Ajar dari kecil anak-anak susun barang seperti buku, toys dan baju mengikut sistem konmari supaya mereka tahu betapa pentingnya rasa bertanggungjawab ke atas barang sendiri.
Mama juga kena selalu pesan barang susun ikut kategori. Contohnya box lego mesti ada barang lego sahaja,tidak cantik jika dicampur. Semua benda ada rumahnya, itu konsep asas home organizing.
Apa yang dikongsikan oleh Puan Widyana Ali dan dipraktikkan kepada anak-anaknya adalah dengan menggunakan teknik Konmari yang nampak lebih kemas dan teratur.
Ads
Bukan setakat kemas, teknik ini juga lebih mudah buat anak memilih dan mencari mainannya tanpa bercampur aduk dalam satu bekas.
Kereta tak boleh bercampur dengan lego. Kad tak boleh bercampur dengan mainan lain. Tahu kenapa?
Sebab bila kita campur semua toys,anak-anak jadi sukar nak cari mainan sebab tak nampak mainan apa yang mereka ada ataupun tak jumpa.
Bila ada sistem storage yang betul.
Kalau ke kedai nampak mainan lego bila anak minta nak beli:
Ads
“Mama..nak lego?”
“Oh lego kita ada di rumah.Nanti balik kita tengok berapa banyak lego kita ada.Mesti seronok main kan?”
Sistem storage yang sistematik juga sangat memudahkan anak-anak untuk bermain dan kemas sendiri. Jika main sepah macam mana sekalipun kita sebagai ibu tak perlu risau sebab dah sediakan sistem untuk mereka atur dan kemas semula.
Pakaian yang berwarna putih dan cerah sememangnya cukup sensitif dengan kotoran. Malah baju yang lama cenderung untuk bertahi lalat. Pun begitu jangan terus dibuang jika masih boleh dipakai.
Sebaliknya cuba ikhtiarkan cara ni untuk hilangkannya. Memang menjadi!
Jom cuba 5 cara hilangkan tahi lalat pada pakaian atau sebarang fabrik.
1. CUKA
Cuka adalah bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk membunuh kulat serta menghilangkan baunya yang kurang menyenangkan. Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif atau mereka yang ingin mencuci pakaian bayi.
Caranya, campurkan 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air dan rendamkan selama sekurang-kurangnya 1 jam. Kemudian, cuci bahagian berkulat dengan menggunakan sabun pencuci / detergen. Gunakan air yang sedikit hangat semasa memberus dan membilas pakaian supaya kulat lebih mudah ditanggalkan.
Jika ingin digunakan pada fabrik lain seperti sofa atau langsir, masukkan larutan cuka ini ke dalam botol spray dan semburkan terus pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian gosokkan dengan berus yang sesuai dan bilas seperti biasa dengan sabun detergen.
2. BAKING SODA
Selain menggunakan cuka, anda boleh menggunakan baking soda sebagai salah satu cara menghilangkan tahi lalat pada pakaian. Ianya efektif untuk digunakan dalam bentuk pes atau secara terus. Seperti cuka, ia juga boleh menyerap bauan yang keluar daripada kulat.
Cara pertama adalah dengan membuat pes baking soda. Campurkan sedikit air pada baking soda dan terus sapukan pes ini pada bahagian baju yang berkulat. Biarkan seketika dan kemudian beruskan seperti biasa.
Jika kulat masih belum tanggal, anda boleh menambahkan sedikit cuka putih pada serbuk baking soda tersebut. Kedua-dua bahan ini sering digunakan bersama kerana ia berkesan membunuh spesis kulat yang berbeza. Melalui pemerhatian, cara ini adalah yang paling berkesan dan digemari oleh ramai ibu-ibu!
3. JUS LEMON DAN GARAM
Perahkan sebiji lemon dan campurkan jus lemon tersebut dengan sedikit garam sehingga ia menjadi pes.
Gunakan pes ini untuk disapukan pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian, beruskan seperti biasa. Anda juga boleh merendamkan pakaian dalam larutan lemon dan garam ini dalam air suam selama 1 jam. Selepas itu, bilaskan seperti biasa.
4. PELUNTUR
Peluntur (bleach’) atau lebih dikenali sebagai Clorox adalah sebuah kompaun yang sangat kuat dan berkesan untuk membunuh kulat pada pakaian. Namun, ia juga akan melunturkan warna. Jadi, cara ini hanya sesuai untuk pakaian berwarna putih sahaja ya!
Caranya, larutkan sedikit peluntur bersama air dan gunakan berus untuk menanggalkan tahi lalat tersebut. Taburkan sedikit sabun pencuci serbuk dan ulangi langkah ini beberapa kali sekiranya ia masih belum tanggal.
Seeloknya, gunakan air yang sedikit hangat untuk membilas dan mencuci pakaian tersebut. Sekiranya pakaian adalah daripada fabrik lembut dan sensitif, rendamkannya dalam larutan peluntur selama sekitar 20 minit, mengikut sukatan pada produk.
5. VANISH
Selain peluntur, satu lagi produk boleh anda gunakan adalah serbuk atau cecair ‘Vanish’ yang boleh dibeli di pasaran. Ia sesuai digunakan pada pakaian putih mahupun yang berwarna.
Caranya, sapukan ‘Vanish’ pada bahagian fabrik yang ada kesan tahi lalat, dan biarkan seketika sekitar 5-10 minit. Kemudian, beruskan sedikit dan bilas. Selepas itu, cuci seperti biasa dengan sabun pencuci.
6. JEMURKAN BAWAH CAHAYA MATAHARI
Selepas mencuci pakaian yang terkena kulat, jemurkannya di bawah sinaran matahari untuk kesan yang lebih efektif.
Untuk mencegahnya daripada berulang, keringkan dahulu pakaian yang berpeluh atau lembap sebelum dimasukkan ke dalam bakul baju kotor. Baju yang terkena susu atau makanan juga boleh direndamkan secepatnya supaya kotoran lebih senang ditanggalkan.
Jadi, jangan buang dulu baju-baju tersebut sebelum mencuba ya!
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Tiga tahun lepas, sahabat saya Adhwa’ Nadirah Jamaludin ada berkongsi tentang ciri-ciri mak ayah derhaka.
Terperanjat saya.
Biasa dengar kisah anak derhaka. Tak sangka pula ada istilah ibu bapa derhaka.
Sebagaimana anak derhaka merujuk kepada mereka yang tidak jalankan tanggungjawab dengan baik kat ibu ayah, ibu ayah derhaka juga adalah mereka yang tak jalankan amanah Allah kepada anak-anak mereka.
Nauzubillah… Semoga checklist ini jadi muhasabah buat diri saya dan semua supaya kita hindarkan ciri-ciri ni ada dalam diri kita. 😖
Bila jadi mak-mak ni semua benda kita nak buat. Bila dibiarkan jadi bebanan tanpa kita sedar boleh trigger stress dalam diri kita.
Sebab apa? Sebab kita tak yakin bila anak buat. Sebab kita tak puas hati bila anak buat.
Sebab kita tak sabar nak menunggu anak siap buat. Tambah lagi bila kita ada anak lelaki.
Rasa kurang percaya dengan kemampuan mereka ni.
Tapi bila kita teruskan tak letakkan sebarang harapan kepada mereka inilah akan menjadikan mereka seorang suami atau ayah yang berat tulang kepada isteri dan anak-anak mereka kelak.
Lepas makan, tinggal pinggan dalam sinki.
Lepas mandi, tak pernah sental bilik air.
Lepas tukar baju, tinggal dan sepah atas lantai.
Lepas buat kerja, sampah dibiarkan saja.
Kita tak nak macam ni. Anak jadi tak boleh harap dan risau sampai tahap mereka jadi kurang ajar.
Kita pula, hari-hari terus penat tanpa dibantu. Kanak-kanak seawal usia dua atau tiga tahun inilah kita boleh perkenalkan mereka dengan erti tanggungjawab.
Tak perlu kejar kesempurnaan, kerana mereka belajar dulu secara berperingkat sepertimana belajar berjalan, pasti akan terjatuh dulu sebelum dapat berjalan dengan baik.
Belajar dari pengalaman. Berikan masa dan peluang. InsyaAllah pengalaman tersebut akan dapat mendewasakan mereka.
Percayakan mereka dan raikan prosesnya, yakin mereka boleh buat apa yang orang lain boleh buat juga.
Bagi mereka peluang untuk menunaikan tanggungjawab untuk diri sendiri dulu seperti menggosok gigi sendiri, menyimpan mainan, letak pakain dalam bakul.
Walaupun tak sebersih dan sekemas apa yang diharapkan, namun tetap hargai usaha mereka.
Tetapkan peraturan, jadual dan jadikan rutin. Lama kelamaan tanggungjawab yang mereka laksanakan akan menjadi kebiasaan.
Dan dengan izin Allah anak akan membesar dan berkeluarga satu hari nanti dan menjadi orang yang tak menyusahkan isteri dan anak mereka. InsyaAllah
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.