Pelawak dan aktres Jihan Muse mendedahkan dia menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan cyst selepas bersalin anak sulung, Ungku Arsalan Haq. Kata Jihan, dia bertemu doktor dan membuat pemeriksaan selepas dimaklumkan oleh tukang urut yang merasai ada ketulan sebesar guli di bahagian bawah dadanya.
“Pembedahan tempoh hari adalah disebabkan Cyst. Saya sendiri tak tahu mengenai ketumbuhan itu. “Tak ada rasa sakit dan saya memang tak tahu. Punca yang membuatkan saya tahu adalah masa lepas bersalin di mana saya mengambil tukang massage untuk mengurut. “Jadi bila diurut, dia yang memberitahu ada benda sebesar guli di bawah bahagian dada, sebab itu saya terus buat keputusan untuk pergi melakukan pemeriksaan perubatan,” jelasnya.
Bagaimanapun Jihan memberitahu ketumbuhan itu tidak merbahaya namun dia mengambil keputusan untuk membuangnya bagi mengelakkan timbul masalah kesihatan di masa akan datang.
“Doktor kata tidak bahaya namun dia menasihatkan supaya saya buang sahaja. Saya buat ini pun tidak tergesa-gesa, lepas anak saya umur 11 bulan. Ada masa baru saya buat.
Ads
Ads
“Bukan apa, khuatir nanti jika saya hamil anak kedua takut ada jangkitan. Sebab bila hamil hormon kita akan berubah-ubah jadi lebih baik saya buang.
Ads
“Jadi kepada wanita, saya sarankan buatlah pemeriksaan perubatan. Luangkan sikit masa dan berbelanjalah untuk kesihatan. “Bagi saya kesihatan tiada nilai, kalau kita kaya macam mana pun tetap tak boleh beli kesihatan,” ujarnya.
Tangisan bayi di tengah malam bukanlah suatu perkara asing buat ibu bapa baharu. Jika bayi terjaga di tengah malam, bukan ibu bapa sahaja yang akan merasa kesannya (tidak cukup tidur).
Bahkan juga, si manja turut merasai kesan akibat tidak mendapat tidur yang lena. Hal ini kerana, bayi yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengganggu proses tumbesaran mereka. Bagi membantu si manja mendapatkan tidur yang lena pada malam hari, cuba ikuti panduan di bawah:
Sebelum tidur, pastikan bayi sudah diberikan susu yang mencukupi bagi mengelakkan dia terjaga di tengah malam untuk menyusu.
Sebelum tidur, lap badan bayi menggunakan tuala yang direndam dengan air suam.
Selepas membersihkan badan bayi, lakukan urutan lembut pada tubuh badan bayi termasuk tangan dan kaki. Penggunaan minyak bayi ataupun losen boleh membantu proses urutan dan harumannya boleh merangsang si manja mendapatkan tidur yang lena.
Jika ingin menidurkan bayi, pastikan pencahayaan dalam bilik tidur suram.
Anda boleh memasang alunan muzik lullaby ataupun zikir yang sesuai bagi merangsang mood tidur si manja.
Tahukah anda bahawa faktor pakaian semasa tidur juga boleh membuatkan si manja terjaga daripada tidur. Jadi, pastikan anda memakaikan bayi dengan pakaian yang sesuai dan selesa biarpun semasa dia sedang tidur. Anda boleh juga membalutkan tubuh bayi dengan selimut nipis untuk menghangatkan tubuhnya semasa tidur.
Ajar si manja tidur pada satu-satu waktu. Contohnya, terus bawa si manja tidur pada setiap jam 9 malam pada setiap hari. Dengan cara ini, bayi anda akan mengulangi waktu tidur yang sama setiap hari.
Bayi memang akan tidur tidak kira siang ataupun malam. Namun, anda perlu ajar bayi membezakan tidur siang dan malam mereka dengan cara membiarkan bayi tidur di bakul bayi pada waktu siang dan tidur di katil bayi ataupun bersama anda pada waktu malam.
Jika bayi anda terjaga pada waktu malam, tepuklah punggung atau pahanya dengan lembut bagi merangsangnya untuk terus tidur. Sekiranya si manja menangis, periksa sama ada berlaku kebocoran lampin. Anda juga boleh mendukung bayi anda seketika sambil mendodoinya dengan suara yang perlahan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan pandang rendah kepada formula permintaan dan pengeluaran (demand and supply). Power pumping adalah rahsia yang membantu anda memenuhi keperluan susu ibu yang mungkin sedang merudum atau tiada.
Menurut Dr Nur Haya Yacob, pakar laktasi dan IBCLC dari Dr Nurhaya Lactation Center, power pumping bukanlah satu aktiviti yang asing lagi bagi anda adalah seorang ibu yang sedang menyusukan Persoalan mengenai berapa kali perlu buat power pumping, bila masa yang sesuai, bagaimana untuk melakukan power pumping dan banyak lagi kerap kali menjadi soalan popular yang diajukan kepada pakar laktasi oleh para ibu yang menyusukan.
MATLAMAT UTAMA POWER PUMPING
Kadang-kala keinginan di si bu yang sangat ghairah mengumpul stok susu menjadikan power pumping ini sebagai aktiviti harian mereka. Maka untuk memeriksa apakah tujuannya, mari kita semak matlamat sebenar power pumping ini dan sebab ia sering menjadi aktiviti ibu-ibu yang ingin meningkatkan produksi susu mereka.
Idea utama di sebalik melakukan power pumping ini adalah sebenarnya mimik cluster feeding bayi agar payudara dikosongkan kerap dan cepat. Tindakan pengosongan payudara dengan pantas dan kerap ini akan memberi signal kepada otak agar payudara memproses penghasilan susu dengan lebih cepat.
Seperti yang kita tahu lebih kerap payudara dikosongkan maka lebih banyak susu di hasilkan mengikut prinsip permintaan dan pengeluaran. Power pumping adalah satu cara yang bermanfaat kepada ibu-ibu mengamalkan memerah secara eksklusif (exclusive pumping mother) atau ibu yang hanya memberikan susu ibu melalui teknik perahan susu dan bukan penyusuan secara terus (direct feeding). Ini kerana ibu tidak mengalami proses cluster feeding daripada bayi, maka power pumping ini amat membantu.
PERLUKAH POWER PUMPING?
Sebelum mengambil keputusan melakukan power pumping, anda seharusnya memeriksa punca sebenar yang menyebabkan penghasilan susu menurun serta sebab anda memerlukan power pumping. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.
#1 TIDAK DISARAN DILAKUKAN LEBIH DARIPADA 2 KALI SEMINGGU
Power pumping ini tidak disarankan untuk dilakukan secara sering (lebih dari dua kali seminggu) kerana khuatir akan berlanjutan menjadi masalah lain seperti over supply sehingga menjadi bengkak susu dan tersumbatnya saluran susu atau juga di kenali sebagai blocked duct. Sekiranya masalah-masalah ini tidak diatasi dengan betul dan cepat, ia boleh saja menjadi mastitis (radang tisu payudara) dan mengakibatkan tisu payudara bernanah.
#2 BAIKI PENYUSUAN TERUS KEPADA BAYI TERELBIH DAHULU
Sekiranya anda mengalami produksi susu yang menurun atau kurang, sebaik-baiknya perbaiki prinsip penyusuan iaitu tingkatkan penyusuan terus kepada bayi. Ia adalah rangsangan yang lebih semula jadi berbanding power pumping kerana produksi susu akan meningkatkan mengikut keperluan bayi dan bukan pam payudara. Tidak ada pam payudara yang boleh mengosongkan payudara sehebat hisapan bayi anda!
#3 PAM SEBELUM TIDUR, BUKAN BANGUN TENGAH MALAM SEMATA-MATA UNTUK PAM
Sekiranya power pumping masih menjadi pilihan, sebaik-baiknya ia dilakukan sebelum tidur dan bukan bangun di tengah malam semata-mata untuk melakukan power pumping. Ini kerana badan ibu juga memerlukan istirahat yang cukup. Badan yang tidak cukup rehat juga akan menyebabkan menurun susu kerana ibu berada di dalam keadaan stres fizikal.
TEKNIK POWER PUMPING
Kebanyakan ibu-ibu sering melakukan power pumping pada waktu malam kerana kadar hormon prolaktin yang lebih tinggi berbanding siang. Power pumping mengambil kira-kira satu jam untuk melengkapkan satu sesi. Power pumping di lakukan perlu dilakukan dengan pam payudara elektrik sahaja (sama ada tunggal atau berganda).
a)MENGGUNAKAN PAM PAYUDARA BERGANDA
Teknik ini ialah untuk anda yang menggunakan mesin perahan elektrik berganda (double pumping).
b)MENGGUNAKAN PAM PAYUDARA TUNGGAL
Sekiranya ibu menggunakan mesin perahan elektrik tunggal (single), tekniknya adalah seperti di bawah;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri jarang meminta, jauh sekali minta dibelikan barangan mewah untuk kecantikan dirinya. Anak-anak lebih diutamakan, begitulah isteri kita.
Walau tanpa diminta apa kata sesekali kita belikan isteri kelengkapan dirinya seperti pakaian dan sebagainya. Bukan boros tetapi nafkah untuk isteri tersayang. Inilah yang cuba dikongsikan Akhtar Syamir buat para suami!
Boros membeli pakaian ialah apabila membeli lebih dari keperluan, lebih dari kemampuan dan jatuh tahap membazir.
Tapi menyediakan pakaian buat isteri bukan satu benda yang boros. Kena faham yang ianya satu nafkah.
Ini antara sebab kenapa saya rasa gagal sebelum ini. Sebab saya tak sediakan pakaian untuk isteri. Ada kalanya setahun tak beli apa-apa.
Sedangkan apabila kita ubah mindset yang benda ini perlu buat dan letak keutamaan itu di tahap yang lebih tinggi, kita mampu sebenarnya.
Benda yang kita anggap tak penting, memang akan rasa susah nak realisasikan.
Jadi, ubahlah mindset tu. Sediakan pakaian untuk isteri atau sokong dan berilah galakan apabila mereka mahu membeli pakaian asalkan ianya tak masuk kategori boros dan membazir.
Mana tahu, asbab cakna pada pakaian isteri buat isteri nak pakai pakaian yang lebih sempurna menutup aurat? Kan bagus begitu?
Janganlah berkira dengan nafkah isteri sebab isteri jarang berkira apabila membantu suami.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.