Pengambilan epal antara pilihan snek sihat yang membekalkan pelbagai khasiat sekiranya diamalkan setiap hari. Epal kaya nutrisi dan baik untuk kulit dan tubuh. Kandungan tinggi serat, kaya antioksida dan vitamin C.
Menurut laporan kajian kesihatan dari Amerika Syarikat, mendedahkan sebiji epal hijau mengandungi 14 gram (g) karbohidrat manakala epal merah pula 15 g karbohidrat. Buah epal menjadi kegemaran golongan kanak-kanak dan juga dewasa. Teksturnya yang ranggup dan manis membuatkan epal tidak jemu untuk dinikmati.
Epal Bagus Untuk Anak-anak Ada Asma
Untuk pengetahuan ibu bapa, dari aspek kesihatan, buah epal ini dapat membantu anak yang ada asma dan beberapa masalah lain lagi.
Melalui perkongsian Dr Mazliana Mazlan, beliau menasihatkan ibu bapa yang ada anak menghidap asma, boleh berikan epal. Buah epal adalah real food terbaik untuk anak.
Cuba banyakkan buah epal untuk anak yang ada asma. Paling kurang sehari sebiji, untuk kurangkan risiko serangan asma jadi lebih teruk.
Paling Kurang Makan Sebiji Sehari
Lagi banyak epal yang anak makan, lagi kurang risiko kekerapan nak dapat serangan asma, insyaAllah.
Dalam epal ada flavonoids. Kandungan inilah yang buat tahap asma anak kita makin baik.
Flavonoids akan mantapkan fungsi paru-paru anak.
Bila ada sesuatu yang trigger asma anak, paru-paru dapat bekerja dengan baik. Maka serangan asma pun akan jarang berlaku, atau tak teruk sangat seperti sebelumnya.
ADA KAJIAN MENYATAKAN IBU MENGANDUNG YANG MENGAMBIL EPAL 4 BIJI SEMINGGU, RISIKO ASMA PADA ANAK YANG DIKANDUNG AKAN BERKURANG LEBIH 37 PERATUS. JADI KALAU ANDA ADA SEJARAH KELUARGA DENGAN MASALAH ALAHAN SEPERTI ASMA, EKZEMA, RESDUNG ATAU PSORIASIS, ADA BAIKNYA JADIKAN EPAL SAHABAT BAIK KETIKA MENGANDUNG.
Dengan izinNya, Insya Allah akan berkurang risiko alahan untuk ‘transfer’ kepada anak. Sama-sama kita cuba banyakkan real food untuk anak-anak ya, lebih kena jaga bila anak ada masalah alahan.
Kredit: Dr Mazliana Mazlan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI