Banyak petua buang angin yang selalu dikongsikan oleh orang-orang lama. Ini semua bertujuan untuk memastikan badan rasa segar dan ringan. Tambah lagi dengan faktor pemakanan yang kurang dititikberatkan, menyebabkan ramai yang rasa tak selesa.
Bukan itu saja, semakin meningkat usia, badan akan cepat rasa lemau dan tak bertenaga. Tambah lagi ibu-ibu yang kurang dapat rehat kerana perlu uruskan anak dan buat kerja rumah. Bagi ibu berkerjaya, rutinnya lagi padat.
Bagi yang ingin mencuba petua buang angin, perkongsian Umie Marissa ini mungkin salah satu alternatif buat anda.
Hanya menggunakan tiga bahan utama sebelum direbus dan amalkan selawat sebelum minum, ia memudahkan angin keluar dan perut juga tidak kembung. Masalah sebu juga akan berkurangan.
Ads
Petua untuk buang angin
– 7 helai daun serai
– 7 biji lada hitam
– Bawang putih 1 ulas tapi potong 7
– Air panas yang baru masak 1 cawan, rendam sampai suam, masa nak rendam tu, daun serai tu renyuk-renyukkan, lada hitam ketuk, nak minum selawat 7 kali, insha allah angin yang ada ‘melepak’ dalam perut akan keluar dengan lawas.
Ads
Petua ni Kak Umie dapat masa nak pergi mengurut adik dalam pantang minggu lepas. adik ni mak ayah dia orang Kemboja, mak anak 13 orang, tapi alhamdulillah sihat, muda, kuat lagi buat kerja rumah.
Kak Umie kongsikan ilmu ini untuk sama-sama dapat manfaat. Apa yang bagus kita sama-sama ikhtiar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau kita tak mampu untuk menyimpang duit yang banyak setiap hari, mulakanlah dengan duit yang lebih kecil. Tak boleh RM10, cukup hanya RM5. Biar sikit asalkan ada simpanan untuk diri kita.
Inilah yang dikongsikan oleh Noor Haleeda dalam menyimpan simpanan RM5 yang diamalkannya. Malah anggaplah duit seperti TIDAK LAKU! Paling penting disiplinkan diri kita.
TIPS SAVING DUIT 5
Nak saving duit 1 rasa macam lambat sangat nak banyak. Nak saving duit 10 takut rasa terbeban, so duit 5 ja jalan penyelesaiannya.
Setiap kali ada duit 5 terus asingkan anggapnya duit tu “TAK LAKU”. Tahan diri jangan guna langsung duit 5 ni, kalau dah emergency sangat-sangat sampai nak kena BERGADAI gara-gara tak mau guna duit 5 ni melampau lah kan.
Kena ingat “SAVING” bila ada duit ja, contoh hari ni tak ada duit 5 so tak payah lah simpan. Andai esok ada 2 keping pejam mata terus masuk dalam tabung.
Kalau ada 10 keping tu pandai-pandai lahh “TINGGALKAN YANG PENTING, UTAMAKAN YANG LEBIH PENTING” hampa bahagi lah dua na.
Trust me gaissss, bila hampa dah start menabung duit 5 ni, “GHAIRAH” nak menyimpan tu lain macam.
Masih belum terlambat untuk hampa start, cuba dulu dan rasai kepuasan masa hujung tahun nanti. Lepas tu awal tahun depan boleh lah beli apa yang kita hajatkan. Pilihan utama maksu ofkos sekut kuning.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan sekadar bersembang kosong, berinteraksi dengan anak adalah salah satu cara paling efisyen dan membuatkan anak lagi cepat bercakap.
Disebabkan itulah pentingnya penglibatan ibubapa dan orang dewasa dalam merangsang bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa berkongsi tip untuk ibu bapa membantu anak-anak yang lambat bercakap.
Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan oleh ibubapa untuk merangsang perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.
Bertentang mata dan main bersama
Kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Akan tetapi mereka memerlukan teman bermain untuk mereka mempelajari bahasa dan komunikasi. Siapa lagi orang yang paling sesuai untuk menjadi teman mereka selain ibubapa dan adik beradik yang lain. Kedudukan yang terbaik untuk berkomunikasi bertentang mata. Ini memudahkan kanak-kanak melihat dan memahami maksud perkataan yang cuba disampaikan oleh orang dewasa. Tambah pula, ianya lebih menarik minat anak untuk memberi perhatian pada apa yang anda cakapkan dan sekaligus akan lebih mudah untuk kanak-kanak belajar.
Galakkan giliran
Samada sedar ataupun tidak, kita bercakap dan berkomunikasi dalam bentuk giliran, iaitu seorang bercakap, seorang mendengar, seorang bertanya, seorang menjawab, seorang memberi arahan, seorang lagi melakukan arahan. Oleh itu, untuk kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi dengan baik, mereka perlu mempelajari kemahiran giliran. Pada awalnya kanak-kanak mempelajari giliran dalam bermain dan seterusnya mereka menggunakan kemahiran tersebut untuk berbual pula.
Contoh permainan yang menggalakkan giliran adalah seperti bermain “peek a boo”, bergilir memasang lego, bergilir-gilir mengetuk gendang dan banyak lagi. Asasnya di sini adalah kanak-kanak perlu faham bahawa mereka perlu menunggu, melihat dan memberi respon yang bersesuaian dengan reaksi orang lain.
Gunakan isyarat tangan (gesture)
Bagi kanak-kanak, kesemua bahasa adalah asing bagi mereka. Sebarang isyarat akan membantu mereka memahami bahasa dengan lebih baik. Bayangkan sekiranya seseorang menyebut “besar” tanpa isyarat tangan dan sebutan “besar” dengan isyarat tangan. Sudah semestinya dengan isyarat akan membolehkan kita faham perkataan tersebut dengan lebih baik.
Samalah juga apabila kanak-kanak ingin mempelajari bahasa. Kita boleh membantu mereka untuk memahami perkataan dengan menambahkan isyarat tangan kepada perkataan-perkataan untuk menggambarkan maksud perkataan tersebut dengan lebih baik.
Haluan dan minat anak
Cara yang efektif untuk kanak-kanak mempelajari bahasa dengan baik adalah kita mengikut haluan dan minat mereka. Caranya adalah dengan memerhatikan minat anak, mendengar apa yang disebut atau dihasilkannya sambil menunggu apa yang ingin disampaikan oleh anak. Kemudian barulah kita cuba memberikan respon bagi menarik minat mereka untuk berinteraksi dengan kita.
Ceritakan perasaan & pengalaman
Persekitaran, perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh anak boleh ditukarkan ke dalam bentuk perkataan untuk mereka sebut dan gunakan dalam kehidupan harian. Ibubapa boleh menceritakan apa yang dilihat, dipegang atau dirasai oleh kanak-kanak untuk memberikan input bahasa yang bersesuaian. Sebagai contoh kanak-kanak bermain bola dan terjatuh.
Anda boleh menceritakan aksi yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti ‘baling bola’ ‘tangkap bola’, ‘bola jatuh’, ‘sakit’ dan lain-lain perkataan yang bersesuaian pada situasi tersebut. Pembelajaran secara langsung dari pengalaman adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran dengan hanya melihat gambar atau mendengar perkataan sahaja.
Pelbagaikan perkataan & ayat
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rowe (2012), kanak-kanak 1-2 tahun perlu didedahkan dengan kuantiti perkataan yang banyak untuk membolehkan mereka mempelajari perkataan yang lebih kompleks apabila mencecah usia 3 tahun. Terdapat pelbagai jenis perkataan yang kita gunakan seperti kata nama (nama orang, objek dan tempat), kata kerja (perbuatan), kata sifat (saiz, warna, suhu, bentuk), kedudukan, perasaan dan macam-macam lagi. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak menyambungkan ayat mereka sendiri.
Panjangkan ujaran anak
Kanak-kanak pada usia 1 tahun biasanya bercakap menggunakan perkataan tunggal. Apabila mereka mencecah usia 2 tahun, mereka akan mula menyambungkan ayat 2 perkataan dan seterusnya 3 perkataan pada usia 2 tahun 6 bulan. Apabila berusia 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh menggabungkan 4 dan lebih perkataan dalam ayat.
Bagi kanak-kanak yang lambat bercakap, mereka biasanya sukar untuk menyambungkan ayat. Oleh itu adalah penting untuk kita membantu mereka dengan memberi contoh dan model bagaimana untuk menyambung ayat. Cara yang mudah adalah dengan memanjangkan bunyi atau perkataan yang disebutkan oleh anak. Sebagai contoh:
Anak : Miau.. Ibu : Miauu .. kucing
Anak : kucing Ibu : Aah, kucing comel
Kuncinya di sini adalah ibubapa menambahkan perkataan pada apa yang disebutkan oleh anak untuk menjadikannya lebih panjang. Tapi ingat, ibubapa tidak perlu memaksa anak untuk menyebutkan semula ayat anda sebutkan. Cukuplah dengan anda menyebut dan mengulang untuk mereka dengar dan faham.
Sentiasalah mengulangi satu-satu perkataan itu bagi membantu kanak-kanak mengingati perkataan yang mereka pelajari. Gunakan perkataan yang diajar secara berulang-ulang dalam situasi yang berbeza untuk membolehkan kanak-kanak membuat generalisasi dan menggunakan perkataan tersebut dengan betul dan bermakna.
Kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi adalah dengan niat, kehendak dan keperluan yang pelbagai. Dalam mengajar kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi, ketersediaan peluang bagi mereka untuk belajar dan mempraktikkan apa yang mereka pelajari adalah penting kerana pembelajaran tanpa praktikal yang berulang-ulang akan membuatkan maklumat tersebut hilang fungsinya dan lama-kelamaan akan hilang dan dilupakan oleh kanak-kanak.
“Mama, ada orang sentuh adik”, “ish apa adik ni”.. si anak terus terdiam, mula takut nak mencerita pada si ibu. Penderaan seksual bukan sesuatu yang boleh dibiarkan. Ibu atau ayah yang mengetahui tentang masalah si anak ini harus melakukan sesuatu!
Anak-anak juga harus di ajar tentang sentuhan selamat dan juga sentuhan tidak selamat agar mereka dapat membezakan baik dan buruk. Banyak kes yang melibatkan penderaan seksual yang berlaku. Jadi ibu ayah WAJIB ambil peduli. Ikuti artikel ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...