Setiap kali kita menerima pujian atas kebaikan anak kita, dalam tak sedar kita merendah-rendahkan anak kecil kita. Elakkan hal yang semacam ini. Anak kecil juga perasaan dan mudah terguris hatinya.
Hati-hati bila berkata, jangan sampai anak mula hilang keyakinan diri sendiri. Perkongsian seorang ibu, Fatihahsidek ini banyak benarnya. Belajarlah untuk jadi ibu yang lebih positif untuk anak-anak.
Topik: Selalu tak kita merendahkan anak anak bila mereka dipuji orang lain?
Haaa saya rasa benda ni memang dah turun temurun warisan Melayu zaman berzaman. Bila anak anak behave kat rumah orang, atau behave kat depan tetamu and tetamu pun puji.
Kita as parents ni kembang semangku & act bangga je dengan anak anak sebab behave. Tapi.. tapii kita memang dah terbiasa menerima pujian untuk anak dengan
“ ehh tak jugak. Kat depan orang je tu. Kat rumah panggil pun tak menyahut” “ Ehh depan orang je tu. Kat rumah bersepah sepah rumah. Tunggang terbalik meja. Takdelah behave mana pun”
Kononnya nak rendah hati lah. Tak nak lah nampak sangat bangga dengan anak tu. Tapi, secara psikologinya— kita telah merendah rendahkan maruah anak. Kita buka pekung anak anak depan orang lain.
Mungkin kita rasa, anak anak masih kecil. So mereka tak rasa apa apa. Tak segan. Tak kesah. Tapi sebenarnya anggapan kita itu salah sama sekali.
Bila kita rendahkan anak di depan orang lain, 1. Anak anak akan terguris maruahnya. 2. Anak anak hilang confident depan orang lain. 3. Anak anak hilang kepercayaan terhadap kita as parent. Kita tidak melindungi pride mereka seperti mana yang seharusnya.
Ads
So, macam mana nak buat bila ada yang puji anak anak?
Kita boleh je say thanks atau terus mendoakan baik baik untuk anak.
“ Alhamdulillah. Mudah mudahan sampai bila bila lah baik anak anak kita semua ni ya”
Sungguh indah rupanya suasana waktu malam dari penglihatan anak autisme seperti yang dikongsi oleh En.Khairul Azwan. Mungkin tidak ramai yang mengetahui disebalik kehidupan anak-anak ini jika tidak ada yang sudi berkongsi.
“SubhanAllah cantiknya” mungkin itu ungkapan yang mampu diucapkan saat membaca penulisan lelaki ini tentang keindahan MALAM yang dapat dilihat olehnya. Sama-sama kita ikuti perkongsian ini.
PEMANDANGAN WAKTU MALAM My autisme n adhd life
Hai im Khai,autisme and adhd dewasa .
Dibulan Ramadhan ke 12 ini khai tergerak untuk berkongsi cite tentang permandangan diwaktu malam🌃. Apa yang i nampak ne ,adik-adik autisme yang lain pun sama merasainya.
Seperti post i yang lepas dimana tumbuhan-tumbuhan 🌸🏵🌹🌺🌻🌼🌷🌲🌳🌴🌵🍃🍁 sangat cantik dilihat dari sudut pandangan autisme ,hari ni i nak berkongsi cite pandangan di waktu malam🌃 dari sudut pandangan autisme.
Tumbuhan-tumbuhan dan bunga-bungaan 🌴🌳🌲🌷🌼 Tetap berwarna warni,cuma bersinar je bila waktu malam🌃
Langit malam kami tak sama dengan langit malam yang lain yang gelap dan boring🌃(cikgu suruh i kaler macam tu,gelap dan hitam,tapi i tak suka,i kaler macam i nampak,so cikgu marah😅, i pun sambil nangis tukar kaler yang seperti cikgu suruh😔).
Langit malam i terang seperti siang tapi sedikit gelap seperti mendung, berwarna hijau zamrud 💚💖 terang bersinar-sinar,Allahuakbar bintang-bintang⭐ bergemerlapan 🌟seperti lagu kanak-kanak ‘twinkle ² litle star,like a diamond 💎in the sky’ sangat cantik dan besar-besar kesemuanya sebesar bola sepak⚽ hingga sebesar guli,memang sangat cantik 😍,buat i nak baring je kat satu tempat tu sambil tengok langit berjam-jam.
Bulan 🌜 sangatttt cantik berwarna putih kuning bersinar seperti emas 🌛,tapi bila tiba bulan penuh bulan yang i nampak sangat besar hampir memenuhi langit. So i sangat ketakutan, bila tiba full moon🌝.😬
Thankyou Allah🥰 for this gift,im very thankfull for that.🤲
Langit malam beribu bintang🌟🌟 bersinar, tapi kalau nak hujan, jadi seperti aurora berwarna lain di setiap tempat. Ada purple 🌌tu kalau nak hujan ribut petir⛈, yellow tu kalau nak hujan🌧 je, Awan☁ bersinar mcam diamond 💎mungkin sebab awan trjadi dari air, air kan kami nampak mcm diamond😊
Tutup mata sekejap,bayangkan seperti yang i cite tu.Hurmm menarik kan😍 Terima kasih kerana sudi,Selami dunia kami
Kami pun tak nak berbeza, tapi Allah swt da ciptakan kami berbeza. Sayangi la kami 💖
💕’KAMI BUKANNYA GILA,BUKAN TAK WARAS TAPI KAMI ISTIMEWA’💕
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang betul kalau sesuatu perkara itu dah jadi tabiat, sukar untuk diubah. Pun begitu, ia bukanlah mustahil untuk dibuat. Yang penting perlu ada tekad dan kesungguhan. Salah satu tabiat papa yang selalu menjadi kerisauan keluarga adalah MEROKOK. Pasti mama akan tegur bila nampak papa merokok kan? Teguran itu tanda sayang, maka kalau papa juga ambil berat tentang keluarga ubahlah tabiat itu.
Sebenarnya apabila papa merokok, ia mendatangkan kemudaratan kepada keluarga terutamanya anak-anak. Kasihan anak kerana asap rokok sebenarnya boleh menyebabkan gangguan kepada sistem pernafasan anak. Bukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan masalah lain yang akan mengganggu keharmonian dalam rumah tangga.
Melalui laman sesawang http://www.myhealth.gov.my/merokok-pasif/, apabila seseorang itu tidak merokok tetapi terhidu atau menyedut asap rokok dipanggil sebagai perokok pasif. Ketika perokok aktif merokok di sesuatu tempat, asap rokok akan berada di udara selama dua jam atau lebih biarpun ia sudah tidak lagi kelihatan!
Keadaan ini biasanya berlaku di rumah atau dalam kereta apabila papa menghisap rokok dan asapnya berlegar-legar di situ. Kemudian, ia dihidu atau disedut pula oleh isteri dan anak-anak. Rokok mengandungi 6000 bahan kimia termasuklah salah satu yang dikenali sebagai carcinogenic yang boleh menyebabkan kanser paru-paru.
Jadi bayangkan kalau papa merokok, asap rokok itu sebenarnya mendatangkan mudarat kepada isteri dan anak-anak! Selain itu, asap rokok juga mendatangkan kemudaratan lain kepada keluarga seperti;
Lebih bahaya lagi jika isteri sedang mengandung kerana ia boleh menyebabkan keguguran atau kes bayi meninggal dunia dalam kandungan. Menyedihkan kerana salah satu komplikasi lain yang mungkin berlaku adalah kecacatan kekal pada anak. Bukan itu sahaja, risiko lain yang boleh terjadi kepada isteri seorang perokok adalah terdedah kepada ancaman serangan kanser. Masalah kesuburan dan putus haid lebih awal juga mungkin berlaku.
Untuk anak yang masih kecil, sanggupkah papa melihat mereka mengalami kesukaran bernafas kerana serangan asma? Jika sering terdedah kepada asap rokok, si manja mungkin akan mendapat jangkitan kuman pada paru-paru terutamanya kepada bayi. Anak seorang perokok juga lebih mudah jatuh sakit. Kasihannya! Masalah kesihatan lain yang mungkin dialami oleh anak selain asma adalah serangan batuk yang kerap atau jangkitan pada salur pernafasan dan telinga mereka.
Bukan sahaja masalah kesihatan, bahkan tabiat merokok akan memberi kesan kepada hubungan suami isteri. Merokok menyebabkan seseorang lelaki itu mungkin mengalami masalah kegagalan fungsi alat kelamin. Apabila ini berlaku, pasti ia akan mengganggu keintiman pasangan.
Susahnya Nak Berubah!
Jangan beri alasan, sebenarnya papa boleh menyelamatkan keluarga. Paling baik adalah papa berhenti merokok. Tetapi kalau papa tak mampu melakukannya secara drastik, berubahlah dengan beberapa cara ini. Untuk membantu papa dan keluarga papa dalam mengurangkan penghisapan asap rokok, papa boleh cuba untuk:
1. Kunyahlah gula-gula getah
Masa paling sesuai untuk mengunyah gula-gula getah adalah pada waktu semasa papa nak merokok. Ketika melakukannya, ia dapat membantu menarik rasa ingin merokok. Jadi setiap kali papa rasa nak cucuh api pada rokok, keluarkanlah gula-gula getah!
2. Sibukkan diri dengan aktiviti kegemaran
Biasanya bila papa dah mula buat aktiviti yang digemari, ia dapat membantu untuk mengalihkan perhatian dari keinginan untuk ‘berasap’. Jadi pilihlah aktiviti yang memerlukan fokus dan tumpuan penuh supaya papa tidak akan terasa seperti mahu merokok. Selain itu, melakukan aktiviti dengan keluarga juga sangat membantu!
3. Guna produk alternatif tanpa asap
Apabila seseorang membakar rokok, ia akan menghasilkan abu, tar dan asap yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Tar yang dimaksudkan bukanlah tar yang menurap jalan raya akan tetapi tar yang terhasil daripada pembakaran.
Malah, asap rokok yang terhasil inilah yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya bukan sahaja kepada perokok aktif, bahkan mereka yang ada di sekelilingnya.
Oleh itu, kebelakangan ini ramai orang dah mula beralih kepada produk tembakau yang dipanaskan atau heated tobacco products (HTPs) yang kurang memudaratkan. Contohnya, IQOS atau lil Solid yang bebas dari asap dan cuma memanaskan tembakau tanpa membakar rokok. Jadi, penghasilan asap rokok dan abu pun tak ada malah tahap dan bilangan bahan kimia yang berbahaya dapat dikurangkan secara ketara.
Baru-baru kami mendapati sudah ramai beralih dari menghisap rokok biasa kepada lil Solid. Mungkin ini adalah satu inisiatif untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Cuti sekolah bakal tiba tak lama je lagi. Tentunya dah ada perancangan untuk bawa anak-anak bercuti ke mana-mana. Umrah juga biasanya dilakukan pada musim cuti sekolah terutamanya untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil atau bersekolah.
Tapi senang ke nak bawa anak-anak yang masih kecil ke umrah tu? Ya lah mama dengan papa mestilah nak banyakkan beribadat sepanjang disana kan? Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Nur Shazareen Kamarozaman di Facebook miliknya, dia menyatakan memang mencabar bila menunaikan umrah dengan anak-anak. Tapi banyak juga keseronokan dan momen indah yang dapat diabadikan Bersama.
Dalam perkongsian tersebut juga, wanita ini berkongsi lima tip dalam mempersiapkan anak-anak sebelum menunaikan umrah Bersama-sama.
UMRAH BERSAMA ANAK-ANAK?
Umrah bersama anak-anak sememangnya mencabar. Tapi banyak keseronokan dan moment indah yang dapat dicipta.
Menunaikan ibadah umrah bersama anak-anak sudah pasti persiapannya tidak akan sama dengan pergi hanya membawa diri sendiri sahaja. Anak-anak juga perlu mempersiapkan diri mereka sebelum ke sana. Biarlah mereka faham dan bersedia untuk sama-sama beribadah di sana kelak. Walaupun mungkin mereka tidak mampu memahami sebagaimana kita, tapi sekurang-kurangnya berilah mereka peluang mengenal ibadah umrah dan jatuh cinta pada Kaabah serta bumi Haramain.
Kita sebagai ibubapalah perlu bantu memberi kefahaman dan mempersiapkan diri mereka.
Ini antara perkara yang kami lakukan sebelum ke tanah suci :
1. MEMBACA BUKU KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI KAITAN DENGAN IBADAH UMRAH BERSAMA MEREKA.
Alhamdulillah, kebetulan saya pernah belikan anak-anak saya buku berkaitan tempat-tempat yang disebut di dalam al-Quran. Ia termasuklah Mekah, Madinah, Kaabah, Bukit Safa dan Bukit Marwah.
Sambil melihat gambar-gambar dan ilustrasi di buku, saya menceritakan kepada Tuqo dan Taqi tentang sejarah dan maklumat berkaitan dengan tempat-tempat tersebut. Bagi saya, sekurang-kurangnya mereka sudah pernah mendengar nama-nama tempat tersebut dansedikit kisah tentangnya.
Contohnya apabila bercerita tentang Mekah, saya katakan kepada Tuqo dan Taqi bahawa Mekah adalah tempat kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW. Di Mekah juga nabi mula berdakwah. Tuqo pula memang suka sangat bila dengar perkataan ‘dakwah’. Seakan-akan menarik minatnya.
Kemudian saya ceritakan pula tentang Bukit Safa dan Marwah serta kisah penat lelah Saidatina Hajar berlari-lari membawa Nabi Ismail AS dan juga bagaimana wujudnya air zam-zam. Sungguh, ini antara kisah yang Tuqo sangat minat dan ingat. Apabila melihat reaksi dan responnya, seakan-akan dia tidak sabar untuk melihat sendiri Bukit Safa dan Marwah serta meneguk sendiri air zam-zam. Watak-watak seperti Saidatina Hajar juga Tuqo mampu hafal dan ingat peranannya dalam setiap kisah yang saya ceritakan. Inilah buktinya yang anak-anak dapat faham dan ingat dengan baik apa yang kita sampaikan.
Ya,mereka kelihatan seperti belum memahami. Tapi hakikatnya otak mereka sedang menerima dan mengingat dengan baik.
Selain itu, saya juga ceritakan tentang Madinah serta Raudhah sehingga membuatkan Tuqo sering meminta untuk dibawa ke Raudhah dan makam baginda Rasulullah SAW. Tak sabar-sabar!
2. TUNJUK VIDEO BERKAITAN IBADAH UMRAH
Video sangat membantu dalam mempersiapkan diri anak-anak. Ia seperti membuatkan jiwa anak-anak melompat tidak sabar mahu ke sana.
Selain itu, ia juga memberi kefahaman dan gambaran bagaimana ibadah umrah akan dilakukan seperti tawaf dan saie. Sekurang-kurangnya mereka tahu, bila sampai di Kaabah kelak, kita perlu tawaf. Tawaf itu pula maksudnya adalah mengelilingi Kaabah. Tidaklah bila sampai di sana kelak, anak-anak hanya melopong dan tertanya-tanya apa yang sedang dia lakukan.
Kalau anak-anak bertanya di sana, lagi payah nak menjawab. Mana mahu fokus ibadah, mana mahu menjawab soalan anak. Jadi sebaiknya, fahamkan anak-anak terlebih dahulu sebelum berangkat ke sana.
3. SERING BERSEMBANG DAN BERCERITA DENGAN ANAK-ANAK TENTANG IBADAH UMRAH DAN KELEBIHANNYA.
Sembang secara santai itu lebih seronok. Di dalam kereta atau sambil berjalan-jalan. Bedtime story juga menjadi lebih seronok apabila bercerita tentang umrah. Barangkali mereka akan tidur dengan tenang sambil mimpi pergi ke sana mengelilingi Kaabah.
Sambil bersembang, kami kebiasaannya akan minta anak selitkan doa. Hati dan jiwa mereka masih suci. Harapan mereka terlalu tinggi. Sebaiknya kita ajar mereka supaya bergantung harap dengan Allah Yang Esa dan berdoa semoga Allah izinkan untuk ke sana kelak.
Maka akan kedengaranlah suara halus Tuqo berdoa,
“Ya Allah, kakak nak pergi Kaabah. Kakak nak minum air zam-zam. Kakak nak pergi Raudhah, nak jumpa Rasulullah”.
Kami juga turut menumpang doa dari Tuqo. Kami aminkan sama-sama tanda menyambut baik apa yang dipohon kepada Allah.
Kami jadikan topik berkaitan umrah ini sebagai topik utama perbualan kami untuk beberapa minggu sebelum berangkat. Kalau dah tak tahu nak cerita apa, kami ulang cerita yang sama. Dan saat itu, kami mula terkejut kerana Tuqo sudah pandai sambung sendiri apa yang ingin kami sampaikan. Itu merupakan satu kepuasan bagi kami sebagai ibubapa.
4. BAWA ANAK-ANAK SOLAT DI MASJID.
Untuk membiasakan diri anak-anak dan juga kami sendiri di sana kelak, beberapa minggu sebelum berangkat kami mula berlatih membawa Tuqo dan Taqi untuk solat di masjid.
Tujuannya bagi membiasakan Tuqo dan Taqi dengan suasana masjid, solat dan orangramai, dalam masa yang sama persediaan kepada kami bagaimana untuk membawa mereka bersama kelak ketika solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.
Ini seolah-olah latihan praktikal buat kami anak-beranak.
Pemilihan masjid yang sesuai juga penting. Bagi saya surau tidak berapa sesuai, kerana surau bersaiz kecil. Sedangkan Masjid Nabi dan Masjidil Haram tersangatlah besar. Sudah tentu kondisinya tidak sama.
Dari simulasi praktikal ini kami dapat sesuaikan diri dan mula mendapat sedikit gambaran. Perancangan asal kelak di Tanah Haram, Taqi akan bersama saya ketika solat manakala Tuqo pula akan mengikut suami saya memandangkan Taqi agak sukar berpisah dengan saya.
Tapi keputusan berubah setelah melakukan latihan simulasi solat di masjid. Taqi rupanya lebih behave apabila bersama abahnya. Kalau dengan saya, dia akan merengek dan minta didukung ketika saya sedang solat. Tapi apabila dengan abahnya, dia setia menungguabahnya solat dengan sangat sopan tanpa banyak ragam.Tuqo pula yang kian membesar sebenarnya memang sesuai bersama saya sebab mudah baginya untuk menyesuaikan diri dengan jemaah wanita yang lain.
5. PASANGKAN LAGU-LAGU NASYID BERKISAR UMRAH, HAJI, DAN BERKAITAN RASULULLAH SAW.
Untuk mencipta mood, saya kerap memainkan lagu-lagu yang berkaitan dengan Mekah, Madinah dan Rasulullah SAW yang kebanyakannya dinyanyikan oleh Maher Zain, Irfan Makki atau Opick seperti Medina, Labbaik Allahumma Labbaik dan Waiting For The Call.
Tiap kali mendengar lagu-lagu itu, perasaan seperti melonjak tidak sabar mahu pergi ke sana. Terasa benar rindu untuk menjadi tetamu Allah. Tuqo dan Taqi juga sering meminta supaya lagu-lagu itu tadi diulang-ulang. Seronok mereka menyanyi dan bertalbiah bersama.
Semoga sedikit perkongsian saya ini dapat membantu para ibubapa yang bercadang untukmembawa anak mereka untuk sama-sama menunaikan ibadah umrah.
Semoga Allah bakal menjemput kita semua menjadi tetamu-Nya tak lama lagi. Aminn..
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.