Sebagai ibu bapa, rasa nak lindungi anak tu memang fitrah. Lagi-lagi bila nampak anak jatuh, menangis, atau struggle buat sesuatu, hati terus jadi tak tenang. Tangan ni automatik nak bantu, nak selesaikan semua untuk dia. Kita rasa itu tanda kasih sayang.
Tapi… pernah tak terfikir, terlalu cepat membantu sebenarnya boleh “melemahkan” anak kita tanpa kita sedar?
Dalam dunia keibubapaan hari ini, ada satu istilah yang semakin banyak diperkatakan iaitu helicopter parents. Nampak macam prihatin, tapi hakikatnya boleh memberi kesan jangka panjang pada perkembangan anak.
Menurut Occupational Therapy, Pn Siti Aisyah Rozalli, situasi sebegini tanpa sedar kita sedang ambil peluang anak untuk belajar berdikari walaupun hanya sekadar niat membantu anak.
Bahaya Helicopter Parents Dalam Keibubapaan
Bahaya kalau jadi helicopter parents. Helicopter parents ni adalah parents yang sentiasa “buatkan” atau “selesaikan” masalah anak sebelum anak tu usaha selesaikan sendiri.
Contoh Situasi Yang Selalu Berlaku
1. Anak jatuh basikal, kita cepat-cepat tolong dia tanpa bagi peluang dia cuba bangun sendiri dulu.
2. Anak terkial pakai kasut, kita cepat-cepat pergi tolong.
3. Anak tak boleh buat homework, kita buatkan / message cikgu excuse kan anak kita tak boleh siapkan homework.
Ads
4. Cikgu complain anak kita ada buat salah kat sekolah, anak kita sedih, kita terus marah cikgu / pujuk anak dengan kata dia tak salah tanpa check dulu anak kita sebenarnya ada buat salah ke tak / ada peraturan sekolah yang dia tak faham ke apa.
5. Anak bergaduh adik-beradik, kita leraikan setiap kali tanpa bagi peluang mereka selesaikan, dan tanpa ada waktu ajar mereka cara selesaikan konflik.
Kesan Jangka Panjang Kepada Anak
Helicopter parents akan buatkan anak kurang problem solving skills yang boleh membawa sampai besar.
Anak-anak yang ada helicopter parents & sentiasa:
Ads
1. diselesaikan masalahnya,
2. diberikan excuse dari menghadapi masalahnya,
3. diberikan perlindungan dari jumpa pun sebarang masalah,
Dan mereka akan hadapi kesukaran untuk berfikir, buat keputusan dan seterusnya selesaikan masalahnya dengan baik.
Mereka juga mungkin membesar dengan keyakinan diri yang rendah kerana tidak pernah diberi peluang untuk mencuba sendiri. Setiap cabaran akan dirasakan besar kerana mereka tidak biasa menghadapinya secara berdikari.
Ads
Jadi, Apa Yang Ibu Bapa Boleh Buat?
So, nak buat apa?
Bagi ruang untuk anak selesaikan sendiri masalah dia as long as masalah tu tak life threatening.
Kadang-kadang, kita terlalu takut anak jatuh sampai kita lupa tapi tahu tak jatuh itu sebahagian dari proses belajar. Anak yang pernah cuba sendiri, walaupun lambat, walaupun salah, sebenarnya sedang membina keyakinan diri.
Kita masih boleh memantau, memberi sokongan dan berada dekat dengan mereka. Tetapi elakkan daripada terus mengambil alih setiap situasi. Beri mereka masa untuk berfikir, mencuba, dan belajar dari kesilapan.
Tak salah untuk bantu. Tapi jangan sampai semua benda kita ambil alih. Anak bukan perlukan ibu bapa yang sempurna. Anak perlukan ibu bapa yang percaya pada kemampuan mereka.
Biarkan mereka cuba. Biarkan mereka belajar. Dan bila mereka berjaya bangun sendiri, di situlah kita akan nampak anak kita sebenarnya lebih kuat daripada yang kita sangka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah menyedari bahaya sekiranya anak-anak terdedah secara berlebihan pada skrin gajet. Jika anak-anak minta untuk ‘pinjam sebentar’ pun, banyak syarat yang kita kenakan. Bimbang anak-anak terlalu obses dengan gajet. Namun, pernahkah anda terfikir jumlah masa yang anda habiskan memegang peranti turut mempengaruhi perkembangan anak serta hubungan anda dengan mereka?
Kadang-kadang, kita sendiri alpa tentang hal ini. Kita merasakan yang kita sudah cukup baik apabila sentiasa ada dengan anak-anak. Tetapi menurut pakar, kehadiran kita di sisi mereka tidak banyak melibatkan perkongsian emosi. Ibu ayah ada dengan anak-anak, tetapi tangan pegang telefon.
Penggunaan telefon ketika bersama anak-anak akan menyebabkan pengasuhan terganggu. Hal ini disebut sebagai ‘penggunaan teknologi berlebihan menggunakan telefon bimbit atau tablet di hadapan anak-anak’ dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh Michigan State University.
#1 Anak Mula Rasa Tak Penting Pada Ibu Ayah
Penggunaan telefon pintar anda tidak disedari oleh anak-anak. Pada tahun 2015, tinjauan global terhadap 6,000 kanak-kanak berusia 8 hingga 13 tahun oleh AVG Technologies mendapati bahawa 52% kanak-kanak berpendapat ibu bapa mereka menghabiskan terlalu banyak masa di telefon bimbit mereka. Tiga puluh dua peratus daripadanya merasa tidak penting setiap kali ibu bapa mereka menggunakan telefon mereka pada waktu makan, perbualan, ketika menonton televisyen, dan bermain di luar.
#2 Mengganggu Perkembangan Otak Bayi
Pada tahun 2016, sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Translational Psychiatry mencadangkan bahawa pengasuhan yang terganggu dapat mempengaruhi perkembangan otak bayi.
Walaupun para penyelidik menguji eksperimen pada tikus, mereka mendapati bahawa seekor tikus yang mendapat perhatian yang terganggu dari ibunya makan dan bermain lebih sedikit dibandingkan dengan tikus yang tumbuh dalam suasana yang ideal dengan sarang yang selesa.
Menurut kajian itu, kurangnya perhatian yang konsisten, berulang-ulang, dan boleh dipercayai dapat mempengaruhi kemampuan tikus untuk mengembangkan hubungan emosi yang tepat untuk membantu memahami kesenangan itu. Ini dapat menggambarkan keperluan bayi manusia untuk hubungan emosi pada peringkat awal hidupnya.
“Ketika bayi berusia beberapa hari, minggu, dan bulan, menjadi sangat tidak selesa apabila selalu diperlukan untuk perawatan langsung dan perhatian yang tulus. Namun inilah yang sebenarnya diperlukan bayi untuk kehidupan yang memuaskan, berjaya, dan memuaskan secara emosi, ”kata Lisa Rafel, Gary Malkin, dan David Surrenda, Ph.D., pengarang Safe in the Arms of Love, Deepening the Essential Bond with Your Baby di blog mereka.
#3 Tak Dapat Belajar Perkataan Baru
Berbual antara anak-anak kecil dan ibu ayah sangat penting dalam mengembangkan kemahiran bahasa dan komunikasi yang kuat. Tetapi jika perbualan anda selalu terganggu oleh sebarang gajet – anda berhenti untuk membalas mesej dan sebagainya – ini boleh mempengaruhi perkembangan kognitif anak anda.
Satu kajian baru-baru ini yang diterbitkan dalam jurnal Developmental Psychology mendapati bahawa kanak-kanak lebih cenderung mempelajari kata-kata yang dipelajarinya dalam keadaan yang tidak terganggu. Gangguan seperti panggilan telefon atau ibu ayah yang membalas mesej walaupun sebentar akan memberi kesan kepada proses pembelajaran mereka. Para penyelidik mencadangkan agar kanak-kanak belajar dengan baik semasa mereka berinteraksi secara langsung dengan ibu bapa yang menjaganya.
“Kanak-kanak tidak dapat belajar ketika kita memilih untuk bercakap atau melihat telefon bimbit ketika bersama mereka,” kata psikologi Kathy Hirsh-Pasek dalam wawancara dengan The Atlantic.
Dari dulu lagi orang tua-tua selalu cakap anak yang tak duduk diam ni tandanya budak bijak! Jadi sebagai ibu bapa, jangan tegah anak untuk aktif bermain, berlari, melompat dan memanjat.
Sediakan ruang untuk anak bermain supaya mereka dapat menyalurkan tenaga di tempat yang betul dan bukan tak duduk diam di kawasan yang tak sepatutnya.
Cara yang dibuat oleh seorang ibu, Puan Nurul Shida Saari, bukan sekadar melalui teori daripada pembacaannya tetapi direalisasikan demi memastikan anak-anaknya dapat bereksplorasi serta menikmati zaman kanak-kanak penuh keseronokan.
Mengikut kajian oleh Chaddock et al. (2014) yang diterbitkan dalam Journal Frontiers of Human Neuroscience, kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan fizikal yang tinggi cenderung memilki otak yang sihat & cerdas.
Dipercayai juga bahawa aktiviti fizikal mampu meningkatkan “grey matters” di dalam otak di mana ianya mampu meningkatkan memori & kebijaksanaan.
Ini adalah salah satu kajian dari banyak lagi kajian yang telah dibuat bagi mengaitkan kecerdasan fizikal & kecerdasan otak kanak-kanak (fit kids = fit brains).
Sebagai scientist & researcher, saya memang suka baca article journal (sudah jadi habit). Tapi, sebagai seorang ibu, saya banyak gunakan “instinct” yang Allah kurniakan untuk mendidik anak-anak, provided ianya tidak melanggar hukum Allah & selari dengan suruhanNya.
Pernah dengar orang tua-tua berpesan yang budak yang tidak duduk diam ni anak yang bijak? Ya, orang tua-tua zaman dahulu sudah maju dalam menganalisis & berhipotesis berdasarkan pemerhatian.
Cumanya tidak dibukukan atau dijadikan artikel saja, jika tak, dah lama nenek moyang kita akan di “qouted” dalam penulisan & modul-modul perkembangan awal kanak-kanak.
Fitrah kanak-kanak adalah bermain, bergerak & tidak duduk diam. Mereka banyak tenaga, jadi dengan tidak duduk diam (lazim dilabelkan “buas/nakal”), tenaga yang banyak tu dapat dikeluarkan.
Jadi, sebagai ibu bapa, apakah peranan kita? Sepatutnya, kita bantu mereka salurkan tenaga mereka yang banyak tu ke arah yang lebih bermanfaat. Contohnya, sediakan ruang mereka untuk melompat, memanjat, bergayut, berlari dan sebagainya.
Beruntung jika rumah ada halaman atau ada ruang untuk beraktiviti diluar. Tapi, kalau rumah apartment seperti rumah kami yang tidak mempunyai halaman, adakah aktiviti fizikal anak-anak akan terbatas?
Jadi, disinilah peranan ibubapa untuk mewujudkan ruang untuk anak-anak supaya dapat beraktiviti fizikal biarpun ruang rumah yang sempit.
Kalau kawan-kawan masih ingat, kami pernah sediakan ruang memanjat & pull-up bar untuk harraz bergayut; tapi sekarang kami dah mampu sediakan “hallway monkey bar” untuk kami sekeluarga bergayut.
Alhamdulillah, berbekalkan modal RM100+, papa harraz DIY hallway monkey bar ni. Mulanya, mama teringin nak DIY brachiation bar, tapi memandangkan ruang rumah kami yang sempit, jadi papa pun usulkan idea ni.
Yang penting jimat ruang & kami sekeluarga dapat memanfaatkan sepenuhnya monkey bar ni (mama pun dipaksa bergayut).
Fit kids = fit brains!Mengikut kajian oleh Chaddock et al. (2014) yang diterbitkan dalam Journal Frontiers of Human Neuroscience, kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan fizikal yang tinggi cenderung memilki otak yang sihat & cerdas. Dipercayai juga bahawa aktiviti fizikal mampu meningkatkan "grey matters" di dalam otak dimana ianya mampu meningkatkan memori & kebijaksanaan.Ini adalah salah satu kajian dari banyak lagi kajian yang telah dibuat bagi mengaitkan kecerdasan fizikal & kecerdasan otak kanak-kanak (fit kids = fit brains). Sebagai scientist & researcher, saya memang suka baca article journal (sudah jadi habit). Tapi, sebagai seorang ibu, saya banyak gunakan "instinct" yang Allah kurniakan untuk mendidik anak-anak, provided ianya tidak melanggar hukum Allah & selari dengan suruhanNya. Pernah dengar orang tua-tua berpesan yang budak yang tidak duduk diam ni anak yang bijak? Ya, orang tua-tua zaman dahulu sudah maju dalam menganalisis & berhipotesis berdasarkan pemerhatian. Cumanya tidak dibukukan atau dijadikan artikel saja, jika tak, dah lama nenek moyang kita akan di "qouted" dalam penulisan & modul-modul perkembangan awal kanak-kanak.Fitrah kanak-kanak adalah bermain, bergerak & tidak duduk diam. Mereka banyak tenaga, jadi dengan tidak duduk diam (lazim dilabelkan "buas/nakal"), tenaga yang banyak tu dapat dikeluarkan. Jadi, sebagai ibubapa, apakah peranan kita? Sepatutnya, kita bantu mereka salurkan tenaga mereka yang banyak tu ke arah yang lebih bermanfaat. Contohnya, sediakan ruang mereka untuk melompat, memanjat, bergayut, berlari dan sebagainya. Beruntung jika rumah ada halaman atau ada ruang untuk beraktiviti diluar. Tapi, kalau rumah apartment seperti rumah kami yang tidak mempunyai halaman, adakah aktiviti fizikal anak-anak akan terbatas? Jadi, disinilah peranan ibubapa untuk mewujudkan ruang untuk anak-anak supaya dapat beraktiviti fizikal biarpun ruang rumah yang sempit. Kalau kawan-kawan masih ingat, kami pernah sediakan ruang memanjat & pull-up bar untuk harraz bergayut; tapi sekarang kami dah mampu sediakan "hallway monkey bar" untuk kami sekeluarga bergayut. Alhamdulillah, berbekalkan modal RM100+, papa harraz DIY hallway monkey bar ni. Mulanya, mama teringin nak DIY brachiation bar, tapi memandangkan ruang rumah kami yang sempit, jadi papa pun usulkan idea ni. Yang penting jimat ruang & kami sekeluarga dapat memanfaatkan sepenuhnya monkey bar ni (mama pun dipaksa bergayut �).Jadi, jika sebelum ini anak yang aktif & tidak duduk diam dilabelkan sebagai "buas & nakal", apa kata kita ubah persepsi tersebut dengan memainkan peranan kita sebagai ibubapa. Biasanya, anak yang diberikan peluang & ruang oleh ibubapanya, mereka faham & tahu limit/had untuk beraktiviti. Contohnya, harraz faham yang mama tak suka dia berlari-lari di tempat yang tak sesuai & bahaya (di jalan, di rumah sedara mara, di kawasan public-shopping complex etc). Dia juga faham dimana boleh memanjat & melompat sebab kami dah sediakan tempat sepatutnya kepada dia. Tapi, sebagai fitrah kanak-kanak yang suka bermain & bereksplorasi, seringkali juga harraz menduga tahap kesabaran mama & papa. Jadi, disinilah peranan mama & papa untuk sentiasa mengingati & ulangi "the dos & donts" kepada harraz setiap kali kami keluar. Insyallah jika kita terangkan dengan jelas secara berulang-ulang, anak-anak akan faham "guideline" kita. Oh selain artikel di atas, Glenn Doman juga sangat menggalakkan anak-anak dilatih untuk fit sedari baby lagi. Ada langkah-langkah serta stimulasi yang di ajar sesuai dengan umur anak-anak dalam buku beliau "Fit baby, smart baby, your baby: from birth to age 6".Ok, lepas ni, jom kita galakkan anak kita aktif & melasak sesuai dengan keadaan & ruang. Dan ajarkan juga anak adab & rasa hormat kepada orang lain dengan tidak melasak di tempat yang tidak sepatutnya (ya, kami masih struggle bab ni �)! Oh tak lupa juga semua pun yang kita usahakan bukanlah penentu kebijaksanaan & kesihatan anak-anak. Ianya hanyalah asbab, semua yang berlaku pun atas izinNya. By the way, seperti selalu yang saya pesankan, dont trust me & do your own reseach �Nota kaki: sepatutnya kecerdasan fizikal & otak ni haruslah berpanjangan sehingga tua, so jomlah kita sama-sama melompat, bergayut & berlari dengan anak-anak walaupun tiap-tiap kali disuruh papa, banyak betul alasan mama bagi �#fitkidsfitbrains#Harrazsidqi5y3m#Hareezsidqi2y#hallwaymonkeybar
Jadi, jika sebelum ini anak yang aktif & tidak duduk diam dilabelkan sebagai “buas & nakal”, apa kata kita ubah persepsi tersebut dengan memainkan peranan kita sebagai ibubapa.
Dia juga faham di mana boleh memanjat & melompat sebab kami dah sediakan tempat sepatutnya kepada dia. Tapi, sebagai fitrah kanak-kanak yang suka bermain & bereksplorasi, seringkali juga harraz menduga tahap kesabaran mama & papa.
Jadi, disinilah peranan mama & papa untuk sentiasa mengingati & ulangi “the dos & donts” kepada harraz setiap kali kami keluar. Insyallah jika kita terangkan dengan jelas secara berulang-ulang, anak-anak akan faham “guideline” kita.
Oh selain artikel di atas, Glenn Doman juga sangat menggalakkan anak-anak dilatih untuk fit sedari baby lagi. Ada langkah-langkah serta stimulasi yang diajar sesuai dengan umur anak-anak dalam buku beliau “Fit baby, smart baby, your baby: from birth to age 6”.
Ok, lepas ni, jom kita galakkan anak kita aktif & melasak sesuai dengan keadaan & ruang. Dan ajarkan juga anak adab & rasa hormat kepada orang lain dengan tidak melasak di tempat yang tidak sepatutnya (ya, kami masih struggle bab ni!)
Oh tak lupa juga semua pun yang kita usahakan bukanlah penentu kebijaksanaan & kesihatan anak-anak. Ianya hanyalah asbab, semua yang berlaku pun atas izinNya. By the way, seperti selalu yang saya pesankan, dont trust me & do your own reseach
Nota kaki: sepatutnya kecerdasan fizikal & otak ni haruslah berpanjangan sehingga tua, so jomlah kita sama-sama melompat, bergayut & berlari dengan anak-anak walaupun tiap-tiap kali disuruh papa, banyak betul alasan mama bagi.
Update: disertakan sekali bajet & diagram DIY hallway monkey bar by Hazwan Jalani keada sesiapa yang berminat nak buat sendiri.
Bayi takut berpisah biasa terjadi. Apa yang mama papa boleh lakukan untuk menghadapi kelakuan ini. Ketahui 5 strategi menghadapinya. Tengok mama pakai tudung atau papa bersiap nak keluar, dia pun mulalah tidak tentu arah. Mula menangis minta didukung.
Alasannya apa? Takut untuk berpisah atau nak ikut serta ke mana mama atau papa pergi. Takut untuk berpisah atau seperation anxiety ini biasanya bermula seawal 6 atau 7 bulan dan berlarutan apabila si kecil berusia 10 hingga 18 bulan dan seterusnya 2 tahun.
PUNCA BAYI TAKUT UNTUK BERPISAH
Bayi yang lebih muda daripada 4 hingga 6 bulan biasanya akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan orang yang menjaganya, asalkan keperluannya dipenuhi. Bayi pada umur 4 antara 7 bulan akan mengembangkan rasa “keabadian objek” atau permanence object. Mereka menyedari bahawa ibu bapa ada walaupun mereka tidak dapat melihat.
MEREKA TIDAK FAHAM KONSEP MASA
Bayi belajar bahawa ketika mereka tidak dapat melihat mama atau papa, itu bermakna mereka telah pergi. Mereka tidak memahami konsep masa, jadi mereka tidak tahu yang mama akan kembali dan boleh menjadi kecewa dengan ketiadaannya. Sama ada ibu berada di dapur, di bilik tidur seterusnya atau di pejabat, semuanya sama bagi mereka yang mungkin menangis sehingga mama kembali.
Anak-anak antara umur 8 bulan dan 1 tahun berkembang menjadi anak-anak yang lebih bebas, namun lebih tidak pasti tentang perpisahan dengan ibu bapa. Ini adalah apabila kegelisahan pemisahan berkembang, dan kanak-kanak mungkin menjadi gelisah dan kecewa apabila seorang ibu bapa cuba meninggalkan.
FASA BERBEZA
Fasa ini dilalui bayi sehingga usia yang berbeza-beza. Sesetengah bayi meneruskannya sehingga antara 18 bulan dan 2½ tahun. Ada yang tidak pernah mengalaminya. Dan bagi bayi lain, kemungkinan tekanan tertentu yan gmencetuskan perasaan takut untuk berpisah seperti baru pertukar taska atau berpindah taska baru, menerima kehadiran adik baru, berpindah ke tempat baru, atau ketegangan yang berlaku di rumah.
Apa pun, mama dan papa perlulah mengambil ketakutan ini dari sudut positif. Ini juga menunjukkan bonding antara anda dan bayi telah berjaya mewujudkan kelekatan (attachment) yang positif dan mereka akan faham bahawa anda akan kembali.
5 STRATEGI HADAPI ANAK TAKUT UNTUK BERPISAH
Ketakutan untuk berpisah ini selalunya akan menyebabkan tangisan dan tekanan emosi kepada si kecil malah berlarutan dan tidak boleh dipujuk. Ada yang menangis sehingga tertidur.Walau pun ia memberikan impak besar, ibu bapa perlu ambil langkah bijak untuk menghadapi waktu genting ini.
1.PASTIKAN MASA YANG SESUAI
Cuba elak daripada menyerahkan bayi kepada orang yang tidak dikenalinya pada usia 8 bulan hingga 1 tahun. Sekiranya ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan, maka cuba pastikan anda meninggalkan si kecil ketika dirinya dalam keadaan kenyang, cukup rehat dan selesa. Elakkan waktu genting ini ketika dirinya sedang kelaparan, keletihan atau tidak selesa kerana ia menyebabkan efek kepada emosinya. Jadualklan waktu perpisahan ini selepas waktu tidur dan makannya.
2.LATIH
Mama dan papa boleh latih si manja untuk berjauhan atau berpisah daripada si manja secara berperingkat. Jika anda merancang untuk meninggalkannya di taska atau pengasuh dalam masa terdekat, anda boleh ajak pengasuh untuk berjumpa lebih awal dan berkenalan supaya kelak nanti bayi tidak terlalu terkejut.
3.BERPERINGKAT
Cuba buat secara berperingkat masa anak di rumah pengasuh atau daycare. Misalnya beberapa ini si manja tinggal di rumah pengasuh selama 3-4 jam, minggu depan boleh cuba hingga 8 jam pula. Ia adalah strategi untuk mengelakkan bayi mengalami ketakutan untuk berpisah yang berlarutan.
4.BERTENANG
Si kecil akan menangis, mengamuk dan memanggil anda merayu untuk mengikut. Tapi mama dan papa kena kental. Mama dan papa perlu bertenang dan cuba akhiri perpisahan setiap hari dengan kata-kata yang manis dan pelukan. Cuba bertenang dan yakinkan dia bahawa anda akan kembali mengambilnya nanti. Berikan perhatian kepadanya apabila anda melambai dan lihat tepat pada wajahnya semasa mengatakan “Mama akan ambik adik nanti. Adik duduk elok-elok dengan ibu (pengasuh) ye”.
5.PENGASUH MAIN PERANAN
Minta pengasuh untuk menenangkan bayi anda dengan mengajaknya bermain dengan permainan yang disukainya, memujuknya dan memeluknya. Pengasuh dan penjaga memainkan peranan penting untuk membantu bayi anda melalui fasa perpisahan ini.
FASA INI AKAN BERLALU
Percaya bahawa fasa takut nak berpisah ini akan berakhir nanti. Mama dan papa perlulah yakin dan mengambilnya dari sudut positif, Banyakkan bersabar melayani kerenah si kecil.
Mama dan papa juga perlu percaya kepada instinct. Sekiranya bayi mengamuk tidak mahu berpisah dengan anda dan mendapatinya tertekan dengan selera si manja berkurangan atau mengalami masalah untuk tidur dalam jangkasa masa yang lama, ambil langkah untuk memeriksa sekiranya ada sesuatu yang meragukan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!