Anak-anak anugerah terindah buat ibu bapa. Bagaimana kita mencorakkan itulah penentu kejayaan mereka. Sebaiknya sejak dari kecil lagi, pendedahan mengenai perkara positif harus dilaksanakan seawal usia.
Tak dinafikan, ada ketikanya akan wujud kesukaran untuk mendidik anak-anak, kerana bagi kanak-kanak, bermain adalah salah satu kepuasan diri buat mereka. Jadi, untuk memastikan kanak-kanak ini kekal dengan rutin yang sama, ianya memberi cabaran yang baru buat ibu bapa.
Dalam soal mendekatkan diri anak dengan al-Quran bukan mudah. Ia memerlukan kesabaran dan konsisten sepanjang masa agar anak terbiasa dan menjadikan bacaan al-Quran suatu aktiviti yang menyeronokkan.
Berdasarkan perkongsian dari Puan Haryati Omar, caranya mendekatkan anak dengan al-Quran adalah mulakan sejak anak usia setahun. Walaupun masih belum memahami tetapi lama-kelamaan anak jadi minat.
Ibu kepada 5 cahaya mata berusia 22 hingga 3 tahun ini juga turut memastikan amalan membaca al-Quran di depan anak-anak antara salah satu rahsia menarik minat mereka.
Ads
“Saya tak paksa tapi tunjukkan di depan anak-anak terutama di waktu lapang atau selepas solat.
“Alhamdulillah anak-anak dapat menerimanya dan sekarang mereka juga tak perlu di suruh.
“Antara pendekatan yang saya rasa berkesan juga, biasakan anak mendengar cd ayat-ayat suci al-Quran. Walaupun kita nampak biasa, tapi kesannya sangat hebat kerana mereka boleh mengikut bacaan itu,” katanya.
Ads
Menyentuh mengenai pemakanan juga, Haryati turut menyatakan makanan ringan memang tak didedahkan pada anak-anak. Apa yang anak makan akan dipantau.
“Biasanya saya lebih suka anak makan buah-buahan, makanan sunnah yang boleh menguatkan otak selain makanan berzat.
“Biarlah orang nak kata saya menyekat kebebasan anak tapi inilah salah satu kunci untuk anak mudah menghafaz al-Quran.
“Impian saya hanya satu nak lihat anak-anak menjadi pendamping al-Quran dan menjadikan kalam Allah ini sebagai panduan hidup mereka sampai bila-bila,” ujarnya ketika ditemui sempena program World #QuranHour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIA.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa tak sedar bahawa kata-kata mereka adalah suara hati pertama yang akan tinggal dalam diri anak. Setiap pujian, setiap senyuman, dan setiap penghargaan kecil yang kita beri akan menjadi asas kepada keyakinan diri dan jati diri anak bila mereka membesar nanti.
Kita sering tunggu anak buat sesuatu yang besar misalnya seperti dapat keputusan cemerlang, menang pertandingan, atau buat sesuatu yang luar biasa baru nak beri pujian. Tapi jarang kita perasan, usaha kecil yang mereka buat setiap hari pun sebenarnya layak dihargai.
Bila anak cuba ikat tali kasut sendiri walaupun tak kemas, bila dia tolong kutip mainan walaupun separuh jalan, atau bila dia cuba menulis huruf pertamanya, itu semua detik penting yang menunjukkan keberanian dan usaha. Di situlah sebenarnya magis pujian kecil memainkan peranan besar.
“Pandai mama tengok awak cuba sampai jadi!” “Wah, rajinnya tolong mama tadi.” “Tak apa kalau salah, yang penting awak dah cuba.”
Kata-kata sebegini nampak ringkas, tapi ia membentuk suara dalaman anak, suara yang akan mereka guna untuk bercakap dengan diri sendiri apabila mereka besar nanti. Bila kita sering memuji usaha, bukan hasil, anak akan belajar bahawa gagal bukan bermakna tak berguna, sebaliknya satu peluang untuk mencuba lagi.
Meningkatkan Keyakinan Diri Anak Anak yang sering dipuji atas usaha mereka akan lebih yakin untuk mencuba perkara baru. Mereka tahu bahawa ibu bapa menghargai kesungguhan, bukan hanya keputusan.
Membentuk Sikap Tidak Mudah Putus Asa Bila anak tahu usahanya dilihat dan dihargai, mereka akan belajar untuk bangkit setiap kali gagal. Ini membentuk daya tahan mental (resilience) sejak kecil.
Mengeratkan Hubungan Ibu Bapa dan Anak Pujian ikhlas menjadikan anak rasa disayangi dan diterima. Ia membina hubungan emosi yang rapat, menjadikan anak lebih terbuka untuk berkongsi perasaan dan masalah mereka.
Membantu Anak Mengawal Emosi Anak yang mendapat pengiktirafan positif akan lebih tenang, kurang memberontak dan lebih mudah mendengar nasihat. Pujian memberi mereka rasa aman dan dihargai.
Membentuk Mindset Positif Terhadap Kehidupan Bila anak dibiasakan menerima pujian atas usaha, mereka akan membesar dengan keyakinan bahawa setiap usaha ada nilainya. Ini membantu mereka melihat kehidupan dengan pandangan yang positif dan tidak mudah menyerah.
Kajian psikologi juga menunjukkan bahawa pujian berasaskan usaha (bukan hanya pencapaian) membantu anak membina “growth mindset” iaitu cara berfikir yang percaya bahawa mereka boleh belajar dan berubah melalui usaha.
Sebaliknya, bila anak hanya dipuji bila berjaya, mereka akan jadi takut untuk gagal. Mereka lebih cenderung memilih perkara yang selamat kerana takut mengecewakan ibu bapa.
Anak-anak kecil sebenarnya tak perlukan ibu bapa yang sempurna. Mereka cuma perlukan ibu bapa yang perasan yang nampak usaha kecil mereka dan mengiktirafnya. Bila kita belajar menghargai yang kecil, anak akan belajar bermimpi besar.
Jadi, mulai hari ini, jangan tunggu anak jadi hebat baru puji. Puji mereka bila mereka berusaha, walaupun hasilnya belum sempurna. Kerana dari situ, kita sedang membesarkan anak yang percaya pada dirinya dan itu lebih berharga daripada apa-apa pencapaian di dunia.
Bila musim perayaan atau keraian macam sekarang ini barulah kita terfikir untuk ke kedai mencuci barang kemas supaya nampak lebih berkilat. Sebenarnya tak perlu pun ke kedai, ada cara mudah nak cantikkan barang kemas jadi lagi berkilat.
Tip yang dikongsikan oleh pekerja kedai emas yang berpengalaman selama 13 tahun ini anda kena cuba. Memang bersinar, macam baru. Jom cuba perkongsian tip oleh Bunga Yanie.
Sis bongkar pengalaman 13 tahun kerja kedai emas. Cara-cara nak cuci emas.
Lepas ni takyah susah-susah pergi kedai emas cuci pastu kena caj.
Korang guna je sabun Joy or Glo. Masukkan dalam periuk.
Of course la letak air kan. Pastu letak la sabun sikit.
Korang masak atas dapur gas. Agak-agak dah didih or korang nampak kotoran terapung (tengok pic no 4) tutup dapur gas.
Lepas tu ambil berus gigi dan gosok barang kemas sampai bersih.
Jangan lupa bilaskan dengan air bersih dan keringkan guna kipas or hairdryer. Settle!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu yang sangat risau dituduh gagal mendisiplinkan anak kerana rumah mereka adakalanya bersepah, dinding berconteng dan anak-anak main losyen penuh di lantai atau sebagainya.
Perlu diingatkan anak yang sedang membesar dia nak terokai semua perkara dan ibu bapa kena faham fasa ini anak nak belajar sesuatu.
Perkongsian dari Pakar Keibubapaan & Kekeluargaan, Ibu Rose ini boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa faham mengenai hal ini.
Drive your own brain. Ok.
Apa yang Ibu akan buat adalah memberi kepada sayang a guideline mengenai jenis parenting. So baca baik-baik apa yang Ibu bakal share ni.
Ada 4 jenis parenting.
DOMINANT PARENTING
Ini adalah jenis parenting yang ” cara saya saja betul, kamu salah” anak-anak dididik dengan rules yang amat ketat, sehingga anak-anak itu tiada cara untuk berkreatif dan berfikiran lain dari cara yang ibu bapa dah tetapkan. Anak-anak tertekan, namun terpaksa taat dan patuh! Anak-anak mungkin nampak well behave namun di dalam hati mereka mungkin mereka meronta-ronta.
Jika mereka tidak boleh rebel kerana masih di bawah jagaan ibu bapa mereka, kita akan lihat kesan-kesan memakan diri. Contoh, tidak berani menyuarakan pendapat. Selalu teragak untuk melakukan sesuatu perkara. Badan akan membongkok sedikit, kerana kurang keyakinan diri. Anak-anak mereka ini terlalu kurus seolah-olah memakan diri. Dan mungkin juga obese kerana tidak tahu cara lain untuk cope dengan frustration mereka kecuali dengan menyumbat makanan.
Tidak ada keyakinan bergaul dengan kawan-kawan sebaya dan akan takut sangat jika tidak perfect.
Ada juga kes yang bila sudah lepas keluar dari jagaan ibu bapa, akan jadi kemaruk dan langgar semua peraturan yang ditetapkan di rumah ibu bapa mereka. Seolah-olah kemaruk.
Bagus atau tak bagus begini? Terpulanglah anda menilainya. Apa yang sebenarnya yang sayang hendak di dalam parenting anda. Sayang nak besarkan dan memperkasakan seorang insan atau nak jadi seorang anak yang berpotensi besar itu, patung atau robot. Sayang pilihlah sendiri.
Pada kaca mata ibu dan bapa yang begini jenis parenting mereka, anak-anak mereka ini well behave dan mereka ibu bapa yang berjaya kerana anak-anak berdisiplin. Tetapi mereka tidak tahu apa yang telah mereka runtuhkan di dalam diri anak-anak mereka. Yang paling pasti, mereka telah dan sedang meruntuhkan keyakinan dan rasa hormat anak-anak mereka terhadap diri mereka sendiri. Their children lost their sense of self.
PERMISSIVE PARENTING
Ini jenis parenting semua boleh dilakukan. Rumah tiada rules dan tiada peraturan yang perlu diikuti. Makanlah merata-rata. Contenglah dinding ikut suka hati. Main lah losyen di lantai tanpa ada memikirkan kesanya. Tak kemas tempat tidur pun tak apa. Tak pergi sekolah pun okey. Balik lambat hingga lebih 12 malam pun tak mengapa. Keluar bermain di luar rumah pukul 3 pagi pun okay!
Ibu bapa begini melakukan begini kerana mereka kononnya sayangkan anak-anak mereka. Nak beri kebebasan kononnya supaya anak-anak boleh membentuk diri mereka sendiri.
Anak-anak jadi naik kepala dan tiada hormat ibu bapa malah sesiapa saja pun. Keadaan rumah bersepah dan tidak keruan kerana ibu bapa ini tidak ada grip terhadap the engineering of their home!
NEGLECTFUL PARENTING
Tak kisah dan tak mahu ambil tahu pasal anak. Tak ada anak lagi baik dan anak didelegate sahaja pada orang lain.
Kesannya anak-anak membesar dengan satu perasaan tidak dikasihi dan merasai diri mereka tidak penting. Confuse dan marah. Am I not important to you, my parents? itu lah yang bermain di fikiran mereka.
LOVING AND FIRM PARENTING
Seperti yang Ibu sering tekankan, ini adalah jenis parenting yang membina seseorang individu itu. Parenting begini adalah sebuah parenting yang mempunyai rules dan regulation namun bezanya dengan dominant parenting, loving and firm parenting adalah memberi ruang kepada anak-anak mereka untuk bersuara dan melakukan sesuatu yang lain dari apa yang ibu bapa tetapkan.
Contoh, kes menconteng dinding: Ibu bapa begini memahami perkembangan anak-anak dan faham ada anak-anak yang perlu untuk menconteng di dinding. Jadi apa yang ibu bapa itu lakukan adalah melekatkan kertas besar di suatu kawasan di dinding untuk memberi ruang anak itu expresi dirinya di situ. Kenapa ibu bapa beri peluang ini, kerana kefahamannya yang mendapat tentang proses self-actualisation seperti yang diterangkan oleh Abraham Maslow dan Dr. Maria Montessori. Tetap ada rules: anak diterangkan dengan baik untuk tidak conteng di tempat lain contohnya.
Jika ibu bapa ini memberi anak bermain losyen, dia akan menyediakan ruang dan banyak mana losyen yang boleh digunakan dan mengajak anak itu membersihkan kembali lantai itu setelah bermain. Kenapa, lovingnya ibu bapa ini menyebabkan mereka faham keperluan minda anak untuk belajar, explore dan mendapat jawapan dan menjadi kreatif. Kenapa perlu ajak anak bersihkan balik? Kerana anak itu juga perlu belajar untuk bertanggungjawab terhadap apa yang dia lakukan walaupun semasa atau untuk bermain.
Kesan:
1-anak boleh berdikari
2-hormat dirinya dan mempunyai keyakinan tinggi terhadap kebolehan dirinya kerana ibu bapanya memberi ruang untuk dia explore
3-Bertanggungjawab
4-Sayang dan kagum serta hormat yang tebal terhadap ibu bapa mereka dan ini berpanjangan sehingga ke akhir hayat.
Dan banyak lagi yang best best.
Satu, yang Ibu nak pesan pada sayang semua. Tolonglah ingatkan kawan-kawan yang mendabik dada perasan hebat sangat kerana anak-anak mendengar cakap kerana dia BENGKENG itu, anak-anak mereka mungkin merupakan bom yang bakal lepas.
Kedua, janganlah cepat rasa you are not a good parent atau seorang ibu atau bapa yang gagal dan ini menyebabkan and murung. Sayang mungkin buat silap, tapi it does not mean you are a failure. Anda cuma silap dan baiki saja kesilapan itu.
Ketiga, ELAKKANLAH DIRI MENUDUH ORANG LAIN A FAILURE OR GAGAL KERANA MERASAKAN KITA SUDAH HEBAT. Perjalanan kita ini jauh lagi jika anak baru 9-10 tahun, belum remaja dan belum lagi keluar dari rumah sebagai individu yang dewasa dan perkasa!
Keempat, SAYANG SEMUA, JANGAN CEPAT MENGELABAH BILA ADA ORANG MEMBAYANGKAN YANG YOU ARE A FAILURE. Kaji dulu, selidik dulu and RUN YOUR OWN BRAIN.
BELAJAR DAN UPGRADE DIRI..ITU MESTI!
TOLONG SHARE APA YANG IBU TULIS INI… SELAMATKAN kawan-kawan kita yang sedang confuse dan tak sure kerana tenggelam dalam satu perasaan yang mereka ibu bapa yang gagal mendisiplin kan anak-anak kerana mereka melihat rumah mereka bersepah! Dan merasakan bahawa mereka ini gagal as a parent.
IBU MINTA TOLONG SAYANG, TOLONG SHARE, Supaya ramai ibu bapa yang di dalam kategori itu bangun dan bersemangat mendidik anak-anak dengan baik dan mendisiplinkan anak-anak dengan LOVING AND FIRM PARENTING.
Café-au-lait spot pada kulit anak biasanya tidak berbahaya, namun dalam keadaan tertentu ia boleh menjadi petunjuk kepada Neurofibromatosis Type 1 (NF1). Ketahui bila ibu ayah perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.