Si comel Talita Love Garrett, anak selebriti, Raja Ilya sememangnya cukup comel. Gabungan wajah ibu dan ayahnya membuatkan tak jemu mata memandang.
Terbaru, video gelagat comel anak Raja Alya, yang tertidur ketika duduk dalam kerusi makan buat ramai yang terhibur.
Mana tidaknya, walau ketika sedang makan bersama ibunya, Talita sempat terlelap dan terjaga sebaik mendengar bunyi bising di sekelilingnya.
Namun apa yang menarik perhatian ramai, walaupun terganggu tidurnya, anak comel berusia lapan bulan itu tetap mengukir senyuman manis buat ibu dan ayahnya.
Sehingga kini, video Talita tertidur dengan senyuman manis itu telah menerima lebih 2,950 ribu tanda suka di Instagram anak kecil itu.
Ads
Meninjau di ruangan komen, wargamaya turut meluahkan rasa geram melihat kecomelan Talita yang sedang tidur. Begitu juga dengan gelagat comel itu yang mudah tersenyum dan tidak menangis biarpun tidurnya di ganggu.
Semoga Talita terus sihat membesar dan ceria serta membahagiakan ibu dan ayahnya.
Ads
Terdahulu, Talita Love Garrett, anak kesayangan Raja Ilya ini dilahirkan pada 1 Julai 2022. Kini Talita berusia lapan bulan.
Bersempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia, Majalah Pa&Ma tidak terkecuali menyokong kempen ini. Namun istimewanya, minggu hebat ini yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 7 Ogos ini diraikan Pa&Ma dengan penuh gilang gemilang bersempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019.
Seminar Penyusuan- Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu yang julung-julung kali diadakan ini turut mendapat sokongan pada tiga panel tersohor iaitu Dato’ Dr Hamid Arshat, Dr Maiza Tusimin daripada Hospital UPM, Sri Kembangan dan juga Dr Roliza Ibrahim daripada Avisena Women & Children Specialist Hospital, Shah Alam.
Seminar yang diadakan pada 2 Ogos, bertempat di SACC, Shah Alam ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 50 orang peserta.
Acara dimulai dengan perkongsian Resipi Kejayaan Penyusuan Ibu oleh Dr Maiza Tusimin dan kemudiannya diikuti dengan panduan hebat yang dikongsikan oleh pakar sakit puan tersohor, Dato’ Dr Hamid Arshat dengan tajuk “Pastikan Ia Berjaya. Hasilnya Anak Hebat”.
Peserta kemudiannya berpeluang menambah ilmu dengan panduan dan teknik yang dikongsikan oleh Dr Roliza Ibrahim pula dengan topik Teknik Penyusuan.
Paling menarik, bukan hanya bersoal jawab mengenai penyusuan, bahkan peserta tidak pulang dengan tangan kosong bila mana turut membawa pulang cenderahati hebat dan cabutan bertuah daripada beberapa jenama produk penyusuan.
Antara produk terlibat adalah Haenim Malaysia, Tateh, Holabebe dan juga Avisena Women & Children Specialist Hospital.
Malah produk Haenim Malaysia turut sama mengadakan demonstrasi menggunakan pam susu miliknya di booth Pa&Ma. Peserta juga berpeluang membawa tiga hadiah cabutan bertuah yang berupa pam susu, pengecas pam dan juga aksesori penyusuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika tahun lepas kita beraya dengan keadaan PKP, tahun ini tidak kurang bezanya. Dengan kes yang saban hari membimbangkan, PKP adalah jalan terbaik buat semua. Namun PKP bukan bermakna raya kita tidak sempurna.
Biar hanya berada di rumah, kita masih perlu meraikannya sebagai tanda kemenangan kita selepas sebulan berpuasa. Media sosial dihiasi dengan gambar-gambar kenangan keluarga yang cantik berpakaian sedondon.
Selebriti-selebriti tanah air tidak kurang hebatnya. Masing-masing berkongsi foto raya bersama keluarga bergaya sedondon dari hari raya pertama hingga kedua. Masing-masing sporting malah turut berkongsi dengan pelbagai aksi comel.
Paling menarik dan bermakna tahun ini pastinya pasangan selebriti yang baru menyambut kelahiran bayi malah pertama kali beraya bersama buah hati tersayang.
Pa&Ma kongsikan foto-foto selebriti bersama anak yang sudah semestinya di nantikan oleh semua peminat. Jom tengok mereka bergaya sedondon!
Jika selebriti di atas baru pertama kali beraya dengan anak, ini pula barisan selebriti yang kini beraya dengan jumlah ahli keluarga yang semakin bertambah. Makin meriah.
Tidak ketinggalan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza begitu juga dengan pelakon dan pengacara, Awal Ashaari & Scha Alyahya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada 20 Julai 2025, lebih 10,000 pengunjung yang terdiri daripada ibu bapa dan murid-murid Al Kauthar Eduqids (AKE) dari seluruh Lembah Klang dan Kuala Lumpur telah berkumpul bagi menjayakan AKE Sports Carnival with Friends 2025 di MAEPS, Serdang.
Ia bukan sekadar acara tahunan biasa tetapi satu pengalaman luar biasa yang sarat dengan aktiviti pendidikan, hiburan dan kenangan manis untuk semua yang hadir. Kelainan tahun ini apabila diadakan pada skala yang lebih besar dengan pelbagai acara menarik yang diadakan.
Aktiviti Bermula Seawal 8 Pagi, Penuh Energi & Warna-Warni
Karnival dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan berlangsung sehingga 6.00 petang. Pengunjung disambut dengan cuaca yang cerah dan wajah-wajah ceria murid AKE yang bersedia untuk menyertai cabaran 11 checkpoint. Setiap checkpoint mempunyai tugasan menarik yang perlu disempurnakan oleh murid untuk mendapatkan cop di pasport aktiviti mereka.
Sebaik sahaja berjaya mengumpul kesemua cop, mereka diraikan dengan medal eksklusif yang menjadi satu satu pencapaian yang cukup membanggakan buat si kecil!
Zumba Sarung Panaskan Suasana Pagi
Suasana pagi itu sudah hangat dengan acara Zumba Sarung yang dikendalikan penuh semangat oleh Nas Adila dan kru. Lenggok tarian penuh tenaga bukan hanya disertai guru-guru dan ibu bapa, malah murid-murid AKE juga turut menari bersama dengan penuh semangat. Riuh dan gamat! Aktiviti ini berjaya menyatukan semua lapisan usia dalam satu suasana yang cukup menyeronokkan.
Pentas Utama Jadi Tumpuan, Penuh Dengan Aktiviti, Kejutan & Idola Anak-Anak
Satu kelainan utama untuk edisi tahun ini ialah pengisian pentas utama yang sarat dengan aktiviti, games dan kejutan sepanjang hari. Antara rakan penaja yang menyemarakkan suasana pentas utama ialah Hellothere Skinlab, Pocky, Yayasan CNI, KFC dan Yakult yang tampil dengan pelbagai aktiviti interaktif dan hadiah menarik.
Lebih mengujakan, pentas utama turut dimeriahkan dengan penampilan khas Didi & Friends! Watak kesayangan ramai ini naik ke pentas dan menari bersama-sama ratusan kanak-kanak yang memenuhi kawasan sekitar. Memang meriah, penuh warna-warni, senyuman dan sorakan, menjadikan pentas seolah-olah pentas impian buat anak-anak AKE.
Selain itu, satu lagi slot yang berjaya mencuri tumpuan ialah slot bercerita bersama Abang Paan. Dengan gaya penyampaian bertenaga dan penuh ekspresi, Abang Paan bukan sahaja menarik perhatian anak-anak, malah ibu bapa pun turut sama terhibur dan larut dalam kisah yang disampaikan. Suasana pentas ketika itu ibarat kelas bercerita gergasi, dengan semua mata tertumpu dan telinga bersedia menyambut setiap patah perkataan.
Didi & Friends Cipta Sejarah bersama AKE!
Tahun ini juga menyaksikan rekod baharu dicipta apabila berjaya disenaraikan dalam Malaysia’s Book of Record (MBOR) bagi kategori The Largest Children Participation in a Story Telling Event.
Penyampaian sijil MBOR telah disampaikan oleh Pn. Siti Hajar binti Johor kepada En. Che Yusaidi (Chief Commercial Officer dari Warnakala Studios) dan Mr. Edison Cheam (Senior AVP, GenNext Content) dari Astro, disaksikan oleh Datuk Bakhtiar Aliff, Ketua Pegawai Eksekutif AKE dan Datin Nor Fadilah, Ketua Pegawai Operasi AKE. Detik ini bukan sahaja membanggakan warga AKE, malah menjadi inspirasi buat semua murid yang hadir.
Pelancaran Muzik Video Terbaharu Bertajuk ‘Baby Khalifah’ Acara karnival ini turut menyaksikan satu lagi momen bersejarah iaitu pelancaran muzik video terbaharu bertajuk ‘Baby Khalifah’ yang menjadi lagu tema Al Kauthar Eduqids yang dicipta bersama Didi & Friends .
Lagu tersebut dilancarkan secara rasmi pada jam 3.00 petang pada hari yang sama di saluran YouTube Didi & Friends dan terus menerima sambutan hangat dalam kalangan murid-murid yang tidak sabar untuk menyanyikannya bersama.
Konsert Bintang Kecil Tutup Tirai dengan Penuh Gaya
Menjelang petang, suasana di MAEPS terus hangat dengan Konsert Bintang Kecil yang menjadi acara penutup. Tujuh orang kanak-kanak berbakat besar tampil mempersembahkan nyanyian, tarian dan permainan alat muzik.
Acara ini dikendalikan oleh pengacara ceria dan penuh karisma, Haziq Hussni, yang berjaya memastikan pentas sentiasa hidup dan penonton terhibur.
Sukan, Keluarga & Kenangan, Semua Dalam Satu Hari!
AKE Sports Carnival with Friends 2025 membuktikan bahawa acara sukan kanak-kanak boleh disampaikan dalam bentuk yang menyeronokkan, mendidik dan mencipta kenangan manis untuk seisi keluarga. Ia bukan sahaja menggalakkan gaya hidup aktif, tapi juga memperkukuh hubungan antara ibu bapa, guru dan anak-anak. Syabas AKE! Tahun ini, AKE bukan sahaja berjaya menganjurkan karnival, tapi mencipta pengalaman yang takkan dilupakan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.