Aktiviti membersihkan telinga anak itu biasa untuk menjaga kebersihan di sekeliling telinga. Tapi ramai ibu bapa yang tersilap melakukan kaedah pembersih tersebut. Ada yang menggunakan besi pengorek untuk mengeluarkan tahi telinga. Bila tengok semua dapat dikeluarkan dengan jayanya, ibu bapa berasa lega dan terasa bersih telinga anaknya.
Namun, adakah ibu bapa prihatin tentang kesan penggunaanya terhadap anak-anak. Jika tersilap langkah, ia mampu mencederakan telinga anak-anak. Gegendang telinga sangat sensitif dan mudah terluka, jika terluka akan menyebabkan jangkitan kuman. Dapatkan nasihat doktor jika perlu. Ikuti perkongsian ibu ini;
Alahai siannya anak sulung mama ni…Mengadu sakit telinga dah masuk 3 hari..mama check dalam telinga takut ade serangga tapi tak nampak, takut jugak serangga masuk dalam telinga.
Hari ni bawak pergi jumpa doktor, doktor check dan tanya ada orang korek dalam telinga dia ke? Mama pun jawab la, minggu lepas ada korek telinga dia guna besi pengorek telinga. Memang jadi rutin jugak la sebab nak make sure telinga anak bersih.
Doktor marah dan nasihatkan selepas ni jangan lah korek telinga anak. Kita korek telinga dia ibarat kita “tembak” sebab kita tak nampak apa yg kita korek. Kes Bella ni doktor kata mungkin tertembus pada gegendang telinga. Allah nak luruh jantung mama!
Nasib tak pecah gegendang telinga Bella. Doktor dah letak ubat titik dan bagi ubat antibiotik dan tahan sakit. Sekarang Bella asyik menangis je sebab sakit mybe kesan ubat tu kot. Maafkan mama syg!
Ads
So mommies lepas ni beringatlah ye…elakkan korek telinga anak tak kiralah dengan cotton bud ke korek telinga besi ke, sebab tahi telinga akan cair dengan sendiri. Sebaik-baiknya hentikan amalan tu sebab dikhuatiri boleh menjejaskan atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga.
Menurut Doktor especially untuk kanak-kanak, ibu-ibu boleh membersihkan telinga anak-anak dengan menggunakan kain basah. Hanya cuci bahagian luar telinga je. Apa yang pasti, jangan masukkan apa-apa ke dalam telinga mereka! Mencegah lebih baik dari merawat.
Doakan Anak mama sihat seperti sediakala. Semoga tiada apa-apa yang serius.
Seiring dengan peningkatan usia si manja, perkembangan sosial kanak kanak juga perlu diperluaskan. Terdapat 7 skil perkembangan sosial anak yang perlu anda terapkan dalam diri mereka.
Jom baca!
Perkembangan sosial kanak kanak
Kanak-kanak yang mempunyai perkembangan sosial yang seimbang pastinya akan memiliki hubungan dengan rakan sebaya yang lebih baik. Ini kerana ia membantu kanak-kanak untuk mudah berinteraksi dan bergaul bersama rakan mereka.
Namun, manfaat perkembangan sosial anak tidak terhenti setakat untuk penerimaan sosial semata-mata. Sudah pastinya ia menawarkan beberapa manfaat lain untuk kehidupan si kecil.
Sebagai contoh, dalam 1 kajian yang dilakukan pada tahun 2019 mendapati, kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan dan mempunyai kemahiran sosial yang baik akan kurang mengalami tekanan.
Berada jauh daripada keluarga mungkin akan memberikan tekanan kepada kanak-kanak, ditambah pula dengan kurangnya skil sosial mengakibatkan tekanan itu semakin membebankan.
Penyelidik menyifatkan kanak-kanak akan mengalami penurunan hormon kortisol apabila mereka mempelajari kemahiran sosial baharu. Malahan, kanak-kanak yang mudah bergaul dengan rakan sebaya akan mudah memperolehi kawan baharu.
Jadi ini bererti skil sosial pada kanak-kanak adalah penting. Tetapi, bagaimana ingin membentuk perkembangan sosial kanak-kanak?
Pembentukan skil sosial kanak-kanak
Skil sosial adalah kemahiran yang kita gunakan setiap hari bagi berinteraksi dan berkomunikasi dengan individu lain. Ia termasuk komunikasi lisan dan bukan lisan seperti ucapan, isyarat, ekspresi wajah dan bahasa badan.
Pengetahuan tentang peraturan bertulis dan yang diaplikasi dalam kehidupan seharian membolehkan seseorang individu untuk memiliki kemahiran sosial yang kukuh.
Begitu jugalah kepada kanak-kanak, kemahiran sosial adalah penting untuk membolehkan mereka berinteraksi dengan bukan sahaja rakan sebaya, bahkan melibatkan individu di sekeliling mereka.
7 skil sosial kanak-kanak yang penting
Kanak-kanak yang kurang kemahiran sosial dan emosi cenderung untuk mengalami isu seperti buli, perhubungan harian dan juga melibatkan undang-undang. Mereka juga dikatakan akan lebih bergantung kepada bantuan sekeliling.
Berita baiknya, perkembangan sosial merupakan 1 perkara yang boleh diajar. Jika anda berasakan si kecil mungkin kurang kemahiran sosial, jangan risau! Anda tidak pernah terlewat untuk mendidik mereka.
Berikut disenaraikan 7 kemahiran sosial yang perlu diterapkan dalam diri anak anda:
Berkongsi
Kesanggupan untuk berkongsi makanan atau permainan adalah antara cara terbaik membantu si kecil untuk mempunyai dan kekal berkawan. Berdasarkan kajian pada tahun 2010 yang diterbitkan dalam Psychological Science, kanak-kanak seawal usia 2 tahun akan menunjukkan keinginan untuk berkongsi dengan individu lain hanya apabila sumber yang mereka miliki banyak.
Kanak-kanak pada usia 3 hingga 6 tahun akan lebih mementingkan diri daripada berkongsi apabila sumber yang dimiliki sedikit. Pada usia 7 atau 8 tahun, kebanyakan kanak-kanak lebih prihatin dan bersedia berkongsi.
Secara keseluruhan, kajian menunjukkan kanak-kanak yang berkeyakinan diri lebih mudah berkongsi. Tindakan tersebut juga membuatkan mereka berasa lebih baik tentang diri mereka. Jadi ajarkan anak anda berkongsi untuk tingkatkan rasa yakin dalam diri mereka
Bekerjasama
Ia melibatkan kerjasama bagi mencapai matlamat. Kanak-kanak yang bekerjasama akan lebih mematuhi permintaan individu lain. Mereka juga akan menyumbang, mengambil bahagian dan membantu.
Pada usia 3 ½ tahun, kanak-kanak boleh mula bekerjasama dengan rakan sebaya bagi matlamat yang sama. Ia mungkin sekadar melibatkan kerjasama untuk membina menara mainan bersama-sama.
Ada kanak-kanak mungkin akan mengambil posisi sebagai pemimpin, sementara yang lain akan lebih selesa sebagai pengikut. Apa pun, bekerjsama adalah 1 peluang untuk anak-anak belajar tentang diri mereka.
Mendengar
Bukan sekadar duduk diam semata-mata, tetapi ia melibatkan proses penyerapan maklumat yang disampaikan seseorang. Mendengar adalah 1 komponen penting dalam komunikasi sihat.
Ini merupakan antara kemahiran sosial kanak-kanak yang perlu ditekankan dalam kehidupan si kecil. Ia dapat membantu anak untuk lebih berjaya di sekolah dengan kemampuan mendengar apa yang disampaikan guru.
Mengikuti arahan
Kanak-kanak yang sukar mengikuti arahan adalah lebih cenderung untuk mengalami masalah kemudian hari. Disebabkan itu, adalah penting untuk si kecil mempunyai keupayaan menerima dan mengikuti arahan.
Jika anak melakukan kesilapan daripada arahan yang diberikan, ia adalah normal. Ini kerana kanak-kanak sememangnya mudah terganggu dan lupa apa yang harus mereka lakukan. Anggap kesilapan tersebut sebagai cara mempertajamkan kemahiran mereka.
Hak privasi
Kanak-kanak mungkin sukar memahami apa itu hak privasi tetapi itu tidak bermakna mereka boleh berbuat sesuka hati mereka. Atas sebab itu adalah penting untuk mengajar anak menghormati hak privasi individu. Sebagai contoh, anda boleh mengajar si kecil untuk mengetuk pintu yang tertutup sebelum membukanya.
Komunikasi mata
Hubungan mata ketika berkomunikasi adalah 1 skil sosial kanak-kanak yang perlu dipupuk. Anak anda mungkin malu, tetapi terangkan kepada mereka pentingnya untuk membuat hubungan mata ketika berkomunikasi.
Ia mungkin sukar, tetapi anda boleh memberikan galakkan dan pujian kepada anak jika mereka berjaya membuat hubungan mata apabila bercakap dengan seseorang.
Mempunyai adab
Ucapan terima kasih, maaf dan tolong merupakan antara adab yang paling penting dalam kehidupan seseorang, khususnya si kecil. Ia membantu si kecil mendapatkan pujian yang sewajarnya apabila mereka berjaya melakukannya tanpa sebarang paksaan.
Sudah tentu ia memerlukan kesabaran. Tetapi percayalah ia merupakan perkembangan sosial anak paling utama yang perlu sentiasa diterapkan dalam kehidupan.
Sentiasa mengingatkan si kecil
Ia adalah normal untuk si manja terlupa apa yang telah anda ajarkan kepada mereka. Usah marah, sebaliknya tegurlah dengan cara yang baik dan berhemah. Sentiasa mengingatkan mereka tentang kepentingan skil sosial dalam kehidupan mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anda memanggil anak anda untuk melakukan sesuatu. Puas anda memanggil dia. Tetapi dia tidak langsung mempedulikan laungan anda seolah-olah dia tidak mendengar langsung. Bila anda datang kepadanya, anda dapati rupa-rupanya dia sedang asyik bermain.
GENIUS STATE
Pernahkah anda di dalam situasi ini?
Terlampau asyik…geram betul hati anda!
Sebelum anda melenting marah kepadanya ketahuilah akan apa sebenarnya sedang berlaku.
Sebenarnya, sememangnya anak anda itu tidak dengar langsung akan panggilan anda kerana dia sedang ‘asyik’ atau ‘kusyuk’ atau nama saintifiknya ‘ Genius State’. It a good state to be. Especially bila dia dah besar nanti, dah pergi sekolah, bila dia belajar, kita mahu dia be in the genius state. Jadi, kalau masa kecil ni dia diganggu bila dia dlm state itu terutamanya dimarah, lama-lama dia tidak mahu lagi kusyuk belajar. Dan tidak merasakan belajar itu mengasyikkan.
Itulah yg terjadi pada anak-anak di sekolah sekarang. Kerana semasa kecil, bila dia dlm genius state dia selalu dimarah, diganggu dan dihukum.
So, bila dipanggil dia tidak datang, pergi tengok apa yang sedang dia buat. Buat sama dengan dia. Lepas tu, ajak dia buat apa yang anda nak dia buat dan ajak lakukan dengan cara bermain.
Perkenalkan makanan jejari pada anak seawal mungkin dapat elak anak mengalami masalah ketidakupayaan menulis (Dysgraphia). Keadaan ni akan beri kesan pada penulisan dan pembelajaran anak. Tahu tak dengan introduce finger food seawal mungkin kepada anak dapat mengelakkan anak anda menghadapi masalah ni.
Memperkenalkan finger food bukan sekadar untuk kenyangkan perut tapi sangat penting untuk perkembangan motor halus (fine motor skills)
BILA PERLU PERKENALKAN FINGER FOOD?
6 BULAN Finger food boleh diperkenalkan seawal 6 bulan.
Kita boleh perhatikan semasa makan anak juga sibuk nak memegang makanan kan. Jadi ibu boleh beri dia finger food berbentuk “stick shapes” atau yang lebih besar supaya mudah di pegang contohnya carrot yang dah di stim, buah buahan yang di masukkan dalam food pouch bagi elakkan risiko tercekik.
7-9 BULAN
Mula perkenalkan finger food berbentuk bite – sized. Potong makanan yang lembut dalam bentuk kiub-kiub kecil. Pada umur ni baby akan mula mengutip menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Inilah skill baru yang kita sebut “pincer grasp”
Makanan yang sesuai untuk pincer grasp practice ialah:
– brokoli dan carrot yang di stim lembut
– pasta shapes yang direbus
– tembikai, buah naga, blueberry, avocado ( buah yang tak terlalu lembik dan tak terlalu keras) pastikan buah kecil seperti blueberry dipotong 2 atau 4. Elak beri dalam bentuk sebiji-sebiji bagi elakkan tercekik.
Elakkan biskut-biskut pada bayi usia ini supaya dapat elak tabiat nak makan makanan manis. Elakkan juga buah-buahan kering kerana buah kering ni manis dan boleh membentuk tabiat makan yang tak elok pada masa hadapan.
Finger food sangat penting untuk perkembangan anak. Spoon feed terlalu lama boleh membataskan perkembangan anak, kecekapan menulis dan akan bagi kesan pembelajaran semasa anak di alam pra sekolah.
Selain tu fine motor skill finger food juga menguatkan otot otot muka yang meningkatkan perkembangan percakapan.