Baca 7 Kali As Shahid, Ar Raqib & Al Barr. Insya-Allah Anak Jadi Soleh & Boleh Berbakti

Share

Selepas anak dilahirkan, bukan sahaja nama yang menjadi pilihan ibu bapa untuk anak tersayang tetapi doa juga akan dibacakan dengan harapan mereka menjadi zuriat soleh dan solehah apabila dewasa kelak.

Jom kita semak amalan-amalan baik yang diberikan oleh orang soleh buat bayi yang baru dilahirkan. Semoga ia menjadi asbab untuk anak-anak menjadi zuriat sebagai penyejuk mata dan jiwa:

1) Bacakan Surah Al-Qadr (Inna anzalna) 3 kali dan tiup pada ubun-ubun bayi yang baru dilahirkan. Insya-Allah, sepanjang hidupnya tidak akan berzina.

2) Dibacakan juga Surah Al-Ikhlas dan Al-Kafirun kepada bayi yang baru dilahirkan. Insya-Allah, akan dijaga Iman dan Islamnya hingga saat akhir hayat.

3) Bacakan 7 kali setiap Asma Husna ini:

• As Shahid

• Ar Raqib

• Al Barr

Kelebihan: Anak akan menjadi soleh dan berbakti kepada orang tua.

4) Baca 360 kali Ayatul Kursi, boleh dibahagikan antara suami isteri tetapi bacaan terakhir dibaca suami dan ditiup pada ubun-ubun kepala anak.

Fadilatnya, supaya terjaga anak itu selama setahun itu. Boleh diulang baca pada setiap kali ulang tahun Hijrah anak.

Amalan-amalan ini adalah yang diijazahkan daripada orang-orang soleh.

Selamat beramal. Semoga bermanfaat.

Kredit: The Tazkirah Iman via karyabestari.com

IKLAN