Tahniah diucapkan buat Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Natasha Rosa Boudville atas kelahiran bayi sulung mereka selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama.
Melalui instagramnya semalam, Datuk Eizlan berkongsi perkhabaran gembira itu sambil berkongsi satu video pendek dan gambarnya memegang bayi keempatnya itu.
Kata Datuk Eizlan lagi, dia bersyukur di atas limpahan rezeki dari Allah dan turut memberitahu anak dan isterinya kini berada dalam keadaan yang baik.
“Alhamdulillah yayang @sashaboudville & Baby ZR❤ berada dalam keadaan yang baik.
“Terima kasih diatas doa & ingatan yang baik buat kami sekeluarga,” tulisnya.
Namun apa yang menariknya, kata beliau lagi, sebagai tanda kenangan, dia turut memakai baju yang sama ketika menyambut tiga kelahiran anaknya bersama bekas isteri terdahulu.
Ads
” Baju ini akan jadi kenangan kerana 4 anak saya @viezaarakhan @zareefyusofofficial @viezaalia disambut bersama dengannya 🤩 #EizlaNatasha #BabyZR❤,” tulisnya berkongsi.
Instagram pelakon itu turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti juga pengikut beliau di Instagram.
Ads
Terdahulu melalui Instagram, Datuk Eizlan juga turut meluahkan penghargaan dan berterima kasih atas pengorbanan isterinya sebelum kelahiran bayi pertama mereka.
“I halalkan segala makan minum dan maafkan segala salah silap ( sekiranya ada ) you selama ni. Terima kasih kerana menyayangi diri yang serba kekurangan ini.
“Love u dunia akhirat my yayang #EizlaNatasha,” tulisnya sebelum kelahiran bayi sulung mereka itu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @eizlanyusof
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah burn out ibu bukan masalah biasa yang perlu dibiarkan. Emosi ibu terganggu, anak-anak akan turut terkesan. Malah anak-anak bakal menerima kesan jangka masa panjang.
Jadi jangan dibiarkan berlarutan. Berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan diri sendiri sebaiknya. Perkongsian tip yang dikongsikan oleh saudari Fatihahsidek ini wajar dijadikan panduan dan inspirasi untuk menjadi yang lebih baik untuk diri sendiri dan anak-anak. Kita pulihkan diri kita dahulu, demi anak-anak.
Saya tak nak bincang punca isteri burnt out. Sebab punca boleh datang dari pelbagai sebab. Cuma, sebagai orang yang pernah mengalami anxiety & depresi saya belajar sesuatu.
Kadang, kita rasa kita dah amalkan positive minded, tapi kadang tekanan tu boleh datang dari segi lain pula. Mungkin financial, mungkin terlalu push diri, mungkin persefahaman tak sampai dengan pasangan atau orang sekeliling dan bermacam tekanan lain yang menjadi punca.
Cuma, bila kita dah jadi parents— banyakkanlah ilmu untuk parenting. Sebab bila dah jadi parents, ianya bukan hanya tentang diri kita. Tapi hidup makhluk kecil yang Allah amanahkan kepada kita juga.
Banyak ilmu yang kita boleh gunakan untuk improve skills parenting kita. Jangan sebab surrounding kita pemarah, kita pun besarkan anak dengan kemarahan. Kita tak rasa salah pun. Yelah mak pak kita marah kita, pukul kita pun kita rasa kita tetap jadi orang. Kita rasa.
Padahal, jadi orang ke kita bila kita selamba belasah anak dalam bas. Kita marah anak supaya jangan menyusahkan. Kita kurung anak dalam bilik bila anak teriak. Kita rantai kaki anak sebab anak buas. Banyakkanlah mencari ilmu.
Dan. Kalaulah tiba tiba kita dok belajar dah ilmu ilmu hidup dengan positive, ilmu anger management, ilmu parenting ke apa— kita tetap diuji dapat mental illess macam anxiety or depresi. Dapatkanlah support. Rawat diri cepat cepat.
Saya tau macam mana kita tiba tiba boleh lose control bila macam macam dalam kepala, dalam masa sama anak teriak. Sekelip mata kita boleh buat benda yang bukan bukan.
Apa yang saya buat, bila saya rasa saya bukan lagi diri saya dulu?
1. Saya banyak bercakap dengan suami— saya rasa saya tak sihat. Saya rasa saya dah bukan diri saya.
2. Saya banyak bercakap dengan anak— sayang, boleh ke sayang tolong ibu? Sayang kalau nak apa apa sayang cakap elok elok ya. Jangan menjerit jerit ya. Ibu takut ibu jadi tak ok. Ibu sayang kakak. Kakak tolong ibu ya.
3. Saya dapatkan support daripada family— banyak masa anak, family yang bawak diorang main. Naik motor. Bawak jalan. So banyak masa saya duduk sendiri dan cuba faham “ apa sebenarnya jadi kepada diri saya masa tu”
Mungkin ada yang tak bernasib baik seperti saya yang ada support system yang baik. Tapi, cubalah. Cuba sedaya upaya dapatkan orang untuk support.
4. Saya juga selalu cuba untuk stay concious. Which is saya cuba sangat untuk kawal minda saya. Banyak ingatkan diri untuk tak terbawa bawa oleh pemikiran yang “ lagi satu”. Banyakkan mengunci kata kata dalam kepala. Biar dia stay sebagai kata kata sahaja.
Jangan biarkan kata kata tu menguasai diri. Stay concious! Bila mula je diri kita yang satu lagi tu bercakap, bangun! Jangan layan.
Bangun, bercakap dengan orang yang positive. Bangun, buat pergerakan yang boleh distract pemikiran yang bukan bukan. Betulkan breathing. Betulkan posture badan.Bersenam, packing, kemas rumah, apa apa saja yang melibatkan pergerakan.
Kadang, disebabkan mental breakdown. Benda yang kecik pun boleh memusnahkan diri kita.
Kita jadi oversensitive. Kita jadi overthinking. Bukan setakat demotivated. Malah rasa diri tak guna. Bila rasa diri tak guna, buat apa lagi hidup?
So, luahkan. Bercakap pada orang yang tepat. Bila kita cakap, at the end nanti kita akan sedar yang masalah yang sangat besar tadi tu sebenarnya kecik sahaja. Keep cakap. Sampailah dah stabil balik.
5. Ubah environment. Please ubah environment. Jauh daripada benda yang mengganggu fikiran kita. Jauh daripada trauma kita. Bila ubah environment, kita ada ruang baiki semula diri kita. Dan paling penting, kita boleh nampak semula hidup kita dari perspektif yang lain pula.
And the last one, kalau kita perasan diri kita dah tahap yang fikirkan suicide, mula mencederakan anak anak— ambiklah langkah drastik.
Walaupun sukar, tapi itulah yang terbaik untuk diri dan juga anak. Serahkan mereka kepada pihak yang lebih baik. Tak kiralah, family members, cari family angkat, ataupun Jkm.
Serahkanlah mereka, sementara kalian kembali sihat. Berpisahlah sementara demi penyatuan yang lebih baik dikemudian hari.
Itu adalah langkah sukar bagi sesiapa sahaja yang bergelar ibu. Tapi, itu saja yang tinggal. Demi mengekalkan takhta kalian sebagai ibu yang baik.
Meroyan atau postpartum depression tidak boleh dipandang ringan. Ibu yang mengalaminya boleh tergamak mengelar leher anak sendiri.
Bayi berusia 5 hari, menjadi mangsa ibunya yang sedang bergelut dengan kemurungan selepas bersalin. Hiralbahen Bhavsar, 29 bertindak mengelar leher dan lengan bayinya dengan pisau.
Dia yang telah ditahan pihak berkuasa sebelum itu telah menghubungi polis dan memberitahu mengalami sakit dada dan suami, Jaymin cuba untuk membunuhnya. Bagaimana pun, ahli keluarga yang lain menafikan penglibatan suaminya dalam cubaan membunuh.
Di saat lelaki itu digari polis, kemudian Hiralbahen keluar dari bilik tidur dan mengakui “Bukan, bukan dia yang membunuh. Saya yang membunuh. Saya telah membunuh anak saya.”
BAYI DITEMUI DENGAN KESAN KELAR PADA LEHER DAN LENGAN
Dalam siasatan yang dijalankan, polis menjumpai mayat bayi di dalam bilik dengan kesan kelar pada leher dan lengan. Apabila ditanya mengapa membunuh anak sendiri, dia menjawab dia tidak mahukan bayi itu dan ambil keputusan untuk membunuhnya.
AMBIL ‘SESUATU’ DARI DAPUR & KEMBALI KE BILIK
Suami Hiralbahen, Jaymin memberitahu polis, isterinya itu telah membawa bayi mereka yang menangis ke bilik semasa dia sekeluarga menikmati makan malam. Bagaimana pun, dia melihat isterinya keluar dari bilik yang terletak di bahagian hadapan rumah itu tanpa bayi mereka, mengambil sesuatu daripada dapur dan kembali ke bilik berkenaan.
Apa yang ‘menyeramkan’ beberapa jam sebelum bertindak mengelar si kecil, Hiralbahen telah memuatnaik gambarnya bersama anak dan suami di FB. Bagaimana pun, gambar berkenaan telah pun dipadamkan.
ORANG SEKELILING TIDAK MENYANGKA IBU ALAMI MEROYAN
Jiran-jiran keluarga ini tidak menyangka Hiralbahen menderita postpartum depression atau meroyan kerana dia kelihatan normal dan berkelakuan seperti biasa. Seorang ibu yang sihat tidak akan berbuat demikian kepada anak sendiri.
Ibu ini telah pun didakwa dengan kesalahan membuh dan pemilikan senjata untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.
Pa&Ma ingin berkongsi info mengenai post partum depression atau meroyan yang terjadi kepada ibu selepas bersalin. Ibu sendiri, suami dan ahli keluarga perlu peka keadaan ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie yang selamat bergelar ibu dan bapa selepas kelahiran cahaya mata sulung mereka Sabtu lalu.
Sheryl yang kini bergelar ibu selemat melahirkan bayi perempuan seberat 2.89kg secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.
Baik Sheryl, kedua-dua mereka turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki dari Allah itu malah bersyukur semuanya dipermudahkan.
“Alhamdulillah isteri telah selamat memlahirkan anak. Baru sahaja keluar bilik pembedahan. Isteri dan anak dalam keadaan sihat,” kongsinya.
Pengalaman paling berharga bagi Azzam pastinya dapat menamani isteri tercintanya saat berdepan detik cemas bagi menyambut cahaya mata sulung mereka.
Azzam yang berpeluang menemani isterinya itu turut menyaksikan sendiri pembedahan itu yang membuatkan dirinya insaf.
Malah kongsi Azzam lagi dia sudah pastinya tidak mampu membayar harga pengorbanan isterinya itu saat bertarung nyawa melahirkan cahaya mata sulung mereka.
“Sebenarnya saya masih terkejut lagi sekarang ini. Dalam masa sama saya amat gembira.
“Saya dapat masuk ke bilik pembedahan dan bersama isteri. Melihat doktor menyambut anak kami, mendengar bayi menangis adalah satu pengalaman yang tak akan saya lupakan. Ia satu yang sangat berharga buat saya,” ujarnya.
Azzam dan Sheryl mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.