Bakal Menginjak 4 Tahun, Ainul Mula Buat Aktiviti Luar Rumah Kuatkan Sensorinya

Share

Kejapnya masa berlalu. Dah hampir 4 tahun usia buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah. Si comel Ainul mendapat perhatian rakyat Malaysia setelah menghidap ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’ seberat 200 gram di mulutnya.

Walaupun selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di London, United Kingdom pada 2019 ketika berusia sembilan bulan, daya tahan Ainul masih belum kuat seperti kanak-kanak normal lain.

Disebabkan itu, bapanya, Ahmad Safiuddin sangat berhati-hati dengan Ainul dan tidak terlalu mendedahkan kepada orang luar. Ini kerana Ainul mudah sakit dan sangat sensitif dengan persekitaran setempat.

Bagaimanapun, lagi 6 bulan bakal menginjak usia 4 tahun, Ahmad Safiuddin berkongsi perkembangan terkini Ainul apabila guru terapinya di GymCademy mula menyuruh Ainul main-main di luar, pijak tanah, pegang tanah, dan buat aktiviti yang ” lasak ” untuk ransang sensori Ainul.

Sekarang waktu pagi ni Ainul akan dibawa bermain di luar. Tak pakai selipar, berkaki ayam. Pijak tanah, pijak simen, biar dia rasa struktur-struktur ini untuk perkembangannya.

Ainul mula didedahkan dengan persekitaran luar untuk meningkatkan kemahiran sensorinya.

Awal-awal ni memang Ainul tolak. Tak suka dan mungkin geli sebab kami jarang dedahkan Ainul dengan perkara-perkara macam ni. Risau, sebab ainul mudah dapat jangkitan. Dan dia saya masih anggap kanak-kanak yang fragile.

Tapi, tahun ni Ainul akan memasuki usia 4 tahun. Saya kira, dah tiba masanya Ainul mula bermain di luar (dalam pantauan) secara perlahan. Mudah-mudahan, perkembangannya bertambah baik dan dapat meransang saraf-saraf di tubuh badan.

Selepas 3 tahun melakukan pembedahan, Dr Amalina berjumpa Ainul. Semasa di London, Dr Amalina orang tengah membantu prosedur pembedahan.

Cahaya matahari pagi elok untuk manusia. Vitamin D semula jadi yang Allah SWT kurniakan buat manusia.

Moga adik Ainul sentiasa dalam rahmat Allah dan dapat terus membesar dengan sihat walaupun perkembangannya agak lambat sedikit berbanding kanak-kanak seusianya.

Kredit: FB Ahmad Safiuddin & IG Nrl Erwani

Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

IKLAN