“Kepentingan Bahasa Inggeris untuk dikuasai rakyat adalah demi menempatkan Malaysia sebagai negara maju berdasarkan bidang pendidikan, itu tak boleh dinafikan,” demikian ditegaskan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik ketika ditemubual oleh media.
Bahasa Inggeris diakui menjadi bahasa antarabangsa yang paling penting dikuasai oleh semua orang demi menempatkan diri dalam perkembangan dunia yang semakin maju.
Kementerian Pendidikan komited melakukan tranformasi sistem pendidikan negara dengan menerapkan elemen penting iaitu sistem pendidikan berteraskan teknologi dan penekanan berkaitan Bahasa Inggeris.
Menurut laporan dalam Sinar Harian, Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu menjadi fokus kementeriannya selaras dengan aspirasi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ads
Beliau percaya kebebasan memilih oleh ibu bapa dan murid-murid itu sendiri dan salah satu kalau kita perasan dalam pelan pendidikan negara ialah penekanan keperluan untuk menguasai pelbagai bahasa.
“Jadi kita melihat bukan isu Bahasa Inggeris sahaja tetapi isu untuk rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian bahasa dan etnik yang wujud sebagai kekuatan, contohnya kita nak wujudkan individu yang boleh berbahasa lebih daripada dua bahasa,” katanya ketika temuramah eksklusif bersama Sinar Harian.
Sistem Pendidikan Negara Finland Jadi Inspirasi
Ads
Selain itu, Maszlee berkata, antara usaha meringankan beban murid dan guru seperti manifesto sebelum PRU14 ialah melalui sistem pendidikan berteraskan teknologi.
Pendidikan awal kanak-kanak di Findland
Ahli Parlimen Simpang Renggam ini turut memberitahu dia sendiri turut terkesan dengan perkara itu dan ingin melihat bagaimana sistem pendidikan kebanyakan negara maju seperti Finland dapat diterapkan di negara ini.
“Mereka menjadikan umur awal persekolahan itu sebagai ‘formative years’ iaitu untuk membina sahsiah lebih daripada dibebankan dengan peperiksaan atau buku-buku yang banyak.
Ads
“Kita mahukan sistem pendidikan awal itu lebih kepada konsep mengumpul maklumat, berfikir secara kritikal dan mengkaji untuk mewujudkan manusiawi dalam diri mereka.
“Sebab itu saya melihat kita akan cuba wujudkan budaya pendidikan bersifat kepada tiga elemen iaitu kegembiraan, kasih sayang dan saling hormat menghormati,” katanya.
Peluang menghabiskan masa dengan anak merupakan momen paling membahagiakan setiap ibu bapa. Tak kira apa jenis aktiviti yang dilakukan asalkan dapat buat bersama anak sudah tentu ia memberikan kenangan manis yang pasti akan diingati anak sampai bila-bila.
Mencipta momen ikatan atau lebih popular disebut bonding time bersama merupakan salah satu perkara penting untuk perkembangan positif kanak-kanak.
Terpulang apa juga cara masing-masing untuk mencipta bonding time dengan anak kerana apa yang penting memori yang tercipta bersama itu lebih bermakna kepada si manja.
Pelakon Shakilla Khoriri yang sememangnya terkenal gemar melakukan aktiviti lasak outdoor baru-baru ini ada memuat naik video dia membawa anaknya Ameena pergi berkhemah.
Menarik sungguh tapak perkhemahan dua beranak ini dan lebih menarik perhatian apabila melihat kelengkapan khemah Shakilla yang sangat selesa dan lengkap.
Ramai pengikut Instagram pelakon drama Bisik-Bisik Gelora ini kagum dengan semangat kental dan berdikari Shakilla yang hebat membawa anak kecil sendirian berkhemah dan memasang sendiri peralatan khemah dengan sempurna.
Secara tidak langsung ramai yang terinspirasi dan ingin mencontohi semangat kental Shakilla menghabiskan masa bersama anak dengan aktiviti yang bermanfaat.
Selain daripada ramai yang memuji dan kagum cara Shakilla mengajar anaknya melakukan aktiviti outdoor, dia turut memberitahu ada juga netizen yang menuduh caranya itu merisikokan anak kepada bahaya.
Kepada yang kata saya risikokan anak saya dengan buat aktiviti itu ini. Saya takde kata-kata untuk yang itu. Saya tahu apa yang selamat dan tidak untuk anak dan juga diri sendiri.
Setakat ini Alhamdulillah setiap yang saya buat Allah permudahkan dan saya dapat rasa yang Allah sentiasa dekat dan ada jaga kami berdua setiap masa. Yakin dan jalan terus.
Yang dok teragak-agak nak buat sesuatu tu yang kadang parah. Rugi. Buang masa. Membunuh waktu emas dengan orang yang kita sayang. Menyesal hujung tak guna dah. Paham dak ?
Bagaimanapun dalam masa yang sama, sebagai ibu tunggal, Shakilla sangat menghargai peminat yang sentiasa mengambil berat tentang keadaan dirinya dan Ameena.
Baginya setiap kata-kata semangat yang diberikan memang amat dihargai kerana ia benda yang sangat diperlukan buat masa sekarang.
Ada juga yang bagi kata-kata semangat di mana saya teramat memerlukan semua tu sekarang.
Hidup kita ni kadang dengan kata-kata boleh jadikan diri kita lebih dari apa yang kita fikir kita mampu.
Dengan hanya kata-kata juga mampu menjatuhkan kita. Punya hebat KATA-KATA dari mulut manusia ni. Apa pun yang baik dan logik saya terima je sebab saya manusia. Ada kesalahan dan kesilapan yang mungkin tak nampak. Yang tak berapa baik saya abaikan. Saya anggap macam hama yang terbang lalu.
Sebenarnya cara Shakilla membawa anaknya membuat aktiviti luar rumah sangat bagus untuk perkembangan fizikal, emosional dan memupuk sikap sayangkan alam sekitar dan bertanggungjawab dalam diri si kecil. Syabas Shakilla!
Dekat mana nak simpan duit raya anak-anak? Ada yang memilih untuk menyimpan di ASB namun ada pula yang memilih untuk ke Tabung Haji dan sebagainya.
Tak perlu ke bank, tip langkah demi langkah secara atas talian yang dikongsikan oleh ibu ini, Shahada Fauzi memang membantu. Senang!
Alhamdulillah. Tertunai dah hajat Ummi nak buka akaun Tabung Haji untuk 2 lagi ketul anak (budak Ali & baby Umar). Kejap je proses nya. Ummi dah buat permohonon awal-awal kat apps THiJARI minggu lepas lagi. Mudah kan?
Lepas apply dalam 30 hari kena pergi bank untuk aktifkan akaun. Minggu ni baru free nak pergi bank settlekan urusan buka akaun depa tu. Kena bagi salinan ic ibu/bapa dengan surat beranak anak-anak dan masukkan deposit. Pastu akaun pun aktif.
Tak sampai 5 minit urusan kat kaunter dah siap semua. Sekarang dah takde buku lagi. Pegawai bank tu kata nanti tengok dalam THiJARI senarai akaun bank anak-anak yang daftar tadi tu.
Ni sementara tunggu abah depa renew lesen memandu, ummi check kat apps THiJARI. Ehhh..dah ada dah akaun depa berdua. Pantas.
Bertambah lagi 2 akaun anak-anak. Maknanya ada 5 akaun yang ummi abah kena rajin menabung untuk masa depan depa. Semoga Allah sentiasa kurniakan rezeki yang berkat melimpah ruah tak putus-putus untuk kami. InsyaAllah.
Ini salah satu inisiatif kami untuk simpanan anak-anak. Untuk pendidikan depa. Selain tu nanti dah cukup syarat boleh apply untuk daftar haji pulak.
Ummi update sikit info bagi yang DAH ADA akaun Tabung Haji dan nak aktifkan apps THiJARI. 1. Download apps THiJARI kat apps store 2. Klik link kat Pengguna Kali Pertama 3. Akan link ke www.thijari.com.my dan klik button DAFTAR 4. Masukkan nombor IC dan akaun bank TH 5. Isi kan maklumat yang di minta (ID Pengguna dan Password) 6. Siap! Boleh guna dah.
Untuk akaun kanak-kanak ni, senarai akaun anak-anak akan ada dah dalam tu kalau masa kita buka akaun untuk depa kita adalah Penjaga 1. Boleh check kat menu bahagian Ringkasan Akaun. Bawah akaun dewasa (akaun kita) tersenarai semua akaun anak-anak.
Nak buka akaun untuk anak, mak/ayah kena ada akaun Tabung Haji tau. WAJIB ADA. Kalau belum ada, silalah buka ya. Tak rugi pun. Akaun anak-anak selagi belum umur 18 tahun, memang kena daftar under parents walaupun akaun nama depa sendiri. Parents adalah sebagai pemegang amanah.
Untuk memudahkan urusan, jika parents dah ada akaun boleh aktifkan apps THiJARI dan apply dulu untuk buka akaun anak-anak kat THiJARI. Umur anak seawal 1 bulan dah boleh buka akaun Tabung Haji kalau dah ada surat beranak.
Cara apply kat THiJARI : 1. Klik kat bahagian menu Pembukaan Akaun Kanak-Kanak. 2. Isi je semua maklumat sampai selesai. 3. Nanti pergi je kat bank untuk aktifkan. Bawa IC penjaga dan surat beranak anak (salinan dan yang asal). DEPOSIT sekurang-kurangnya RM2. Yup. RM2 je dah boleh buka akaun tau. Tapi seeloknya letak la RM10. Sangat la memudahkan pada yang kurang berkemampuan nak masukkan deposit ratus-ratus. 4. Serah semua kat kaunter. Nanti pegawai bank buatkan dan bagi slip nombor akaun. Alhamdulillah. Anak dah ada akaun bank Tabung Haji.
Kalau untuk menyimpan ni, ummi dah link kan akaun Tabung Haji anak-anak dengan akaun Maybank ummi. Masuk je upah kerja menulis atau design, ummi ‘tarik’ transfer kat akaun anak-anak sorang sikit. Nanti claim kat pak depa separuh. Kena sama-sama menyimpan kan?
Untuk link akaun Tabung Haji dengan akaun Maybank, ada 2 cara.
Cara pertama, kena pergi ke mesin ATM Maybank. 1. Masukkan kad atm Maybank dan key in nombor pin. 2. Pilih ‘Tabung Haji’ kat menu. 3. Tekan pada menu ‘Daftar Akaun TH ke ATM Kad'(akaun sendiri)/’Daftar Akaun Kanak-kanak TH ke ATM Kad’ (akaun anak-anak) 4. Masukkan nombor akaun TH (15-digit). 5. Klik ‘YA’. Selesai. 6. Ulang buat untuk semua akaun anak-anak.
Cara kedua, buat secara online di website maybank2u. 1. Layari www.maybank2u.com.my 2. Klik menu bahagian ‘Apply’ 3. Cari menu bahagian ‘Services’ 4. Skrol sampai jumpa ‘Link Tabung Haji Account’ dan klik ‘apply now’ 5. Isi semua maklumat (Nombor akaun Tabung Haji dan IC). Klik ‘confirm’. Siap! 6. Boleh ulang untuk semua akaun anak-anak.
Untuk bank lain, ummi tak berapa pasti. Tapi mungkin lebih kurang sama je cara dia. Cuba check dulu okay! Bank yang boleh link : Maybank, CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat, Ambank
Senang kan sekarang ni? Takda alasan lagi tak boleh menyimpan untuk anak-anak. Selamat menabung!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Antara masalah sering dihadapi para ibu bapa ialah anak kencing atas tilam. Kadang-kadang bukan bayi sahaja yang ‘terlepas’ tetapi anak yang dah besar pun boleh terkencing atas tilam.
Ada yang tanya macam mana kalau anak kencing atas tilam, sofa, kusyen kereta, karpet dan seangkatannya. Ikuti perkongsian Puan Zuraila Mohd Noor. Yang pasti jangan ambil ringan bab ni.
Yang ni kita sedia maklum kebanyakkan jenis menyerap air bukan macam lantai rumah. Konsep nak membersihkan masih sama,
1. Hilangkan ain najis. Fizikal najis yang kita nampak atau bau atau rasa.
2. Lalukan air ke atas kesan najis. Air mutlak ya jangan pula campurkan air dengan softener, sabun atau sebagainya.
Kena sedia kan bahan untuk hilangkan ain najis sama ada tisu, kain, vacum atau apa saja. Yang paling senang kita nak capai selalunya tisu atau kain kan.
Ambil tisu lap air kencing anak. Selagi tisu basah selagi itu maknanya ada najis. Lap lagi ulang banyak kali sampai kita rasa tisu atau kain yang kita gunakan dah tak basah dengan najis.
Bila dah yakin ambil air lalukan atau curahkan atau jiruskan ke atas tempat yang anak kencing tadi. Kalau jenis tilam atau sofa atau kusyen kereta jenis tak menyerap air boleh ambil satu bekas letak dibawah untuk menadah air yang akan menitik.
Kalau jenis yang memerangkap air tak apa biarkan air terperangkap dibahagian dalam yang penting permukaan dikira suci dan bersih dan bebas najis. Sebab kita tak pikul tilam atas belakang bila nak solat.
Bukan lah tak boleh nak gunakan sabun masa mencuci. Boleh bagi nak hilangkan jika ada bau. Tapi jangan campurkan sekali dengan air sebab syarat nak mensucikan najis ialah air suci lagi menyucikan.
Cara salah yang biasa orang buat,
Anak kencing atas tilam terus keringkan dan semburkan pewangi untuk hilangkan bau.
Anak kencing atas tilam terus curahkan air ke atas nya tanpa hilangkan ain najis dahulu.
Anak kencing atas tilam dibiarkan kering tanpa dicuci.
Anak kencing atas tilam bawa tilam jemur tengah panas tanpa cuci.
Bila ambil wudhuk tangan terpegang tilam yang bernajis dan bawa najis ke dalam solat.
Bila travel selesai ambil wudhuk terpegang kusyen kereta bernajis dan bawa najis ke dalam solat.
Bila ambil wudhuk terpijak karpet yang ada najis dan bawa najis ke dalam solat.
Ada yang cakap,
” Kalau saya angkat saja terus masuk bilik air cuci. ”
Ya. Terpulang atas diri sendiri. Tapi keadaan setiap orang tak sama. Ada orang ada punca air yang terhad. Ada orang duduk rumah tinggi tak ada halaman. Ada orang duduk rumah kos rendah yang bilik air cuma muat badan sendiri saja. Islam sediakan solusi yang sesuai dengan semua orang.
” Saya basuh ulang tiga kali. Lagi suci lagi menyucikan. ”
Ya. Juga terpulang kepada diri sendiri. Kalau ain najis dah dihilangkan dengan sekali ia dah dikira suci. Kalau ain najis belum hilang dengan sekali boleh ulang sehingga ain najis hilang. Kalau nak ulang sampai sepuluh kali pun tak ada masalah tapi membawa kepada pembaziran pula.
Dalam hal ini, Imam Al Nawawi telah menukilkan pendapat Imam Syafie bahawa,
Sekiranya dipanaskan sekeping besi dan kemudian besi tersebut disiram dengan racun (najis) atau dibasuh dengannya. Dan kemudian, najis tersebut telah meresap masuk ke dalam besi tersebut. Kemudian, besi tersebut dibasuh dengan air, maka ia kembali menjadi suci kerana kesucian itu adalah berdasarkan apa yang zahir (dilihat) dan bukannya pada apa yang ada di dalam rongga (tidak nampak).
Islam itu mudah jangan disusahkan dan jangan pula dipermudah-mudahkan.