Rumah tangga yang bahagia bergantung kepada bagaimana pasangan mencorakkannya. Jika acuannya baik, maka baiklah ia hingga ke akhir hayat. Bukan semata-mata pada wang ringgit dan kecantikan tetapi ikhlas menerima pasangan dan sama-sama menegur kesilapan itulah kunci bahagia.
Bagi penyanyi dan bekas Juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin dia mengakui bukan mudah untuk mengekalkan kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga, kecuali sentiasa bertolak ansur dan tak ego.
Menerusi entri di Instagram (IG), Mila berkongsi beberapa tip yang diamalkan sejak berkawhin dengan suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha empat tahun lalu.
“Macam mana nak tambahkan kebahagiaan dalam rumah tangga? Bangun pagi wajib mulakan dengan senyuman walaupun malam tu marah kerana merajuk ke sebab senyuman ni macam satu penawar untuk neutralkan segala ion ion negatif yang ada dalam diri kita.
“Kalau boleh hari-hari every morning peluk erat-erat pasangan kita for few minute, feel the warm, feel the heart beat dan ucapkan I LOVE U!
“Suami isteri ni kena sama-sama buang ego dan sering maaf dan memaafkan. Kena selalu fikir, apa tujuan perkahwinan itu?
Ads
“Setiap manusia ada kekurangannya jadi sama sama perbaiki demi mencari Redha ALLAH,” tulisnya.Di ruangan komen rata-rata peminat Mila bersetuju dengan apa yang dikongsikannya dan mereka turut mendoakan kebahagiaannya bersama suami.
“@shiela.jojie: Alhamdulillah. Semoga kekal sampai ke Jannah.”
“@virgochenta: Bestnya dapat peluk suami hari-hari. Kita tak dapat peluklah suami kerje jauh tapi dekat sini still run business & jaga anak macam biasa. Mila salah sati idola saya dalam perniagaan. Sumber inspirasi, teruskan share tips ya.”
Ads
“@masche: Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsiaan. Semoga dapat berkongsi lebih banyak tips pada semua.”
Membesarkan anak dizaman serba mencabar tidak mudah. Ditambah pula dengan kenaikan perbelanjaan seisi rumah yang bukan biasa-biasa. Semuanya perlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.
Disebabkan itulah, pelakon dan juga ibu kepada enam cahaya mata, Ozlynn Wati mahu fokus untuk membesarkan anak-anaknya dengan sebaiknya.
Akui Ozlynn lagi, apabila anak semakin membesar, semakin besar perbelanjaan yang harus diperuntukkan untuk mereka.
“Cukup la kan? Sudah la, banyak duit nak pakai wo bila anak dah besar ni. Education tak murah eh.
“3 boys 3 girls, kita kena bagi kasih sayang sama rata. Bila ada anak kecik kadang yang besar makin terabai, asyik kena beralah.
“So sekarang kita focus pada 6 ni je. Harap papa dan mama dapat berlaku adil pada korang,” kongsinya menerusi Instagramnya.
Menerusi entri yang sama juga, Ozlynn turut memuat naik gambar kesemua anak-anaknya yang cantik berpakaian sedondon putih.
Ibu kepada enam cahaya mata ini juga turut menitipkan doa buat semua ibubapa, dalam perjuangan mereka membesarkan anak.
“Semoga pada semua suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri, saya doakan semoga kalian diberikan rezeki anak yang tidak disangka-sangka.
“Pada yang berusaha menjaga anak tak kira ibu or ayah tunggal, semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam membesarkan anak-anak.
“Pada anak-anak yang kehilangan ibu atau ayah, jangan berputus asa, semoga kita semua disatukan di syurga bersama selamanya❤️ #familyhanania,” katanya lagi.
Di saat kita semua dapat berada di rumah bersama anak-anak dan ahli keluarga lain, masih ada lagi insan yang tak bernasib baik dan hanya mampu berteduh di tempat laluan awam hanya beralaskan kotak untuk tidur.
Pengalaman yang dilalui satu keluarga ini telah mendapat perhatian dari Ustaz Ebit Lew apabila salah satu posting yang dimuat naik oleh Amin Mean di laman sosialnya telah mendapat simpati ramai sehingga orang ramai meminta Ustaz Ebit membantu keluarga ini.
Tidak menunggu lama untuk membantu, Ustaz Ebit Lew yang mendapat maklumat tersebut telah pergi ke lokasi berkenaan dan ternyata cukup sedih melihat anak kecil tidur hanya beralaskan kotak dan ditemani ubat nyamuk dekat jambatan Patron Selayang.
Sebaknya Ya Allah
“Malam tadi baru nak baring lepas live tadi tengok ramai tag saya di Facebook Amin Mean jumpa adik ni tidur dekat jambatan patron selayang tiada rumah dah 4 hari.
“Saya terus gerak ke sana dah 11.30 malam dan lalu ‘roadblock’ dekat situ. Ketua polis daerah tanya ustaz ke mana ni. Saya minta bantuan mereka, baik sangat semua ikut saya membantu. Sebak rasa.
“Sampai atas menangis tengok adik comel ni dah tidur. Sejuknya lah Ya Allah, alas kotak jer.
“Macam anak saya kecil. Dah lena dekat rumah. Adik ni atas jambatan susahnya, meronta hati melihat. Terus ajak anak ini dan ibunya bawa balik rumah,” katanya.
Menurutnya, dengan bantuan polis dia telah pun bawa mereka pulang ke rumah.
“Ya Allah, apalah ujian mu anak kecil. Siapa ada rumah untuk di sewa sekitar Kuala Lumpur atau area gombak ni yang tak mahal boleh mesej saya yer.
“Sejuk hati tengok adik ni tadi baru sekejap tidur alas kotak dan ada ubat nyamuk. Sekarang dah tak ada nyamuk, tidur lena yer adik comel bilik selesa aircond tandas semua selesa. Allah sayang,” katanya.
Menangis bila tengok anak kecil ini seronok main
Bagaimanapun dalam posting terbaru Ustaz Ebit Lew, beliau telah berjaya mendapat sebuah rumah untuk keluarga ini berteduh.
Sebak rasa seharian carikan rumah untuk adik ni dan mak ayahnya. Dapat rumah 1 bilik. 1 ruang tamu dan ada dapur dan tandas semuanya. Saya bayarkan RM500 sebulan dari tuan rumah. InsyaAllah saya akan terus bayar bulan-bulan selagi mampu insyaAllah. Saya bagi free jer pada mereka. Bila tengok adik ni berlari-lari main mainan patung hadiah dari anak saya. Sebak menangis rasa hari ini. Ubat hati ini semalam tengok tidur di jambatan alas kotak.
Tadi ada seorang abang bagi rumahnya free. Dia berada di oversea. Tapi kawasan kondo tu kena halau pula. Sedih gak. Takperlah. Katanya undang-undang. Ya Allah selalu begitu pandangan orang pada orang miskin dan gelandangan. Tuan rumah bagi. Tapi AJK tak bagi. Susah juga call sana sini. Banyak protokolnya.
Saya dah biasa kena halau bila bawa adik jalanan atau gelandangan pergi shoping. Hati saya dah lali kena halau ini. Luka sikit tapi cepat jer pulih. Kena halau dalam dunia ini takper. Jangan kena halau di akhirat.
Syukur kawan-kawan bantu. Terima kasih abang Azman dan semua kawan-kawan yer. Terima kasih tuan rumah baik hati bantu masuk malam-malam ini. Saya doakan semua yang bantu Allah rahmati dan kasih sayangnya. Saya dah hadiahkan tikar, toto, bantal, tilam dan barang dapur. InsyaAllah esok hantar lagi barang-barang lain.
Sabarlah yer abang kakak. Kita mungkin buat silap dan kadang orang pandang rendah. Tapi kita hidup untuk Allah sayang. Saya doakan Allah bantu abang dengan kakak yer. InsyaAllah Allah Maha Baik. ALLAH Maha Mengetahui.
Dalam mendidik anak pastinya akan ada cabaran. Jika anak masih seorang cabarannya mungkin kurang sikit. Namun bagi yang ada anak dua, tiga atau seterusnya lagi besar kesabaran ibu bapa nak menghadapi setiap perangai anak-anak.
Bab bergaduh, berebut mainan, memukul pasti akan berlaku walaupun perkara itu kecil. Biasalah budak-budak sekejap je lepas tu ok.
Namun ada ibu bapa yang sentiasa bertanya bagaimana nak mengatasi anak yang suka pukul adik?
Perkongsian dan tip dari Puan Liyana Nazli ini dan dipraktikkan untuk 4 anaknya boleh dijadikan panduan.
1. Beri perhatian secukupnya pada setiap anak
Beri masa anda dalam setengah jam sehari kepada setiap anak, eksklusif untuk dia sahaja. Maksudnya hanya anda dan dia sahaja, tak ada orang ketiga. Biarkan anak pilih aktiviti kegemaran yang mahu dilakukan bersama anda. Ini untuk membina hubungan dan kepercayaan. Biar anak ada yakin diri, bahawa dia masih dihargai. Ada satu bab berkaitan ini dalam buku “The Me, Me, Me Epidemic”. Nanti kalau ada masa saya kongsi khusus tentang ini saja.
2. Bacakan buku yang berkaitan hubungan adik-beradik.
Social story ialah cara terbaik untuk memberikan kefahaman kepada anak tentang perasaan dan tindakan seharian mereka. Sambil bercerita ajak anak berbincang bagaimana cerita tersebut berkaitan dengan hidupnya. Jangan terkejut kalau dia tiba-tiba marah, tak mahu teruskan pembacaan, malah baling buku tersebut. Mungkin perkara yang disebutkan sangat menyentuh hati dia. Acknowledge the feeling. Kalau tak jumpa buku di pasaran, ibu boleh buat sendiri buku dengan letak gambar anak-anak sendiri. Lagi real!
3. Tekankan perkara yang baik, beri peneguhan positif.
Kita selalu akan beri perhatian apabila dia pukul adik. Perhatian walau dalam apa juga bentuknya sama ada melalui marah, ialah sesuatu yang anak cari daripada kita. Beri perhatian pada perkara-perkara baik yang dia lakukan terhadap adik yang selalu kita terlepas pandang. Walau sekecil dan sebiasa mana pun perkara tersebut. Contoh ambilkan lampin atau permainan adik, gosok adik dengan baik, senyum pada adik dan lain-lain. Katakan,
“Adik suka sangat bila abang gosok kepala dia tadi. Bagus, abang! Abang memang abang yang baik”
Peneguhan positif dalam bentuk pujian, pelukan dan ciuman lebih memberi kesan berbanding peneguhan negatif dalam bentuk hukuman.
4. Modelkan bagaimana sepatutnya cara yang betul untuk dia mengekspresikan perasaan.
Kadangkala biarkan anak lihat kita kecewa atau menangis. Ia adalah perkara biasa dalam hidup. Terangkan dengan mereka kenapa anda menangis. Apabila marah, biar mereka lihat ekspresi anda ketika marah. Tunjukkan kepada mereka bagaimana mengawal diri ketika marah. Kanak-kanak belajar melalui apa yang mereka lihat, lebih daripada apa yang mereka dengar. Kadang-kadang kita tak sedar mereka ialah mini version of us!
5. Kurangkan siblings rivalry
Kalau tindakan mereka memukul adik adalah kerana cemburu, ibu bapa perlu cuba sebaik mungkin mengurangkan siblings rivalry. Ha yang ini perbincangannya habis satu buku! 😂. Kadang-kadang kita tak sedar tindakan kita atau kata-kata kita yang mewujudkan siblings rivalry. Semudah, “tengok adik tu baik je ha tidur, kakak ni tak tidur-tidur!” Kalau mahu anak lakukan sesuatu, fokus pada dia sahaja. Don’t let other siblings come into the picture. Never compare.
6. Apabila anak pukul adik (atau adik pukul abang/kakak)
Ibu kena bertenang. Attend anak yang dipukul dahulu. Apabila kita attend kepada mangsa, kita sendiri beri masa dan ruang untuk diri kita berfikir tindakan yang seterusnya. Berbanding jika kita terus attend yang memukul. Automatik suara kita akan meninggi dan rasa nak marah sebab kita tak dapat nak faham kenapa dia boleh berkelakuan begitu. Dia bukan musuh kita, dia anak yang perlu difahami.
Apabila keadaan sudah terkawal, rendahkan diri kita bercakap dengan aras yang sama dengan mata anak. Kita mahu dia suarakan apa sebenarnya yang dia rasa. Kita nak pecahkan numbness yang dia dah cipta dalam diri dia. Di bawah ekspresi kosong itu, ada kesedihan dan ketakutan. Kita nak dia boleh suarakan perasaan dia itu. Which will end up biasanya kita pun menangis sama hahahaha! But it is okay. Peluk dia dan beri assurance yang perasaan dia tak salah. Tapi tindakan dia yang perlu diperbetulkan.
Saya pun struggle jadi ibu 4 anak. Hari-hari kena jadi referee 😂 Ada masa kita tahu apa yang kita nak buat, ada masa kita sangat takut kalau kita buat silap. Tapi kita sentiasa belajar. InsyaAllah!
Nutrisi perkembangan minda anak bermula daripada pemakanan harian. Ketahui 8 makanan terbaik seperti telur, ikan berlemak, susu, avokado dan bayam yang membantu meningkatkan fokus, memori serta perkembangan otak kanak-kanak.