“Rasa macam tak percaya dikurniakan zuriat ketika usia mencecah 40 tahun” begitulah luahan isteri kepada pelakon Adam Corrie Lee iaitu Puan Fazema Fuad.
Puan Fazema atau mesra dipanggil Puan Fazi mengimbau detik awal bertemu jodoh bersama Adam Corrie ketika usia mereka masing-masing 40 tahun dan 30 tahun.
“Suami diberi cahaya dan kembali Islam pada usia 39 tahun. Bertemu jodoh dengan saya ketika beliau 40 tahun dan saya 30 tahun.”
Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana terlalu banyak rezeki yang dikurniakan buat mereka sekeluarga.
Ads
“Rezeki usia yang diberkati, diberikan hidayah, iman, jodoh, zuriat dan lain-lain lagi yang tak terhitung.”
Menurutnya, 10 tahun menanti zuriat akhirnya membuahkan hasil apabila mereka dikurniakan cahaya mata sulung pada 4 tahun yang lepas. Bagi Puan Fazi, doa serta usaha diiringi tawakal adalah kunci kesabaran yang paling utama.
“Kami dikurniakan zuriat selepas 10 tahun. Alhamdulillah”
Ads
“Cepat atau lambat sahaja. Doa, usaha & tawakal. Syukur Alhamdulillah. Nikmat apa lagi yang kami dustakan”
Ads
“Terima kasih Allah, sayang & anak mak, Fateh. Sayang hingga syurga”
Adam mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema, pada 21 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Adam Fateh Lee yang kini berusia 4 tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika membesarkan anak-anak, kita mahukan yang terbaik buat mereka. Sedarkah anda, kita juga ada berbuat salah? Dalam usaha membentuk sahsiah anak-anak, kita alpa dan tidak sedar bahawa kita juga tidak sempurna.
Lihat senarai yang Pa&Ma kongsikan ini. Adakah ia ada berlaku pada anda? Jika ada, mungkin sudah tiba masanya untuk berubah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Santai Hi-Tea bersama penerima Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari pada 29 dan 30 November bertempat di Gula Cakery Cafe Shah Alam dan Mc. Qanteens Tea Seksyen 13, Shah Alam.
Majlis ini menghimpunkan 15 jenama dibawah kategori produk anak dan produk ibu bagi penerima Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 dan lebih 40 tetamu yang hadir memeriahkan Santai Hi-Tea ini.
Acara kemuncak bagi Santai Hi-Tea ini dimeriahkan dengan penyerahan plug Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 oleh Puan Wan Erni Liza Md Izatzi selaku Editor Pengurusan Family & Parenting kepada wakil jenama.
Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 ini adakan untuk meraikan ulang tahun Pa&Ma yang ke-21, pada tahun ini. Jenama Pilihan Pa&Ma merupakan pengiktirafan daripada Pa&Ma kepada semua jenama-jenama berkualiti dan diyakini.
Pa&Ma sempat menemu ramah wakil penerima Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2021:
“Ribuan terima kasih kepada Pa&Ma kerana menerima kami sebagai produk anak 2021. Kami juga berbesar hati untuk terus bekerjasama bersama Pa&Ma pada masa akan datang untuk mengetengahkan lagi produk-produk Medina”
“Kami sangat consistent dalam menyediakan produk yang terbaik untuk seisi keluarga dan coconut shake adalah produk utama dan digemari ramai”
“Saya mewakili team Arley mengucapkan terima kasih kepada Pa&Ma. Arley dicipta untuk mudah digunakan dan dengan harga yang berpatutan. Kami juga berharap produk ini bukan hanya sebagai produk kebangaan Malaysia but at the same time lebih banyak negara lain yang mengenali produk ini”
“Ribuan terima kasih kepada Pa&Ma atas penganugerahan Jenama Pilihan 2021. Semoga lebih ramai mommies di luar sana tahu berkenaan Ardora dan diharapkan Audora dapat membantu menyelesaikan masalah kulit serta rambut yang dialami”
“Saya berharap Novakid lebih dikenali di kalangan ibu bapa untuk membantu anak belajar dalam bahasa Inggeris dengan lebih seronok dan berkembang maju”
“Selepas menerima Anugerah Jenama Pilihan 2021, kami berharap jenama kami lebih dikenali di pasaran makanan bayi dan juga kami harap semoga produk kami boleh menambah kepercayaan pengguna-pengguna Grommy Malaysia di luar sana”
“Kami menjual Harrogate Sulphur Soap sejak 1981. Buat masa ini kami akan cuba untuk memasuki pasaran cina dan juga kami ingin lebih ramai ibu bapa kepada anak-anak yang mempunyai masalah kulit untuk tahu mengenai kami. Dengan penganugerahan ini, ibu bapa di luar sana lebih mengenai kami”
“Kami sudah establish dari tahu 2018 dan saya amat bangga dengan penganugerahan dari Pa&Ma dan terus memberikan servis terbaik buat ibu bapa di luar sana”
“Selaku founder Hooneymommy, saya sangat bangga setelah Hooneymommy dinobatkan sebagai Jenama Pilihan Pa&Ma. Thank You Pa&Ma”
“Thank you Pa&Ma sebab bagi peluang lagi sekali untuk Humaira Baby Store sebagai Jenama Pilihan produk Anak 2021”
“Saya selaku founder Nufiya sangat berbesar hati dan tak sangka Nufiya terpilih sebagai Jenama Pilihan Pa&Ma. InsyaAllah, Nufiya akan buat yang lebih baik untuk bantu ibu-ibu di luar sana menyusu anak selama 2 tahun”
“Kalau anda tengok kami di sosial media, kita di kenali sebagai Zikir Pillow by Baby Pian. So far, kita dah berada di pasaran tak sampai 2 tahun tapi kita dapat sambutan yang luar biasa! Terima Kasih Pa&Ma kerana memilih Zikir Pillow Baby Pian sebagai Jenama Pilihan 2021”
“Kita nak bantu lebih ramai wanita berpantang dengan smooth dan selamat bersama dengan tungku elektrik Mahtika. InsyaAllah Mahtika akan mengeluarkan produk baru yang akan lebih memudahkan para ibu berpantang menggunakan tungku Mahtika. Terima Kasih Pa&Ma atas Anugerah ini”
“Terima kasih banyak-banyak kepada Pa&Ma kerana pilih brand Listra sebagai penerima Anugerah bagi kategori produk ibu. Kami harap dengan pemberian award ini, lebih ramai wanita yang nampak brand ini”
Diharapkan dengan penganugerahan ini, ibu bapa dapat memilih produk-produk dibawah Jenama Pilihan Pa&Ma dengan lebih mudah! Tahniah sekali lagi kepada semua penerima Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2021.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pastinya akan hadir rasa bimbang apabila si kecil masih sukar bertutur walaupun sudah berusia 3 tahun. Bertenang, ada cara mengatasi anak lambat bercakap yang boleh dicuba.
Lewat pertuturan
Secara amnya, seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun boleh menyebut sekitar 50 perkataan dan bertutur dalam ayat yang mengandungi 2 hingga 3 patah perkataan.
Perbendaharaan kata mereka akan meningkat kepada hampir 1,000 perkataan apabila mencecah usia 3 tahun.
Pada usia ini anak sudah boleh bercakap dalam ayat dengan bilangan perkataan antara 3 hingga 4 patah.
Sekiranya anak masih belum mencapai perkembangan tersebut, mereka mungkin mengalami keadaan lewat pertuturan (speech delay).
Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh gangguan pendengaran, neurologi mahupun perkembangan.
Mesti anda tertanya-tanya adakah terdapat petua anak lambat bercakap?
Dalam kebanyakan kes lewat pertuturan akan dapat diatasi dengan berkesan. Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengenal pasti tanda anak mengalami kelewatan pertuturan dan cara mengatasi anak lambat bercakap.
Cara mengatasi anak lambat bercakap: Fahami perbezaan lewat pertuturan dan bahasa
Sebelum kita mengetahui cara mengatasi anak lambat bercakap, ambil tahu perbezaan antara lewat pertuturan dan lewat bahasa (language delay).
Cara mengatasi anak lambat bercakap
Pertuturan adalah ungkapan lisan bahasa dan merangkumi artikulasi iaitu cara kita membentuk bunyi dan perkataan.
Seorang kanak-kanak dengan masalah kelewatan pertuturan mungkin tidak dapat menggunakan banyak perkataan seperti individu seusianya.
Lewat bahasa pula berlaku jika anak mengalami kesukaran memahami apa yang dikatakan individu lain atau tidak dapat menyatakan apa yang difikirkan mereka. Ini termasuklah secara verbal, bukan verbal dan tulisan.
Masalah lewat pertuturan kanak-kanak 3 tahun
Kemahiran pertuturan dan bahasa bermula sejak bayi. Seiring peredaran masa, celoteh (babbling) bayi yang tiada makna akan berkembang menjadi perkataan pertama dapat difahami.
Umumnya, lewat pertuturan bagi kanak-kanak berusia 3 tahun adalah apabila mereka tidak mencapai titik perkembangan biasa.
Namun, keadaan itu tidak bermakna ia didasari oleh masalah serius. Kelaziman bagi kanak-kanak berusia 3 tahun:
Petua anak lambat bercakap: Kenal pasti simptomnya
Sekiranya anak tidak bertindak balas terhadap suara atau bunyi, ia perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor segera.
Dalam keadaan biasa, sukar untuk ibu bapa mengetahui sama ada anak mengambil masa yang lama untuk mencapai perkembangan pertuturan atau bahasa mahupun mengalami masalah tertentu.
Berikut antara tanda yang boleh dikenal pasti jika si kecil mungkin mengalami masalah dan pemeriksaan doktor perlu dilakukan:
Menjelang usia 12 bulan: Tidak menggunakan isyarat seperti melambai tangan
Menjelang usia 18 bulan: Lebih suka gerak isyarat daripada berkomunikasi verbal
Menjelang usia 18 bulan: Berdepan kesukaran meniru bunyi seperti bunyi kucing
Menghadapi masalah untuk memahami arahan ringkas
Berusia 2 tahun: Hanya dapat menurut kata-kata atau perbuatan dan tidak bertutur perkataan atau frasa secara spontan
Usia 2 tahun: Menggunakan bunyi atau perkataan berulang dan tidak dapat menggunakan bahasa lisan untuk berkomunikasi lebih daripada keperluan segera
Usia 2 tahun: Tidak dapat mengikuti arahan mudah
Usia 2 tahun: Mempunyai nada suara luar biasa seperti suara kasar atau sengau
Anda disarankan membawa anak untuk pemeriksaan doktor jika pertuturannya sukar untuk difahami pada tahap usia mereka:
Ibu bapa seharusnya boleh memahami sekitar 50% percakapan anak pada usia 2 tahun dan 75% daripadanya ketika berusia 3 tahun
Pada usia 4 tahun, apa yang diucapkan kanak-kanak seharusnya dapat difahami, sama ada oleh ibu bapa ataupun individu luar
Punca anak alami lewat pertuturan
Masalah kelewatan percakapan ini mungkin disebabkan oleh:
Gangguan mulut – Masalah dengan lidah atau lelangit. Dalam istilah perubatan di sebut ankyloglossia (tongue tie), di mana lidah disambungkan ke lantai mulut
Frenulum pendek (lipatan bawah lidah) yang boleh mengehadkan pergerakan lidah
Diagnosis & cara mengatasi anak lambat bercakap
Sekiranya anak mungkin menghadapi masalah, penting untuk melakukan pemeriksaan segera dengan ahli patalogi bahasa pertuturan (SLP).
SLP akan memeriksa kemahiran pertuturan dan bahasa anak melalui ujian standard.
Pakar terapi juga akan memeriksa:
Apa yang difahami anak – disebut bahasa reseptif
Apa yang anak boleh ucapkan – disebut bahasa ekspresif
Pengembangan suara dan kejelasan pertuturan
Status oral-motorik anak – bagaimana mulut, lidah, lelangit dan bahagian lain bekerjasama untuk bersuara, makan dan menelan
Cara mengatasi masalah anak lambat bercakap melalui:
Terapi pertuturan-bahasa
Perkhidmatan intervensi awal
Merawat keadaan yang mendasari
Apa yang boleh ibu bapa lakukan?
Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam membantu anak yang mempunyai kesukaran untuk bercakap.
Berikut antara petua anak lambat bercakap yang boleh dicuba di rumah:
Fokus pada komunikasi – Bercakap dan bernyanyi dengan anak serta menggalakkan mereka meniru bunyi dan isyarat
Membaca kepada anak – Mulakan membaca apabila anak masih bayi
Guna situasi harian – Bercakap sepanjang hari dengan anak mengenai apa yang anda buat, lihat atau makan. Pastikan ia perkara mudah
Kelewatan pertuturan untuk seorang kanak-kanak bererti mereka tidak dapat mencapai titik pekembangan pada usia tertentu.
Umumnya, keadaan ini bukanlah satu masalah besar kerana anak mempunyai fasa perkembangan yang tersendiri.
Tetapi jika masalah tersebut dialami si kecil anda, usah risau dan bawalah mereka berjumpa pakar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.