Apabila bayi cirit birit, ia keadaan yang membimbangkan kerana boleh menyebabkan si manja dehidrasi. Jom ketahui petua hilangkan cirit-birit bayi melalui penyusuan dan pemakanan.

Cirit-birit adalah apabila keluar najis cair atau berair. Bagi sesetengah anak, ia adalah masalah ringan dan akan hilang dalam masa beberapa hari. Namun ada juga yang berlanjutan.

Bahagian Ubun-Ubun Bayi Tenggelam, Tanda Anak Alami Dehidrasi Akibat Cirit Birit

Jika itu situasinya ia akan menyebabkan si kecil kehilangan terlalu banyak cecair atau mengalami dehidrasi dan berasa lemah.

Dehidrasi kesan bayi cirit birit

Dehidrasi bermakna tubuh kehilangan terlalu banyak cecair – boleh terjadi kerana cirit-birit. Biasanya akan turut menyebabkan kehilangan 3% berat badan. Ia merupakan komplikasi cirit-birit yang tidak boleh dipandang ringan.

Berikut antara tanda dehidrasi disebabkan bayi cirit birit:

  • Air kencing berkurangan – tidak kencing lebih daripada 8 jam – berlaku pada awal dehidrasi. Warna air kencing gelap juga petanda anak dehidrasi
  • Lidah dan bahagian dalam mulut kering. Bibir yang kering bukan petanda khusus
  • Mata kering dan air mata berkurangan atau tiada
  • Bahagian ubun-ubun bayi tenggelam
  • Ujian isi semula darah perlahan – lebih daripada 2 minit. Mula -mula tekan ibu jari dan biarkan ia pucat, kemudian lepaskan. Kira tempoh masa yang diperlukan untuk kuku menjadi merah jambu semula
  • Si kecil lebih meragam dan kelihatan sakit

Petua hilangkan cirit-birit bayi & anak kecil

Matlamat utama merawat bayi cirit birit adalah untuk mengelakkan dehidrasi kesan daripada kehilangan terlalu banyak air dan mineral daripada tubuh.

Apabila keadaan itu berlaku, cecair tubuh mesti diganti. Ia boleh dilakukan dengan kerap memberikan anak cecair.

IKLAN

Anda juga boleh memberikan anak larutan rehidrasi oral (ORS) – campuran air bersih, garam dan gula. Tetapi pastikan anda bertanya kepada doktor terlebih dahulu.

Jika masalah cirit-birit yang dialami anak adalah jenis ringan, mereka boleh makan seperti biasa.

Jika menyusu badan:

  • Teruskan proses penyusuan susu badan, lakukan dengan lebih kerap
  • Jika cirit-birit teruk, berikan ORS antara sesi penyusuan
  • Apabila cirit-birit berkurangan, hentikan pemberian ORS dan teruskan penyusuan seperti biasa

Petua hilangkan cirit-birit bayi & anak kecil minum susu formula

  • Berikan jumlah cecair yang sedikit tetapi kerap, antara 30-60 mL setiap 30 minit dapat memperbaiki gejala. Mulakan dengan 1 sudu teh (5 mL) setiap 5 minit dan ditingkatkan jumlahnya secara beransur-ansur selagi boleh diterima anak
  • Terus memberikan susu formula seperti biasa. Jika cirit-birit teruk, berikan ORS antara sesi penyusuan
  • Jika selepas susu diberikan dan cirit-birit tidak sembuh, hentikan. Dalam sesetengah kes, susu boleh memburukkan lagi simptom. Cuba susu berasaskan soya
  • Jangan memberikan anak jus epal, soda atau minuman manis lain kerana ia hanya akan memburukkan cirit-birit
  • Jika bayi sihat selepas 24 jam, teruskan jadual penyusuan seperti biasa
    Sekiranya keadaan bayi menjadi lebih teruk, berikan cecair jernih sahaja

Tip atasi bayi cirit birit bagi yang telah mengambil makanan pejal

Perlu diingatkan bahawa cecair adalah lebih penting daripada makanan pejal ketika ini, maka tidak perlu tergesa-gesa untuk memberikan anak makan

Jangan paksa anak makan sekiranya mereka mengalami sakit perut atau kekejangan
bayi cirit birit

IKLAN

Jangan memberikan anak makan dalam jumlah yang banyak walaupun mereka lapar, kerana ia akan memburukkan keadaan. Tingkatkan jumlah makanan secara perlahan-lahan mengikut kesesuaian

Jika susu yang diberikan menyebabkan cirit-birit tidak hilang, hentikan susu. Cuba untuk berikan anak ORS

Untuk masalah cirit-birit teruk, berikan ORS antara sesi penyusuan

Sekiranya si kecil sihat selepas 24 jam, cuba berikan anak makanan pejal seperti bijirin, buah atau sayuran seperti pisang, lobak merah atau kentang dilenyekkan, roti bakar kering, sup dengan mi beras

Jangan berikan anak cirit-birit makanan tinggi lemak

Elakkan beri anak makanan tinggi gula seperti jus buah dan soda

IKLAN

Untuk bayi 4 bulan ke atas yang keadaannya lebih baik, anda boleh berikan mereka bijirin, kentang, pisang atau lobak merah dilenyekkan. Bayi setahun ke atas boleh diberikan kraker, roti putih, nasi atau makanan berkanji lain

Anda boleh teruskan diet normal anak dari masa ke masa jika keadaannya lebih baik
Jika keadaan anak semakin teruk selepas makan, kembali berikan cecair jernih

Elakkan daripada memberikan bayi atau si kecil minum minuman sukan atau tenaga.

Ini kerana ia mengandungi terlalu banyak gula dan tidak cukup elektrolit untuk memulihkan masalah dehidrasi yang dialami si kecil. Bahkan ia tidak sama dengan ORS.

Kesimpulannya

Masalah bayi cirit birit adalah perkara biasa untuk terjadi. Dalam kebanyakan kes ia akan hilang dengan sendiri serta tidak memerlukan rawatan

Anda boleh memastikan bayi selesa dan kekal terhidrat di rumah sehingga serangan cirit-birit hilang. Dalam kes yang jarang berlaku, cirit-birit mungkin akan berlanjutan lebih lama daripada biasa.

Sekiranya cirit-birit tidak hilang mahupun semakin teruk selepas tempoh 24 jam atau selepas mencuba petua hilangkan cirit-birit bayi, bawa anak untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

Bahagian Ubun-Ubun Bayi Tenggelam, Tanda Anak Alami Dehidrasi Akibat Cirit Birit

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI