Kehadiran permata hati, Musa dalam hidup pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh merubah kehidupan pasangan ini. Malah kehadiran Musa pada awal tahun ini memberi makna paling besar dalam hidup kedua-duanya.
Berkongsi kisah perkembangan anak kecilnya itu, kata Noh menerusi Utusan Online, anaknya Musa yang kini berusia tujuh bulan semakin sihat membesar malah badannya semakin bertambah ‘semangat’. Begitu kongsi Noh.
Malah kata Noh lagi, kini barulah dia mengerti akan kasih sayang seorang bapa. Kasih dan sayangnya terhadap Musa sangat berbeza selepas anak kecil itu.
“Badan dia sudah semangat.
“Saya dan Nina setiap pagi memang kena bawa Musa pusing taman. Alhamdulillah, dia sihat,” kata Noh berkongsi perkembangan terkini Musa.
Ads
Malah kata Noh lagi, kini dia semakin menyedari akan kasih sayang yang berbeza bila sudah punya anak. Dulu berdua kini kata Noh kasih sayang semakin kuat.
“Bila cakap soal anak adalah perkataan cinta dan kasih sayang.
“Jika sudah mempunyai anak, rupanya ada rasa sayang itu yang berbeza tahap. Tahap di langit. Malah, bila sudah ada cahaya mata, kasih sayang itu lagi kuat. Saya baru sedar perkara itu,” katanya.
Ads
Kongsi Noh melalui Utusan Online itu lagi, kini dia banyak menghabiskan masanya bersama isteri dan anak tersayang. Asal sahaja ada masa terluang, sebolehnya dia mahu memperuntukkan masa sebaiknya bersama mereka.
“Sekarang ini saya lebih fokus kepada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali akan membawa Musa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.
“Perkara yang membimbangkan kami adalah kesihatannya terutama dalam situasi Covid-19 yang masih ada,” katanya.
Ads
Mizz Nina mendirikan rumah tangga bersama Noh pada 1 Julai 2011. Pasangan ini tekad mengambil anak angkat, Musa yang kini berusia tujuh bulan bagi melengkapkan lagi hidup mereka.
Perasankah anda, ada masanya kita akan memarahi anak-anak sebelum waktu tidurnya? Sebenarnya kita mahu melatih mereka menjadi lebih berdisiplin dan tidur mengikut jadual tetapi sebenarnya ia mempengaruhi emosi mereka.
Tidur selepas kena marah tidak elok untuk perkembangan emosi anak kerana ia membuatkan mereka merasa sedih dan tidak dipedulikan. Terutamanya jika kita biarkan mereka tertidur sendiri selepas dimarahi tanpa dipujuk.
Jumlah purata jam yang diperlukan untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam dan tempoh tidur ini membantu pertumbuhan tubuh anak-anak.
Sewaktu anak-anak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Anak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stres keluarga.
Ibu bapa akan berasa stres jika terpaksa memujuk anak tidur awal. Jika tak cukup tidur mesti mengamuk apabila dikejutkan. Malah keadaan ini mengganggu waktu tidur ibu bapa yang bekerja keesokan harinya.
Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti. Tiada salah untuk ibu bapa mencuba apa-apa kaedah untuk membiasakan anak tidur awal.
Tapi ingat, mengajar anak untuk tidur awal bukanlah dengan kekerasan seperti dimarahi atau ditakutkan dengan rotan!
Jadual
Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 9:00 malam, jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda.
Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Oleh itu jangan melayani kerenah anak dan bertegas dengan jadual yang telah anda tetapkan. Peringkat permulaan agak sukar tetapi apabila jadual yang ditetapkan diikuti ia akan menjadi kebiasaan.
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur.
Misalnya membenarkan membawa satu alat mainan sebagai teman untuk tidur. Pastikan dengan jelas satu permintaan adalah had yang peruntukan yang diberi. Jangan layani permintaan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.
Tegas
Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur.
Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. kurangkan interaksi dengan anak anda. jika anak anda berterusan mahu keluar bilik anda memberi amaran akan mengunci bilik tidur. jika anda tegas dengan peraturan, anak anda akan memahami dan mematuhi pada hari-hari berikutnya.
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur.
Memberi kata-kata semangat yang positif yang mudah difahami dapat memberi ketenangan sebelum anak itu tidur. Contohnya memberitahu badan yang sihat dan cergas baik untuk belajar di sekolah.
Baca buku
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita.
Pastikan memilih buku yang sesuai dan bukan buku yang menyeramkan dan menakutkan anak-anak. Pilih buku yang menggembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.
Tutup televisyen
Masalahnya jika mempunyai keluarga besar atau adik-beradik yang ramai. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Pengorbanan ahli keluarga diperlukan untuk membantu anak-anak mematuhi jadual tidur yang dirancang.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila jumpa mak yang ada anak kecik cakap sakit pinggang, sakit kaki, lenguh badan, sakit tangan, sakit kepala tolang jangan judge dia lembik, lemah, lemau. Elehhhh baru dua orang dah lembik.
Sebenarnya dia sangat kuat. SANGATTTTT KUAT. Sebab kita tak tahu betapa struggle dia jaga anak-anak kecik.
Betapa struggle nak urus rumah, kerja, bisnes, masak, layan suami. Betapa dia push badan dia untuk bekerja 24 jam. Sampai diri sendiri pun macam hantu kak limah.
Jaga kata-kata dan jangan bandingkan dulu dengan sekarang. Kita jangan cakap orang dulu-dulu kuat je anak berderet pun. Lagi satu jangan bebel haaaa ni sebab tak makan jamu, tak jaga pantang.
Kadang-kadang kita tak lalui apa yang dia lalui, kita tak rasa apa yang dia rasa dan tak duduk kat tempat dia pun.
Tolong jangan jadi munafik. Ye betul. Kita jangan suka judge orang. Allah Maha Tahu. Nanti kita dapat karma nanti. Percayalah cakap akak ni.
Don’t judge. Be emphaty. Cuba bayangkan kita duduk tempat dia. Cuba dengar apa yang dia nak luah. Cuba tanya apa yang dia perlukan.
Jangan cakap sabarlah. Jangan cakap kuatlah sikit. Jangan sakarstik. Jangan perli. Kalau kita tak tahu cara nak empati, baik kita diam dan doakan dia sihat dan kuat.
Baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 30 September yang lalu, isteri kepada pemain bola sepak, Safawi Rashid, iaitu Syifa Melvin berkongsi pengalamannya melahirkan cahaya mata sulungnya, Saif Sulaiman.
Menerusi perkongsiannya di Insta Story, Syifa berkongsi kelahiran bayi sulungnya yang lahir lebih awal dari tarikh jangkaan.
“Tak langsung prepared. tak sangka keluar rumah malam tu jadi malam terakhir keluar berdua haha. Ada leaking pukul 2 petang, tunggu sampai maghrib tengok masih ada.
“Rasa pelik dah, ajak suami pergi hospital. Bila pergi memang tak kembali haha. Masa tu baru 36 minggu 6 hari.
“Saif keluar tepat 37 minggu dengan berat 2.61 kg. Alhamdulillah untuk semuanya,” kongsinya.
Tambah Syifa lagi, dia pada mulanya mengalami kontraksi palsu tiga hari sebelum melahirkan bayinya. Namun tidak menyangka ia adalah kontraksi sebelum kelahiran Saif Sulaiman.
“Sebenarnya 27 hari bulan dah mula rasa mengeras yang ada satu waktu itu berpeluh. Tapi kita ingat braxton hicks, layan saja lah sampai la 29 hari bulan, baru pergi hospital.
“Memang sakit dua-dua la, contraction rasa, sakit luka czer pun rasa. Contraction habis tinggi 100, Syifa tahan lagi tapi sakit kuat walau pun on Pitoxin drip,” katanya lagi berkongsi.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Waktu terbaik anak belajar berbeza mengikut jam biologi dan usia. Ketahui bagaimana ibu ayah boleh mengenal pasti masa paling sesuai untuk membantu anak belajar dengan lebih fokus dan berkesan.