Stimulasi yang betul sangat penting mengikut perkembangan bayi dari bulan ke bulan. Stimulasi ini akan membantu si Kecil untuk dapat mencapai perkembangan yang optimalnya.
Saat bayi sudah berusia usia 6-12 bulan, ada beberapa cara mudah yang dapat ibu bapa lakukan untuk mengoptimalkan pertumbuhan perkembangnya.
Bagaimana 5 Aktiviti Simple Ini Boleh Stimulasi Anak?
6-12 bulan
1. Main “Ba-ba-cak”
Ads
Anak belajar ‘OBJECT PERMANANCE’. Maksudnya walau dia tak nampak, object tu masih ada. Contoh kalau umi ke dapur sekejap bukannya ummi hilang terus.
2. Main cermin
Bagi mereka tengok cermin. Belajar ‘SELF RECOGNITION dan mereka adalah individu yang tak bersambung dengan individu lain.
3. Menyorok
Ads
Kalau anak dah boleh merangkak atau bertatih, cuba nyorok belakang sofa ke dan mereka cari. Sama konsep ‘OBJECT PERMANANCE’ di atas.
4. Bergerak dapatkan toys
Galakkan anak merangkak untuk dapatkan mainan. Anak kecil suka cabaran yang tak terlalu sukar buat mereka. Ini dipanggil ‘ZONE PROXIMAL DEVELOPMENT’.
Ads
5. Sorokkan toy
Sorokkan toys bawah selimut. Buat-buat terkejut bila angkat selimut jumpa toys tu. ‘OBJECT PERMANANCE’ juga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak mula pandai berjalan, dedahkan mereka dengan dengan pelbagai permukaan. tak payah pakaikan kasut selalu. Berkaki ayam boleh rangsang kepintaran.
Si kecil boleh dirangsang daripada apa yang ada di sekelilngnya. Sentuhan pada kulit misalnya ialah salah satu cara untuk si kecil merasa. Ia secara tidak langsung akan memberikan rangsangan semula jadi kepada perkembangan sensori motor.
Kaunselor, Puan Farhan telah berkongsi tentang info ini. Katanya ibu bapa jangan terlalu menyekat anak-anak untuk berkaki ayam menyentuh permukaan bumi seperti permukaan berumput dan sebagainya.
Perkara ini perlu dilakukan dengan kerap dan perlu variasi. Aktiviti ini memberikan banyak manfaat kepada perkembangan anak, jadi ibu ayah usah terlalu cerewet, biarkan kaki anak lepas bebas bermain. Cuma aspek keselamatan seperti bimbang tercucuk objek tajam seperti kaca perlu dititikberatkan ketika pemilihan tempat.
BIARKAN ANAK BERKAKI AYAM
Anak anak hidup zaman ini jarang mendapat peluang untuk berkaki ayam.
Kita excited pakaikan anak anak kasut yang cantik cantik. Kadang kadang ada yang bertali dan sukar untuk anak kita buka.
Dalam rumah pun kadang kadang kita pakaikan stokin untuk anak-anak.
Sebenarnya, apabila kaki anak meyentuh tanah, pasir, rumput dan kotoran di kaki mereka itu sebenarnya sangat baik untuk mereka.
BOLEH BERIKAN ANAK MOOD YANG BAIK
Perasan atau tidak, apabila anak dapat bermain diatas pasir, contohnya dipantai, mood mereka akan menjadi sangat baik.
Mereka akan melompat lompat dan melepaskan perasaan mereka seolah olah dunia ini milik mereka.
EARTHING
Apabila kaki anak anak bertemu dengan rumput, tanah atau pasir, ia sebenarnya memberi banyak kebaikan kepada anak anak. Aktiviti ini dinamakan earthing.
Anak anak yang tidak biasa dilepaskan di atas pasir, rumput atau tanah tanpa kasut akan mengalami kepayahan untuk membiasakan diri berpijak tanpa kasut.
Cuba sekali anda buang kasut di kaki anak anda dan letakkan di taman yang ada rumput.
Jika anak anda tidak boleh berpijak dengan baik, maknanya dia kurang mendapat ransangan pada kakinya.
Dari kecil sudah terbiasa memakai kasut dan stokin, jadi kaki mereka tidak merasa untuk berpijak pada lantai bumi yag sebenar.
BERIKAN MEREKA PELUANG MEMIJAK BUMI Ibu ibu jangan risau pada cacing, kuman dan sebagainya.
Anak anak memerlukan peluang untuk berpijak pada lantai bumi.
Biarkan anak merasa bagaimana kesatnya tanah
Biarkan anak merasa deraian pasir pantai
Biarkan anak merasa gelinya rumput di kaki mereka.
Buka kasut anak anak dan biarkan mereka berkaki ayam. Biarkan kaki anak anak bebas bernafas.
Antara kebaikan membiarkan anak berkaki ayam adalah, mereka akan mendapat tenaga segera.
Bumi yang dipijak itu mengandungi tenaga semulajadi, dan apabila kita memijaknya sudah pasti tenaga itu juga disalurkan kepada kita.
Jadi, sekiranya anak nampak lesu dan lemah lepaskan mereka di atas tanah, biarkan mereka bermain dengan pasir pantai dan, berbaring diatas rumput.
BOLEH RECHARGE ENERGY Ia bukan sahaja menbantu mereka recharge energy, malah secara tidak langsung membuatkan mereka bertambah sihat, ceria dan gembira.
Usah terlalu berkira dengan kaki anak anak yang kotor.Kotornya kaki itu masih boleh dibasuh, namun pengalaman dan moment yang mereka perolehi itu sangat penting.
Untuk memulakan aktiviti ini, mulakan dari rumah. Untuk permulaan, tidak perlu pakaikan stokin kepada anak anak 24 jam, sebaliknya biarkan mereka menyentuh simen atau mozek di rumah
Setiap hari, bawa mereka bermain di luar rumah dan berlari lari bebas tanpa kasut.
PERLU KERAP KE KAWASAN YANG PELBAGAI TEKSTUR Kerapkan menbawa anak anak untuk ke taman, pantai sungai dan di mana mana sahaja agar mereka boleh rasa tekstur bumi yang berbeza.
Jadi ibu-ibu, mulai sekarang jangan menjerit bagaikan histeria apabila melihat anak anak tanpa kasut.
Sekali sekala beri mereka peluang berkaki ayam dan menikmati bumi yang mereka pijak secara terus tanpa ada gangguan
Baru nak lelap mata, anak bangun dan ajak main. Masa ni nak marah ke nak layan sama banyak. Ibu bapa dah penat seharian tapi nak tak nak terpaksa la juga layan hingga anak tidur semula.
Bila dah macam ni, bangun pagi nak pergi kerja pun dah tak ada semangat. Nak tak nak anak juga yang dipersalahkan.
Nak pastikan rutin tidur anak tetap sejak dari dalam pantang, perkongsian dari Noraida Mansor boleh dipraktikkan.
Ini tip utama dari Tok Wan ANH sebelum Eda bersalinkan Adni lagi. Pesan dia, JANGAN bermain/agah keterlaluan dengan baby bawah umur 3 bulan.
Baby bawah 3 bulan kena jaga rutin tidur dia. Kena fahamkan dia, siang berjaga boleh bermain dan malam untuk tidur.
Selalu tak, anak-anak terjaga jam 12 malam ke pagi dan apa yang kita rasa nak buat?
Suka tengok anak buka mata ni? Segar bugar mata dia ni. Tadi tidur je kan.
Selalunya, kita fikir ohh marilah kita bergelak tawa riang wahai anak. Geram ni nak tengok anak gelak-gelak mengekekek, sengih-sengih ni. Walaupun umurnya baru 10 hari masa tu.
Kesannya, bila tiap kali terjaga lepas jam 12 pagi, anak-anak cari kita nak main-main, nak gelak-gelak. Sampai lepas pantang itu dah jadi rutin dia! Maka bermata panda la mak ayahnya. Bila kita tak larat layan, anak mula tantrum. Parah.
Jadi, apa Tok Wan tekankan kat sini, malam-malam tu tak perlu layan anak beria. Dah susukan, dah tukar pampers, zikir sikit-sikit, cakap sikit-sikit bagi dia tidur balik. Bilik kena suasana sedia untuk tidur.
Mudah je kan tip ni. Tapi impak dia besar. Mak ayah memang kena sabar. Siapa tak suka tengok baby comel sengih-sengih nampak gusi oiiii..geram yang amat! hehehe.
Tapi, kena sabar. Tunggu dia besar sikit.
Ini ada perkongsian dari kawan juga yang amalkan rutin macam Eda amalkan.
Ini hanyalah perkongsian peribadi. Alhamdulillah jika memberi manfaat.
Oh ye, kalau baby bangun terjaga pagi sangat tu dan mak nak pass pada ayah pesan juga ye kat ayah tu tak payah agah beria. Penting ni! Nanti anak dah mula akal asyik nak main, ayah berdengkur berlingkar mak kena bersengkang mata. No no no. Tak mahu tak mahu macam ni ok.
Bila bayi dah mula berdiri sendiri, ibu ayah pasti teruja tengok. Rasa anak dah semakin besar. Tak lama lagi mesti si kecil boleh berjalan. Sebenarnya jika bayi anda mula menunjukkkan minat untuk berdiri sendiri dengan berpaut pada mana-mana objek berdekatannya, anda boleh bantu merangsangnya supaya dia makin cepat boleh belajar berjalan.
Panduan aktiviti yang boleh dibuat oleh ibu ayah bila bayi mula belajar berdiri yang dikongsi oleh Occupational Therapist, Siti Aisyah Rozalli patut dipraktiskan oleh ibu bapa.
BAYI SAYA MULA BERDIRI SENDIRI!
Antara milestone perkembangan yang sangat penting untuk dicapai oleh kanak-kanak ialah berjalan.
Ada anak-anak yang mula berjalan seawal usia 10 bulan, ada yang 1 tahun dan ada yang sedikit lewat. Berdiri dan berjalan termasuk dalam perkembangan kemahiran motor kasar anak-anak.
Bila perlu RISAU?
Red flags of development merujuk kepada tanda-tanda yang perlu dirisaukan dalam perkembangan anak. Jika anak anda belum mencapai perkembangan tertentu pada usia yang disenaraikan dalam Red Flags of development, anda digalakkan membawa anak kesayangan anda berjumpa pakar perkembangan kanak-kanak untuk mendapat konsultansi.
Berikut adalah Red Flags untuk kemahiran berjalan:
12 bulan: Masih belum boleh berdiri dengan sokongan
18 bulan: Masih belum boleh berjalan sendiri tanpa sokongan
24 bulan: Masih belum stabil semasa berjalan.
Jika anak anda ada tanda-tanda di atas, sila berjumpa Physiotherapist atau Occupational Therapist kanak-kanak berdekatan anda.
Terdapat beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan sebagai “senaman” untuk anak anda yang sudah mula berdiri bagi membantunya belajar berjalan.
AKTIVITI 1
Dudukkan anak anda di atas bangku kecil. Pastikan kakinya menjejak ke lantai. Letakkan meja yang memerlukan anak anda untuk berdiri bagi mencapai barang di atasnya. Letakkan permainan.
Anak anda akan perlu untuk menolak tubuhnya ke atas menggunakan kekuatan kaki dalam posisi ini. Dan kurang menggunakan tangan untuk menarik tubuhnya ke atas. Aktiviti ini akan menguatkan otot-otot yang menyokong kekuatan bahagian bawah tubuhnya.
Anda boleh galakkan anak anda untuk mencapai permainan dengan mengagah-agah permainan itu dihadapan mata anak anda sambil menggalakkannya berdiri untuk mencapai permainan tersebut.
AKTIVITI 2
Susun meja dalam bentuk ‘U’ atau ‘L’. Letakkan permainan di atas kedua-dua meja. Galakkan anak anda untuk berdiri pada meja yang anda telah susun menggunakan kaedah pada Aktiviti 1
Tarik perhatian anak anda untuk bergerak dari satu meja ke satu meja. Biarkan anak anda usaha sendiri. Ayah boleh ajak main atau tarik perhatian anak, ibu boleh jaga keselamatan anak dari belakang. Tapi, jangan terlalu “hovering”. Biar anak anda usaha sendiri.
Idea menyusun meja dalam bentuk ‘U’ (jika anda guna 3 buah meja) atau bentuk ‘L’ (jika anda guna 2 buah meja) adalah untuk menggalakkan anak anda memusing-musingkan tubuhnya ke kanan dan ke kiri semasa bergerak dari satu meja ke meja yang lain. Ini akan melatih daya keseimbangan anak anda.
AKTIVITI 3
Ajak anak anda berpaut pada perabot (sofa agak selamat untuk aktiviti ini kerana ianya berat).
Letakkan bola di kaki anak anda dan ajak anak anda tendang bola ke arah anda. Targetnya adalah untuk anak anda belajar mengimbangi tubuhnya sambil berdiri. Menendang bola juga akan menggalakkan “weight bearing” (menahan berat tubuh) pada sebelah kaki dan akan meningkatkan kesedaran tubuh.
Bila boleh mulakan aktiviti-aktiviti ini?
Sebaik sahaja anak anda mula menarik tubuhnya untuk berdiri pada perabot di rumah.
Kerana pada tahap ini:
Bagi memastikan perkembangan motor kasar anak anda baik, ELAKKAN perkara-perkara ini:
Elakkan pakai stokin atau kasut di dalam rumah. Biar berkaki ayam di rumah. Rangsangan sensori akan membantu anak anda belajar berjalan dengan lebih baik. Kalau dapat “barefoot” atas pasir, lagi baik
Jangan paksa anak anda! Berhenti beraktiviti jika anak mula kelihatan letih atau meragam.
Elakkan penggunaan “walker”. Ianya tidak membantu anak berjalan lebih cepat.