Balik Pada Niat, Tak Putus Asa! Fattah & Fazura Terima Nasihat Prof Muhaya Untuk Dapat Anak

Share

Hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Fattah Amin dan isterinya, Fazura masih lagi berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Walaupun belum lagi menerima perkhabaran yang gembira, pasangan ini sentiasa positif.

Melalui entri instagram Fazura, dia ada berkongsikan nota ringkas yang dikirimkan kepada adik angkatnya yang pergi ke Tanah Suci untuk mendoakan yang baik-baik padanya.

Dalam nota tersebut, Fazura ada menulis untuk menitipkan doanya semoga dikurniakan zuriat yang sempurna, dikurniakan rezeki buatnya dan suami supaya dapat membantu keluarga dan orang memerlukan serta dijauhkan dari fitnah dan hasad dengki manusia.

Fazura menyatakan dia cukup bersyukur dipertemukan dengan adik angkat yang diperkenalkan oleh mama sewaktu berada di Madinah baru-baru ini.

“Setiap kali Wani menunaikan umrah, sering kali dia meminta titipan doa dari saya dan ua benar-benar buat hati saya jadi sayu dan bersyukur,” kongsinya.

Bukan setakat usaha Fazura sahaja, Fattah juga turut berkongsikan video dari Prof Muhaya ketika dia menerima beberapa nasihat daripada pakar motivasi tersebut tentang kehidupan dan mencapai matlamat, terutama dalam soal memperoleh zuriat.

Menerusi video tersebut, rata-rata peminat Fattah memberikannya semangat supaya jangan mudah berputus asa dan sentiasa berusaha kerana apa yang diberikan atas kehendak-Nya.

Sumber: Ig Fazura/ Fattah Amin

 

 

IKLAN