Pelakon yang juga usahawan, Wawa Zainal memanjatkan kesyukuran kerana selesai mengerjakan ibadah umrah meskipun mengalami muntah darah.
Tambah Wawa lagi menerusi perkongsiannya di Instagram, dia mengalami muntah-muntah sehingga sukar untuk bangun.
“Alhamdulillah selesai menunaikan umrah semalam. Pagi tu Wawa sakit sangat, tak mampu nak bangun. Sampai muntah darah.
“Maybe sebab panas dalam. Minta doa banyak-banyak supaya sembuh so that boleh umrah bersama team. Alhamdulllah dipermudahkan,” katanya.
Ads
Bahkan kata Wawa lagi, dia sudah pun melakukan pelbagai ujian untuk memeriksa masalah yang dihadapinya termasuklah sakit sendi dan urat.
“Dua kali check sebab sakit sendi, urat tak boleh bawak bincang buat alhamdulillah.
“Maybe letih sangat back to back from Sabah, event with team, then terus ke sini. Badan pulak dah 30an tapi feling 20an. Konon boleh buat semua benda,” tulisnya lagi.
Ads
Semoga dipermudahkan urusan Wawa di sana serta lekas segera sembuh.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Mengalami senggugut teruk pastinya mimpi ngeri bagi kebanyakan wanita, terutamanya jika ia menjejaskan aktiviti harian. Pasti ramai tercari-cari, terdapatkah cara hilangkan senggugut yang boleh mengatasi atau mengurangkan kesakitan tersebut?
Masalah Bulanan Wanita
Masalah kekejangan ketika haid (senggugut) melibatkan gangguan ringan yang berlaku sehari atau dua hari sebelum haid, malah boleh berlanjutan sepanjang kitaran haid berlangsung. Kesakitannya boleh menjadi terlalu teruk hingga menjejaskan aktiviti harian.
Umumnya, senggugut teruk berlaku disebabkan oleh kontraksi rahim yang berlaku sebelum atau semasa permulaan kitaran haid 1. Tetapi apakah yang membuatkan kesakitan itu lebih teruk bagi sesetengah individu?
Punca Wanita Mengalami Kesakitan Senggugut Teruk
Sebelum mengetahui cara hilangkan senggugut, apa kata kita fahami terlebih dahulu faktor penyebab senggugut ini. Sesetengah individu cenderung mengalami kekejangan haid yang teruk 2 kerana:
Masalah senggugut teruk juga boleh disebabkan oleh keadaan perubatan seperti:
Sindrom pramenstruasi (PMS)
PMS adalah keadaan biasa disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh yang berlaku satu hingga dua minggu sebelum haid bermula. Gejala biasanya hilang selepas pendarahan bermula.
Endometriosis
Keadaan perubatan ini berlaku apabila sel dari lapisan rahim tumbuh di bahagian lain tubuh, contohnya seperti di tiub fallopio, ovari atau tisu yang melapisi pelvik.
Fibroid pada rahim
Fibroid adalah tumor bukan kanser yang memberi tekanan pada rahim atau menyebabkan haid yang sakit dan tidak normal, walaupun selalunya tidak menimbulkan sebarang gejala.
Penyakit radang pelvis (PID)
PID adalah jangkitan pada rahim, tiub fallopio atau ovari yang disebabkan oleh bakteria faraj yang mengakibatkan keradangan pada organ pembiakan dan kesakitan.
Adenomiosis
Keadaan jarang berlaku ini melibatkan tisu yang biasanya melapisi rahim mula tumbuh pada dinding otot rahim, sekali gus menyebabkan keradangan, tekanan dan kesakitan. Ia juga mengakibatkan kitaran haid lebih lama dan berat.
Stenosis serviks
Ini juga adalah keadaan yang jarang berlaku di mana serviks mengecil atau sempit sehingga melambatkan aliran haid 8. Ia kemudiannya menyebabkan peningkatan tekanan di dalam rahim lalu mengakibatkan senggugut teruk.
Tanda Anda Mengalami Senggugut Yang Teruk
Umumnya, kekejangan haid melibatkan sakit berdenyut disertai dengan kekejangan pada bahagian bawah perut 8 dan ia boleh merebak ke bahagian belakang badan mahupun paha.
Ia boleh mula berlaku sehari ataupun dua hari sebelum haid, dan memuncak sehingga 24 jam pertama setelah kedatangan darah haid 8. Tapi jangan terkejut, kekejangan haid ini juga boleh berlanjutan sehingga tempoh dua ke tiga hari.
Kekejangan haid ini juga boleh disertai dengan gejala lain seperti:
Sakit Belakang Ketika Haid: Apakah Puncanya?
Selain senggugut teruk, antara simptom lain yang sering terjadi ketika datang bulan adalah masalah sakit belakang. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku pada bahagian tengah belakang badan 9.
Rasa sakit belakang ini dianggap sebagai “normal” dan berlaku disebabkan perubahan hormon 9. Prostaglandin (hormon yang dihasilkan semasa kitaran haid untuk mendorong pengecutan rahim bagi menyingkirkan lapisan rahim) boleh mempengaruhi otot punggung bawah.
Prostaglandin yang terhasil secara berlebihan menyebabkan senggugut teruk atau haid yang menyakitkan. Kontraksi yang berat kemudiannya mendorong sakit bahagian belakang. Sakit bahagian belakang ini juga boleh merebak daripada perut bawah ke pinggul bawah 9.
Cara Hilangkan Senggugut Dan Sakit Belakang
Bagi kesakitan bahagian belakang dan senggugut yang teruk dan bukan disebabkan masalah kesihatan serius, rawatan di rumah boleh dilakukan 9. Berikut beberapa cara hilangkan senggugut yang boleh dicuba:
Mampatan haba
Letakkan pad panas atau botol berisi air panas (yang dibalut tuala kecil) pada bahagian belakang bagi mengurangkan kesakitan. Cara ini juga dapat membantu menenangkan otot pinggul, sekali gus meredakan rasa sakit.
Ubat tahan sakit
Ubat antiradang nonstreroid (NSAID) yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan. Ia boleh dibeli di farmasi atau didapatkan daripada preskripsi doktor.
Satu tinjauan sistematik mendapati ubat tahan sakit sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan senggugut teruk dalam ujian klinikal 10. Malahan ia menunjukkan kesan lebih baik berbanding aspirin.
Jika anda memilih untuk menggunakan NSAID sebagai cara hilangkan senggugut, sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum mengguna sebarang ubat.
Cara hilangkan senggugut dengan rehat dan bertenang
Sekiranya anda sukar untuk melakukan banyak perkara akibat sakit belakang teruk kesan senggugut yang dialami, luangkan masa beberapa hari untuk diri sendiri.
Apa kata anda bersantai dengan membaca buku kegemaran, melakukan yoga mudah atau sekadar mandian panas yang boleh membantu meningkatkan endorfin. Ia secara semula jadi dapat melawan kesakitan.
Makanan tambahan dan vitamin
Pengambilan suplemen dan vitamin sebagai makanan tambahan bersama vitamin B dan magnesium juga boleh mengurangkan kekejangan haid.
Cara hilangkan senggugut paling berkesan, penjagaan pemakanan
Perbanyakkan minum air dan makan buah-buahan, sayur-sayuran bersama makanan antiradang lain untuk mengurangkan keradangan dan melegakan gejala senggugut teruk seperti sakit belakang.
Sekiranya sakit belakang dan senggugut berlanjutan walaupun setelah kitaran haid habis atau anda mula mengalami rasa kesakitan pada kaki atau lemah badan, anda amat disarankan untuk melakukan pemeriksaan perubatan segera kerana ia mungkin didasari oleh masalah kesihatan lain.
Apa yang penting adalah jangan merana dalam diam. Dapatkan rawatan yang bersesuaian. Semoga perkongsian ini berguna!
Daun lidah buaya dan asam jawa, dua bahan yang cukup bermanfaat untuk kecantikan. Kedua-dua bahan ini boleh di dapati dengan mudah. Daun lidah buaya pun boleh ditanam di rumah. Tumbuhan ini mudah untuk ditanam dan dibiakkan.
Mempunyai perut yang buncit tentunya akan membuatkan penampilan anda kurang menarik. Perut sangat mudah untuk meregang. Hal ini kerana perut merupakan salah satu bahagian badan yang mempunyai keanjalan yang tinggi dan paling mudah untuk mendapat lemak.
Tahukah anda bahawa masalah perut buncit bukan sahaja dialami oleh mereka yang gemuk atau berat badan berlebihan. Orang yang berat badannya ideal atau kurus juga boleh mengalami masalah perut buncit.
Masalah yang bukan sahaja kaum hawa alami malah kaum adam pun tidak terkecuali mengalaminya. Jom cuba petua seperti yang dikongsikan oleh Norain Naim ini.
Paling penting bagi mendapatkan hasil yang terbaik, anda perlulah mengamalkannya secara konsisten. Ketahuilah bahawa apa-apa petua yang diamalkan secara berkala, In Shaa Allah akan mendatangkan hasil yang memuaskan hati.
BAHAN-BAHAN:
Daun lidah buaya
Asam jawa
CARA MEMBUAT:
1. Ambil sedikit daun lidah buaya.
2. Masukkan dalam periuk dan tambahkan dengan asam jawa. Tambah sedikit air. Masuk sekali kulit daun lidah buaya.
3. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat.
4. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Tunggu suam sikit, lumurkan ramuan tersebut pada bahagian perut.
5. Biarkan 10 hingga 15 minit kemudian bersihkan atau cuci.
6. Boleh buat setiap hari hingga dapat hasil yang memuaskan.
NOTA: Bagi mendapatkan hasil yang lebih cepat dan berkesan, kawal kuantiti makanan yang dimakan setiap hari dan lakukan senaman ‘sit-up.’
Keguguran di awal kehamilan sering berlaku pada wanita yang hamil, dan ia bukanlah suatu hal yang merisaukan. Tetapi keguguran berlaku sebanyak tiga kali berturut-turut, maka ia adalah suatu yang tidak normal. Keadaan ini dikenali sebagai ‘habitual miscarriage’.
Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan dan ujian yang lebih lengkap bagi mengetahui punca keguguran berulang. Walaubagaimanapun tidak semua punca keguguran dapat dikenal pasti dengan pemeriksaan yang dilakukan.
Kebiasaannya punca keguguran di awal kehamilan ialah akibat “janin yang lemah”, ini bermakna janin itu mempunyai masalah genetik atau kromosom yang mengakibatkan janin tersebut tidak dapat membesar dengan baik dan akhirnya tidak dapat hidup dan dikeluarkan dalam proses keguguran.
Selain itu, ia mungkin berpunca dari penyakit seperti endometriosis dan fibroid. Jangkitan kuman pada wanita yang hamil seperti jangkitan cytomegalo virus (CMV), herpes simplex (HSV) dan rubella boleh menyebabkan kerosakan pada janin dalam rahim sehingga menyebabkan keguguran.
Selain itu sejenis parasit toksoplasmosis yang biasa terdapat pada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-hati. Pastikan kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih.
Penyakit seperti darah yang pekat, diabetes dan tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, pada setiap kali kehamilan juga boleh menyebabkan keguguran berulang di awal kehamilan.
Oleh itu saya menggalakkan supaya dapat menjalani pemeriksaan yang lebih terperinci bagi mengesan masalah yang dihadapi. Seseorang wanita yang ingin hamil sepatutnya mengamalkan pemakanan berkhasiat dari peringkat awal lagi, mengambil juga asid folik dan vitamin.
Jika berkemampuan, ambillah cuti rehat pada peringkat awal kehamilan. Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Kurangkan stress dari segi fizikal dan mental. Doktor selalunya akan memberikan ubat hormon progesteron untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim bagi mengurangkan risiko keguguran.
Kuatkan semangat dan jangan melayani pemikiran negatif. Banyak berdoa, solat hajat dan bersedekah. Insha ALLAH, ALLAH akan membantu hambaNYA yang berusaha.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...