Antara masalah sering dihadapi para ibu bapa ialah anak kencing atas tilam. Kadang-kadang bukan bayi sahaja yang ‘terlepas’ tetapi anak yang dah besar pun boleh terkencing atas tilam.
Ada yang tanya macam mana kalau anak kencing atas tilam, sofa, kusyen kereta, karpet dan seangkatannya. Ikuti perkongsian Puan Zuraila Mohd Noor. Yang pasti jangan ambil ringan bab ni.
Yang ni kita sedia maklum kebanyakkan jenis menyerap air bukan macam lantai rumah. Konsep nak membersihkan masih sama,
1. Hilangkan ain najis. Fizikal najis yang kita nampak atau bau atau rasa.
2. Lalukan air ke atas kesan najis. Air mutlak ya jangan pula campurkan air dengan softener, sabun atau sebagainya.
Kena sedia kan bahan untuk hilangkan ain najis sama ada tisu, kain, vacum atau apa saja. Yang paling senang kita nak capai selalunya tisu atau kain kan.
Ambil tisu lap air kencing anak. Selagi tisu basah selagi itu maknanya ada najis. Lap lagi ulang banyak kali sampai kita rasa tisu atau kain yang kita gunakan dah tak basah dengan najis.
Bila dah yakin ambil air lalukan atau curahkan atau jiruskan ke atas tempat yang anak kencing tadi. Kalau jenis tilam atau sofa atau kusyen kereta jenis tak menyerap air boleh ambil satu bekas letak dibawah untuk menadah air yang akan menitik.
Kalau jenis yang memerangkap air tak apa biarkan air terperangkap dibahagian dalam yang penting permukaan dikira suci dan bersih dan bebas najis. Sebab kita tak pikul tilam atas belakang bila nak solat.
Bukan lah tak boleh nak gunakan sabun masa mencuci. Boleh bagi nak hilangkan jika ada bau. Tapi jangan campurkan sekali dengan air sebab syarat nak mensucikan najis ialah air suci lagi menyucikan.
Ads
Cara salah yang biasa orang buat,
Anak kencing atas tilam terus keringkan dan semburkan pewangi untuk hilangkan bau.
Anak kencing atas tilam terus curahkan air ke atas nya tanpa hilangkan ain najis dahulu.
Anak kencing atas tilam dibiarkan kering tanpa dicuci.
Anak kencing atas tilam bawa tilam jemur tengah panas tanpa cuci.
Bila ambil wudhuk tangan terpegang tilam yang bernajis dan bawa najis ke dalam solat.
Ads
Bila travel selesai ambil wudhuk terpegang kusyen kereta bernajis dan bawa najis ke dalam solat.
Bila ambil wudhuk terpijak karpet yang ada najis dan bawa najis ke dalam solat.
Ada yang cakap,
” Kalau saya angkat saja terus masuk bilik air cuci. ”
Ya. Terpulang atas diri sendiri. Tapi keadaan setiap orang tak sama. Ada orang ada punca air yang terhad. Ada orang duduk rumah tinggi tak ada halaman. Ada orang duduk rumah kos rendah yang bilik air cuma muat badan sendiri saja. Islam sediakan solusi yang sesuai dengan semua orang.
” Saya basuh ulang tiga kali. Lagi suci lagi menyucikan. ”
Ya. Juga terpulang kepada diri sendiri. Kalau ain najis dah dihilangkan dengan sekali ia dah dikira suci. Kalau ain najis belum hilang dengan sekali boleh ulang sehingga ain najis hilang. Kalau nak ulang sampai sepuluh kali pun tak ada masalah tapi membawa kepada pembaziran pula.
Ads
Dalam hal ini, Imam Al Nawawi telah menukilkan pendapat Imam Syafie bahawa,
Sekiranya dipanaskan sekeping besi dan kemudian besi tersebut disiram dengan racun (najis) atau dibasuh dengannya. Dan kemudian, najis tersebut telah meresap masuk ke dalam besi tersebut. Kemudian, besi tersebut dibasuh dengan air, maka ia kembali menjadi suci kerana kesucian itu adalah berdasarkan apa yang zahir (dilihat) dan bukannya pada apa yang ada di dalam rongga (tidak nampak).
Islam itu mudah jangan disusahkan dan jangan pula dipermudah-mudahkan.
Bila sudah ada anak kecil, makan di restoran pastinya tak seselesa dahulu. Anak berlari-lari dan bermain di meja serta tidak mahu duduk diam adalah perkara biasa. Rimas dengan situasi ini, mama papa mulalah ambil jalan singkat untuk memberikan gajet. Tapi itukah jalan terbaik?
Sebenarnya jika anda punya pilihan lain ada baiknya anda jadikan gajet sebagai pilihan terakhir. Atau ada baiknya elakkan langsung gajet ni. Banyak kesannya pada anak kecil kita.
Perkongsian Dr Ain Zul yang menyediakan Restaurant Kit untuk anaknya Aileen ni memang cute. Kita pun boleh ikut cara doktor muda ni. Bolehlah anak main masak-masak dan buat bisnes sebelah meja.
Kalau kami keluar makan kat kedai, kami wajib ada ‘restaurant kit’ untuk aileen. Gadget benda yang kira haram time makan untuk kami berdua.
Okey, actually kit ni simple aje, yang penting
– Senang bawak ke mana-mana
– Guna barang tak besar
– Muat masuk beg anak atau handbag mak
Dalam kit tu, parents boleh letak mainan ikut umur anak, macam aileen umur 2-3 tahun, mummy letak: 1. Small blocks/legos 2. Shape sorters 3. Flash cards 4. Crayons/pensel warna 5. Colouring books 6. Stickers
Kenapa mummy buat kit ni, sebab kadang-kadang kat kedai tu, tunggu makanan ada cepat sampai, ada setengah jam pun belum tentu sampai kan.
So boleh la bagi anak kecik yang tengah buas time umur-umur camni, takkan nak expect deme duk diam kat baby chair. Confirmlah tak boleh. Dah budak memang keje dorang nak explore kan.
Tapi kebiasaannya parents bagi henset, gadget untuk tarik perhatian anak, tak nak anak menangis, nak suruh anak duduk diam.
Its all up to you parents. Tapi kena tahu tau, gadget memang dah ada fakta and terbukti membuatkan peratus meningkatkan speech delay, lack social skill, eyes problem dan sebagainya.
InsyaAllah, belum terlambat nak attract attention anak kita pada benda-benda lain selain gadget ni.
Kena ingat anak kecil kita tak pernah bosan pun main benda sesimple mana ?
Benda tu jadik lagi besttt kalau mak ayah main sekali ?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang tempoh anak nak membesar, kanak-kanak akan mudah mendapat penyakit seperti selesema dan demam. Ini kerana tubuh mereka lebih mudah terdedah dengan kuman atau penyakit.
Disebabkan hal ini, ada ibu bapa yang risau kerana demam yang berlanjutan juga sangat berbahaya kerana boleh dikaitkan dengan masalah lain. Melalui perkongsian dari Ummi Kalsum ibu boleh mencuba tip dengan merebus telur ayam untuk mengurangkan suhu panas anak. Tak salah pun ikhtiar selain makan ubat.
REBUS TELUR AYAM
Rebuskan 2 biji telur ayam. Rebuskan lama sedikit sehingga menjadi telur keras. Kalau separuh masak, anda sukar menggolekkan pada badan anak kerana terlalu lembek.
Beginilah rupa telur ayam yang telah direbus sempurna.
BUNGKUSKAN TELUR
Cari kain yang sesuai untuk membungkus telur yang masih panas tadi. Paling senang, gunakan kain lampin.
Kalau telur masih panas, pastikan balut telur tu tebal sedikit ya!
GOLEKKAN PADA SELURUH BADAN DAN KEPALA
Apabila menjadi seperti bunjut, anda bolehlah menggolekkan pada seluruh badan anak. Jangan lupa golekkan juga pada bahagian kepala dan kaki.Golekkan sehingga telur menjadi suam, sekitar 30 minit.
PERHATIKAN HASILNYA
Setelah hampir setengah jam, anda akan mendapati telur menjadi menggerutu. Untuk melihat kesan yang lebih nyata, pecahkan putih telur dan perhatikan kuning telur seperti dalam gambar.
ULANG LANGKAH DENGAN TELUR KEDUA
Ulang semula langkah yang sama seperti telur pertama tadi. Anda akan mendapati telur yang kedua akan kurang menggerutu.
MUDAH, BUKAN?
Hanya dengan 2 biji telur, suhu badan telah turun dan anak mulai cergas. Syukurlah.
Bagi ibu-ibu, jika anak masih belum sembuh bolehlah rawat anak demam dengan melakukan teknik di atas sebanyak 3 kali sehari. Dalam masa yang sama, pastikan anak kerap dimandikan dan meminum air secukupnya. Memang normal kalau mereka kurang berselera semasa demam.
Bab nak mengutip barang-barang kecil di rumah biasanya ibu akan ambil peranan. Bukan apa, risau jika ada anak kecil, silap haribulan anak akan masuk dalam mulut dan mungkin boleh jadi perkara luar jangkaan pula.
Lagi satu, bila diberitahu pada suami atau anak-anak simpan di tempat tinggi dan selamat, kadang tetap juga tercicir di merata tempat. Jadi nak mengelakkan ibu asyik membebel benda yang sama dan secara tak langsung boleh disiplinkan ahli keluarga, idea dikongsikan oleh Puan Khulailah Musa ini bagus.
Menurutnya, cara penyimpanan ni, sangat membantu menyelamatkan dari asyik membebel. Bila dah praktik macam ni, hati pun rasa tenang.
Antara kelebihannya:
#senang nak cari #tak berhabuk # jika terjumpa dalam bilik anak / ruang tamu, kutip semua masuk bekas transit, dan throw balik dalam drawer masing. setiap benda ada rumah #senang nak check stok apa yang tak ada, seperti gam, ubat gigi, bateri #mengurangkan pertanyaan ayahnya dan anak-anak kat mana barang..Benda-benda kecil ni penat nak menjawab kat mana letaknya.. # latih suami dan anak-anak ambil sendiri dan letak balik selepas guna. #tahu apa yang hilang/ atau bila ada orang guna..Seperti sepit kuku, gunting
Senarai barang setakat ni:-
1. Kad waranti
2. Rekod perubatan
3. Bateri
4. Jam tangan
5. Stok alat tulis [pen, pensil, klip, pembaris, pemadam, sharpener]
-dulu letak dalam bilik study anak-anak tapi selalu anak-anak ambil guna ikut suka.
6. Gam/gunting, nota pelekat
7. Selotape pelbagai jenis
8. Cermin mata
9. Stok ubat minum
10. Stok ubat luaran
11.Resit harian [bila tukar handbag, campak je dalam ni, nanti hujung bulan baru masuk rekod]
12. Barang Suami [transit barang-barang suami yang dijumpai, nanti dia tahu nak ambil mana seperti, resit company, kunci pejabat & lain-lain]
13. Stok toiletries – sabun buku, ubat gigi, berus gigi,
14. Pin tudung
15. Elektronik – wayar charger, earphone, telefon, mouse.
16. SPECIAL – ubat ezcema anak
KENAPA SAYA banyak guna stackable drawers:
1. Boleh pindahkan ikut ruang yang kita ada dan boleh ubah kedudukan drawer.
Boleh pindahkan masuk bilik anak, atau letak kat ruang laundry. Saya juga guna stackable drawer dalam kabinet baju untuk simpan INNER SKAF, underware, stokin tangan, stokin, bra.
2. Bila nak pindah rumah, boleh angkat macam tu sahaja. Tak perlu kalut cari barang. Hanya perlu selotape drawer supaya tak terkeluar.
Owh, harga dia mungkin mahal sikit tapi berbaloi. (Boleh beli di shopee . Search “stackable drawers”)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rumah bersepah sering menjadi topik perbualan yang mencetuskan pelbagai pandangan. Ada yang merasa ia perkara biasa, sementara yang lain menganggapnya sebagai tanda gangguan tertentu.