Walaupun anak tidak aktif ketika mereka sakit, tetapi badan mereka memerlukan nutrien yang mencukupi. Semasa sakit, sistem imun anak akan menjadi kurang dan tidak mampu lawan penyakit. Oleh sebab itu, makanan berkhasiat itu amat penting ketika mereka sakit bagi melawan bakteria jahat dalam badan.
Jika anak – anak sakit tidak makan dengan secukupnya, badan mereka akan susut dan kekurangan zat makanan kerana lemak dan otot badan mereka akan digunakan untuk membekalkan tenaga dan nutrien.
Ads
Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/front-view-kid-eating-sandwich-table_6877796.htm#query=anak%20sakit%20taknak%20makan&position=32&from_view=search&track=ais
Beri anak yang sakit makan merupakan perkara yang agak mencabar bagi ibu bapa. Kebiasaanya, kanak – kanak yang sakit mereka akan makan sedikit sahaja atau tidak mahu makan langsung. Apabila tengok keadaan anak – anak yang lemah tidak bermaya, pasti akan berasa sayu hati terutamanya ibu.
Ads
Menurut Poliklinikanna, terdapat beberapa tip pemakanan cukup nutrisi yang boleh diberikan kepada anak – anak yang sedang sakit. Jom lihat video perkongsian mengenai tip pemakanan untuk anak sakit di akaun TikTok.
Kes influenza semakin meningkat, pastinya ramai ibu bapa risau apabila anak demam. Panik bila suhu badan anak naik mencanak adalah perkara biasa, tetapi penting untuk tahu jenis ubat demam anak yang paling selamat. Memberikan ubat punggung boleh membantu menurunkan suhu dan mengawal demam, tetapi tidak semua jenis sesuai untuk digunakan.
Kita tahu kes influenza di kalangan kanak-kanak semakin meningkat sekarang. Ramai ibu bapa membuat langkah awal dengan memberi ubat punggung (suppository) sebelum berjumpa doktor kerana mudah didapati di farmasi. Namun, pemberian ubat punggung secara sebarangan boleh membahayakan anak.
Jika kanak-kanak sebenarnya menghidap influenza dan ibu bapa memberi ubat punggung jenis NSAIDS, ia boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti radang otak atau Acute Necrotizing Encephalopathy (ANEC). Keadaan ini sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa.
Menurut panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan nasihat pakar pediatrik seperti Dr. Izzat dan Dr. Deenish, berikut adalah jenis ubat demam anak yang disarankan dan yang perlu dielakkan:
Bentuk: Cecair (syrup) & suppository (cucuk punggung) Status: ✔️ Selamat & disyorkan untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur Tahap bukti: Kukuh dan luas – telah digunakan bertahun-tahun secara selamat di seluruh dunia.
Paracetamol merupakan pilihan utama untuk mengawal demam. Ibu bapa boleh memberikan dalam bentuk minum atau ubat punggung, tetapi pastikan dosnya mengikut berat badan anak seperti disyorkan doktor.
Bentuk: Cecair (syrup) sahaja di Malaysia Status: ⚠️ Selamat digunakan dengan pemantauan doktor Tahap bukti: Kukuh dan digunakan secara global
Ibuprofen boleh digunakan jika demam anak tidak turun selepas diberi Paracetamol. Ia sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 bulan ke atas dan hanya digunakan mengikut nasihat doktor.
Bentuk: Suppository Status: ❌ Tidak diluluskan untuk rawatan demam pada kanak-kanak (off-label) Tahap bukti: Terhad dan dikaitkan dengan risiko radang otak (ANEC)
Diclofenac sepatutnya dielakkan sepenuhnya bagi kanak-kanak yang demam, terutama jika disyaki jangkitan influenza. Walaupun kesnya jarang berlaku, amaran rasmi telah dikeluarkan oleh KKM dan NPRA agar ubat ini tidak digunakan untuk demam anak.
Kesimpulannya, pilihan terbaik untuk ubat demam anak ialah Paracetamol, manakala Ibuprofen boleh digunakan dengan pemantauan. Elakkan penggunaan Diclofenac bagi kanak-kanak kerana risiko komplikasi serius seperti radang otak. Sentiasa rujuk doktor untuk mendapatkan nasihat dan dos yang tepat agar anak kekal selamat semasa demam.
Ubun-ubun ialah satu bahagian pada kepala bayi yang sangat lembut. Ini akan mendatangkan kebimbangan kepada ibu bapa sama ada bahagian tersebut boleh disentuh atau tidak.
Artikel ini akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang apa yang anda perlu tahu mengenai bahagian lembut pada kepala bayi yang dinamakan ubun-ubun ini.
APAKAH ITU UBUN-UBUN
Bahagian lembut pada kepala bayi ini dinamakan ubun-ubun atau nama saintifiknya fontanel. Terdapat dua bahagian fontanel pada kepala bayi yang baharu lahir iaitu:
FONTANEL POSTERIOR
Fontanel posterior berada pada bahagian belakang kepala bayi dan berbentuk segi tiga. Fontanel ini lebih kecil berbanding fontanel anterior. Selain itu, fontanel ini agak sukar untuk dirasa oleh ibu bapa dan kebiasaannya akan tertutup sendiri apabila bayi mula mencecah usia 6 minggu.
FONTANEL ANTERIOR
Fontanel anterior berada pada bahagian atas kepala bayi dan berbentuk seperti layang-layang. Fontanel ini lebih besar berbanding fontanel posterior. Selain itu, fontanel ini sangat mudah untuk dirasa oleh ibu bapa dan tidak akan tertutup dengan sempurna sehingga bayi mula mencecah usia 18 bulan.
MENGAPA BAYI MEMPUNYAI UBUN-UBUN?
Sebenarnya, ubun-ubun atau fontanel ini berfungsi memudahkan proses kelahiran bayi. Keberadaan ubun-ubun ini sangat berguna bagi memudahkan tengkorak bayi yang hanya dihubungkan oleh tisu-tisu ini berubah bentuk apabila sedang melalui jalan keluar ketika kelahiran melalui saluran vagina sekiranya bersalin secara normal.
Seperti yang sedia maklum, bahagian kepala bayi merupakan bahagian yang paling besar pada anggota badan bayi. Oleh itu, dengan kaedah semula jadi ini bayi akan lebih mudah untuk keluar. Anda tidak risau kerana lama-kelamaan, tulang-tulang ini akan bertemu dan bercantum lalu akan tertutup pada satu ketika nanti.
Bahagian lembut yang dipanggil ubun-ubun atau fontanel ini juga berfungsi memberi ruang untuk otak bayi berkembang. Menurut kajian, otak bayi akan mengalami perkembangan yang paling pesat ketika dua tahun pertama bayi anda. Oleh itu, gunakan masa ini untuk memberi nutrien yang secukupnya kepada bayi agar otak bayi anda boleh berkembang sepenuhnya.
Selain daripada dua sebab di atas, ubun-ubun atau fontanel pada bahagian kepala bayi boleh menjadi petunjuk atau indikator tentang tahap kesihatan bayi. Sebagai contoh, sekiranya bahagian ini mendap, ia mungkin menunjukkan simptom bayi mengalami dehidrasi manakala jika bahagian ini kembung, ia mungkin menunjukkan simptom bayi menghidapi meningitis. Dengan cara ini, ibu bapa boleh mengetahui serba sedikit mengenai keadaan kesihatan bayi dengan melihat kepada keadaan bahagian ini.
NORMAL ATAU TIDAK UBUN-UBUN BAYI BERDENYUT?
Jika anda perhatikan, denyutan pada bahagian ubun-ubun bayi sebenarnya berdenyut serentak dengan degupan jantung bayi. Perkara ini sebenarnya normal kerana terdapat pembuluh darah yang berdenyut dia bahagian ubun-ubun bayi. Apabila bayi menginjak dewasa, ubun-ubun ini akan mula tertutup sendiri dan denyutan tersebut tidak dapat dirasai lagi.
JANGAN PICIT ATAU TEKAN UBUN-UBUN!
Sudah menjadi mitos bagi kalangan ibu bapa terutamanya ibu bapa baharu yang mempercayai bahawa ubun-ubun bayi boleh berubah bentuk sekiranya diletakkan dengan pelbagai tekanan. Sebenarnya mitos ini juga ada benarnya. Sebagai ibu bapa, anda perlu untuk lebih berhati-hati ketika memandikan atau membaringkan bayi. Jangan memicit atau menekan bahagian ini dengan terlalu kuat untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
AKSESORI KEPALDA PERLU JAUH DARIPADA BAHAGIAN UBUN-UBUN
Selain itu, penggunaan aksesori pada bahagian kepala seperti topi, bandana atau skaf perlu dipakai dengan berhati-hati. Pakaikan aksesori ini di bahagian yang agak jauh dari ubun-ubun bayi seperti dahi. Sekiranya anda terlihat perubahan bentuk yang agak mencurigakan terhadap ubun-ubun bayi anda, segera bawa anak anda berjumpa doktor. Walaupun kelihatan remeh, perkara-perkara sebegini wajar ibu bapa elakkan bagi memastikan perkembangan bayi anda yang lebih terjamin.
Isteri kepada pelawak Fad Bocey, Syaheera Rahman telah berkongsi satu khabar yang mengejutkan apabila salah seorang anak kembar mereka, Zayyan cedera ringan selepas bibirnya tertusuk besi alat kawalan jauh kereta mainan.
Dipercayai Tergigit Besi
Menurut Syaheera menerusi laman Instagramnya, bibir anaknya iaitu Favian Adrazin Zayyan yang juga pasangan kembar, mengalami kecederaan berkenaan dipercayai akibat tergigit besi tersebut.
Sejurus selepas itu, anak selebriti ini dikejarkan ke hospital bagi membuang besi dan mendapatkan rawatan lanjut.
Selamat Jalani Pembedahan
Kongsi Syaheera lagi, besi tersebut berjaya dikeluaran dan anaknya selamat menjalani pembedahan sekitar 1.30 pagi. Dalam pada itu, dia turut berkesempatan mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan keselamatan anak mereka.
“Alhamdulillah semuanya selamat dah .1:30 pagi semalam masuk OT. Fully bius sebab dalam keadaan dia sakit memang susah untuk tarik keluar. Doktor jahit balik gusi. Macam-macam sementara anak nak besar ni. Terima kasih yang tak henti-henti tanya dan doakan anak mommy sorang ni”
Selain Zayyan dan pasangan kembarnya, Favian Adrazin Hayyan Fad dan Syaheera yang berkahwin pada 14 Mac 2015 juga dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishall.
Sumber: ig Syaheera Rahman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Grounding dan sunning anak merupakan aktiviti mudah yang boleh membantu menyokong imuniti, emosi dan tidur lebih berkualiti. Ketahui manfaat, waktu sesuai serta idea aktiviti yang boleh dilakukan di rumah.