhnya tidak bekerja dan hanya bergantung pada Shila. Dakwaan tersebut muncul selepas melihat Shila aktif di media sosial dan dunia hiburan.
Namun, kenyataan itu sangat tidak adil dan menyentuh maruah seorang suami yang hakikatnya sangat berdedikasi terhadap keluarganya.
Pasangan Muda, Tapi Matang
Walaupun Ubai lapan tahun lebih muda daripada Shila, usia tidak menjadi penghalang buat mereka untuk membina rumah tangga yang stabil. Menurut Shila, Ubai seorang yang sangat matang, bertanggungjawab dan tahu peranannya sebagai suami dan bapa.
“Dia seorang suami yang sangat melindungi saya dan anak-anak kami. Saya boleh harapkan Ubai, tak perlu minta atau arahkan apa-apa, Ubai sangat bertanggungjawab dan menjaga keluarganya.
Biarpun lapan tahun lebih muda dari saya, tetapi setiap keputusan yang dia buat sangat matang.”
Malah, sifat pelindung dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Ubai menjadikannya suami yang disayangi dan dihormati.
Anak-Anak Jadi Penyeri Hidup
Kini, kehidupan mereka diserikan dengan kehadiran dua orang anak — Seth Uwais, anak Shila daripada perkahwinan terdahulu, dan Rhea Akira, cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan Ubai.
Kedua-dua anak ini dibesarkan dalam suasana penuh kasih sayang, dan pasangan ini sering berkongsi momen keluarga mereka bersama di media sosial, mencerminkan nilai kekeluargaan yang kuat.
Fokus Pada Keluarga, Bukan Kata Orang
Bagi Shila dan Ubai, kebahagiaan bukan datang daripada pujian orang luar, tetapi daripada persefahaman dalam rumah tangga sendiri. Mereka memilih untuk terus melangkah ke depan, membina keluarga kecil mereka dengan tenang tanpa perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapa.
Bila kita berkongsi hidup dengan seseorang, setiap kelebihan dan kekurangannya perlulah kita hargai. Terima seadanya supaya kita sentiasa bahagia dengan kehidupan berumah tangga. Ingatlah, kita juga manusia yang ada kekhilafan. Apabila saling melengkapi, perkahwinan akan lebih harmoni dan membahagiakan.
Ada masanya perkahwinan diuji dengan dugaan tertentu. Sesungguhnya untuk kita benar-benar mengenali pasangan kita adalah apabila kita sudah berkahwin dengannya. Kita tidak boleh mengharapkan yang sempurna kerana kita juga ada kekurangannya.
Tiada dunia yang lebih indah daripada dunia ketika bercinta. Pendek kata, kentut dia pun kita kata wangi!
Kalau bercakap, kita akan bercakap lemah lembut manja-manja. Kalau berjalan kita akan berpimpin tangan.
Masa kita dah kahwin, kita duduk bersama. Baru kita tahu banyak perkara rahsia. Banyak juga benda yang kita tak suka.
Itu tak cukup sempurna. Ini tak berkenan di mata. Macam-macam kekurangan yang kita mula rasa.
Nada suara pun dah makin meninggi. Tak kena sikit, terus tengking. Takde dah nak sweet-sweet.
Kalau berjalan bersama tu, 2, 3 tiang ditinggalkan isteri di belakang. Kalau dah ada anak, lagi la. Isteri sibuk dengan anak, kita sibuk hirup udara segar seorang diri.
Masa tu lah, kita mula rasa kalaulah kita tak tergesa-gesa berkahwin dulu, maybe kita boleh cari orang lain yang lebih bagus.
Tapi, itulah dia. Selagi kita tak kahwin dengan dia, kita tak akan nampak la apa kelemahan dan kekurangan dia.
Dan kalau kita kahwin dengan orang lain sekalipun, benda sama jugak yang kita akan rasa.
Kalau isteri kita suka kata kat kita macam-macam, tunggu bila dia dah tiada. Kata-kata dia tu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita suka bergaduh dengan kita, tunggu bila dia dah tiada. Gaduh-gaduh dia tu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita tidur berdengkur, tunggu bila dia dah tiada. Dengkuran itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita tidur gigi bergesel, tunggu bila dia dah tiada. Geselan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita kuat mengigau masa tidur, tunggu bila dia dah tiada. Mengigau itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita selalu merajuk, tunggu bila dia tiada. Rajukan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita kadang-kadang perangainya menyakitkan hati kita, tunggu bila dia dah tiada. Rasa sakit hati itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Allah… masa tu, kita akan minta dengan Allah supaya panjangkan lagi satu detik. Kita nak ucap sayang, cinta dan rindu pada isteri kita.
Kawan-kawan, daripada kita penat mencari kesempurnaan, baik kita jadi sebahagian daripada kesempurnaan pasangan kita.
Perkahwinan itu saling melengkapi.
Yang mana kita lebih, itulah yang akan menyempurnakan isteri kita. Yang mana dia lebih, itulah yang akan menyempurnakan diri kita sebagai suami.
Belajar berlapang dada. Belajar mensyukuri. Belajar cukup dengan apa yang ada.
Waktu yang kita ada tak banyak mana dah. Sama ada kita pergi dulu mengadap Ilahi atau isteri kita yang pergi dulu. Its just a matter of time.
Andai ini kesempatan terakhir yang kita miliki, manfaatkan sebaiknya. Jangan bila dah tiada baru nak bertindak.
Kerana selepas itu jarak antara perpisahan kita di dunia dengan pertemuan semula di syurga nanti adalah jarak yang tidak pasti…
Dalam rumah tangga, siapa je tak pernah berselisih? Ada masanya bermasam muka, tarik muka, sampai tak bertegur seharian. Tapi percayalah, kunci rumah tangga kekal aman bukanlah tak bergaduh, tapi tahu macam mana nak cepat-cepat sejukkan hati dan maafkan pasangan.
Dua Kunci Emas Untuk Bahagia Sampai Syurga Kalau nak rumah tangga kekal harmoni, ada dua benda simple tapi besar nilainya: 👉 Solat berjemaah 👉 Saling bermaafan sebelum tidur
Bila solat berjemaah, waktu itulah isteri bersalam dengan suami, mencium tangan sebagai tanda hormat pada ketua keluarga. Masa ni, hati lembut sendiri. Allah SWT campakkan kasih sayang dan keberkatan dalam rumahtangga tanpa kita sedar.
Kenapa Kena Saling Maafkan Sebelum Tidur? Tak rugi langsung minta maaf sebelum tidur, sebab:
Tak Simpan Dendam Dalam Hati Kadang kita tak perasan pun ada buat pasangan terasa hati. Dengan bermaafan, hati jadi lega, tidur pun lena.
Belajar Jaga Hati Pasangan Bila kita tahu ada benda yang dia tak suka, kita jadi lebih berhati-hati. Tak ulang silap yang sama. Hubungan jadi lebih matang dan peka.
Tidur Dengan Hati Bersih, Jiwa Tenang Maafkan, lepaskan. Barulah tidur kita penuh rahmat, bukan penuh amarah. Allah SWT sayang orang yang lembut hatinya.
Kalau Tengah Marah, Ini Tipnya Kalau rasa marah masih membuak, cepat-cepat istighfar. Ambil wuduk kalau perlu. Dan kalau mampu, baca doa memohon ketenangan hati. InsyaAllah, perlahan-lahan reda amarah tu.
Ingat Satu Perkara Ini, Wahai Hati Andai kata ajal menjemput waktu kita tidur (minta dijauhkan), sekurang-kurangnya kita dan pasangan dah saling bermaafan. Tak ada lagi rasa bersalah, tak ada lagi beban di hati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!