Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bukan sahaja bapanya yang begitu menggemari Dikir Barat, kini minat yang satu itu turut digemari buah hati pertama Issey, Faeeq Fathian yang kini berusia hampir satu tahun.
Menerusi Instagram, Issey memuat naik video pendek anaknya yang begitu teruja malah menggerak-gerakkan badannya setiap kali mendengar alunan Dikir Barat.
“Alkisahnya anok daddy yang minat sungguh Dikir Barat. Faeeq Fathian Bin Fazlisham (Iyyen Issey).
“Anak daddy ni minat sungguh Dikir Barat. Dia minat lagu ni jer, derita seorang ‘Megat Nordin’,” tulis Issey.
Menurut kata Issey lagi, dia pada mulanya tidak perasaan minat anaknya itu sehinggalah dia terniat untuk memasangnya semula dan melihat reaksi anaknya.
“Sebab daddy kan kat rumah selalu bukak lagu ni. Satu hari kita test, masa Iyyen baru bangun tidur.
“Dengar je lagu ni terus menjerit happy. Inilah dia anok daddy, Iyyen Issey,” kongsi Issey lagi.
Ads
Paling menarik, Iyyen bukan sahaja berlenggok sebaik mendengar muzik bahkan turut menjerit keriangan biarpun baru bangun dari tidur. Memang teruja macam daddy.
Terdahulu, Issey pernah menjadi ketua kumpulan Dikir Barat Dikir Akademi Arjunasukma, di mana beliau mengambil peranan sebagai tukang karut untuk Konsert Lentera Timur oleh penyanyi no.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan di Istana Budaya pada Oktober 2013.
Makin aktif dan tak duduk diam
Menurut kata Issey, anaknya Iyyen yang kini berusia hampir satu tahun itu cukup aktif dan paling sukar untuk diajak bergambar.
Ads
“Susah betul nak bergambar dengan dia. Sedar tak sedar, nak dekat setahun dah anak merdeka daddy. Aishh. Sudah betul nak duduk diam. – iyyen issey,” kongsi Issey melalui entri berlainan.
Dalam pada itu, gaya comel Iyyen turut mendapat perhatian wargamaya. Malah ramai menyifatkan bakat seni itu turut bakal diwarisi anak kecilnya.
Ads
Terdahulu, Faeeq Fathian Bin Fazlisham atau Iyyen Issey dilahirkan pada 31 Ogos tahun lalu dan kini berusia hampir setahun.
Sebelum ada anak, kebanyakan daripada kita jika terasa nak bercuti tak akan fikir panjang. Siapkan sahaja beg dan buat sedikit persediaan dah boleh bergerak ke destinasi yang dituju. Bagaimanapun setelah mempunyai anak, terutama yang masih kecil, mama papa dah rasa terbatas pergerakan. Sebenarnya jangan risau kerana jika perancangan dilakukan dengan teliti, aktiviti percutian keluarga pasti akan memberi momen yang best buat ada seisi keluarga.
Berikut dikongsikan beberapa tip untuk mama papa membawa anak kecil bercuti tanpa rasa stress dan ‘enjoy’.
Pengurusan Masa
Pastinya jika mahu bercuti dengan anak kecil, pengurusan masa sangat penting. Sebelum keluar rumah, rancang dulu perjalanan, contoh berapa lama sampai ke destinasi percutian. Kalau anda bercuti menaiki kapal terbang pula, pastikan sampai awal di lapangan terbang dan sekurang-kurangnya ada tempoh bertenang untuk anak. Jika dari awal mood anak ok, perjalanan juga jadi lebih mudah seperti yang dirancang.
Rancang Jadual Perjalanan Percutian Keluarga
Bercuti dengan anak kecil sangat penting untuk rancang jadual perjalanan dari awal. Anggaran waktu kena bersesuaian dengan percutian bawa anak. Tak boleh buat ‘last minute’ kecuali keadaan itu tidak menganggu jadual dan lokasi juga selesa untuk anak.
Jangan lupa masukkan senarai tempat yang seronok dikunjungi kanak-kanak ketika bercuti nanti. Anak pasti gembira sepanjang percutian tersebut dan mereka boleh belajar sesuatu yang baru.
Buat Tempahan Awal
Kalau bawa anak kecil bercuti buatlah tempahan awal untuk elak beratur atau bersesak dengan pelancong lain. Ingat ya, kita hidup dengan norma baru. Buatlah tempahan awal untuk hotel, kedai makan, atau mana-mana tempat yang mungkin akan ramai orang kunjung. Kita perlu tahu bahawa anak kecil mudah bosan jika dibiarkan tunggu lama-lama.
Kurangkan Penggunaan Beg Kecil
Bila sudah bergelar mak orang ni, kita lupakan sahaja nak bawa bag kecil yang comel-comel. Iyalah, mana nak tengok beg, dukung anak, tolak stroller lagi. Alahai.. Banyaknya barang kena bawa! Jadi, jawapan yang mudah bawa sahaja beg galas belakang supaya mudah bergerak. Tidak perlu lagi nak pegang itu ini. Semuanya kita masukkan je satu beg. Bukan apa, bila bawa beg kecil dalam kuantiti yang banyak risau tertinggal di merata tempat.
Bawa Permainan/ Buku Aktiviti
Sebelum bercuti, bawa siap-siap mainan kesukaan anak. Nak bagi anak leka sedikit, boleh beli beberapa jenis mainan baru. Jika anak dah pandai pegang pensel, mama papa boleh beli buku aktiviti dan buat sama-sama aktiviti menulis atau mewarna. Masa ni kalau anak nak conteng pun layankan je. Dengan cara ini anak tak akan bosan sepanjang perjalanan yang mengambil masa berjam-jam lamanya.
Makanan Bayi/Kudapan Sihat
Untuk anak kecil dibawah 2 tahun, pastikan mama sediakan makanan dan kudapan sihat. Boleh bawa makanan seperti biskut atau snek untuk anak juga. Tidak semua tempat sediakan makanan untuk kanak-kanak dan kita tak tahu bila masa anak tiba-tiba rasa lapar dan nak makan.
Oleh itu, bagi memudahkan mama menyediakan makanan tanpa perlu nak bawa makanan yang dah disejuk beku, Baby Likes ada menawarkan makanan ‘ready to eat’ khusus buat anak dan paling penting cukup semua nutrisi.
Makanan bayi dengan jenama Baby Likes dihasilkan dengan 100 peratus sayur-sayuran organik, buah-buahan, herba dan daging halal.
Bagi memastikan ia senang dibawa ke mana-mana dan dapat digunakan pada bila-bila masa, semua produk Baby Likes tersedia dalam bentuk ‘pouch’. Produk ini telah mendapat pensijilan Halal dan dihasilkan di Perancis.
Kelebihan produk Baby Likes adalah semua bahan yang digunakan adalah semulajadi dan halal – tiada pengawet, tiada GMO dan tiada garam tambahan. Selain itu, ia cepat dan senang untuk disediakan kepada anak.
Baby Likes juga menawarkan 4 perisa yang sedap untuk memberi pilihan buat ibu bapa yang mahukan bahan terbaik dan halal kepada anak mereka. Antaranya Rice And Chicken, Carrot And Lamb Stew, Butternut Squash Rice & Lamb dan Tomato Pasta Chicken.
Dirumuskan dengan kerjasama pakar dalam bidang nutrisi bayi, produk ini dihasilkan mengikut standard yang tinggi untuk memenuhi keperluan peraturan EU dalam pengeluaran makanan bayi.
Pa&Ma juga telah memberi anugerah Makanan Bayi ‘Ready To Eat’ Pilihan Pa&Ma kepada Baby Likes sempena Jenama Pilihan Pa&Ma 2022.
Kit Kecemasan
Ini antara keperluan penting ketika bercuti. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, bawa keperluan ubat-ubatan yang berkaitan bagi memudahkan urusan seisi keluarga. Kadang sesuatu perkara nak jadi di luar jangkaan.
Stroller & Baby Carrier
Jika nak bawa stroller, lagi mudah pilih yang jenis ‘compact’. Mama senang nak bawa dan anak pun boleh duduk dan tidur dengan selesa. Lagi satu jika pilih untuk bawa baby carrier mungkin boleh juga membantu jika di tempat yang sesak dengan orang ramai atau kawasan yang sempit.
Mama papa perlu faham, tip ini sebagai garis panduan untuk memudahkan percutian. Namun jika dalam tempoh itu ada perkara yang diluar jangkaan seperti anak tak beri kerjasama baik, enjoy je sebab percutian dengan anak kecil suatu pengalaman berharga!
Memastikan rumah tersusun hanya diletakkan di bahu ibu. Jika anak masih kecil, anda perlu bijak untuk melatih anak-anak membantu.
Tips yang dikongsikan ibu sangat praktikal untuk digunapakai terutama sekali bagi ibu yang mempunyai anak ramai.
Lazimnya, bila anak masih kecil, ibu tak menang tangan untuk mengemas rumah. Puan Nas Adillah, ibu kepada 4 anak yang berumur 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun dan 2 bulan berkongsi tip tentang pengurusan kediaman. Nak mengemas rumah dengan anak-anak masih kecil perlukan taktik dan trik supaya bebanannya tidak jatuh ke bahu ibu seorang sahaja.
Setiap ibu ada cara tersendiri untuk menguruskan keluarga. Sebenarnya pengurusan MASA amat penting.
Untuk memastikan rumah dalam keadaan bersih & teratur…satu keluarga memainkan peranan penting…
Anak lebih dari tiga orang tu kira kategori anak ramai. Bila anak ramai ni, suami kena bantu isteri. Jangan harap isteri sorang-sorang nak urus anak-anak dan urus rumahtangga.
Saya nk share cara kami urus anak-anak yang masih kecil.
Bahagian dapur yang mn lps makan pastikan pinggan dicuci n meja dilap & lantai disapu bersih. Jangan biarkan pinggan penuh singki dan tunggu esak pagi baru nak basuh. Bila macam ni esok bangun pagi banyak lagi kerja lain ibu nk kena buat.
Nak basuh baju, nak sidai baju,nak masak lagi. Jadi yang mana boleh settle malam buat siap-siap malam tu. Yang ni laki kena bagi kerjasama. Contohnya selepas makan. Ankanak semua dah basuh tangan. Suami berehat dengan ank-anak. Bagi masa kat isteri kemas dapur.
Ni tidak habis makan, suami basuh tangan ambik rokok dan pergi hisap. Bila anak menangis panggil isteri…oh…ni SALAH. Jangan buat macam ni ye…
Bagi ibu-ibu yang bekerja…barang dapur dan ikan saya beli setiap hujung minggu. Beli siap-siap ayam, ikan, daging apa semua dan cuci masukkan dalam bekas. Simpan siap-siap untuk sekali masak. Nanti nak maask senang.
Saya guna bakul yang tak seberapa besar. Beli kat kedai ECO RM2. Sebab apa lagi besar bakul, selagi tak penuh selagi tu kita tak basuh baju. So bila bakul kecik maka ia cepat penuh untuk dibasuh
Bila basuh dan mesin berhenti terus ambik sidai. Bukannya basuh hari ni esok baru nak sidai ye. Itu cara tak betul
Lepas tu bila petang angkat baju tu malamnya lepas makan sambil-sambil sembang dan menonton tv bolehlah sambil itu lipat kain baju. Barulah kain baju tak menggunung.
Boleh dah ajar ank-anak lipat. Bukan kita dera anak-anak. Kita ajar supaya mereka berdikari. Seperkara lagi, bila mereka lipat sendiri secara automatik mereka tidak sepahkan almari baju mereka. Kerana nanti yang kena kemas dan lipat balik ialah mereka. Kalau mama papa yang buat mereka main tarik ja baju-baju tu. Mak is stress dengan almari baju anak-anak.
Bangun pagi ambik baju masul dalam mesin basuh. Sambil-sambil baju dok basuh tu la kita menyapu dan mengemop lantai. Bila hari-hari kita sapu, maka sampah tidaklah banyak dan tak rasa stres dan nak letih sapu sampah.
Pastikan pakai cadar yang senang nak diurus..Saya gunakan cadar patchwork. Bangun pagi tak perlu nak tarik-tarik untuk kemas, sebab katil sentiasa kemas. Anak-anak lompat pun katil masih tak berselerak. Siapa tak pernah pakai cadar ni cuba try..Confirm tak stres dah nak kemas katil pagi-pagi lepas ni?
Penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau lebih mesra di sapa Cik Piah berdepan detik mencemaskan bila mana anak ketiga mengalami masalah pernafasan.
Menurut Cik Piah, selepas menjalani pemeriksaan di hospital, anak ketiganya itu, Zidane disahkan mengalami masalah jangkitan kuman di bahagian paru-paru.
“Mula-mula nampak cara dia bernafas tu laju, jadi risau jugalah bila tengok keadaannya macam tu. Kemudiaan cepat-cepat bawa dia ke hospital untuk buat pemeriksaan.
“Kami dapat tahu Zidane ada masalah jangkitan kuman di bahagian paru-paru,”katanya berkongsi.
Malah menerusi Instagramnya, Cik Piah turut memuat naik dua keping gambar menerusi entri berlainan. Menurut kata Cik Piah lagi, anaknya itu terpaksa ditahan di wad bagi merawat jangkitan pada paru-parunya.
“Kena tahan juga. Sabar lah ye kita check in sini,” tulisnya.
“Selepas pergi hospital semalam, terus kena tahan masuk wad. Alhamdulillah, setakat ini keadaan dia sudah kembali stabil. Harap-harapnya akan cepat beransur baik dan pulih,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, rakan-rakan selebriti dan pengikut Cik Piah turut sama mendoakan agar Zidane cepat-cepat stabil dan kembali sihat seperti selalu.
Semoga Baby Zidane cepat-cepat sembuh dan kembali ceria seperti selalu bersama dua abangnya.
Terdahulu, Cik Piah mendirinya rumah tangga bersama Nurashid Abd Wahab pada 6 Mei 2015. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata lelaki, Adam Malique, 4, Nuh Aryyan, 3 dan Muhammad Zidane yang kini berusia setahun.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.