Memiliki anak yang cerdik dan berakhlak bukan satu angan-angan kosong asalkan papa sebagai ketua keluarga memainkan peranan hebat membesarkan mereka. Peranan ibu dan ayah sama penting dalam membesar dan mendidik anak-anak supaya mereka membesar sebagai individu yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Susuk tubuh ayah yang sado dan tegap bukan sekadar tampil sebagai hero di mata si kecil. Tetapi pengaruhnya terhadap perkembangan si anak sangatlah besar. Ayah adalah pemimpin dalam keluarga yang bertanggungjawab memimpin keluarga dan memastikan anak-anak tetap berada di landasan yang betul.
PERANAN AYAH DALAM MENDIDIK ANAK MEMBANTU MEREKA MENGHARUNGI CABARAN DALAM KEHIDUPAN UNTUK MENJADI INSAN YANG BERJAYA.
Jangan sampai terlupa tanggungjawab masing-masing bila sudah bergelar ayah. Ini antara peranan ayah dalam mendidik anak di zaman mencabar sekarang.
1. MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANAK
Ayah mempunyai peranan penting untuk meningkatkan keyakinan diri anak menerusi bimbingan dan kasih sayang yang diberikan. Bila anak dapat cukup kasih sayang daripada seorang ayah maka dia akan membesar sebagai individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
2. MENJADIKAN ANAK SEORANG YANG BERANI
Fizikal ayah bak seorang hero sepatutnya mendidik anak menjadi seorang yang berani menghadapi cabaran. Anak akan melihat sisi berani daripada seorang ayah berbanding ibu. Jadi, pastikan ayah memainkan peranan betul membentuk sifat berani tersebut.
3. MELATIH ANAK BERDISIPLIN
Ayah juga mempunyai kelebihan untuk membesarkan anak-anaknya dengan disiplin. Biasanya anak-anak akan lebih berdisiplin dan menurut arahan jika dilakukan oleh ayah. Maka ayah wajib memberikan contoh yang baik dalam bab disiplin. Baru anak-anak mengikut.
Seorang anak sangat memerlukan perhatian daripada kedua ibu dan ayahnya kecuali jika salah seorang sudah meninggal dunia. Walaupun anak mendapat sepenuh perhatian daripada ibu tetapi dia tetap memerlukan perhatian dan sentuhan dari seorang ayah. Walau sibuk bekerja sekalipun, ayah jangan abaikan perhatian pada anak ya.
5. SEBAGAI MOTIVATOR
Ayah perlu menjadi pendorong dan motivator ulung kepada anak. Dengan pendekatan yang betul, ayah boleh mengubah tingkah laku anak yang sebelum ini kurang baik menjadi lebih baik.
6. MELAYAN ANAK BERMAIN
Ads
Anak memang cukup suka kalau dapat bermain dengan ayah. Jadi, ayah kena rajin melayan anak bermain ya. Jangan asyik melayan handphone sahaja, sebaliknya luangkan masa untuk layan anak bermain dan berseronok. Waktu itu anda boleh ambil peluang untuk memberi nasihat dan panduan berguna.
7. JADI ROLE MODEL
Anak adalah peniru yang hebat. Mereka juga menjadikan ayah dan ibu sebagai role model utama. Makanya wajiblah anda berdua memberikan teladan yang baik kepada anak supaya mereka membesar sebagai anak yang berakhlak mulia.
Ayah wajib ambil tahu siapa kawan-kawan anak supaya mudah untuk mengawal dan mengawasi pergaulan anak supaya boleh mencegah perkara buruk daripada berlaku akibat salah pilih kawan.
Ads
9. MENINGKATKAN KECERDASAN EMOSIONAL ANAK
Anak kecil masih belum stabil emosinya maka sebagai ayah, anda perlu memainkan peranan penting untuk meningkatkan kecerdasan emosional anak. Selalu berkomunikasi dengan anak supaya ada dapat membina proses saling percaya dengan anak. Kecerdasan emosional yang baik membantu anak membesar sebagai individu yang hebat satu hari nanti.
10. BERPERANAN MENGUATKAN ‘BONDING’ HUBUNGAN KELUARGA
Papa memainkan peranan penting untuk menguatkan bonding antara ahli keluarga. Selain meluangkan masa bersama, sesekali bawalah anak pergi bercuti untuk eratkan hubungan keluarga. Tak perlu tempat yang jauh dan mahal kadang-kala lokasi berhampiran rumah juga sudah mampu menggembirakan hati anak-anak asalkan dapat bersama mama dan papa.
Watak ‘superhero’ yang papa galas sepatutnya mampu menjadikan penyelamat dan pelindung sebenar kepada anak tersayang. Ia sekaligus membimbing anak-anak berada di landasan yang betul.
Ibu mana yang tidak risau jika perkembangan anak tidak seiring usianya. Itulah yang diluahkan oleh Rihana Petra di laman Instagramnya setelah anaknya menunjukkan ciri-ciri kelewatan bahasa.
Dia turut meminta pandangan ramai adakah situasi ini normal atau di perlu lebih risaukan perkembangan anak tunggalnya itu? Ikuti perkongsian ini.
Kelewatan Pertuturan Kanak-Kanak:
Adakah perkara biasa atau sudah waktunya untuk risau?
Kanak-kanak lelaki biasanya lebih lambat daripada kanak-kanak perempuan, termasuk bercakap. Tetapi tak dinafikan hakikat bahawa pada usia dua tahun kanak-kanak sekurang-kurangnya dapat membina frasa dua suku kata.
Leon pergi ke sekolah untuk kelas perkembangan dan selalu berhubung dengan kanak-kanak lain, tetapi pada masa yang sama dia hanya bercakap satu perkataan dan tidak membina frasa. Guru kami dari sekolah Elena Kulikova menasihati kami untuk mendapatkan nasihat daripada ahli terapi pertuturan untuk memahami apa yang menyebabkan kelewatan pertuturan dan apa sebenarnya yang harus ditumpukan di sekolah.
Saya juga menyalahkan gen, kerana pada peringkat genetik, Leon juga mempunyai bahasa Melayu. Tetapi kita tidak tergesa-gesa untuk mempelajarinya, ia akan menjadi bahasa tambahan selepas bahasa Rusia, Inggeris dan Jerman.
Tolong kongsikan usia anak anda mula bercakap? Mungkin saya terlalu risau …
Rata-rata warga maya memberikan nasihat dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama dengan Rihana kerana mempunyai anak berdarah kacukan serta kelewatan bahasa pertuturan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak sudah berusia dua tahun dan ke atas, mama mulalah risau bila anak masih tak dapat bercakap dengan lancar. Sebenarnya anak-anak ada waktunya sendiri dan bila masa sesuai dalam setiap perkembangan dirinya. Pun begitu, ransangan daripada orang sekeliling pastinya dilakukan tanpa henti.
Namun apa yang berlaku kini adalah cara ransangan orang sekeliling iaitu mama dan papa akan hanya memburukkan keadaan malah adakalanya menjadi penyebab anak keliru dan lambat untuk bercakap.
Menurut Dr Rizal Abu Bakar, pakar otak, terdapat beberapa kesalahan yang mama dan papa selalu lakukan dalam merangsang anak bercakap. Malah cara berdepan dengan anak kurang pada waktu-waktu yang kurang tepat. Semua ini memberi kesan kepada perkembangan otak anak.
Periksa tiga kesalahan yang selalu ibu bapa lakukan ketika mendidik anak dan merangsang anak bercakap.
3 KESALAHAN YANG BIASA IBU BAPA LAKUKAN DALAM MENDIDIK ANAK
Dalam mendidik anak acap kali ramai yang terbabas lakukan perkara-perkara ini:
1. Bercakap atau layan anak dalam keadaan diri stres. Kajian dapati ibu yang di dalam keadaan stres sebabkan anak juga stres apabila anak di dekati. Jadi tenangkan diri di saat stres. Belajar cara tangani stres.
2. Bercakap bahasa anak kecil. Bukan bercakap bahasa yang betul. Contohnya nak makan disebut ‘nak akan’. Apabila berbahasa begini, otak anak di bahagian broca area (pusat bahasa) akan di ‘wire’ mengikut bahasa anak kecil. Bukan bahasa sebenar.
Sekiranya ini berlaku secara berterusan, kebolehan anak untuk fasih bertutur dengan fonetik tepat akan terbantut.
3. Bercakap tanpa buka mulut. Macam kedekut nak buka mulut. Hingga bibir tidak dilihat seperti bergerak.
Si kecil belajar dengan ikuti atau dalam Bahasa Inggeris disebut mimicking pergerakan bibir untuk wujudkan kefahaman. Apabila ada kefahaman bahagian otak yang bernama Wernicke Area akan aktif.
Ada banyak lagi kesalahan yang ibubapa kerap lakukan tanpa sedar. Kita perlu belajar untuk elakkan diri dari terjebak terus dengan perbuatan sebegini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu bapa yang bertanya macam mana tak nak jadi ibu bapa yang garang pada anak? Walaupun dah cuba kawal tapi akhirnya terpaksa meletup juga bila tahap kesabaran itu hilang.
Ada sesetengah tu cakap, kalau tak garang perangai anak lagi menjadi-jadi. Sebenarnya ada caranya nak mendidik anak. Tak perlu pun asyik nak tinggi suara, marah dan pukul anak setiap hari.
Anak bila dari awal kita dah biasa cakap elok-elok dengan mereka, sampai besar pun mereka faham dan akur. Hanya dengan jelingan mata pun anak faham isyarat dari ibu ayah mereka.
Kenapa bila anak mengamuk, ibu bapa disarankan untuk peluk dan bukannya makin memarahi anak. Sebabnya anak akan mudah tenang bila mereka rasa satu aura positif dalam dirinya.
Berdasarkan perkongsian dari Prof Dr Muhaya, tak nak jadi ibu bapa garang pada anak, pertamanya kena bersyukur yang kita ada anak sedangkan orang lain dah usaha banyak kali, buat IVF 7 8 kali pun masih belum dapat.
Yang kedua cuba bayangkan macam mana kalau anak kita meninggal esok? Cuba muhasabah diri, pasti kita tak akan marah mereka lagi.
Lagi satu paling penting kita selalu marah anak sebab diri sendiri. Kita banyak dosa.
Nak kurangkan perasaan marah dalam diri, banyakkan bertaubat, kurangkan dosa. Bila kita dah tak marah pada diri kita, kita tak akan marah pada anak atau orang lain lagi.
Jadi sebaiknya minta maaf pada diri sendiri dulu. Berdiri depan cermin dan cakap saya maafkan awak, saya nak jadi baik. Betulkan diri sendiri, insya-Allah aura negatif akan pergi jauh dan aura positif yang akan datang dalam diri kita.
Anak Hebat Bermula Dari Rumah: Kisah Izmi & Hakim, Dua Pemanah Cilik yang Menginspirasikan
Setiap anak membawa potensi luar biasa yang menunggu untuk digilap —...