Ramai ibu bapa memilih bagi anak tengok gajet waktu makan. Sebabnya ini penyelesaian terbaik nak bagi anak diam. Malah ada ibu bapa menganggap waktu makan bersama anak memang mencabar, lagi-lagi situasi di restoran apabila makanan dah terhidang, perut mak ayah dah bekeroncong tetapi anak meragam nak berdirilah, nak memanjatlah, nak keluar dari kerusi bayi lah dan sebagainya. Memang pening kepala.
Berdasarkan perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi, alat paling mudah untuk ibu bapa sekarang mendiamkan anak adalah gajet. Ya, gajet memang memudahkan tetapi dalam masa yang sama amat merugikan anak. Nampak macam remeh, “Alaa makan je, sekejap sahaja”.
Tapi, cuba mak ayah muhasabah kembali. Dalam sehari-harian pergi kerja, balik kerja, makan, gosok baju, lipat baju, basuh baju, urus anak dan sebagainya, waktu bila yang sebetul-betulnya mak, ayah dan anak menghadap satu sama lain, bercakap dan berkomunikasi tanpa gangguan lain?
Ya, waktu makan.
Selalunya, waktu makan bersama keluarga (family meal time) adalah waktu paling banyak komunikasi antara satu sama lain disebabkan waktu lain masing-masing sibuk bekerja + gangguan tv dan gajet.
Kenapa saya kata rugi jika anak biasa makan dengan gajet, kerana waktu makan adalah waktu untuk anak belajar:
1. Makan
Ads
Normal apabila anak memasuki fasa perkembangan emosi dan sosial “Autonomi vs Malu” (Psychosocial Development) semasa 18 bulan hingga 3 tahun, anak akan berminat nak belajar makan sendiri. Maka, waktu ini adalah fasa emas untuk mak ayah ajar anak skil makan dan minum.
Untuk belajar skil makan, anak perlu observe cara mak ayah pegang sudu dan garfu, cara nak kaut makanan dan seterusnya anak cuba berlatih makan sendiri.
Bersepah dan comot itu normal. Selagi anak tak berlatih skil makan dengan belajar makan sendiri menggunakan sudu atau tangan, selagi itu anak akan makan bersepah. Belajar makan sendiri juga sama penting dengan belajar menulis ya.
Percayalah, anak akan rasa sangat happy bila dapat makan bersama mak ayah. (Walaupun bersepah)
2. Komunikasi
Bila masuk part komunikasi, ada banyak sangat komponen yang anak rugi bila makan dengan gadget. Gajet tak ajar komunikasi dua hala, anak cakap tapi gajet tak reply (melainkan cakap dengan talking tom).
Ads
Ada kajian dilakukan tentang kepentingan makan bersama keluarga (Importance of Family Mealtime) terbukti apabila anak makan bersama mak ayah tanpa gangguan (gajet, TV) membantu anak untuk belajar bersosial dan menjadi seorang yang hebat berkata-kata.
Jadi, sebenarnya waktu makan adalah waktu yang paling baik untuk anak belajar komunikasi dua hala, bahasa badan, ekspresi muka, intonasi suara dan sebagainya. Sayang sangat jika mak ayah tak guna waktu ini dengan sebaiknya.
3. Deria rasa
Deria rasa anak yang baru mula makan (6 bulan keatas) sangat sensitif disebabkan deria ini adalah deria yang paling “kuat” bagi bayi. Jika dari awal anak dah diperkenalkan dengan gajet atau tv terutamanya waktu makan, hal ini akan menyebabkan anak tak fokus dengan rangsangan deria rasa yang diberikan sewaktu makan.
Ads
Kita yang dewasa pun bila tengok wayang sambil makan popcorn, kadang-kadang khusyuk sangat sehingga tak perasan dah makan 1 kotak popcorn. Apatah lagi anak yang masih kecil, bila kita berikan rangsangan visual dan bunyi semasa makan boleh menyebabkan anak tak fokus dengan rangsangan deria rasa dan bau. Sehingga deria rasa kenyang pun anak tak rasa.
Hal ini yang menyebabkan anak termakan lebih dari keperluannya (overeating) dan menyebabkan risiko obesiti di masa akan datang sekiranya menjadi habit anak
Tentang gadget + obesiti memang dah banyak kajian dilakukan, makan sambil tengok gajet memang terbukti menyebabkan risiko obesiti tak kira kanak-kanak ataupun orang dewasa.
Jadi, bagi mak ayah yang belum terjebak beri anak gajet semasa makan, elakkan dan elakkan sebelum ia jadi habit.
Kalau yang dah terjebak, jadikan gajet sebagai option terakhir untuk menenangkan anak di meja makan. Cakap memang senang, tapi realitinya memang susah, ya saya faham.
Kesimpulannya jangan mulakan dari awal sebab kesannya susah bila nak kembalikan pada keadaan yang biasa.
Apa perlu saya buat kalau anak saya sawan? Soalan ini yang ramai ibu bapa selalu tanya. Risau dan tak tahu nak buat apa.
Ni panduan dari Pakar Kanak-Kanak, Dr Salehuddin Sulaiman mengenai apa tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bila berhadapan dengan situasi ini.
Masa sawan:
Jangan panik. Tengok jam (untuk masa berapa lama sawan)
Mengiring ke kiri, pegang baby/anak (supaya tak tergolek)
JANGAN masukkan apa-apa dalam mulut.
Kalau demam, boleh masukkan ubat demam dalam punggung, tapi ni bukan priority
BIARKAN BAYI SAWAN.
yes, u read it right.
Tak perlu urut-urut tangan atau kaki yang tengah kejang . Tak perlu goncangkan baby supaya dia bangun atau buka mata.
Lihat jam sekali lagi. Masa baby sawan, masa seakan berlalu dengan perlahan. Rasa macam dah 2-3 jam sawan. Sawan usually berhenti dalam 5-10 minit. Kalau tak berhenti selepas 10 min, bawa ke hospital segera.
Selepas sawan berhenti, baby akan letih/ tertidur. Tak perlu kejutkan/ beri susu semasa baru lepas sawan. Biarkan baby ‘rehat’ sampai dia betul-betul sedar atau pulih.
Masa ni, kalau demam, boleh masukkan ubat demam melalui punggung (kalau belum diberi sebelum tu) atau nak basahkan/ jerlum dengan air.
Once sawan berhenti, bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Kehidupan kanak-kanak yang sedang membesar terutamanya pada usia dua tahun dan ke atas umpama sebuah pengembaraan yang menyeronokkan buat mereka. Ia adalah waktu perkembangan pesat mental dan fizikal si kecil.
Nutrisi memainkan peranan penting dalam perkembangan pertumbuhan fizikal dan mental anak-anak. Pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mereka mendapatkan nutrien penting yang diperlukan badan untuk menyokong perkembangan mereka.
Antara beberapa nutrien yang memainkan peranan penting dalam tumbesaran si kecil adalah kalsium yang dapat membantu membina tulang dan gigi yang kuat selain vitamin D yang diperlukan untuk membantu tubuh menyerap kalsium dan fosforus dengan baik.
Seperti yang kita tahu sumber utama kalsium adalah susu yang bukan sahaja bagus untuk menguatkan tulang dan gigi si kecil malah juga ia minuman yang dapat menyokong pergerakan otot, pembelajaran dan juga memori anak-anak.
Kanak-kanak disarankan untuk mengambil susu antara dua hingga empat gelas setiap hari. Namun ada sesetengah kanak-kanak tidak boleh minum susu kerana mengalami alahan protein susu lembu atau Cow’s milk protein allergy (CMPA).
CMPA adalah alahan makanan yang lazim berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Ia merupakan masalah yang semakin bertambah dari masa ke semasa. Di Asia Tenggara sahaja kira-kira 1 juta kanak-kanak terkesan dengan masalah ini. CMPA memberikan kesan kepada tiga sistem organ penting manusia.
Jadi, bagi ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah alergi susu jangan biarkan Si Manja membesar tanpa minum susu. Anda ada pilihan lain untuk membantu anak terus menikmati sumber kalsium utama daripada susu dengan beralih kepada susu berasaskan soya.
Susu formula soya berfungsi pada 9 daripada 10 kanak-kanak. Panduan antarabangsa baru-baru ini dan ulasan pakar menunjukkan bahawa 90 peratus CMPA kanak-kanak menggunakan formula soya tidak bertindak balas secara silang dengan protein susu lembu.
Justeru, mengambilan susu Isomil oleh anak-anak dapat memberikan kelegaan daripada masalah CMPA, dengan pengurangan 90 peratus gejala dalam masa 2-4 minggu. Ia merupakan pilihan formula soya yang unggul dan terbukti secara saintifik untuk pertumbuhan yang sihat.
Isomil pilihan terbaik untuk si kecil anda kerana:
Susu formula soya No. 1 Dunia
Lebih 50 tahun warisan sains dengan 70 kajian klinikal
Sistem Eye Q yang unik dengan 10 nutrien utama
Satu-satunya formula soya yang mengandungi campuran minyak sayuran
Untuk maklumat lanjut berkenaan Isomil Plus atau ingin mendapatkan sampel produk, ibu bapa boleh layari laman web Isomil di sini
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas pemergian Mohd Syahid Jun tahun lalu, kehadiran Affan penyeri buat Bazli UNIC dan isteri.Bagaimanapun, perkongsian Bazli mengenai kecederaan di dahi Affan dalam instagramnya membuatkan ramai peminatnya terkejut.
Menurut Bazli ketika sedang menghadiri mesyuarat, dapat panggilan daripada isteri menyatakan Affan jatuh semasa berlari dan terhantuk di bucu dinding.
Masa tu rasa berderau dan hanya Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan pada waktu tersebut dan terus ke Hospital Ampang.
Alhamdulillah semuanya selamat dan tiada apa-apa kecederaan serius pada dahi Affan. Lega Affan dah boleh senyum selepas mendapatkan rawatan.
Dalam pada itu, ramai juga yang bimbangkan mengenai keselamatan Affan dan menasihatkan Bazli supaya lebih berhati-hati selepas ini. Biasalah anak tengah membesar lasaknya lain macam.
Semoga Bazli dan isteri tabah dengan ujian ini. Perkongsian Bazli ini diharap menjadi peringatan buat semua ibu bapa lain untuk memantau pergerakan anak-anak.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.