Sebut sahaja Eco-Shop, terbayang deretan barangannya yang murah dan mampu milik dan menepati pilihan mak-mak untuk mengisi kelengkapan seisi rumah. Syurga bagi wanita.
Menepati pilihan mak-mak, Eco-Shop tampil memperkenalkan duta produknya, Baki Zainal yang cukup mesra menyantuni pelbagai golongan malah sentiasa dekat dengan alam.
Baki Zainal yang bernaung di bawah Baki Zainal Entertainment dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi antara Baki Zainal dan Eco-Shop Marketing Sdn Bhd, di mana beliau dipilih sebagai Duta Masyarakat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk Eco-Shop.
Ads
Baki yang sentiasa komited dengan amanah dan tanggungjawabnya ini juga rupanya cukup komited dan bersemangat dalam melindungi alam kelestarian terutamanya lautan.
Ia selari dengan visi Eco-Shop dalam mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan lestari, untuk sentiasa dekat dan melengkapi kehendak pengguna.
Ads
“Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada misi Eco-Shop dalam memperjuangkan amalan lestari.
“Kerjasama ini memberikan peluang yang luar biasa untuk memberi inspirasi kepada perubahan positif dan memperkasakan individu untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam,” katanya berkongsi.
Ads
Sebagai langkah pertama, Baki Zainal bersama Eco-Shop akan melancarkan kempen revolusioner mereka, “No Plastic, Go Eco.”
Langkah ini bukan hanya akan meningkatkan kesedaran, tetapi juga memberi inspirasi kepada pelanggan Eco-Shop dan komuniti Malaysia untuk menerapkan amalan mesra alam dengan menghentikan penggunaan beg plastik di kedai mereka.
Semoga Eco-Shop terus maju jaya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Artis cilik ini tidak mensia-siakan bakat yang ada padanya. Setiap peluang yang ada untuk menunjukkan bakatnya akan direbut untuk membina nama dalam industri seni di Malaysia. Aryanna Alyssa Dezek lebih dikenali di Youtube kerana banyak membuat video lagu ‘cover’ sejak usianya empat tahun.
Memetik sebuah artikel dari laman web Harian Metro, Alyssa memberitahu yang dia tidak menyangka video yang dimuatnaik di saluran Youtube miliknya membolehkan dia memiliki sebuah kereta pada usianya 12 tahun.
Katanya, Toyota Vellfire yang dibelinya ini sebagai tanda penghargaan kepada dirinya atas usaha kerasnya selama ini. Tambah pula, kereta tersebut merupakan kereta idamannya. Alyssa turut mengatakan kereta ini dibeli untuk tujuan bekerja dan berkongsi kesenangannya bersama keluarga.
Alyssa juga melahirkan rasa terima kasih kepada peminat-peminatnya di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Artis cilik ini boleh berbangga dengan jumlah langganan sebanyak 3 juta dan menggunakan platform Youtube untuk menghubungkannya dengan para peminatnya di beberapa negara Asia.
Tambahnya lagi, single terbaharunya yang berjudul Lagu Untuk Kamu telah mendapat sebanyak 56 juta tontonan. Video-videonya yang lain yang juga mendapat jutaan tontonan.
Kereta Toyota Vellfire itu dibelinya dengan anggaran harga lebih RM250,000.Dia turut mengharapkan kejayaannya ini dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak lain. Tambahnya lagi, setiap yang dimilikinya bukan untuk menunjuk tetapi memberi semangat kepada semua orang bahawa setiap keinginan boleh dicapai sekiranya berusaha.
Kejayaannya hari ini adalah atas dorongan ibunya, Suzanne Dezek yang telah mendaftar saluran itu sejak lapan tahun lalu. Asalnya atas tujuan untuk dijadikan kenangan dan banyak video yang telah dimuatnaik ke saluran Youtube Alyssa.
Namun pada tahun 2012, salah satu videonya menjadi tular iaitu cover lagu Kun Anta apabila penyanyi asalnya sendiri mahu bertemu dengan Alyssa. Selain video nyanyiannya, ramai peminat turut sukakan videonya bermain ukelele seawal usianya empat tahun.
Difahamkan Alyssa merupakan selebriti pertama yang menduduki carta tertinggi dilanggan di Youtube Malaysia berbanding selebriti solo lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak membesar dengan sihat seperti bayi lain. Namun bagi pasangan suami isteri, Nurul Shaheera Mohd Razi dan Muhammad Syahidee Zulkiffli, perjalanan membesarkan anak bongsu mereka penuh dengan cabaran apabila bayi mereka didiagnosis dengan masalah breath holding spells.
Anak mereka, Muhammad Khabib Rayyan Muhammad Syahidee yang kini berusia sembilan bulan, mengalami keadaan luar biasa apabila boleh berhenti bernafas secara tiba-tiba ketika menangis, sakit, terkejut atau marah. Situasi itu membuatkan ibu bapanya sentiasa berjaga-jaga dan perlu memantau keadaan Khabib setiap masa.
Menurut Nurul Shaheera, 37, keadaan itu mula disedari ketika Khabib berusia sekitar tujuh bulan selepas anaknya terjatuh lalu menangis kuat tanpa mengeluarkan suara. Kejadian tersebut menimbulkan kebimbangan sehingga mereka membawa Khabib menjalani pemeriksaan lanjut di hospital.
“Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan Khabib mengalami breath holding spells. Kami sangat risau kerana selain masalah itu, doktor juga memaklumkan dia mempunyai masalah jantung berlubang,” katanya.
Tambahnya lagi, doktor menjelaskan bahawa keadaan breath holding spells biasanya berlaku apabila kanak-kanak tidak dapat mengawal emosi mereka dengan baik. Dalam situasi tertentu seperti terlalu marah atau terkejut, mereka boleh menahan nafas sehingga kelihatan seperti berhenti bernafas seketika.
Doktor turut memaklumkan bahawa keadaan ini berkemungkinan berterusan sehingga Khabib berusia enam atau tujuh tahun, iaitu apabila dia sudah mampu mengawal emosinya dengan lebih baik.
Disebabkan keadaan itu, Nurul Shaheera dan suaminya perlu memastikan emosi anak mereka sentiasa dalam keadaan stabil. Mereka juga perlu memberi perhatian lebih terutama apabila Khabib berada dalam keadaan tidak selesa atau sakit.
Sebagai seorang yang bekerja dalam bidang pentadbiran, Nurul Shaheera mengakui dia terpaksa menghantar anaknya kepada pengasuh ketika bekerja. Namun setiap hari dia sentiasa berasa risau dan kerap mengingatkan pengasuh supaya memberi perhatian khusus kepada Khabib.
“Saya selalu pesan kepada pengasuh supaya sentiasa memerhatikan keadaan Khabib. Kalau dia nampak tidak sihat atau terlalu meragam, saya akan ambil cuti kecemasan untuk menjaganya sendiri,” katanya.
Menurutnya, Khabib memerlukan pemantauan rapi terutamanya apabila dia menangis kuat, merajuk atau tidak sihat kerana keadaan itu boleh mencetuskan episod breath holding spells.
Walaupun berdepan cabaran, Nurul Shaheera bersyukur kerana suaminya banyak membantu menguruskan anak-anak di rumah. Pasangan itu juga mempunyai dua orang lagi anak yang turut memerlukan perhatian.
“Kadang-kadang saya terfikir untuk berhenti kerja supaya dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada Khabib, tetapi komitmen bulanan yang tinggi membuatkan saya perlu terus bekerja,” ujarnya.
Setakat ini, Khabib tidak mempunyai masalah untuk makan dan minum seperti bayi lain. Namun perkembangan fizikalnya masih dipantau kerana dia masih belum boleh berjalan.
Nurul Shaheera berkata, pada awalnya dia menyangka hanya anaknya sahaja mengalami masalah tersebut. Namun selepas berkongsi video mengenai keadaan Khabib di TikTok, ramai ibu bapa lain tampil berkongsi pengalaman yang sama.
Perkongsian itu sedikit sebanyak memberi ketenangan kepadanya kerana dia sedar bahawa dia tidak keseorangan dalam menghadapi situasi tersebut.
“Bila saya kongsi kisah Khabib di media sosial, ramai ibu bapa lain yang mengalami breath holding spells berkongsi cerita mereka. Dari situ saya rasa lebih tenang dan kuat,” katanya.
Walaupun ujian ini bukan sesuatu yang mudah, Nurul Shaheera dan suami tetap berusaha memberikan yang terbaik untuk anak mereka. Setiap hari mereka tidak putus berdoa agar Khabib membesar dengan sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.
Bagi mereka, kasih sayang dan kesabaran adalah kekuatan utama dalam menghadapi cabaran membesarkan anak yang mengalami breath holding spells.
Hasrat sebuah keluarga untuk bercuti sempena sambutan ulang tahun bertukar menjadi tragedi apabila bot yang dinaiki mereka terbalik akibat ombak besar di perairan Pulau Perhentian, malam kelmarin.
Salah seorang mangsa, A Sanggetha kehilangan suaminya, S Arumugam, dan anak bongsu mereka, A Sarrvihka yang berumur 3 tahun dalam kejadian menyayat hati itu yang turut meragut nyawa seorang lagi kanak-kanak, anak kepada rakan suaminya.
Menurut Sanggetha, kejadian berlaku selepas mereka selesai makan malam di Pulau Perhentian Kecil dan membuat keputusan untuk pulang ke penginapan mereka di Pulau Perhentian Besar sekitar jam 9 malam. Turut bersama dalam perjalanan itu adalah beberapa rakan lama suaminya serta keluarga masing-masing, menjadikan keseluruhan seramai 15 orang menaiki bot berkenaan.
“Sebelum naik bot, kami berkali-kali minta jaket keselamatan daripada pemandu bot sebab nampak cuaca macam nak hujan dan ramai anak kecil. Tapi dia kata jaket semua basah dan perjalanan pula dekat sahaja, dalam 10 hingga 15 minit,” kata Sanggetha ketika ditemui di kediamannya di Taman Bayu Aman.
Namun, ketika bot sedang dalam perjalanan, hujan turun dengan lebat disertai gelombang kuat dan suasana gelap menyukarkan keadaan. Bot mula terumbang-ambing sebelum dihentam ombak besar dan terbalik.
Sanggetha sempat memegang erat anak sulung mereka yang berusia sembilan tahun, manakala suaminya memegang anak bongsu. Namun, dalam kekalutan itu, mereka terpisah akibat arus kuat.
“Saya tarik tangan anak sulung keluar dari bot yang terbalik. Mujur ada seorang lelaki yang nampak kejadian dan bantu selamatkan kami. Kami memang hampir dengan kawasan parkir bot dan boleh nampak lampu-lampu resort, tapi laut bergelora sangat kuat,” ujarnya.
Tambahnya, walaupun tidak tahu berenang, dia cuba sebaik mungkin untuk mengapungkan badan demi menyelamatkan diri dan anak.
Mereka berdua kemudiannya mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum menghubungi rakan suami untuk mendapatkan maklumat tentang nasib ahli keluarga lain.
“Saya sangat terkejut apabila dimaklumkan bahawa suami dan anak bongsu saya telah meninggal dunia, begitu juga seorang anak rakan suami. Saya masih terkejut, semuanya berlaku terlalu pantas,” luahnya penuh emosi.
Sanggetha memberitahu, ini merupakan percutian pertama mereka ke Pulau Perhentian dan ia dirancang bersama rakan-rakan rapat suaminya sejak zaman sekolah bagi meraikan ulang tahun ke-40.
“Semuanya nampak bahagia dan kami betul-betul tak sangka perkara sebegini berlaku,” katanya sambil menyatakan tekad untuk terus kuat demi anak sulungnya yang masih hidup.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, bot yang membawa 15 penumpang karam selepas dipukul ombak besar ketika dalam perjalanan dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar. Tiga mangsa disahkan maut, manakala seorang lagi dilaporkan kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!