Biasanya apabila kita letakkan jari kita pada tapak tangan baby, baby akan bertindak balas dengan mengenggam semula jari kita kan?
TAHUKAH ANDA KENAPA BABY SUKA GENGGAM TANGAN?
* Tindak balas ini dinamakan “grasping reflex @ palmar reflex” iaitu salah satu daripada primitive reflexes yang sepatutnya ada pada baby yang berumur 0-4 bulan.
* Reflex ini muncul pada baby sekitar usia dalam kandungan 11 minggu lagi..kemudian terus develop apabila baby dilahirkan & kekal pada baby sehingga berusia 4 bulan.
Ads
* Apabila palmar reflex bertindak balas, jari-jari baby akan mengenggam jari kita @ objek seperti kain dan permainan.
* Pada usia ini baby akan menggunakan palmar reflex untuk memegang mainan yang sedikit besar, tapi adalah sukar bg objek yang kecil.
* Kemudian baby akan practice menggunakan jari-jari mereka untuk memegang objek (pincer grasp). Sekitar usia 9-10 bulan, baby akan dapat menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengambil objek yang kecil.
Ads
* Kemahiran motor halus ini akan terus berkembang dengan lebih baik seiring dengan usia baby dan anak akan belajar menggunakan tangan dan jari mereka dengan lebih baik.
KESAN JIKA RETAINED PALMAR@ GRASPING REFLEX?
➡️ Lewat dalam perkembangan motor halus
➡️ Kurang kemahiran menggunakan pincer grasp
➡️ Kerap memegang pensil dengan cara yang salah semasa menulis
➡️ Tulisan sukar dibaca
➡️ Hypersensitivity kepada stimulasi sentuhan pada tapak tangan
➡️ Kerap terjelir sedikit lidah @ membuat pergerakan mulut semasa menulis, melukis @ menggunting
Kita nampak palmar reflex ni macam very simple kan..tapi kesannya adalah sangat besar untuk anak-anak bila usia mereka semakin meningkat terutama apabila memasuki alam persekolahan nanti.
Jika anda rasa anak anda ada masalah retained palmar reflex, bolehlah bawa anak berjumpa dengan Occupational therapist yang terdekat untuk mendapatkan penilaian dan intervensi.
Anak boleh jadi cerdik, mengikut rangsangan yang diterimanya daripada orang sekeliling. Usia 18 bulan ke bawah adalah waktu kritikal pembentukan pemikiran. Sekiranya anak boleh mempercayai orang sekeliling, proses rangsangan jadi lebih mudah.
Perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar, Pakar Keibubapaan Positif, Parent Connect ini boleh ibu bapa lakukan kepada anak-anak dari lahir sehingga berusia 18 bulan.Ibu bapa, pengasuh, penjaga di taska mempunyai peranan sangat besar.
Fasa awal kehidupan seorang anak dari usia 0-1.5 tahun adalah fasa mewujudkan rasa percaya (trust) kepada dunia di sekeliling anak.
KENAPA RASA PERCAYA PENTING?
Apakah signifikasi RASA PERCAYA pada perkembangan pemikiran seorang anak?
Bayi dan anak kecil tidak boleh menjadi ‘pelajar’ (learner) yang kompeten dan tidak boleh menjadi seorang pemikir selagi mereka tidak merasa selamat (secure), disayangi dan dipedulikan (cared for) oleh orang dewasa yang dianggap istimewa oleh bayi dan kanak-kanak tersebut.
Orang dewasa yang istimewa ini perlulah benar-benar faham keperluan anak kecil tersebut dan tahu apakah yang cuba disampaikan melalui ekspresi wajah, gerak tubuh dan bunyi-bunyian yang dibuat oleh bayi atau anak kecil yang belum boleh bertutur dengan baik.
Disebabkan setiap bayi dan kanak-kanak adalah unik, hanya orang dewasa yang istimewa dan rapat dengan anak kecil ini sahaja yang benar-benar mengetahui setiap gerak geri bayi berdasarkan masa yang diluangkan, dan pemerhatian yang dibuat.
CARILAH PENJAGA YANG BOLEH RAPAT DENGAN ANAK
Adakalanya pengasuh lebih mengenali anak kecil berbanding ibubapa sendiri yang sentiasa sibuk. Carilah pengasuh, nurseri atau TASKA yang mempunyai key person atau individu istimewa ini jika anda ibubapa yang bekerja.
JANGAN SIA-SIAKAN MASA KETIKA ANAK KECIL
Bagi ibubapa di rumah, janganlah sia-siakan masa yang ada bersama anak kecil.
Pada usia awal ini, bukanlah bahan mainan yang menjadikan anak bijak, bukanlah program tv kanak-kanak yang ‘educational’ menjadikan anak bijak, bukanlah app yang menjadikan anak bijak, bukanlah vitamin minda yang menjadikan anak bijak, bukanlah jenama susu tertentu yang menjadikan anak bijak, bukanlah kad imbasan yang menjadikan anak bijak, bukanlah kelas atau aktiviti kanak-kanak berbayar yang menjadikan anak bijak, dan bukannya pelbagai produk di pasaran yang mengaku boleh menjadikan anak bijak yang menjadikan anak anda bijak.
Ia sebaliknya yang menjadi asas kepada perkembangan pemikiran anak kecil adalah perhubungan yang rapat atau ‘ATTACHMENT’ di antara orang dewasa yang istimewa dan juga anak kecil itu.
TIDAK MENJADI USAHA SELAGI TIADA SENTUHAN, BELAIAN & GURAUAN
Walaupun anda menghabiskan beribu-ribu ringgit sekalipun untuk membeli produk-produk ‘anak bijak’ di pasaran tetapi jika tidak ada sentuhan, belaian, dan gurauan dengan anak dan anak tidak merasakan bahawa dirinya penting bagi kita, maka perkembangan pemikiran anak tidak dapat berlaku dengan optimum.
PERKEMBANGAN OTAK MELIBATKAN EMOSI
Seperti yang saya tulis sebelum ini, perkembangan bahagian otak yang melibatkan emosi dan perasaan menjadi asas kepada perkembangan pemikiran. Apabila merasa percaya, selesa, selamat dan dipedulikan, anak kecil akan mula rancak meneroka persekitaran mereka yang akan membentuk pengalaman untuk mereka ‘fikirkan’.
Bagi anda yang ingin mengetahui tentang travel umrah bersama anak kecil dan tipsnya, ikuti rancangan TV Pa&Ma pada Rabu, 4 September 2019, jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD bersama pengacara Datin Fouziah Ghous dan suami Datuk Zhafran.
Semua bayi menangis pada masa-masa tertentu. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga selama satu hingga tiga jam sehari.
Oleh kerana mereka tak dapat membuat apa-apa pun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu.
Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang bayi anda perlukan. Adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau sekadar mahu dipeluk?
Dalam beberapa hari pertama, semasa anda belum tahu bagaimana hendak mengenal pasti keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang.
Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisannya yang berlainan dan setelah anda lebih mengenalinya, anda akan dapat memenuhi keperluannya.
Malah ramai juga ibu bapa yang bimbang bila bayi mereka menangis terlalu kuat sehingga timbul persoalan adakah ia normal?
Menurut Konsultan Tangisan Bayi Malaysia, Uswatun Hasanah Mohd Habib, terlalu ramai ibu bapa yang mengadu cemas apabila bayi kecil mereka menangis dengan kuat.‘Macam kena pukul’, ‘ Nangis macam sakit sangat ‘, ‘..sampai selak (hilang suara)..
Ibu ayah sekalian, bayi kecil memang di ciptakan untuk menangis sangat kuat. LAGI KUAT daripada bunyi motor, gergaji dan mesin rumput! Ya! Tak percaya? Carilah datanya sendiri.
Senang cakap, bayi kecil di cipta untuk menangis dengan kuat, cukup kuat ibarat kejutan elektrik ke saraf ibu bapa demi kelangsungan hidup mereka.
Menangis mesti cukup kuat untuk mendapatkan perhatian penjaga dengan segera dalam apa jua waktu dan situasi. Cukup kuat untuk penjaga merasa terganggu dan tiada pilihan selain bertindak mendatangi bayi, mencari jalan memenuhi keperluannya dan menghentikan tangisan mereka.
Maka tak perlu susah hati jika bayi anda menangis sangat kuat. Susah hatilah jika tangisan bayi anda lemah dan tak berdaya.
Bayi yang bersuara kuat bukan satu masalah, tapi ibu bapa yang tidak tahu cara tepat mententeramkan bayi itulah yang boleh bawa banyak masalah.
Biasanya bayi akan menangis untuk memberi isyarat kepada ibu bapanya bahawa dia rasa tak selesa, nak tidur, lampin penuh atau lapar.
Selain daripada tanda-tanda menangis, apa lagi bahasa bayi yang anda faham? Ketahuilah bahawa setiap bayi adalah berbeza cara bahasa dan gaya mereka. Namun, panduan umum di bawah mungkin boleh membantu para ibu bapa untuk lebih memahami bayi di samping menangani ragam si manja.
Perasan tak, bayi amat suka memberi ‘eye-contact’ khususnya pada orang terdekat yang cuba berinteraksi dengannya. Sebenarnya, si manja yang merenung tepat ke mata anda sambil tersenyum sedang cuba mengecam wajah anda. Jika anda melihatnya tersenyum, ini bermakna bayi gembira melihat muka anda. Jadi, ambil peluang ini untuk bergurau dan berborak dengan bayi. Anda juga boleh mendodoikan bayi dengan lagu kegemarannya.
Jika bayi mengeluarkan bunyi ‘bbbbb’ dengan keadaan air liurnya bertakung pada mulut, ini bermakna bayi anda ingin berborak dengan anda. Jika anda layan, dia akan semakin rancak berbunyi seolah-olah faham dengan apa yang anda perkatakan.
Ini perbuatan lazim bayi jika dia sedang gembira. Anda akan melihat si manja menggenggam tangannya sendiri sambil menggoyang-goyangkan tangan untuk menyatakan dia sedang teruja.
Bukan hanya pandang pada satu tempat sahaja, si manja juga gemar ‘meliarkan’ pandangan matanya ke arah sekeliling. Ini bermakna si manja anda sedang meneroka persekitaran sekelilingnya. Apatah lagi, jika dia mendengar bunyi, pasti matanya akan meliar mencari arah bunyi tersebut.
Jika anda lihat bayi anda gemar meraba-raba atau menggosok telinganya, ini bukan bermakna telinganya ada masalah jangkitan ataupun sakit telinga. Sebaliknya, bayi dalam proses untuk mengenali anggota tubuhnya sendiri.
Bayi amat gemar menendang-nendang kakinya bagi menyampaikan maksud bahawa dia sedang teruja. Namun, ia juga mungkin bermakna dia tidak selesa dengan lampinnya. Jadi, ibu bapa periksalah lampin bayi anda!