al guna 1

Kebaikan ayat-ayat Al Quran tidak dapat dinafikan. Setiap satu darinya mempunyai manfaat tersendiri dan boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian. Begitu juga ketika kita mahu mendidik anak-anak. Boleh guna ayat-ayat Al Quran untuk menceritakan tentang nilai-nilai murni kepada mereka.

Salah satu surah yang boleh kita jadikan rujukan untuk mengajar anak adalah Al Fatihah. Ayat-ayat di dalam surah ini cukup sempurna untuk mendidik mereka.

Didik Anak Nilai Murni Dengan Surah Al Fatihah. Cukup Sempurna Untuk Bentuk Akhlak Terbaik

Ikuti perkongsian dari Ustazah Nazifatunnisa Salim ini.

Allah ajar kita dalam surah Al Fatihah cara-cara mendidik anak. Sempurna. Cuma perlu ikut sahaja ‘manual’ yang Allah beri.

* Ajar anak mentauhidkan Allah
* Ajar anak bersyukur
* Ajar anak bersifat Rahman dan Rahim
* Ajar anak hakikat apa yang ada itu tidaklah kekal milik kita
* Hanya Allah yang disembah dan Allah sahaja yang memberi pertolongan
* Ajar anak cara berdoa iaitu paling utama minta Allah tunjuki jalan yang lurus iaitu jalan orang yang Allah kasih, reda dan beri nikmat. Bukan jalan orang yang Allah murka (marah).

1. Biismillah. Orang yang merasa bertuhan tidak akan berani berbuat kesalahan.

Pertama sekali, perlu ajar anak ilmu ketauhidan. Bahawa Allah itu ada sebagai Tuhan. Segala perlakuan kita adalah dengan izin dan rahmat kasih sayang Allah. Mereka yang melakukan segala perbuatan dengan menyedari bahawa Allah Maha Melihat tidak mungkin melakukan kesalahan.

Tetapi sebelum itu kita sebagai ibu bapa perlulah menghayati terlebih dahulu rasa bertuhan. Barulah ilmu itu akan mudah mengalir kepada anak melalui perbuatan dan tauladan.

Didik Anak Nilai Murni Dengan Surah Al Fatihah. Cukup Sempurna Untuk Bentuk Akhlak Terbaik

IKLAN

2. Alhamdulillah, kita bersyukur dengan nikmat Allah. Ajarkan anak bersyukur.

Anak-anak itu anugerah yang wajib kita syukuri. Mereka adalah hadiah yang paling sempurna Allah berikan kepada kita. Tidak ada ibu bapa yang sengaja ‘merosakkan’ akhlak anak dan pastinya kita mahu yang terbaik untuk anak.

Ajarkan juga anak untuk bersyukur, ucapkan terima kasih kepada Allah. Supaya mereka tahu, segala nikmat dan kebahagiaan yang ada semuanya adalah milik dan pemberian Allah.

Artikel Lain: [Anak Buat Hal, Jangan Terus Marah. Sebenarnya Dia Frust, Tak Cukup Perhatian Mak Ayah!]

3. Rahman Rahim. Ajarkan siapa Allah itu yang bersifat Rahman dan Rahim.

Penekanan Rahman dan Rahim juga adalah penting dalam kita mendidik anak. Mana mungkin kita dapat mendidik dengan baik jika kita sendiri sebagai ibu bapa tidak memiliki sifat Rahman dan Rahim.

Dengan Sifat Rahman dan Rahim Allah maka kita dapat hidup dengan baik dan gembira di dunia ini. Dengan sifat Rahman dan Rahim Allah maka kita diberi nikmat yang banyak. Anak kita jika ditanam sifat pengasih dan penyayang, maka akan membesarlah mereka menjadi manusia yang baik akhlaknya, bertoleransi, mulia hatinya dan punya empati yang tinggi.

IKLAN

4. Suatu hari nanti akan ada penamat kita iaitu hari kematian. “Maliki yaumiddin”. Kuasa Allah sahaja yg mampu mewujudkan “Yaumiddin” Hari Pengakhiran, Hari Pembalasan.

Fahamkan pada anak bahawa semua yang kita ada tidaklah kekal selamanya. Akan hilang dan pergi jua bila sampai masa. Jika anak faham akan hakikat itu, mereka juga perlu diajar tentang mengurus emosi bahawa setiap perkara itu juga berlaku dengan hikmah. Hikmah yang ditentukan oleh Malik (raja) bersifat Rahman dan Rahim.

Ajarkan kepada anak juga mengenai Hari Pembalasan iaitu hakikat Syurga dan Neraka.

Didik Anak Nilai Murni Dengan Surah Al Fatihah. Cukup Sempurna Untuk Bentuk Akhlak Terbaik

5. Setelah kita ajarkan pada anak bahawa Allah sahaja selayaknya disembah (iyyaka na’budu) maka ajarlah anak-anak minta pertolongan dari Allah (iyyaka nastaeen).

Nescaya sekiranya kita menjadi mu’min yang beramal soleh taat pada Allah, apa sahaja permintaan (doa) kita akan Allah kabulkan.

IKLAN

Surah ini juga mengajar kita bahawa dalam mendidik anak kita perlu ajar anak hakikat bahawa “buatlah kebaikan, Allah akan tolong orang yang selalu buat kebaikan”.

6. Dan Allah ajar apa yg perlu kita minta utama sekali adalah (ihdinas sirat al mustaqeem). Tunjukilah kami jalan yang lurus. Jalan yang Allah rahmat, jalan yang Allah redha. Perlu ajar anak sentiasa doa pada Allah agar dipelihara hidup.

7. ( Sirat al lazeena anamta alaihim ghairil maghdubi’ alaihim waladaaleen)

Dan mintalah segala kebaikan sebagaimana umat terdahulu yang Allah beri nikmat bukan jalan orang terdahulu yang Allah laknat.

InsyaAllah jika semua manual ini diikuti dalam kita mendidik anak, kitalah ibu bapa yang akan berbahagia bukan sahaja di bumi tetapi juga di Syurga Allah.

Kan mahu masuk Syurga sekeluarga.

Semoga Bermanfaat.
Nazifatunnisa Salim.

Artikel Lain: [Tak Ada Niat Nak Marahkan Anak, Tapi Terlepas Juga. Dalam Diam, Dia Kecil Hati Dengan Kita!]

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu ayah dalam mendidik anak-anak menjadi individu yang terbaik. Dalam surah Al Fatihah ternyata banyak manfaat yang boleh kita jadikan rujukan dan jadikan contoh semasa membesarkan mereka. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI