Pakaian yang berwarna putih dan cerah sememangnya cukup sensitif dengan kotoran. Malah baju yang lama cenderung untuk bertahi lalat. Pun begitu jangan terus dibuang jika masih boleh dipakai.
Sebaliknya cuba ikhtiarkan cara ni untuk hilangkannya. Memang menjadi!
Jom cuba 5 cara hilangkan tahi lalat pada pakaian atau sebarang fabrik.
1. CUKA
Cuka adalah bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk membunuh kulat serta menghilangkan baunya yang kurang menyenangkan. Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif atau mereka yang ingin mencuci pakaian bayi.
Caranya, campurkan 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air dan rendamkan selama sekurang-kurangnya 1 jam. Kemudian, cuci bahagian berkulat dengan menggunakan sabun pencuci / detergen. Gunakan air yang sedikit hangat semasa memberus dan membilas pakaian supaya kulat lebih mudah ditanggalkan.
Jika ingin digunakan pada fabrik lain seperti sofa atau langsir, masukkan larutan cuka ini ke dalam botol spray dan semburkan terus pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian gosokkan dengan berus yang sesuai dan bilas seperti biasa dengan sabun detergen.
2. BAKING SODA
Selain menggunakan cuka, anda boleh menggunakan baking soda sebagai salah satu cara menghilangkan tahi lalat pada pakaian. Ianya efektif untuk digunakan dalam bentuk pes atau secara terus. Seperti cuka, ia juga boleh menyerap bauan yang keluar daripada kulat.
Cara pertama adalah dengan membuat pes baking soda. Campurkan sedikit air pada baking soda dan terus sapukan pes ini pada bahagian baju yang berkulat. Biarkan seketika dan kemudian beruskan seperti biasa.
Ads
Jika kulat masih belum tanggal, anda boleh menambahkan sedikit cuka putih pada serbuk baking soda tersebut. Kedua-dua bahan ini sering digunakan bersama kerana ia berkesan membunuh spesis kulat yang berbeza. Melalui pemerhatian, cara ini adalah yang paling berkesan dan digemari oleh ramai ibu-ibu!
3. JUS LEMON DAN GARAM
Perahkan sebiji lemon dan campurkan jus lemon tersebut dengan sedikit garam sehingga ia menjadi pes.
Gunakan pes ini untuk disapukan pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian, beruskan seperti biasa. Anda juga boleh merendamkan pakaian dalam larutan lemon dan garam ini dalam air suam selama 1 jam. Selepas itu, bilaskan seperti biasa.
4. PELUNTUR
Peluntur (bleach’) atau lebih dikenali sebagai Clorox adalah sebuah kompaun yang sangat kuat dan berkesan untuk membunuh kulat pada pakaian. Namun, ia juga akan melunturkan warna. Jadi, cara ini hanya sesuai untuk pakaian berwarna putih sahaja ya!
Caranya, larutkan sedikit peluntur bersama air dan gunakan berus untuk menanggalkan tahi lalat tersebut. Taburkan sedikit sabun pencuci serbuk dan ulangi langkah ini beberapa kali sekiranya ia masih belum tanggal.
Seeloknya, gunakan air yang sedikit hangat untuk membilas dan mencuci pakaian tersebut. Sekiranya pakaian adalah daripada fabrik lembut dan sensitif, rendamkannya dalam larutan peluntur selama sekitar 20 minit, mengikut sukatan pada produk.
Ads
5. VANISH
Selain peluntur, satu lagi produk boleh anda gunakan adalah serbuk atau cecair ‘Vanish’ yang boleh dibeli di pasaran. Ia sesuai digunakan pada pakaian putih mahupun yang berwarna.
Caranya, sapukan ‘Vanish’ pada bahagian fabrik yang ada kesan tahi lalat, dan biarkan seketika sekitar 5-10 minit. Kemudian, beruskan sedikit dan bilas. Selepas itu, cuci seperti biasa dengan sabun pencuci.
6. JEMURKAN BAWAH CAHAYA MATAHARI
Selepas mencuci pakaian yang terkena kulat, jemurkannya di bawah sinaran matahari untuk kesan yang lebih efektif.
Untuk mencegahnya daripada berulang, keringkan dahulu pakaian yang berpeluh atau lembap sebelum dimasukkan ke dalam bakul baju kotor. Baju yang terkena susu atau makanan juga boleh direndamkan secepatnya supaya kotoran lebih senang ditanggalkan.
Jadi, jangan buang dulu baju-baju tersebut sebelum mencuba ya!
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita merancang untuk menyediakan yang terbaik buat anak-anak. Kebanyakan ibu bapa mengambil inisiatif untuk membuat simpanan bagi kemudahan pembelajaran anak-anak pada masa hadapan. Banyak perkara perlu diberikan pertimbangan sebelum ibu bapa memilih cara simpanan wang yang terbaik.
Salah satu pelan penabungan terbaik untuk anak-anak adalah melalui SSPN-i Plus. Dengan pakej serendah RM1 sehari, anda berpeluang untuk menikmati pelbagai manfaat yang ditawarkan. Melalui SSPN-i Plus, anda akan menikmati semua keistimewaan SSPN-i (kecuali Geran Sepadan dan manfaat takaful Ringgit ke Ringgit secara percuma); kerana pelan ini telah lengkap dengan simpanan dan takaful.
Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan dalam SSPN mula diberikan mulai tahun taksiran 2007 sebanyak RM3,000 setahun ke atas mereka yang berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan. Menerusi pembentangan Belanjawan 2013, jumlah pelepasan taksiran cukai dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000. Terbaharu, menerusi pembentangan Belanjawan 2019, sekali lagi jumlah pelepasan taksiran cukai dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 setahun.
Kelebihan yang ditawarkan kepada pendeposit ini adalah satu galakan kepada ibu bapa untuk menabung bagi simpanan pendidikan anak-anak. Istimewanya SSPN ini adalah kerana ia satu-satunya produk simpanan yang memberikan pelepasan taksiran cukai kepada pendeposit atau mereka yang membuat simpanan.
Ibu bapa yang membuat simpanan di dalam SSPN-i Plus layak menerima pelepasan taksiran cukai sehingga RM11,000 iaitu sebanyak RM8,000 bagi simpanan bersih di dalam SSPN-i Plus dan RM3,000 bagi caruman takaful. Bagi pendeposit yang memilih skim pencen layak menikmati pelepasan taksiran cukai sehingga RM15,000 iaitu sebanyak RM8,000 bagi simpanan bersih dalam SSPN-i Plus dan RM7,000 bagi caruman takaful.
SIAPA YANG LAYAK MENERIMA TAKSIRAN CUKAI INI?
Bagi membolehkan pendeposit layak menerima taksiran cukai ini, ada dua kategori yang perlu diketahui. Yang pertama adalah taksiran berasingan yang memberi pelepasan taksiran cukai maksimum RM8,000 setahun untuk setiap suami dan isteri manakala taksiran bersama pula menawarkan pelepasan taksiran cukai maksimum RM8,000 setahun untuk satu pasangan.
Jika pendeposit (suami isteri) membuat taksiran cukai secara berasingan, mereka boleh membuka akaun berasingan untuk anak yang sama agar dapat menikmati pelepasan taksiran cukai maksimum sehingga RM8,000 seorang.
Syarat kelayakan bagi mendapat pelepasan taksiran cukai bagi SSPN-i dan SSPN-i Plus ini dikira berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa. Pendeposit juga mestilah terdiri daripada ibu bapa kandung atau ibu bapa angkat atau penjaga sah yang membuka akaun untuk manfaat anak.
BAGAIMANA UNTUK BUAT SEMAKAN AMAUN?
Pendeposit boleh menyemak atau mencetak Penyata Ringkasan Akaun SSPN untuk Pelepasan Cukai di Portal Rasmi PTPTN (ptptn.gov.my). Amaun yang terdapat di dalam penyata ringkas adalah amaun yang layak pelepasan cukai bagi tahun taksiran yang dinyatakan.
Maklumat simpanan bersih telah dimasukkan di dalam e-filing (LHDNM) untuk memudahkan pendeposit SSPN yang merupakan pembayar cukai. Penyata Ringkasan Akaun SSPN untuk Pelepasan Cukai juga boleh digunakan sebagai dokumen sokongan sekiranya LHDNM membuat auditan terhadap pelepasan cukai pendapatan bagi SSPN.
INSENTIF LAIN YANG MENARIK!
Satu kelainan pada tahun ini kerana PTPTN menyediakan dua cabutan serentak iaitu Cabutan WOW! untuk pendeposit SSPN-i Plus dan Cabutan 15 Tahun untuk pendeposit SSPN-i. Hadiah utama yang ditawarkan Cabutan WOW! SSPN-i Plus adalah berupa kereta Proton X70 Premium manakala untuk Cabutan 15 Tahun SSPN-i adalah berupa wang tunai lebih RM151 ribu. Kedua-dua cabutan ini menawarkan dua kategori cabutan iaitu Cabutan Siri dan Cabutan Tahunan.
Untuk kategori Cabutan Siri, masih terdapat Cabutan Siri Ke-3 iaitu tempoh promosi bermula November hingga Disember 2019 manakala Cabutan Tahunan tempoh promosinya sejak Januari lalu hingga Disember tahun ini.
Jangan bertangguh lagi! Ayuh mulakan sekarang sebelum 31 Disember ini untuk simpanan anak-anak anda bagi mencapai cita-cita mereka ke menara gading. Maklumat lanjut dan pembukaan/penambahan akaun layari www.lovesspn.com.
“Simpan, Simpan, Simpan, Jaminan Masa Depan!”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi dan kanak-kanak secara semula jadi mempunyai perasaan ingin tahu, dan cenderung memasukkan benda ke dalam mulut. Sebab itu, ibu bapa kena pastikan barang-barang yang kecil dan berkemungkinan boleh anak masukkan dalam mulut, simpan di tempat tinggi dan selamat.
Ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku tanpa disedari oleh ibu bapa. Kadang anak-anak kecil ni lagi cepat bertindak dan bila berlaku sesuatu, barulah ibu bapa perasan.
Antara yang biasa berlaku pada kanak-kanak ini adalah tertelan objek kecil seperti duit syiling, manik, span atau apa saja yang menarik perhatian anak itu.
Antara simptom yang berkemungkinan akan muncul apabila objek tersebut tersekat pada esofagus atau usus, termasuk:
Muntah Air liur meleleh Kesakitan pada bahagian dada atau tekak Keengganan untuk makan Sakit perut Demam
Sebarang objek yang tersekat atau tersangkut dalam badan untuk tempoh yang lama tanpa sebarang rawatan boleh menyebabkan jangkitan, seperti pneumonia aspirasi berulang. Ini boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian dada, batuk berkahak, dan berdehit. Ada masanya, demam turut akan berlaku.
Mungkin terdapat simptom yang tidak dinyatakan di atas. Sekiranya anda mempunyai keraguan atau sebarang pertanyaan mengenai simptom lain yang mungkin berlaku, sila berjumpa dengan doktor.
Seperti perkongsian Pakar Telinga, Hidung & Tekak, Dr Ezairy M.Sallih, mengenai kes anak tertelan duit syiling boleh dijadikan peringatan bersama.
Anak ini kecil lagi. Baru setahun lebih. Lepas je tertelan syiling, terus tak boleh makan.
“Dia muntah-muntah, doktor. Dah tiga kali semenjak dari rumah tadi,” wajah ibu ini nampak cemas.
“Saya tak perasan bila dia masukkan syiling itu,” si ayah menambah.
Kes ini dirujuk kepada kami pada kira-kira tiga petang tadi. Kami terus uruskan kemasukan pesakit ni ke dalam wad dan seterusnya ke dewan bedah. Sebelum maghrib tadi selesai semuanya. Duit syiling tersebut berjaya dikeluarkan.
Kalian yang ada anak-anak kecil di rumah, contohi tindakan pantas ibu ayah ni. Nampak saja anak tak ok, terus bawa ke hospital.
Hati-hati jika anak anda tiba-tiba sahaja tak nak makan, nampak tak selesa, selalu bermain dengan alatan kecil seperti duit syiling, untuk kes yang lebih serius sampai tak boleh menelan air liur!
Perkara yang tidak diingini boleh berlaku. Anak anda mungkin tertelan sesuatu. Tersangkut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanggungjawab ibu bapa membesarkan anak bukan setakat memberi nafkah makan, minum dan pakaian tetapi lebih dari itu lagi. Berjaya bimbing anak dengan sentiasa menggerakkan hatinya ke arah kebaikan satu bonus besar buat ibu bapa.
Disebabkan itulah, ibu bapa digalakkan untuk melakukan beberapa amalan ini semasa anak tidur bagi merangsang minda separa sedar mereka. Ini sangat penting kerana minda separa sedarlah yang akan membentuk emosi dan peribadi anak secara keseluruhannya.
Setiap malam, apabila anak tidur wiridkanlah “Ya Latif” pada ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau sekurang-kurangnya 100x.
Seterusnya, bacakan surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah) sekali.
Bisikkan di telinga anak kita dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuhnya.
Bisiklah yang baik-baik seperti nasihat, pujian dan luahkan perasaan kasih sayang kita kepada mereka.
Mengikut kajian, percakapan kita kepada anak yang sedang tidur sangat berkesan kepada kesihatan jiwa dan rohnya. Hebatkan! Jadi sama-sama amalkan untuk kebaikan anak kita.
Peliharalah diri anak dengan akhlak yang baik dan sikap terpuji kerana merekalah yang akan mendoakan kita pula selepas ini.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.